Friday 25 September 2015

Aidiladha : Cerita Tentang Pengorbanan


Salam Aidiladha !
Eidul Adha disambut lagi tahun ini. Gema takbir bersambung-sambung memuji keagungan tuhan Yang Maha Besar. Dan pastinya kita akan kembali mengenang kisah pengorbanan dua orang manusia hebat dalam sejarah Islam.


Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".[37:102]


Hebatnya Nabi Ismail kerana memahami maksud yang telah ayahnya sampaikan dan baginda dengan tenang dan redha hatinya akur akan perintah Allah swt. Begitulah jiwa anak kecil itu telah terdidik dengan keimanan dan kepercayaan yang kukuh daripada orang tuanya sehinggakan baginda sanggup berserah jiwa dan raga semata-mata kerana Allah. Sungguhlah pengorbanan Nabi Ibrahim sebagai seorang hamba Allah melebihi kasih sayangnya kepada anak tersayang. Dan kerana tekad menjalankan perintah Allah swt, Allah telah menggantikan anak tersebut dengan seekor binatang sembelihan.
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;[37:107]

Begitulah Allah menguji hamba hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Kerana satu-satu ujian itu diberikan bukan untuk melemahkan tetapi untuk meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah swt.

Dalam menempuh jalan-jalan inilah kita sering dituntut untuk berkorban itu dan ini, demi menyelesaikan tugas kita di atas muka bumi ini. Setiap perkara yang menuntut pengorbanan kita pastinya bukan sesuatu yang sia-sia jika kita ikhlas dan mendahulukan Allah dalam setiap pengorbanan yang kita berikan.


Dahulukan Allah dalam setiap pengorbanan
Pengorbanan tidak semestinya terhad kepada wang ringgit dan harta benda semata mata, tetapi juga melibatkan masa, tenaga dan kepakaran. Jika kita ingin membangunkan sebuah baitul muslim (keluarga muslim), pastinya kita memerlukan ilmu dan dalam menuntut ilmu tersebut juga, pastinya kita perlu berkorban masa untuk mempelajari hal-hal rumahtangga. Begitu juga apabila kita mahu membangunkan sebuah negara islam, kita bukan sahaja perlu mempelajari selok-belok pentadbiran, bahkan mengajak dan mendidik setiap rakyat agar memahami ciri-ciri sebuah negara islam dan mengamalkan setiap perintah dan larangan Allah swt.

Di kesempatan ini penulis ingin menyeru kepada pembaca sekalian akan suatu perkara yang pastinya dapat membantu kita menambah amal sementara masih berpeluang menyumbang untuk pembangunan ummah.

Kita seharusnya meyakini bahawa Islam pasti akan tertegak kembali pada masa akan datang.

Bersandarkan kepada keyakinan itulah, kita seharusnya menyusun langkah langkah yang dapat menjadikan kita sebagai salah seorang daripada orang orang yang berjuang untuk kemenangan itu. Tidak mahukah kita terlibat sama dalam usaha menaikkan kembali syiar islam yang dulunya dijulang julang? Meskipun kita mungkin tidak dapat melihat kemenangan islam pada zaman kita, pastinya langkah langkah orang terawal dalam kemenangan tersebut akan dikenang kenang.

Saksi kegemilangan Islam berabad tahun dahulu
Lupakah kita bagaimana Rasulullah saw dan para sahabat yang berkorban jiwa dan tenaga berkerah keringat ke sanas sini demi menyebarkan syiar islam. Berbekalkan keyakinan bahawa islam akan terus berkembang , islam akan menguasai dunia, nabi dan para sahabat bertebaran ke serata pelusuk dunia demi memastikan setiap inci dunia menerima dan mengetahui keindahan Islam. Kerana pengobanan yang tiada berbelah bahagi Nabi Muhammad saw dan para sahabatlah, hari ini kita boleh menghembus nafas dalam ruh dan jiwa Islam.

 Pengorbanan mereka juga yang seterusnya melahirkan tamadun tamadun Islam yang hebat seperti Umayyah, Abbasiyyah, dan Turki Uthmaniyyah di mana Islam telah berjaya menakluk sepertiga dunia. Walaupun nabi dan para sahabat tidak dapat melihat sendiri bagaimana keagungan Islam pada tamadun-tamadun tersebut, tetapi merekalah tunjang, merekalah akar yang setia berkorban hingga Islam berkembang pesat keserata dunia.

Sedarkah kita pengorbanan kita untuk Islam amatlah kecil sekiranya mahu dibandingkan dengan pengorbanan sahabat sahabat yang mahukan setiap pelusuk dunia mengetahui betapa indahnya, betapa lengkapnya ajaran Islam. Masih teragak agak lagikah kita untuk berkorban demi Islam tercinta? Masih sayang lagikah kita akan harta-harta yang tidak mungkin akan mengikut kita ke alam kubur? Masih sayang lagikah kita akan masa-masa berfoya foya duduk bersembang kosong dengan rakan taulan? masih sayang lagikah kita akan gadjet-gadjet yang semakin canggih?


Makin besar dugaan, makin hebat ganjaran yang Allah beri
Ayuhlah teman! Ayuhlah rakan! Kita berkorban demi Islam ini. Sekiranya bukan untuk ummah, fikirkan juga diri kita sendiri, yang lambat atau cepat, pasti akan kembali mengadap Allah swt. Fikirkan akan jawapan yang akan kita beri apabila ditanya ‘apa yang telah engkau sumbangkan untuk Islam?’ .

Semoga hayat kita yang masih berbaki ini tidak disia-disiakan dengan kelalaian terhadap dunia yang cuma sementara ini.

Tuesday 22 September 2015

Ba Ba Black Sheep




Pagi yang hening. Angin lembut menyapa. Wap air kopi jelas kelihatan meninggalkan cawannya. Nyaman sungguh pagi itu, dengan sinar cahaya matahari lembut memancar, sedikitpun tak memanaskan sekujur tubuh di beranda itu. Barangkali masih awal subuh. Tak terkesal Ariff memilih lokasi tersebut untuk bercuti sementara menunggu tarikh penerbangannya pulang ke tanah air. Buku 
' Petunjuk Sepanjang Jalan ' di hadapannya dibaca tekun sambil menghirup kopi yang terhidang.

“ Bestkan tempat ni. Tak rugi datang sini before  balik.”

“ Hmm. Thanks for the suggestion Mr Sam. ” Angguk Ariff mengiyakan kata-kata kawannya Sam.

“ Later in Malaysia, jangan suka hidup sorang-sorang ok? ”

“ No problem boss. ”

“ Tahukan, syaitan ni macam serigala, baham kambing biri-biri yang solo-solo je. ”

“ Yup. Tapi ada jugak kambing biri-biri hitam. Or we always say it as black sheep. This one will always be the ones in danger. This what we should be more aware. ” Ariff melontarkan kata-kata yang tak pernah Sam dengar.

“ Tell me more. I’ve never heard of it. ”

Ariff menutup buku ' Petunjuk Sepanjang Jalan ' miliknya, lalu menghirup kopi yang masih suam-suam panas. Taking a deep breath, Ariff mengatur kata-kata.

“ Tahukan, we always say the black sheep is the culprit la kononnya. Takpun, dia mangsa keadaan. But in this case, it’s different. In tarbiyah, I’d say, this is a new term to be viraled. 
Ariff berhenti sebentar.

“ This black sheep is not alone. He’s in a herd of white sheep. So for every seconds, this black sheep will always be the most stand out amongst the others. Either it is a good thing or a bad thing, I’d say this black sheep will always be seen in the bad situations mostly. ”

Sam hanya mampu mengangguk. Air kopi miliknya sudah boleh diminum, tapi tetap dibiar menyejuk lagi.

“ So kambing hitam ni, apa-apa yang dia buat akan dihighlight oleh penjaganya. Everything. Dari sekecil-kecil perkara pun mampu kantoi dengan penjaganya. Sebab apa? ”

“ Sebab dialah paling senang nak diingati? ” Celah Sam.

“ Yes. Be it a thing like eating his fellow sheeps’ portion or not sleeping in the right position, he’ll always be spotted. There’s no escape way, except becoming ones of the white sheeps. ”

Benda baru. Tak pernah aku dengar lagi benda ni, gumam Sam dalam hatinya.

“ Kesian ikhwah kita yang macam ni.” Ada?! Tersentak Sam.

“ Sebab his background will always be in people’s mind. His history, the things he have done, even though what he is in the present is not the same with what people thought he would be as they judged him based on what he’s like in his past. ”

Ariff berhenti. Barangkali mengatur kata-kata seterusnya. Air kopi dihirup, pandangan dilontar ke arah burung-burung yang berterbangan di ruang udara. Sam pula cuba menghadam, kerna ini baru baginya.

“ I’ve never thought of that, Ariff. Mana dapat analogi ni? ” Soal Sam.

Ariff tersengih. “ I can’t answer that. It’s my secret. ”

“ Alaaa, member kot. ” Ariff sekadar tersenyum panjang.

“ Ironinya, si kambing hitam ni sangat diperlukan oleh kawanan kambing putih ni. Dia macam, senang kata, a figure that is needed, but never to be so important that he’ll be so special in someone’s position. This kind of treatment is hurting him. Tapi tu la, tarbiyah mengajar si kambing hitam ni agar kekal teguh, instead of stepping out from the herd, run somewhere else where he’ll be much more appreciated.”

Cruel. So cruel.

“ This guy, Sam, he just want a friend or two. The ones that will be with him, even when he’s bad or good. Kalau takat kawan yang inginkan kelebihan, he’s got more than enough from the beginning. Dan ikhwah yang macam ni lah yang kena kita selamatkan before he swerves more. Before he’d be ones of the ' golongan yang tertinggal ' ”

Ariff terus menghirup buat kali terakhir. Iphone miliknya bordering, menandakan Whatsapp masuk. Ariff sekadar tersenyum.

“ Bakal isteri la tuh. Senyum semacam.” Usik Sam.
Terus pecah ketawa Ariff. Adoi mamat ni, potong stim betul la!

“ Ok la bro, I need to pack. Kejap lagi nak checkout, then aku nak terus ke airport. Tak nak laa terlepas tiket, niaya je. ”

“ Haha all the best bro. May Allah bless. Kirim salam parents kau. Agak-agak ada someone yang kau berkenan untuk di-recommend, cakap la cepat-cepat eh. Aku pun nak tamatkan zaman bujang aku jugak. ”

InshaAllah. Sabarlah wahai hati, I’m on my way home. We’ll see each other bila sampai nanti ye. Itu sajelah yang mampu diungkap Ariff demi memujuk diri yang tak sabar-sabar menanti hari tersebut.
Hai cik Jasminn, I’ll be there for you.


Kambing hitam. Just be yourself, Allah will reward you handsomely, if not in dunya, it’ll be in akhira inshaAllah. Tarbiyah itu lebih indah jika disulami kambing hitam, barulah pelbagai warna. Ohh, warna lain ada juga, tapi saya tak nak la pelbagaikan sangat, penat nak elaborate. Mungkin cerita tak menarik, atau tak jelas penceritaannya. Hanya Ariff yang lebih mengetahui apa itu kambing hitam dan siapakah kambing putih yang diceritakan.

Wallahualam.

Friday 18 September 2015

Cahaya Kecil Pencerah Alam

Bismillah

jzkk!
In shaa Allah, kali ini penulis ingin kita merenung kembali isu yang mungkin selama ini kita ketahui tetapi seolah-olah  tidak sensitif dengan isu tersebut. Masih ingatkah kalian pada awal bulan yang lalu, dunia dikejutkan dengan sebuah gambar viral yang amat menyayat hati dan mencetuskan rasa sedih dan sayu buat seluruh pelusuk dunia?

Ya! Gambar itu menunjukkan seorang anak kecil tidak berdosa, yang juga pelarian Syria berumur tiga tahun, Alyan Kurdi yang dijumpai terdampar tidak bernyawa di persisiran pantai negara Turki. Setelah siasatan dijalankan ke atas penemuan tubuh anak kecil ini, diketahui bahawa Alyan telah mati lemas ketika menaiki sebuah bot kecil yang usang menuju negara pusat Greek purba, Greece. 

Kerana apa mereka sanggup berbuat sedemikian?

Hakikatnya, keluarga Alyan ingin lari daripada konflik berdarah yang telah sekian lama berlaku di negara mereka yang tercinta, Syria. Tatkala keganasan dan kekejaman berlaku saban hari di bumi para anbiya itu. Lebih tragis, keganasan ini dilakukan sendiri oleh rejim pemimpin mereka sendiri.

Pastinya kalian tahu bahawa isu Syria ini bermula apabila kekejaman rejim Bashar Al-Assad menular ke serata ceruk negara tersebut sehingga menyebabkan ribuan rakyat tidak bersalah terseksa dan ditindas dengan begitu dahsyat. Tiada jalan lain. Kebuntuan yang dihadapi mereka, ditambah dengan kebisuan masyarakat antarabangsa umumnya, dan umat Islam, khususnya lantas menyebabkan mereka harus lari mencari perlindungan di negara-negara jiran.

Namun sayang seribu kali sayang, ramai tidak mengetahui realiti, impak yang berlaku daripada rentetan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini. Apabila gambar Alyan Kurdi tersebar di laman-laman sosial, ia seolah olah menjadi “percikan api” yang telah memercikkan dan menyalakan kesedaran manusiawi seantero dunia.

Warga dunia akhirnya membuka mata situasi kekejaman yang sedang berlaku di bumi Syria. Persoalan yang penulis ingin lontarkan di sini, setelah lima tahun kemelut ini berlaku, setelah beribu-beribu gambar yang menunjukkan kekejaman rejim As-Assad kepada rakyat awam Syria yang tidak berdosa tersebar selama ini, mengapa baru sekarang kita baru terjaga daripada lena apabila melihat gambar anak kecil tersebut?

Pelbagai alasan yang akan diberi. misalnya bahawa isu Alyan Kurdi meninggal dunia dan ditemui terdampar di pantai merupakan pencabulan hak hak terutamanya hak kanak-kanak, hak asasi manusia dan sebagainya. 

Namun, kita seolah olah buta dengan isu sebenar yang berlaku. Ini adalah isu umat Islam juga!

jzkk!

Masakan tidaknya, isu yang berlaku di Syria merupakan isu yang melibatkan sesama umat Islam itu sendiri. Dek kerana dahagakan kuasa dan kekayaan, rejim kejam Al-Assad sanggup membunuh saudara muslim sendiri dan menganggap nyawa dan darah seorang muslim itu bagaikan tiada nilainya.

“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.” 
(Al-Furqan, 25: 43-44)

Lihatlah kesan buruk yang berlaku terhadap negara Syria dek pemerintahan zalim rejim Basyar Al-Assad yang bertuhankan hawa nafsu kekuasaan, pangkat dan kekayaan semata mata.

Jadi, seharusnya kita sudah boleh menilai betapa serius dan buruknya isu yang berlaku ini. 

Mengapa dunia baru sedar dan mula menunjukkan simpati dan ingin tahu setelah tersebarnya gambar yang menyayat hati itu?

Paling menyedihkan apabila hakikat sebenar bahawa negara Amerika Syarikat yang mendabik dada, konon nya 'polis dunia' juga menjadi dalang kepada isu yang berlaku di Syria melalui polisi luarnya yang memandang ringan akan kekejaman al Assad. Media-media Barat berjaya meraih simpati masyarakat seluruh dunia tentang isu pelarian Syria yang berlaku, namun berjaya juga untuk menutup kerja kerja zalim rejim Basyar Al-Assad serta campur tangan negara Amerika Syarikat terhadap rakyat Syria.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
(QS. Al-A’raaf 7: 179)

Lihat, Allah memberi larangan keras kepada umatNya yang langsung tidak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan untuk mengambil tahu akan isu saudara umat Islam yang berlaku sekarang ini. Lebih malang lagi kepada saudara Muslim yang sanggup menjual agama Islam dan menindas saudaranya sendiri demi kenikmatan dunia yang fana ini.

Pelbagai spekulasi timbul bahawa rejim Al-Assad mandapat sokongan penuh daripada Amerika Syarikat dari segi bantuan ketenteraan dan senjata untuk melaksanakan misi kezaliman terhadap saudara muslim Syria. Mereka dengan angkuhnya melakukannya kezaliman itu secara terang terangnya tanpa rasa takut kepada Allah S.W.T.

Namun, Allah swt ada juga berfirman dalam kalamNya yang mulia,

“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui.” 
(Al-‘Ankabut, 29: 41)

Maka yakinlah bahawa suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar. Rejim Basyar Al-Assad bersama konconya Amerika Syarikat akan tumpas. Islam di Syria akan kembali bangkit! Jadi, apakah peranan kita? 

Adakah sekadar berdiam diri, keras membatu semata-mata?

“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan.” 
(al-Baqarah, 2: 74)

Moga hati kita tidak keras untuk menerima kebenaran yang sebenar.

Moga kita mampu untuk menjawab di hadapan Allah saat kita disoal oleh saudara muslim di Syria akan apa yang telah kita lakukan untuk menolong mereka di saat mereka sangat memerlukan kita.

Moga Allah swt memberi kekuatan kepada mereka untuk menghadapi dugaan ini.

Moga Allah swt memberi kekuatan kepada kita untuk merasai penderitaan mereka dan menolong mereka semampunya, biarpun sekadar bingkisan doa, ikhlas buat rakyat Syria dan juga umat Islam yang turut menghadapi dugaan yang serupa.

jzkk!




Ditulis oleh

zan


a la carte: berikut merupakan pandangan peribadi penulis. 

Friday 11 September 2015

Saad bin Muaz 'Bergegarnya Arasy Itu Kerananya!' [Episod 2]


Baginda saw bertanya lagi kepada para sahabat.

"Apa pendapat kalian?"

Tidak lama kemudian, Saad bin Muaz pun menjawab, 

jzkk!

"Wahai Rasulullah, jawapan kami kah (Ansar) yang engkau inginkan?  
Demi Allah yang telah mengutuskan engkau untuk membawa kebenaran! Sekiranya engkau menghadapkan kami ke lautan lalu engkau terjun ke dalamnya, kami pasti akan terjun bersama. Tiada seorang pun yang akan mundur dan kami tidak akan keberatan untuk menghadapi musuh esok pagi. Sungguh, kami tabah dalam pertempuran dan teguh menghadapi perjuangan. Semoga Allah memperlihatkan kepada engkau ya Rasulullah saw, tindakan kami yang menyenangkan hatimu. Oleh itu, marilah kita berangkat dengan izin Allah swt. "

Kemudian Miqdad RA menyambung, 

"Demi Allah, kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Bani Israel, pengikut Nabi Musa,


فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ 
“Pergilah engkau bersama Rabb (Tuhan)mu, berperanglah, sesungguhnya kami di sini duduk-duduk saja.”   
Surah al-Maidah: 24  
Kami akan mengatakan pergilah engkau bersama Allah swt, dan berperanglah, sesungguhnya kami mengikuti!"

Mendengarkan kata kata Saad bin Muaz, Rasulullah  menjadi begitu gembira dan bangga lantas bersabda kepada kaum muslimin,

"Marilah kita berangkat dan besarkanlah hati kalian kerana Allah telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua golongan! Demi Allah, aku seolah olah melihat kehancuran orang itu."

Lihatlah betapa bersemangatnya dan teguhnya keyakinan yang ada pada Saad bin Muaz sehingga mampu membangkitkan iltizam dalam diri setiap kaum muslimin ketika itu, termasuk Rasulullah saw sendiri untuk berjuang di jalan Allah swt. Malah ketaatan dan kesetiaan beliau kepada Rasulullah saw juga begitu mengagumkan. 

Alhamdulillah, para pejuang Islam di bawah pimpinan Rasulullah saw berjaya memenangi peperangan Badar, berkat keyakinan  setiap daripada tentera Islam ketika itu, dibantu dengan pertolongan Allah swt.

Sewaktu Perang Uhud pula, ketika kaum muslimin telah berpecah belah disebabkan serangan mendadak daripada tentera musyrikin  di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid, Saad bin Muaz antara sebilangan kecil yang bertahan dan berjuang dalam medan peperangan ini. Beliau juga merupakan sebahagian sahabat yang setia mempertahankan Rasulullah saw dalam peperangan itu sehingga ke akhirnya.

Allahu Akbar! 

Ternyata, semangat jihad yang dipamerkan Saad bin Muaz tetap konsisten dan tidak mudah terpadam begitu sahaja. Kita juga harus mencontohi semangat beliau. Bagaimana?

Ya! Dengan terus konsisten dalam berjihad melawan nafsu dan bisikan syaitan yang sentiasa menyuruh kita ke arah kezaliman. Seperti mana Saad bin Muaz yang tetap gigih berjuang di medan peperangan mempertahankan Islam, begitulah yang kita harus lakukan dalam menghadapi medan peperangan untuk mempertahankan Islam dalam diri kita. Bila sudah tertegak Islam dalam diri kita, barulah kita dapat berjuang menegakkan Islam di sekeliling kita, in shaa Allah.

***

Dalam peristiwa Perang Khandaq atau Perang Ahzab, kota Madinah telah dikepung oleh sekutu-sekutu kafir Quraisy yaang terdiri daripada orang Quraisy dan suku Arab yang terbesar ketika itu, iaitu kabilah Gathfan. Mereka turut berpakat dengan orang Yahudi dalam kota Madinah itu sendiri.

Parit telah dibina sekeliling Madinah hasil idea  Salman al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullah saw. Untuk menghadapi ancaman daripada kaum Yahudi pula, Rasulullah telah mengutus Saad bin Muadz dan Saad bin Ubadah untuk berunding dengan Bani Yahudi Quraizah yang diwakili ketuanya, Ka'ab bin Asad. Sementelahan pula mereka mempunyai perjanjian damai dengan Rasulullah seperti yang termaktub dalam Piagam Madinah. Namun, keputusannya hampa apabila mereka mengatakan mereka tidak pernah membuat perjanjian dengan Rasulullah saw.

***

Sewaktu peperangan, terjadi satu peristiwa menyayat hati yang telah menimpa Saad bin Muaz. Lengannya telah  disambar oleh anak panah, tepat mengenai urat nadinya, yang telah dilepaskan oleh seorang musyrik mengakibatkan luka yang parah. Darah yang deras mengalir dari tangannya menyebabkan beliau terpaksa dirawat dengan segera untuk menghentikan pendarahan. Rasulullah saw memerintahkan agar Saad dibawa ke masjid dan didirikan khemah untuknya agar Saad sentiasa berdekatan dengan Rasulullah saw sepanjang rawatan. 

Lihatlah betapa penyayangnya Rasulullah saw dengan sahabat sahabatnya!

Dalam keadaan sedemikian Saad tetap berdoa kepada Allah, 

“Ya Allah, jika dari peperangan dengan Quraisy ini masih ada yang Engkau sisakan, maka panjangkanlah umurku untuk menghadapinya, kerana tidak ada golongan yang ingin aku hadapi, lebih daripada kaum yang telah menganiaya, mendustakan, dan mengusir Rasul-Mu. Dan seandainya Engkau telah mengakhiri perang antara kami dengan mereka, jadikanlah kiranya musibah yang telah menimpaku ini sebagai jalan untuk menemui syahid. Janganlah aku dimatikan sebelum tercapainya sesuatu yang memuaskan hatiku dengan bani Quraizah”.

Akhirnya, orang Quraisy terpaksa pulang ke Mekah dengan rasa hampa selepas kepungan yang dilakukan gagal akibat rasa putus asa, gelisah dan juga dengan pertolongan Allah swt. Pun begitu, pengkhianatan yang dilakukan oleh Bani Quraizah tidak boleh didiamkan begitu sahaja kerana ini boleh mengundang bahaya kerana mereka boleh sekali lagi berlaku khianat kepada Madinah dan juga muslimin seluruhnya. Rasulullah saw lantas menyuruh sahabatnya mengepung Bani Quraizah. Setelah beberapa minggu, mereka menyerah. Hasil perbincangan antara kaum muslimin dan Bani Quraizah, akhirnya mereka setuju untuk menyerahkan keputusan kepada Saad bin Muaz. Tambahan pula, Saad bin Muaz merupakan sekutu bani Quraizah sewaktu zaman jahiliyah dahulu. Ternyata doa Saad bin Muaz agar urusannya dengan Bani Quraizah selesai sebelum belliau meninggal dunia telah dikabulkan Allah swt.

Rasulullah saw pun mengutuskan beberapa sahabat untuk menjemput Saad bin Muaz dari khemah rawatannya. Sesampainya beliau di sana, Rasulullah saw pun berkata,

"Wahai Saad! Berilah keputusanmu terhadap bani Quraizah."

Saad lantas berkata,

"Menurut pertimbanganku, orang yang ikut berperang antara mereka haruslah dibunuh, anak anak dan kaum wanita hendaklah diambil sebagai tawanan dan harta mereka pula handaklah dibahagi bahagi"

Rasulullah saw kemudian bersabda,

"Sesungguhnya kamu telah memberikan pertimbangan yang sama dengan pertimbangan Allah swt"

Ternyata, sifat keadilan dan tegas dalam diri Saad bin Muaz seharusnya menjadi tauladan buat kita semua, terutamanya buat kita yang bergelar pemimpin, baik kepada orang lain, atau setidaknya, kita bergelar pemimpin kepada diri sendiri. Tanpa unsur berat sebelah mahupun dendam, pertimbangan yang dilakukan sangatlah wajar dengan apa yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi bani Quraizah itu. Berusahalah menjadi adil dan tegas dalam membuat keputusan. 

Bertindaklah rasional, bukan dengan emosional. 

***

Semakin hari, luka yang dideritai Saad bin Muaz menjadi semakin parah. Di saat-saat terakhir kehidupan Saad, Rasulullah saw mengunjunginya, lalu baginda meletakkan kepala Saad di pangkuan beliau sambil bersabda, 

“Ya Allah, Saad telah berjihad di jalan-Mu, membenarkan Rasul-Mu, dan telah memenuhi kewajipannya. Maka terimalah rohnya dengan sebaik-baiknya cara Engkau menerima roh”.

Doa yang dipanjatkan Nabi rupanya telah  mendatangkan kedamaian dan ketenangan kepada ruh Saad yang hendak pergi. Saat itu, Saad mencuba dengan susah payah untuk membuka kelopak matanya dan memandang ke wajah Rasulullah saw yang sangat beliau cintai, kiranya inilah perjumpaan terakhirnya dengan baginda di dunia ini. 

Saad mengatakan, 

“Salam atasmu wahai Rasulullah, ketahuilah bahawa aku beriman bahawa engkau adalah utusan Allah”.

Rasulullah menjawab, 

“Kebahagiaan atasmu wahai Abu Amr”.

Saad bin Muaz ra pun menghembuskan nafas terakhirnya, di pangkuan manusia yang paling beliau cintai, Rasulullah saw. Dia wafat pada tahun 5 H, ketika itu beliau berusia 37 tahun, dan dimakamkan di pemakaman Baqi di Madinah.

Abu Sa’id al-Khudri pernah berkata, 

“Aku adalah salah seorang yang menggali makam untuk Saad, dan setiap kami menggali satu lapisan tanah, tercium oleh kami haruman kasturi”.

Biarpun hidupnya dengan Islam singkat, namun pemergian beliau begitu dirasai. Malah, Rasulullah saw bersabda,

اهتز عرش الرحمن لموت سعد بن معاذ 
 “Arasy Allah Ar-Rahman bergegar dengan kematian Saad bin Muadz.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)

Biarpun selepas pemergiannya, nama beliau masih lagi disebut sebut Rasulullah saw. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah dihadiahkan sutera yang halus lagi lembut tenunannya. Saat para sahabat memuji muji kehalusan tenunan sutera itu, Rasulullah saw bersabda,

والذي نفس محمد بيده، لمناديل سعد بن معاذ في الجنة أحسن من هذا 
 “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh sapu tangan Saad bin Muadz di syurga, lebih baik daripada ini.”

Subhanallah!

*** 

Ketahuilah teman,  

Sesungguhnya erti hidup itu bukan pada masa.

Bukan juga pada harta.

Bukan juga pada pangkat.

Bukan juga pada jodoh, perkahwinan, pasangan, mahupun keturunan.

Apatah lagi pada duniawi yang yang lain.

Tetapi, erti hidup adalah pada memberi.

Indahnya Islam, kita bisa memberi kepada Pencipta kita,

Jiwa dan seluruh hidup kita.

Dan pastinya dia membalasnya, dengan sebaik baik pemberian di dunia ini.

Juga di sana nanti.



Rujukan: kisahmuslim.com
                100 Tokoh Dalam Dakapan Rasulullah SAW
                 Hepi Andi Bostani


a la carte: Alhamdulillah, dapat juga menghabiskan sambungan kisah Saad bin Muaz kali ini setelah tiga bulan berlalu. Maaf sangat sangat. Setiap kisah sahabat ada iktibarnya sendiri. Ada ujiannya sendiri. Yang pastinya, mereka menyentuh hati kita dengan cerita hidup mereka yang tersendiri. Dan, jalan mereka mencapai reda Allah juga tersendiri. Masihkah kita punya alasan dalam mencari Islam yang hakiki? Atau, kita masih mahu menyendiri dan lari daripada realiti hidup sendiri?


Ditulis oleh

i.j.


Friday 4 September 2015

Living Life for the One

Have you ever asked yourself,

"Why am I here?"
"What is my purpose in life?"
"Is life worth more than just a brief span of time on earth?"  

Such questions have even baffled the greatest thinkers and philosophers down through the centuries. Living, in itself, is not enough. And life, in itself, is not the goal.

How would we justify the importance of life?

Most of us are so busy and caught up in day-to-day existence that we do not have time to think about our own purpose of living. It seems that our lives revolve around daily routines and worldly demands rather than striving for the ultimate blessing from our Creator. 

Religions do preach about the true purpose of living. While we mortals just try to live from day-to-day, the eternal purpose of life might still eludes us around. All of our intensive pondering, state-of-the-art technology and sophistication still haven't solved the fundamental riddle posed by two indelible facts of human existence - of life and death.

By holding the title of being a Muslim, do we really realise on what and who we shall serve for? What about we refresh our heart in having a pure and sincere intention in each of our actions, so that all of the congenial deeds that we have done previously, will be valued as an ibadah by Allah S.W.T. This means, the daily work duties that we are working on, can possibly turn out to be the ‘elevator’ that bound straight to Allah’s heaven.

Every minute of our life in duniya is precious.
We must utilise it to win the unseen treasures of akhirat.

Based on the Islamic theologian and logician, Ibnu Taimiya, ibadat is defined as anything that being loved and blessed by Allah, including good words being spoken, good deeds being done and good intentions being intended, projected from both outward and inward sides of us. That’s really serve as the comprehensive and firm action of performing our Ibadah for the only One.

At the start of each day, don’t ever engulf yourself by going to the school/college/workplace with the foul souls and lazy spirit. Just discard away all of your sickening negative vibes and kick-off your day with a convivial atmosphere in and around. Furthermore, make your step and move around with a serious, fully-motivated and optimistic vision. Let’s make this condition to be exactly same as when we are about to perform our prayers.

Besides, the famed Muslim thinker, Muhammad Qutb also explained that, 

“Even prospering the earth, building life and taking control of the wasilah (roads) for the revival and the progress of civilisation, are becoming the fardhu kifayah that all of the Muslims need to carry the duty for. That also include all sorts of strength input that being ordered by Allah S.W.T to His believers, for nurturing the substantial bonds among the fellow Muslims.”

As Allah S.W.T’s firman of :

[al-Anfaal 8 : 60]


Those matter also serves as one of the demand to all of the mankind who act as the khalifah in this world. All sorts of things that we have done daily, as long as they are being intended solely for Allah in granting for His blessings, will surely fill in the gap that might existed between us and our Creator. 

Also let’s look up on the way how Prophet Muhammad PBUH tie the knot between the world and akhirat’s life through this hadith :

"When the kiamat comes, while in the hand of the people among you who own a seed, then if he is capable, do not get up until he planted the seed; he need to plant the seed "

(HR Bukhari)

So what exactly the things that being hope for, when the kiamat is about to happen?

The mahfum of the hadith above tell us that, when the kiamat is on the verge to happen, Prophet Muhammad PBUH does not order us to seek for the repent from Allah, doing good deeds or forget about the world and its content; but in contrast, Prophet Muhammad PBUH ordered us to prosperous the earth by planting seeds.

Wait….By planting seeds? For real? 


To make this understandable, let’s take an example of the seeds of dates fruit. The trees will not be able to produce dates, unless after taking several years of healthy growth and proper care. Actually, what Prophet Muhammad really means that, “The path heading to akhirat must pass through the world path first”. This also means that in order to be rewarded with Allah’s paradise during the life in hereafter, it take years of constant amount of ibadah that need to be performed while we are given the chance to live in this world. 

Will it possible for us to enjoy the dates only after we planted the seeds a week before? Obviously not. Then so does the akhirat’s life turn out to be. There’s simply no shortcut in placing yourself in Allah’s heaven.

For sure, the life of duniya and akhirat cannot just stand solely on its own, as the allocation of the path to akhirat is called as ibadah and the path to duniya is called as work. Both of the paths are not in separation, but it is indeed in crossing vector with each order.

How does the significance of these path reflecting on us?

The truth is, the path is actually being just a single path that originated from the world and the end will be concluded on the akhirat. This is the path that cannot separate the work from ibadah, or the ibadah from the work. Both of these aspects, must be consistently connected and moving in a parallel motion. 

From here, we can comprehend on how to live our life under the protection of Allah S.W.T. This also being mentioned through His firman of :

[al-An’am 6 : 162]

It will be illogical for the typical human to spend the whole time of their life only to perform thousands upon thousands rakaat of prayers, reading hundreds upon hundreds pages of the Quran,  for the sake to embrace ourself solely just for Him. 

As an example, Prophet Muhammad did perform fasting, but he still break his fast during Maghrib. He also performed prayers, but still allocate the time for sleeping and also getting married, just like any other humans. Obviously we are not being programmed like the robots, in doing the exact same things on repeating basis. 

This simply justify that a mukmin need to gather and make use both of their world and akhirat responsibilities and duties, by converging both of the aspects into a single path, in order to wholly embrace their brief and fragile life solely to Allah S.W.T.

Life is like a canvas. It begins blank and
everyday is like another brush stroke

When we already have the full grasp on the definition of the ibadah, for sure we will comprehend on how the Muslims nowadays would easily bow down and surrender to the ruthless control and power of the enemies. This is simply due to the conflicting issues being raised by the two groups; the one that too focused on the duniya’s life while slipping the akhirat’s demand and the one that  too focused on akhirat’s life and completely neglecting the importance of duniya’s life. 

As for some of them, the life in this world is not initially targeted to quest for His ultimate blessing, but only limited for self-contentment and lustful need, that proven to be cataclysmic for themselves in the end.

We all have one life; it soon will be past; what we
do for Allah is all that will last

The solution for this issue? Place your duniya and akhirat priorities, stable and sturdy on the balance. Let’s strive ourself and support the person around us along, to always make and refresh a good intention whenever we are about to perform our daily routines; let it be to attend lectures, completing assigned works and doing house chores, to be wholly counted as performing an ibadah to Allah S.W.T.

By this way, the works that we are working on will become beneficial, and thus it will bring a lot of significance to this world that we are currently living in and the hereafter life that will invite us really soon.

And lastly, do remember. The duniya was made for you, but you were made to the hereafter.



By : Inche Songkok Hitam