Friday 18 November 2016

Sumimasen

Antara kotoba(perkataan) yang diminati sewaktu mempelajari nihon go(bahasa jepun) adalah sumimasen. Malah, sewaktu menggunakan nihon go dalam perbualan harian dengan rakyat jepun pun, kotobainilah yang selalu digunakan. Ia seolah seolah menjadi kotoba yang seringkali diucapkan, walau kepada orang yang kita tidak pernah bercakap pun selama ini.

Sumimasen bermaksud 'maafkan saya'. Dalam english, 'excuse me'. Walaupun maknanya agak terhad, tapi konotasi penggunaannya sangatlah luas.

Pertama kali saya melihat contoh penggunaannya adalah ketika sensei(cikgu/pensyarah) nihon go kami menggunakannya. Ketika itu, marker pen nya terjatuh di hadapan kami. Lalu kami menolong sensei dan apa yang diucapkan pada kami adalah

"Sumimasen, arigatou" (Maafkan saya, terima kasih)

Walaupun jatuhnya marker pen itu bukanlah sepenuhnya salah beliau, beliau tetap meminta maaf sebagai tanda kesal dan penghargaannya kepada kami yang susah payah membantu beliau.

Fast forward ke masa di mana kami sudah berada di jepun. Ketika itu sedang berada dalam densha(kereta api) dan kerana ramainya orang, terpaksalah kami berdiri dan sedikit berhimpit dengan penumpang densha yang lain. Sedang dalam perjalanan, densha mengalami sedikit goyang menyebabkan inertia bertindak ke atas kami dan kami terlanggar penumpang lain (yang merupakan rakyat jepun). Ini menyebabkan timbulnya rasa bersalah kami lalu kami katakan pada beliau.


"Aa.. sumimasen"

Membuatkan kami kagum adalah dia turut mengucapkan

"Sumimasen.."

kepada kami sedangkan beliau tidak salah apa apa pun. Sudah terang lagi bersuluh, kami yang terlanggarnya. Tapi, dia masih mengucapkannya. Ya, tinggi sekali budi bahasa mereka.

Dan banyak lagi penggunaan 'sumimasen' dalam pelbagai situasi yang relevan.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk menghuraikan lebih lanjut tentang sumimasen ini, tapi apa yang boleh kita ambil iktibar akan penggunaan sumimasen ini. 

Antaranya adalah,

1. Manusia biasa

Almaklumlah, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari salah dan silap. Dan menjadi masyarakat yang perlu bergaul antara satu sama lain, kekadang kesilapan itu tidak dapat dielakkan. Tidak ingin menggalakkan kita melakukan salah dan silap, sebaliknya kita cuba elakkan. Dan jika terbuat juga, mintalah maaf. Masalahnya hanyalah ego, jika ego dapat diatasi, insyaAllah maaf itu akan jadi mudah sekali. 
Sumimasen!


2. Tenang jiwa

Maaf bukan sahaja bermanfaat buat kita, pastinya juga bermanfaat buat si penerima. Kita akan merasa tenang jiwa kerana kesilapan yang membelenggu diri kita, akhirnya dapat dipohon maaf daripada mereka. Si penerima pula, rasa marah akibat salah yang mungkin menyulitkan diri akan hilang apabila mendengar maaf itu diucap. Win win situation. 
Sumimasen!


3. Maaf pada Allah

Inilah yang paling afdal sekali. Kita ialah hambaNya. Selayaknya rasa maaf itu perlu sentiasa ada dalam diri kita. Walau kita merasakan kita sudah cukup taat pada Allah. Apatah lagi kita sering melakukan dosa. Pernah terdengar suatu kata kata

'Jika kita merasakan kita sudah cukup baik, mungkin saat itu lah kita perlu banyak memohon ampun padaNya.'


Ini kerana kita manusia biasa. Salah silap itu fitrah kita. Maka kerana itulah kita perlu beristighfar saban hari. Sedang Rasulullah saw yang maksum itu pun beribadah mohon ampun dan beristighfar kepada Allah everyday, apatah lagi kita insan marhaen di sisiNya.

Ayuhlah, mohon ampun padaNya. Moga keampunan Allah swt meliputi kita semua.

Su-Mi-Ma-Sen.

Friday 4 November 2016

monolog



OTAK

Mata beberapa kali memandang ke arah jam. Lambat benar masa berlalu. Muka Tomioka sensei dipandang tepat. Sensei yang terkenal dengan 'tazkirah' dia. Sensei ni special, selalu bagi 'tazkirah' sebelum kelas. Pagi tu, sensei ada cerita,

"Student sekarang, buat kerja makin senang. Report experiment semua conclusion sama. Copy and paste je ", dia ketawa sambil memandang student yang tersengguk-sengguk mengantuk.

"Cuba tengok pokok dan binatang. Pokok dan binatang ada otak tak?"

"Ermmm.." student lain memandang satu sama lain. Berfikir, mungkin.

"Pokok mungkin tak ada otak. Binatang ada otak kan?" Student yang memakai sweater biru tua bersuara. Sensei mengangguk-angguk setuju.

 "Jadi apa beza makhluk yang ada otak dengan tak ada otak?"

Berkerut-kerut muka student berfikir. Akhirnya kami buat kesimpulan yang,

"Makhluk ber-otak boleh bergerak,  makhluk tak ber-otak tak bergerak."

Sensei mengangguk-angguk mengiyakan kesimpulan jawapan dari kami.

"Jadi, kalau manusia tak bekerja, tak cuba bergerak untuk capai matlamat dia?" sensei tersengih sinis.

"Dia tak ber-otak?.." student lain tersengih-sengih. Faham maksud soalan sensei.

Aku yang tadinya tersengguk-sengguk tahan mengantuk, serta merta mata membulat. Kagum. Kalaulah sensei aku islam, mesti kangaekata(cara fikir) dia hebat.

Kesimpulan yang aku dapat:

1)manusia bekerja=dia manfaatkan otak/akal dia as manusia

2)manusia tak bekerja=dia tak guna

Gunakan otak/akal sebaiknya.

Dan tengok pula dia guna akal as benda baik atau buruk!

***



ANGAN ANGAN MAT JENIN

"Manusia suka pilih jalan senang!"

Terngiang-ngiang baris ayat tu dalam kepala aku. Sejak aku datang jepun, aku selalu atau boleh dikatakan terlalu bergantung pada orang lain.

Bila nak pilih research, sebolehnya nak ambil research yang senior pernah ambil! Atau research yang hima(lapang), so aku takkan sibuk sangat.

Bila nak buat report, aku akan sankou(rujuk) report senior. Senang kerja aku. Bila nak join program motivasi atau program program agama, tengok la atas tempat.

Kalau jauh,

"Weh, jauh lah. Mungkin aku tak dapat pergi."

Kalau program agama tu dekat,

"Aku pergi punyaa.. "

Atau,kalau nak join program 'agama' ni, kena tengok schelude aku jugak. Kalau aku sibuk atau dah janji untuk keluar dengan kawan, memang tak pergi la.

Sampai satu hari, aku study subject yang senior tak pernah ambil, dan aku lost, tak tahu nak buat apa.

Sampai aku dapat kesimpulan,

"Manusia memang suka kerja-kerja yang mudah"

Pilih jalan mudah. Takut ambil risiko. Sampai tak dapat tunjuk bakat sebenar. Sentiasa nak selesa. Hingga bila aku baca tadabbur ayat , aku macam ditampar-tampar.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. (Al-ankabut:2)

Berangan memanjang, usahanya tiada. Padahal bila kita jatuh, saat tu kita belajar bangun!

Lastly, aku dapat kesimpulan,

" Macam mana kita boleh dambakan syurga kalau usahanya tiada? "

***

PELUPA

Ada satu hari, aku sakit perut. Sangat. Aku call kawan satu daigaku(universiti), and ajak dia teman pergi klinik.

Paracetamol aku dah telan. Tapi tak ada positive effect sebab dari tadi aku ulang-alik ke tandas.

"Fiz, kau bawakkan kereta, hantar aku ke klinik boleh?" tangan aku mengusap-usap perut yang memulas sejak pagi tadi.

"Aku rasa kena jumpa doktor juga ni, baru dapat tahu kenapa sakit. Dapat ubat yang sesuai sikit. " aku bersahaja. Aku dapat rasa muka aku berkerut-kerut menahan sakit.

" InsyaAllah, moga Allah izinkan. Jom aku hantar. " Hafiz capai kunci kereta.

Errrr...

"Moga Allah izinkan."

Ya, mungkin ayat tu biasa. Tapi aku sering lupa pada siapa perlu aku minta. Sering lupa pada siapa sebenarnya tempat meminta. Sering lupa bahawa manusia lain hanya perantara. Sering lupa dia sendiri penuh kelemahan dan perlu meminta!

Dan aku rasa,
Manusia sering meminta pada manusia. Hingga lupa pada siapa patut dia meminta.

Erm, jangan salah faham. Tak salah pun jumpa doktor dengan keyakinan yang mantop doktor tu dapat sembuhkan kita. Cuma kita sering lupa 'siapa' yang izinkan doktor tu menyembuhkan kita.

Ya, Allah lah tempat kita sandarkan harapan dan pergantungan. Dan seringkali juga kita terlupa akan hakikat itu. 

***



Tanpa kita sedar, kita sering bermonolog sendiri. Memikirkan akan diri. Membincangkan apa yang terjadi di sekeliling mengikut persepsi dari dalam diri.

Dan jujurnya, monolog itu juga satu nikmat buat kita. Memberi suatu ruang untuk kita teropong kembali diri sendiri.

Dalam mencari hati.

Yang sentiasa akan dahaga mencari petunjuk daripada Ilahi.