credit |
Azri melihat sahaja tingkah adik usrah nya itu. Mata Khairi jauh memandang
ke tasik seberang sana. Dalam kotak akalnya, sudah tiada apa yang menarik. Segalanya tampak menyukarkan
pada kaca matanya. Sedang Azri asyik membaca tafsir al-Quran,
“Aku rasa kau macam tahu something je kan? Tetiba rajin semacam nak bawak
aku jalan jalan hujung minggu macam ni. Bukannya aku tak tahu, kau sekarang pun
bukan main sibuk lagi dengan hal study tu. internship itu lah, final korang pun
nak dekat. Ni kenapa tiba tiba rajin nak bawak aku cuti cuti Malaysia tak
seberapa ni?” acuh tak acuh Khairi bertanya.
Tafsir ditutup, dan senyum terukir di wajah Azri. Nampaknya, misi pertama
sudah dapat dihidu mutarabbi nya itu. Bagus,
sah ni ada benda tak kena ni. Monolog sendiri.
“Haha, aku sibuk belajar takde lah susah mana. Benda macam tu aku tak
risau. Yang aku risau ni, kau. Kenapa sejak dua menjak liqa macam tak semangat
je ni ha? Muka pun hari hari kusut. Ada masalah apa ni? Exam? Family? Story mory
lah sikit bro dengan aku. Settle masalah.”
Tangan yang mahu membaling batu leper ke arah tasik itu cepat cepat ditarik
balik. Ada riak lega di muka Khairi. Mungkin memang sudah lama dia mahu sembang
face-to-face dengan naqibnya itu. Langkahnya dimatikan tatkala duduk menghadap
Azri yang masih bermuka innocent, benar benar mahu mencari apa yang
mencelarukan sahabatnya itu.
“Erk. Macam mana aku nak cakap dengan kau ni? Nak cakap cover cover ni
memang aku tak reti. Macam ni sebenarnya. Aku ada beberapa soalan nak tanya kau.
Tak banyak pun. Nak tanya dalam liqa, segan pulak aku dengan Bean, Pelam semua
tu. Tanya sekarang boleh dok?”
“Hah, tak boleh! Memang aku bawa kau datang sini sia je. Haish Khairi,
tanya je. Insha Allah mana aku boleh jawab, aku jawab. Tak boleh jawab, aku
usaha lah sikit nak cari jawapan dia. Gapo dio?”
Khairi menarik nafas.
“Aku ni dah dekat setahun jugak lah join semua ni. Tapi lah kan, aku rasa
macam takde apa apa perubahan yang besar dalam hidup aku. Jap jap! Maksud aku
bukan lah tetiba aku nak jadi warak jalan tunduk memanjang depan orang, but,
faham lah kan maksud aku. Macam takde apa langsung yang masuk dalam hati ni. Dalam
liqa, bukan main dentum lagi cakap itu ini. Tapi akhirnya, habuk pun tarak. Sama
je macam dulu, before kenal kau semua. So encik panel, macam mana tu ha?” muka
agak sedih ditunjukkan main main Khairi. Mungkin nak pastikan abang nya itu tak
terasa begitu awkward mahu menjawab soalan serius pertamanya itu. Matanya kemudian
terkebil kebil mahukan penjelasan.
“Khairi, proses pembentukan jiwa manusia ni kan, tak mudah macam buat roti
sosej. Tambah itu tambah ini, siap. Sekejap masa, itu bukan namanya proses
pembentukan jiwa jiwa yang kuat tahu? Hidup kita ni, serius tak tipu banyak
cabang nak attack kau tinggalkan benda benda dakwah ni. Kadang kadang untuk
pastikan kita benar2 qawiy dalam jalan ni, bukan hanya memerlukan setahun dua,
atau pun saki baki masa sebelum fly ni, tapi kau perlukan your entire life kot!
Sebab faktor kita ada di jalan ini berubah ubah. Kadang kadang sebab member,
kadang kadang kau tengok senior macam aku yang hensem, baik ni yang buat kau
rasa nak ikut kitorang. Haha, statement last tu abaikan.”
Khairi tersenyum. Melihatkan itu, Azri menyambung lagi.
“Nak confirmkan kita benar benar basah dalam usrah, liqa semua ni tak boleh
nak harapkan naqib semata. Naqib pun manusia bro. banyak cacat cela. Untuk tambahkan
lagi ilmu kita tentang Islam ni, nak tak nak kau kena cuba feeling2 sikit. Usaha
sikit untuk baca buku fikrah, seerah nabi semua itu. Barulah kau nampak sedikit
sebanyak apa yang Allah mahukan daripada kita. Ingat, sejarah pasti berulang. Itu
sunnatullah. Sama ada kau mahu bersama sejarah yang ukir kejayaan, ataupun mahu
jadi salah seorang yang jadi kekalahan buat umat Islam. Choice semua ada kat
tangan kau.”
“Tapi, boleh komen tak, sebelum ini, kau tengok aku rajin jugak kan cakap
berapi-api waktu bincang isu, tadabbur ayat semua. Bukan aku nak bangga atau
apa, tapi realitinya sekarang bro, aku rasa aku tak buat apa yang cakap. Over je
lah senang citer. Cakap meletup letup, tapi hasilnya, kosong.” Jarinya
membentuk kosong. Tunduk lagi dia ke tanah.
“Jihad kita kan, aku boleh cakap paling besar sekarang dengan diri sendiri.
Kat Malaysia sekarang, mungkin jihad perang semua takde, tapi jihad dengan diri
sendiri ni sampai bila-bila ada. Khairi, dalam liqa kita dididik untuk ada
pemikiran yang sepatutnya kita ada tentang sedar atau tidaknya kita dengan
keadaan masyarakat. Keadaan Islam sekarang yang seolah-olah dipermainkan. Diletakkan
pada tempat di mana kita suka sahaja. Tindakan kau sebelum ini, takde salahnya.
Kau dah asah minda kau untuk melihat dunia ni dengan perspektif yang berbeza. Dalam
menyuarakan pendapat, tiada apa yang salah. Sebab kita semua dalam proses
belajar. Yang membezakan usaha kita ini antara cakap kosong atau berisi, dilhat
dari segi macam mana kau cuba cari jawapan kepada pendapat pendapat yang kau utarakan.
Adakah hanya cukup dengan bacaan dari Facebook, blog sebagainya ataupun kau
rasa, kita boleh confirm semua tu dengan lebih yakin lagi bila kita turun
kepada masyarakat? Lihat sendiri keadaan masyarakat kita macam mana. Ingat tak
ayat 41, Surah Al-Rum yang kita bincang minggu lepas?”
Khairi menggeleng laju laju.
“aku baca translate dia. ‘Telah lahir
kerosakan di darat dan di laut, kerana perbuatan tangan manusia.’ Manusia
ni asalnya, hakikatnya memang semua hamba Allah. Bezanya dilihat atas faktor
keluarga, ataupun macam mana Allah beri hidayah untuk seseorang itu sehingga
dia masuk Islam. Masalahnya sekarang, ramai kat luar sana yang tak buat apa
yang Allah suruh. Ramai yang status dia Islam tapi kadang kadang perangai lagi
teruk. Macam macam benda tak elok dibuat atas bumi ni. Sebab itu, untuk kau
pastikan bahan bahan yang kau terima sebelum ini terkesan kat hati, tak keluar
keluar dah, cuba kau dekati masyarakat. buat sikit sikit pun tak pe. kisah
burung waktu Nabi Ibrahim dibakar dahulu pun dah beri banyak ibrah pada kita
kan? Usaha kecil jangan pernah kecilkan. Insha Allah, dengan usaha kecil kita
itulah, jadi jawapan bila disoal oleh Allah nanti.”
Ada muka puas dipamerkan Khairi. Mulutnya bertanya lagi,
“Masalahnya, walaupun aku ada keinginan nak buat semua tu, rasa susah
sangat nak buat. Kenapa ha?”
Azri betulkan letak kaca mata di hidung. Matanya lari sekejap pada seorang
budak kecil yang tiba tiba berlari ke arahnya. Tangannya dipegang, budak itu
tersenyum memandangnya. Cepat cepat bapanya datang dan memohon maaf. Dua beranak
itu berlalu pergi.
“Beza sangat kan kita dengan budak budak. Tengok mata dorang pun kita tahu,
mereka tak buat dosa. Mudah betul kalau zaman budak budak kecik macam ni dah
dimulakan dengan mengenal Allah. Bukan lambat lambat macam kita. Hah, berbalik
kepada soalan kau, mungkin kau kena post mortem sikit mutabaah amal dengan apa
kau buat hari hari. Seriously, those jahilyyah akan jadi penarik , pencengkam
dari kau bergerak laju dalam dunia dakwah ni. Ingat, target kita bukan biasa
biasa, kita nak Islam ini tertegak dengan cara yang sepatutnya. Bro, bab solat jemaah,
couple semua ada lagi ke?”
“Aaa… insha Allah akan disingkirkan serta merta! Hehe. Aku buat perlahan
lahan. Itulah, dah dekat setahun, benda benda macam ni still aku susah nak
buang lagi kot. Mutabaah amal? Ada juga lompongnya. Yosh! Kena usaha banyak
lagi ni kot.”
“Allah bagi bantuan kat kita berdasarkan apa yang kita usaha. Ingat tu
sampai mati. Kalau usaha main main, dakwah pun kejap nak kejap tak, memang
Allah pun gi target dekat hamba Dia yang ada kesungguhan nak buat. Yang pasti,
kita perlukan dakwah Islam untuk berjaya, walhal dakwah Islam itu kalau tak ada
kita pun masih boleh gerak. Ingat, pengharapan kita diletakkan kepada Allah.
Belajar semua itu, tajdid niat kena betul. Mindset kena bijak. Ok?”
Khairi tersenyum. Azri dapat mengagak main objektif dia membawa adik
usrahnya ke tasik petang itu berhasil dengan jawapan Khairi. Dalam diam, dia
sibuk mendoakan agar Khairi terus kuat dalam jalan ini. Hati hati remaja, rijal
rijal dan nisa nisa di luar sana perlu diperbetulkan daripada memandang apa
yang tidak sepatutnya. Keyakinan perlu dilandaskan atas keupayaan Islam untuk
mentadbir dunia, dan sehingga matlamat itu tercapai, usaha usaha untuk
membentuk masyarakat yang faham dengan Islam perlu digiatkan. Azri mengambil
tafsir al-Qurannya dan surah at-Taubah ayat ke 41 tiba-tiba diselak tanpa
sengaja.
Ayat itu benar-benar menjawab persoalan di mindanya.
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”
Keyakinannya bertambah. Insha Allah, usaha untuk menyelamatkan masyarakat
perlu diteruskan. Pemuda seperti Khairi perlu terus dicari.
-encik buyo