Showing posts with label share share!. Show all posts
Showing posts with label share share!. Show all posts

Friday, 25 December 2015

Daigaku


kredit

Entah mengapa, dari semalam lagi hati Farah rasa macam tidak tenang. Takut. Esok keputusan temuduga kemasukan universiti ke Jepun keluar. Benar, itu yang merunsingkan diri ini. Tidak senang duduk.

“Mira, saya takut.”

“Eh dah kenapa pula tiba-tiba ni Mira oi, hantu takde ribut takde, nak takut apanya !”

Farah hairan apabila Mira berkata sebegitu. Patutlah Farah melihat Mira tidak senang duduk dari tadi lagi. Seperti ada sesuatu yang bermain dalam kotak fikiran Farah.

“Alaa Mira ni, orang betul betul tengah takut la. Esok result Kokoro Daigaku keluar, saya rasa kinchou sangat. Awak tu takpe la dah confirm dapat daigaku yang awak nak. Saya ni haa, tak confirm lagi, takut la.”

Mira menarik muka masamnya kerana Farah seakan akan lupa esok adalah hari yang penting buatnya.

“Eh lupa Farah, gomen saya betul-betul lupa. Saya yakin la dengan awak Mira, mesti dapat punya. InsyaAllah, kan awak dah buat yang terbaik masa mensetsu hari tu. Lagipun dai ni kibou awak kan dah dapat, so sekarang at least dah ada satu dalam genggaman. Yang pasti, apa-apa pun yang bakal awak tahu esok, itu la yang terbaik Allah nak bagi.”

“Tapi saya betul-betul nak pergi Kokoro Daigaku. Saya tak pernah terfikir pun nak pergi Yama Daigaku tu. Hari tu pun saya ikut je sensei nak letak universiti mana sebagai second choice saya.”

Raut wajah Farah jelas menunjukkan kebimbangannya. Mira kenal benar dengan Farah, kalau ada sesuatu yang merunsingkan Farah, pasti dia akan berterusan berfikir.

“Dah, tak payah fikir lagi, sekarang Farah pergi ambil wuduk, solat sunat 2 rakaat, tenangkan fikiran dan terus tidur. Esok kelas awal kan.”

“Hmm ye lah Mira.. “

Farah berlalu pergi dan terus masuk ke dalam biliknya. Surat cinta dariNya dibuka, terhenti bacaannya pada ayat,

“…..Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati kan menjadi tenteram. “
 (Ar Ra’d:28)

Ketenangan itu, yang Farah perlukan sekarang. Dan Farah benar-benar serahkan semuaNya pada Dia, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

***
“Alamak aku tak study apa lagi ni untuk test petang ni. Tu la tidur awal sangat, konon nak bangun awal tapi tak bangun. Padan la muka kau Farah oii”
 Monolog Farah dalam hatinya.

Dari jauh, Farah menjerit memanggil Mira.

“Mira ! “

“Uish terkejut saya, kalau ye pun nak panggil saya tak payah la jerit kuat sangat, saya dengar lagi cik Farah oi “

“Hee, sorry excited sangat “ 

Sengih Farah menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.

Mira cukup kenal dengan ragam sahabatnya, Farah. Mira pasti, dia akan merindui setiap detik yang Allah pinjamkan Farah untuk dia, bila sampai di Jepun nanti.

“Yelah tu, ada apa panggil saya ni. Mesti nak ajak pergi beli makanan kat shokudo kan. Mentang mentang muka saya ni ada rupa makanan  “

 “Haaa tahu pun ! Hehe takde la gurau je, muka Mira comel macam Baymax. Eh? Jom, ke shokudo. Pastu kita makan kat bilik Mira ye, nak study denshi kairo sekali. Farah tak baca apa lagi ni, semalam kan Mira suruh Farah tidur awal “

“Haa pastu nak cakap Mira la punca Farah tak study lagi. Eleh orang tu kan bimbang sangat semalam, bukan boleh masuk apa pun kalau ajak study.

“Ye Farah tahu la. Thanks Mira, rasa lebih ok hari ni. Takut, tapi Dia tahu yang terbaik kan untuk kita ? “

Mira tersenyum.

“Yes! macam ni la Farah yang saya kenal. Jom, nanti panjang pulak kena beratur beli makanan.”

“Jom!”

***

“Farah ! “

Tiba-tiba pintu bilik terkuak.

“Farah dah check belum kat website Kokoro Daigaku? Angka giliran Farah 01 kat belakang kan?”

Terus Piya menyoal bertubi-tubi. Entah dari mana Piya. Raut wajahnya jelas menunjukkan yang dia seperti baru mengetahui suatu berita yang sangat besar.

Jantung Farah tiba-tiba berdegup kencang.

“Farah belum check internet lagi. Aah, nombor Farah 01 kat belakang. Piya 02 kan. Eh, sekejap. Dah keluar result ke? Piya dah check? Piya dapat? Farah dapat tak?”

“Dah keluar result, baru je Piya check tadi.. Farah…”

“Kenapa Piya?”

Piya terdiam. Tidak mampu untuk berkata apa-apa.

Dan pada ketika itu, Farah cukup mengerti tanda kebisuan Piya. Mira yang berada di sebelah hanya mampu berdiam diri. Farah masih menginginkan keputusan yang sahih. Terus Farah mengambil smartphone yang berada di tangan Piya dan melihat apa yang terpapar di skrin. Terasa seperti dunia ini berhenti berputar sebentar.

“Mira..”

Terus Farah memeluk dan menangis sepuasnya di bahu Mira.


***

Mira melihat Farah yang sedang berdiri di beranda koridor, termenung sambil melihat langit. Mira tahu sahabatnya itu suka benar melihat bintang di langit kalau dia tengah kesedihan.

“Farah ok ? “

Farah sedikit terkejut kerana Mira datang secara tiba-tiba. Terus Farah tersenyum memandang Mira.

“Eh ok je la, asal tiba-tiba tanya macam ni”

“Takde lah takut kalau Farah masih sedih lagi.”

“Dah dua minggu berlalu, sekarang pun dah sibuk nak isi borang kemasukan Yama Daigaku tu. Farah ok la, tengok muka ni ada muka sedih ke?”

Farah tersenyum, seperti biasa tidak pernah menunjukkan dia seorang yang lemah. Mira kenal benar dengan perangai Farah, tidak suka untuk membuat orang lain susah hati.

“Farah beruntung sangat. Mira cemburu sangat dengan awak”

Dahi Farah berkerut, pelik kenapa Mira berkata sebegitu.

“Eh Mira demam ke apa ni, tiba-tiba nak cemburu dengan Farah, kenapa?”

Mira tergelak kecil mendengar usikan Farah.

“Takde la, sebab Allah sayang Farah. Tanda Allah sayang kat hambaNya kan, Allah kirim dengan ujian. And then, Farah ni kuat. Sangat kuat. Kalau la Mira yang dapat ujian ni, belum tentu Mira boleh tersenyum macam awak sekarang ni tau. Hebat kan Allah, Farah? Maha Telitinya Dia dalam mengatur setiap ujian untuk hambaNya, berbeza, mengikut kemampuan setiap hambaNya. Maha Baiknya Dia, tidak menguji lebih dari kemampuan hambaNya. Farah hebat. Dan ujian yang hebat untuk orang yang hebat juga. Saya cemburu dengan Farah.”

Airmata Farah bergenang. Mira menyambung lagi,

“Farah ingat tak lagi awal awal dulu masa nak buat pilihan untuk masuk universiti. Punya la susah kita fikir, nak pergi mana, nak pilih dari segi apa semua, takut kalau salah pilih. Serabut juga time tu. Tapi sebenarnya, telah tertulis dan telah ditetapkan oleh Allah, universiti mana kita akan berada, cuma jalan nak sampai ke sana tu yang berbeza and pastinya, apa yang bakal kita lalui juga lain lain. Sebab Allah nak tengok usaha kita macam mana, and how kita letakkan pergantungan padaNya. Sebab kita ialah hamba Dia yang sangat kerdil, kita tak tahu which one is the best for us. Tapi Dia, Maha Mengetahui kan? Dia tahu apa yang kita perlu, apa yang terbaik untuk kita. So apa pun yang kita dapat, terima sekarang, itulah yang terbaik, reda dan  kenalah betul betul berlapang dada dengan ketentuanNya.”

Farah tidak dapat menahan lagi air matanya dari menitis, laju bercucuran di pipi. Mira terus memeluk Farah seeratnya.

“Tak mau nangis nangis lagi. Tak lawa rupa Farah kalau menangis, karang tak ada yang masuk meminang” 

Kata Mira sambil mengesat airmata yang mengalir di pipi Farah.

Farah tergelak kecil. Terusik dengan lawak Mira. Farah benar-benar rasa bersyukur kerana Allah hadirkan pada dia seorang sahabat yang selalu ingatkan dia pada Dia.

“Mira, terima kasih. Jazakillah.”

“Waiyyaki Farah, awak kuat, tidak lain tidak bukan kerana kekuatan dariNya. Bersyukur, dengan setiap nikmat yang telah Dia beri pada kita ok?”

Mira mengangguk. Farah tersenyum.

***
kredit


Farah melihat nota kecil yang berada di atas mejanya. Tiada nama penulis. Tapi cukup kenal dia dengan pemilik tulisan itu.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu, maka pasti azab Ku sangat berat “ (Ibrahim : 7)

“….Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahu, sedang kamu tidak mengetahui”(Al Baqarah : 216)

Bersangka baik dengan aturanNya, bersyukur dengan apa Dia beri pada kita, pasti Dia akan hadirkan sesuatu yang lagi baik pada kita. Mungkin kali ni ALLAH tak bagi apa yang kita nak, tapi sentiasa ingat yang ALLAH bagi apa yang kita perlu. Kita merancang, tapi pada masa yang sama Dia juga sedang merancang, dan Dia mengetahui yang terbaik untuk kita. Aturan Dia sangat sangat cantik Mira. Dan saat ALLAH hadirkan ujian, Dia ingin menguji kita, pada siapa sebenarnya kita letakkan harapan, pergantungan. Ujian, akan terasa manis, andai kita lalui dengan hati yang penuh redha dan bergantung harap hanya padaNya. Mira is a strong girl and stay strong ! 
J

Farah tersenyum. Teringat saat pada mula dia menjejakkan kaki masuk ke program ini. Perasaan yang sama dia pernah merasai. Syukur semua milikNya.



*watak, jalan cerita adalah rekaan semata-mata* 



  • Bahasa Jepun dan maknanya


  1. kinchou: nervous
  2. dai ni kibou: pilihan kedua
  3. daigaku: universiti
  4. gomen: maaf
  5. shokudo : cafeteria
  6. denshi kairo : electronic circuit
  7. mensetsu : interview






Saturday, 14 November 2015

School of Tarbiyyah

[DISCLAIMER: This article is highly written with tarbiyyah, usrah and words related to them. Read at your own risk.]

kredit

“Sebelum baca, mungkin kita hanya perlukan, betulkan niat, dan renungkan, kenapa sebenarnya kita nak berada di ruangan ini”

Mari saya kisahkan anda dengan satu cerita.


-Sebelum Hijrah-


Dakwah telah dilakukan secara terbuka oleh Nabi saw. Ramai umat Islam yang kian hari diseksa dengan kasar dan tanpa belas kasihan oleh musyrikin Mekah. Namun, keteguhan iman mereka sentiasa teguh tanpa ragu dengan ucapan syahadah yang mereka titipkan di bibir mereka.

Pihak musyrikin pula semakin hari semakin bimbang dengan keadaan sewaktu itu. Makin hari, ramai yang mula tertarik dengan agama yang telah dibawa oleh Nabi saw. Tapi, as we all know in seerah, they will do anything to stop it. Kita pernah belajar, sampai satu saat, pihak Musyrikin juga pernah membuat tawaran kepada Nabi saw, menawarkan duit, pangkat dan wanita. 

Tapi Nabi saw tolak. Hebat kan?

Dalam buku Fiqh Sirah, ada menghuraikan tentang part ini. It stated that boleh saja kalau kita fikir in other kind of strategy, Nabi saw boleh ambil peluang ini untuk menggunakan pangkat yang telah ditawarkan oleh pihak Musyrikin, untuk mengajak lebih ramai orang dan Islam akan lebih berkembang. Then in an instance, terus ada sebuah Kerajaan Islam!  (tangga keempat dalam maratib amal). 

Lagi senang bukan?

But nope, it didn’t happen that way. If it does,

- Tak akan berlaku kisah penghijrahan umat Islam ke Madinah. 
- Tak akan terjumpa 313 orang tentera Islam yang terlibat dalam Badar 
-Tak ada rasanya kita dengar seni kata lagu “memayungi dua pertiga dunia, rahsia mereka, ….”

Hebat kan perancangan Allah!

Pengajaran?

Yang pasti, saya tahu sewaktu di Mekah ketika itu, Nabi saw betul-betul membina insan, rijal, pemuda, yang sangat berkualiti regardless of the quantity and that what made them so strong and great in the quantity of 313 that eventually lead us to the “ISK GRAF”.

Sememangnya kalau kita nak bina sebuah tamadun Islam, bukanlah satu kerja yang senang dan singkat. Perjalanan memang jauh, tapi ingat, Nabi saw sendiri tiada saat Islam berada di puncak. Yang pasti, Nabi yakin dengan janji Allah. Adanya 7 tangga maratib amal itu bukanlah untuk senang-senang kita lompat, dan kemudiannya terjatuh begitu sahaja.

kredit


- Kerajaan Islam itu bukanlah apabila pemimpinnya sahaja seorang Individu Muslim yang hebat, tapi orang bawahannya masih lagi kecundang dibuai ombak nafsu. 
- Masyarakat Muslim itu terjadi dengan kesemua dalam kelompok tu adalah Individu Muslim 
- Baitul Muslim pula… (rasanya semua lebih arif)

Cara membina Individu Muslim?

TARBIYAH.

Be it in any kind of form you want to find. Yang pasti kita tahu TARBIYAH yang menghidupkan dan menggerakkan. Payah kalau hanya hidup tapi tak bergerak, macam air yang bertakung. Lagi payah dan penat bila kita bergerak tanpa menghidupkan fikrah dalam diri kita.

FIKRAH.

Tapi, macam mana nak hidupkan fikrah dalam diri kita?

The answer is, ilmu. Ilmu itu sememangnya penting untuk kita menghidupkan fikrah kita. Keep reading. keep searching. For ilmu.

Kalau rasa reading is quite boring, try guna kaedah lain. Watch YouTube videos, ready tarbiyah comics (daily deen comics, for example), dengar lagu yang ada elemen yang boleh ingatkan kita pada Allah (instead of listening to those songs yang melalaikan for hours) and etc etc. Cari method yang sesuai dengan diri kita. 

But, remember, once we found ilmu, amalkan. Kerana kata pak pak Arab, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah.

I believe this is how Nabi saw dah lakukan, berdasarkan sirah.

In a nutshell, just a reminder that I would like to share with you guys, to remind you guys, and of course myself as well,
“Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi everything begins with Tarbiyah”.
Moga Allah redha.

Saturday, 10 October 2015

Of Nasi Arab and Kimono

jzkk!
"Ahh!"
"Stress nya dengan Sofia! Macam lah dia tak tahu perangai aku. Macam lah dia baru kenal aku sehari dua. Sudah dua tahun berkawan pun tak pernah nak cuba faham aku. Stress nya!"
Hanani menghempas pintu biliknya lalu mencampak beg Gucci yang digunakannya ke lantai. Berdekatan dengan loker bajunya. Beg itu juga hadiah pemberian daripada Sofia, kawan baiknya. Beg itu sangatlah Hanani sayang. Dipakai beg itu ke mana mana sahaja dia pergi. Balik kampung, ke kerja, ke usrah, ke shopping mall. Ke mana sahaja. Tapi kini, nilai beg itu seolah tiada erti lagi.

Terus dihempas tubuhnya ke atas katil bujang yang terletak di sudut bilik.. Terasa berdenyut kepala Hanani. Lantas tangannya mengurut dahi, perlahan.

"Kenapa? Apa yang berlaku, Hana?"

Bertanya Suhada, kawan sebiliknya yang berdarah kacukan Arab Pakistan. Sudah dua tahun lebih juga lah mereka tinggal bersama. Ternyata, tempoh itu banyak membantu Shuhada dalam mengenal peribadi Hanani. Baik buruknya. Hatta favorite makanan Hanani pun dia sudah tahu. Siap boleh masakkan lagi.

Hanani itu ternyata ceria orangnya. Kehadiran Hanani tidak pernah gagal dalam menceriakan susasana. Tapi hari ini, lain benar sifatnya.

"Hana?"

Persoalan itu di biarkan begitu sahaja , sepi tanpa jawapan daripada Hanani.

***

Di pejabat, masing-masing sibuk dengan kerja yang bertimbun atas meja, meninggi bagaikan gunung. Sekali sekala terdengar deringan telefon pejabat. Yang pasti, bunyi detakan jari ke atas butang butang keyboard seolah menjadi irama semula jadi di situ. Tidak ketinggalan, keriuhan bunyi mesin fotokopi beroperasi turut menjadi halwa telinga yang kadangkala merimaskan sesiapa sahaja yang berada di situ.

Hanani duduk di ruang kiub kerjanya, menyiapkan new project proposal syarikatnya. Teliti sungguh dia kali ini. Disemaknya minit minit mesyuarat yang lalu. Tidak lupa juga dia melihat rujukan daripada previous project proposal. Mahu tidaknya, tersilap sedikit, mahu berjam jam Hanani terpaksa menghadap bosnya, mendengar bebelan atas kesilapan yang dilakukan. Sedang ligat tangan Hanani menari nari atas papan kekunci AirMac milik syarikatnya itu, tiba-tiba Sofia datang.

"Hana! Awak ni dah kenapa?! Cuba selesaikan kerja yang Fia bagi elok elok sikit. Hana tengok ni! Kan dah berkali-kali Fia ingatkan, ......."

Terdengar tengkingan suara Sofia memarahi rakannya, Hanani.

"Nah! Nanti betulkan balik. Fia nak, by petang ni, dah ada atas meja Fia."

Terdiam Hanani sebentar. Terasa bergenang air matanya. Dilihatnya sekeliling. Ternyata kelantangan suara Sofia tadi menyebabkan seluruh perhatian rakan rakan sekerja tertumpu kepada dirinya. Hanani sekadar mampu mengukir senyuman kelat. lalu diambil kembali kertas yang dihantar ke Sofia semalam. Diletakkan lemah ke atas rak kerjanya.

Punca kemarahan Sofia sangatlah kecil tapi besar impaknya kepada syarikat. Puncanya adalah Hanani tersilap membuat pengiraan pada hujung pengiraan liabiliti yang di tanggung oleh syarikat mereka.

Bukan Hanani tidak berusaha melakukan tugasan itu sebaiknya. Tapi entah kenapa, seringkali dia melakukan kesalahan yang sama. Penguasaan matematiknya yang agak lemah jika dibandingkan dengan yang lain menyebabkan kesalahan itu berulang kali dilakukan. Mungkin kali ini, Sofia sudah tidak lagi dapat menahan sabar.

Namun, betapa remuknya hati Hanani apabila dimarahi sebegitu rupa. Ditengking di hadapan ramai. Lebih-lebih lagi Sofia itu merupakan teman akrabnya. Pedihnya Allah sahaja tahu.

Hanani sekadar memandang kosong skrin komputer.

Teringat kembali saat pertemuan dia, Sofia dan Shuhada..

***

Hanani baru sahaja sampai di Kuala Lumpur. Beliau mendapat peluang pekerjaan di sebuah syarikat GLC terkemuka negara yang menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan keluarga di kampung. Masalah besarnya adalah, dia tidak tahu nak tinggal di mana.

Alhamdulillah, usrah yang disertainya sejak zaman universiti ternyata banyak membantunya. Masih lagi dia ingat, panggilan telefon dari kakak naqibah usrahnya, Kak Jenny.

"Hana! Akak dah jumpa rumah yang boleh Hana duduk kat KL nanti. Nah! Hana telefon nombor ni. Pemilik nombornya, namanya Shuhada. Area rumahnya pun dekat dengan tempat kerja Hana. Oh, lagi satu, dia pun follow usrah. So, tak adalah masalah untuk Hana teruskan usrah kat sana nanti.. " 
"Oh, OK akak. Alhamdulillah.." 
"OK, bye! Assalamu.." 
"Akak!" 
"Apa dia?" 
"Akak tak bagi lagi nombor tu.." 
"Astaghfirullah.. Ampun Hana. Hihi.. Nanti akak WhatsApp nombornya.."

Sesampainya di rumah itu, Shuhada menyambut Hanani dengan meriahnya. Siap masakkan nasi Arab lagi. Shuhada sememangnya pandai masak nasi Arab. Resepi turun temurun katanya. Almaklumlah, ibunya orang Timur Tengah. Buka restoran nasi Arab lagi.

Di situ jugalah Hanani berkenalan dengan Sofia, sahabat Shuhada yang berketurunan Melayu Jepun. Lebih mengejutkan lagi, Sofia juga bekerja di syarikat yang bakal Hanani sertai.

Alhamdulillah.

Hanani terasa urusannya dipermudahkan segalanya oleh Allah.

Yang mencuit hati Hanani, saat itu Sofia sedang berpakaian kimono. Rupanya, dia baru sahaja pulang daripada pesta Bon Odori di Shah Alam. Malam itu, melihatkan reaksi Hanani yang kelihatan sungguh berminat dengan pakaian itu, Sofia turut memberikan peluang untuk Hanani mencuba kimono itu.

Bermula daripada dinner nasi Arab masakan Shuhada dan kimono Sofia, ukhuwwah antara mereka mula terjalin dan kemanisan serta kehangatan ukhuwwah itu semakin dirasakan hari demi hari.

jzkk!


***

Sejak Sofia dinaikkan pangkat, layanannya terhadap Hanani terus berubah. Seratus lapan puluh darjah. Sudah jarang bertegur sapa. Sudah jarang makan brunch bersama. Sudah jarang shopping shawl sesama.

Hanani tahu, sedangkan lidah boleh tergigit, apatah lagi hubungan sesama rakan sendiri. Pasti ada naik turunnya. Tapi, entah mengapa, terluka benar dia hari ini. Kalau boleh diundurkan masa, dia tidak mahu langsung kenal Sofia. At least, dia tak perlu sakit hati sebegini.

Akhirnya, tertumpah juga air mata Hanani.

***

Semalaman itu, Hanani langsung tidak bercakap dengan Suhada. Tidak keruan Shuhada dibuatnya, memikirkan kesalahan apa yang telah dia lakukan sehingga menyebabkan Hanani bermuram muka dengannya.

"Mungkin, dia perlukan masa bersendiri.", sangka baik Shuhada.

Teringat kata naqibah usrahnya. Selemah lemah tingkat dalam  bersaudara adalah bersangka baik. Kalau itu pun tidak mampu dilakukan, layakkah dia menjadi sahabat yang baik buat Hanani.

***

Keesokan harinya, Suhada bertanya perihal 'amukan' Hanani semalam. Dan dengan perlahan dan hemahnya Hanani menceritakan kejadian di pejabat itu kepada Suhada. Takut juga Hanani kalau kalau dia menceritakan perihal buruk mengenai Sofia. Semarah marah dia pada Sofia, tidaklah sampai dia ingin melakukan backbiting.

"Hmm.. Sofia tu, sahabat kita. Sejak dulu lagi kita berkenalan dengan dia, bertepuk tampar, bergurau senda. Dia pun banyak tolong kau, kau pun banyak tolong dia. Kita dah sayang antara satu sama lain macam adik beradik sendiri. Mungkin waktu itu, dia mempunyai masalah lain yang sedang dia fikirkan? Siapa tahu?  
Kisah pertemuan antara kau, dia dan aku pun sudah di tentukan oleh Allah sejak dahulu lagi. Walaupun kita benamkan dalam hati yang kita tak nak langsung kenal dengan dia, kalau Allah dah kata "Jadi" maka "Jadilah". Tak ada siapa yang dapat menghalang kuasa Allah. Kita ni sangatlah kecil lagi tak berdaya.  
Cuma, kita kena ingatlah setiap apa yang di aturkan oleh Allah tu, pasti dan sepasti pastinya akan ada hikmah ataupun kelebihan yang tidak disangka sangka. Daripada cerita kau ni, aku rasa mungkin Allah nak latih sifat sabar dalam diri kau, yang mana mungkin kau takkan dapat kalau kau tak berada dalam keadaan macam tu kelmarin. Janganlah sepantas kilat kita mempersoalkan ketentuan Allah, tetapi, kita duduk dulu, tenangkan fikiran. Lagi molek kalau kita ber'date' dengan Allah.  
Confess semua yang kita rasa. Dia lebih tahu daripada apa yang kita tahu. Dia boleh hantar pelbagai cara dan pelbagai keadaan kepada kita untuk menyentuh hati-hati kita untuk mengingat Dia. Boleh jadi juga Allah takdirkan kita dengan perjumpaan sebegitu untuk menarik kita kembali kepada Dia. Peluang tak selalu datang. 
Janganlah sedih. Allah kan ada. Dia selaluuuu adaaa untukk kita. Dia saaaangat dekat dengan kita."
 Lantas Shuhada mencapai tangan Hanani, digenggamnya kejap. Erat sekali. Terasa kehangatan di situ.
"Dia saaaangat sayangkan kita. So, rebutlah peluang ni. Sambut panggilan kasih sayang Dia ni dengan semangat yang membara bak api yang menyala gitu!".
Secara perlahan-perlahan, Hanani tersenyum.

"Haa, senyum pun. Kan manis macam ni. Sejuk mata bakal mak mertua Hana nanti."

Sempat lagi dia mengusik.

Bush! 

Tepat lontaran bantal busuk Hanani mengenai Shuhada.

Tergelak mereka bersama.

"Dah, Shu nak masak favorite nasi Arab Hana. Kita makan mewah sikit hari ni. Pergi telefon Sofia. Ajak dia sekali. Suruh dia bawa kimono dia sekali. Shu pun nak try pakai juga. Hihi.." 
"Haiikkk!"

^^^


ala carte: setiap pertemuan dengan seseorang sama ada kita suka ataupun tidak, seseorang tu pasti akan ada sesuatu yang ingin Allah bagi kepada kita.

Yang mana berkemungkinan besar pertemuan itu mampu mengajar kita menjadi lebih matang, berfikiran luas, lebih penyabar, ringan tulang untuk berikan bantuan dan macam-macam lagi hikmah yang Allah nak bagi kepada kita.

Sungguh!
Kasihnya Allah terhadap kita.

Tapi, ianya bergantung kepada kita juga. Bagaimana kita hendak menghadapi situasi sebegitu?
Kalau baik reaksi kita, baiklah keputusannya.

Ye idok? heeeeee ~~~

Dan,

Masalah yang kita dapat sama ada daripada diri sendiri ataupun orang sekitar adalah hadiah daripada Allah.

Allah tu kan penjaga kita, tuan kita , pemilik kita. Bila masalah tu datang, kenapa kita tak serahkan sahaja kepada Dia. Dan apabila orang lain melakukan sesuatu yang tak adil terhadap kita, kenapa kita tak serahkan Allah sebagai hakim kita ? Cubalah jadikan Allah tu sebagai teman kita, berborak dengan Dia. Sebab lama lama akan menjadi kebiasaan kita untuk sentiasa share dengan Allah. Dan dalam masa yang sama. Kita dapat bina hubungan dengan Allah.

Bukan kah itu yang kita impikan ?

Manusia ni pelbagai sifatnya dan  agak pelik.

Tapi,

Manusia ni hamba Allah.
Bukti kekuasaan Allah.
Kepelbagaian sifat manusia ni mampu memberikan kita seribu macam pengajaran, didikan dan pendorong.

Datangnya seseorang dalam kehidupan kita membawa beribu rahsia.
Yang mampu mendidik kita.
Yang mampu mematangkan kita.

Dan,
Yang mampu menyentuh hati kita untuk kembali kepada Allah.
Return back call.
Semoga pertemuan ini sehingga ke syurga.
Amin.



Ditulis oleh,
sneakergirl

Monday, 1 June 2015

Kau Tak B*d*h

Beberapa kali dia menulis dua perkataan yang sama. Pada petang yang sunyi itu, dia langsung tidak keluar dari biliknya. Sesudah menunaikan solat asar, dia terus duduk di kerusi mejanya dan mula menulis dua perkataan itu berulang kali.

Lima belas minit telah pun berlalu. Akan tetapi, dia masih menulis tanpa henti. Ya, menulis dua perkataan yang sama. Sesekali dia akan melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Termenung seketika, memikirkan masalah yang sedang dihadapinya lalu menghelakan keluhan yang panjang.

Kemudian, dia meneruskan penulisannya.





"Woi Man! Bila kau nak turun main ni?" jerit rakannya dari bawah, berhadapan dengan tingkap biliknya.

Dia terhenti.

"Bola ke?" dia melaung sambil menjenguk kepala ke tingkap. Kelihatan Arep tersengih-sengih sambil memeluk bola dengan tangan kirinya.

"Jap, aku nak bersiap."
Dia meletakkan pennya, membiarkan kertas itu terpampang di atas meja lalu bersiap sedia untuk beriadah.

'Ah, nantilah aku simpan.'

Setelah bersiap, dia mula berlari-lari anak menuju ke gelanggang futsal.

Lima minit kemudian, Akmal masuk ke dalam bilik. Dia baru sahaja pulang dari surau. Usai sahaja menjalankan eksperimen tadi, dia terus menuju ke surau untuk menunaikan solat asar.

Akmal meletakkan begnya di atas kerusi sebelum menuju ke arah loker untuk menukar baju. Akan tetapi, sehelai kertas di atas meja Ilman membuatkan langkahnya mati.

'Aku bodoh?'

Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah kau rasa seperti Ilman rasakan?

Kau rasa kau bodoh? Kenapa? Adakah sebab test baru-baru ini sangat teruk? Ataupun, selepas pengiraan, pointer Jepun kau sangat rendah?

Kau rasa kau tak dapat masuk universiti yang kau nak? Eh, silap. Kau langsung tak dapat nak berangan sekalipun untuk masuk universiti yang kau nak?

Tak pun kau tak dapat jawab soalan sensei ataupun sebab kau langsung tak faham dengan apa yang sensei cakapkan atau terangkan di hadapan?

Dengan sebab itu kau rasa kau bodoh?

ばかの bakano (bodoh ke)

Kau tak sebodoh yang kau sangkakan. Ya, mungkin kau tak faham dalam kelas. Ya, pointer kau mungkin rendah dari orang lain. Ya, mungkin soalan ensyuu (praktis) yang sensei berikan zenzen (semua) kau tak dapat jawab.

Cammon la, budak. Takkan dengan sebab yang remeh itu kau gelar diri kau bodoh.

Semai sedikit rasa sayang pada diri!

Kau ada hafal makna surah Al-Fatihah?

Kau mampu handle machine masa workshop?

Kau mampu baca circuit dan sambungkan circuit dengan hanya membaca diagram?

Kau pandai menggunakan common sense kau untuk membersihkan bilik?

Kau pandai susun kasut dengan elok supaya tak menyusahkan makcik cleaner nak mengemas?

Kau tahu tumpukan diri dalam kelas?

Kau tahu untuk diamkan diri bila perlu?

Kau tahu semua itu, betul tak? Jadi, kau tak bodoh. Kau hanya lack of solving skill dari orang lain.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). "
Surah At-Tin, ayat 4

Sudah terang lagi bersuluh Allah sudah send surat cinta kepada kita, tegaskan bahawa kita sebaik-baik kejadian. Mana mungkin ciptaan Allah dan kata-kata Allah itu silap. Manusia itu bodoh dengan manusia itu sebaik-baik kejadian adalah dua perkara yang bertentangan.

Adakah kau mahu berdebat dengan Allah pula?

Baiklah, kau kata kau sudah berusaha tetapi masih tak dapat apa yang kau impikan, betul tak?

Habis, kau fikir usaha kau untuk fahamkan apa yang dipelajari hanya boleh apply masa exam sahaja? Kau fikir usaha kau sia-sia? Kau fikir 'Baik tak payah study. Result sama je macam tak study.'

ばかの bakano (bodoh ke)

Biar penat.

Biar tak nampak hasilnya sekarang.

Biarlah orang lain pintas kau sekalipun.

Biarkan, biarkanlah asalkan kau terus berusaha.

Budak, Allah tak tengok pun hasil kau semai. Allah tengok usaha kau, jadi apa lagi kau nak pintakan?

Letaklah pergantungan kau kepada Allah s.w.t

Sedarkah kau selama ini memandang rendah dengan takdir yang Allah tetapkan? Sedarkah kau, selama kau hidup, kau selalu meragui kekuasaan Allah?

Bila kau kata dengan pointer kau, kau tidak akan dapat nak apply ke universiti yang kau inginkan?

Bila kau rasa exam bagi killer subject, kau akan fail walaupun kau sudah pun berusaha?

Bila kau sakit, kau makan panadol berbelas-belas biji semata-mata mahukan rasa sakit?

Di mana kau letak kebergantungan kau pada Tuhan yang Maha Esa?

Di mana? Hati? Mulut? Ataupun tidak pernah rasa ingin bergantung?

Bangunlah, budak. Bangun.

Letakkan kebergantungan kau pada Allah. Allah adalah Tuhan, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.

Kefahaman, kebaikan, keberkatan ilmu itu semuanya datang dari-Nya.

Akal kau tidak rendah, selagi kau beriman.



----------------------------------------------------

Man mengesat-ngesat peluhnya di muka dan melemparkan senyuman kepada Arep sebelum mengangkat tangan untuk melambai. Lambaiannya dibalas dengan anggukan sebelum Arep menghilang masuk ke dalam biliknya.

Man melangkah masuk ke dalam bilik, berjalan terus ke loker. Tiada sesiapa pun di dalam biliknya memandangkan hampir semua rakan sebiliknya sudah pergi ke surau.

Dia membuka loker untuk mengambil tuala yang dicampaknya secara tergesa-gesa pagi tadi. Tiba-tiba, sehelai kertas jatuh dari dalam loker ke lantai.

Kertas 'aku bodoh' yang ditulisnya.


Dia segera mengutip kertas itu, bimbang jika ada orang lain yang membaca tentang apa yang ditulisnya dalam keadaan stress pada petang itu. Dia terus ingin meronyok kertas itu, tetapi tulisan asing di atas setiap dua perkataan yang berulang itu menarik perhatiannya. Segera dia membaca keseluruhan kertas itu sehingga nota terakhir.


Dia mula tersenyum lebar.


nota hati: maaf, saya tak pandai nak bertapis seperti BioAura, jadi, saya hanya tulis sebagaimana saya bercakap. Jika terkasar, ku pohon maaf tapi jika terasa, sila sentapkan diri anda sendiri. Yang baik semuanya dari yang Maha Esa :D



Ditulis oleh
Pukul Tiga.

Wednesday, 4 February 2015

Ramai, Tapi...


Kita ni selalu je pergi ceramah, tapi kadang-kadang je dengar. Wujud je kat situ tapi asyik selfie, scroll timeline, hafal kanji.

….. eh?

turning point ni, feelingnya sangat WOW!


Pernah tak kau rasa macam berat je nak pergi ceramah tu, kau pergi pun sebab orang offer tiket free ke, makanan free ke, ikut kawan ke, penceramah feymes ke. Pernah? Of course lah pernah kan.
But then that one ceramah turned out to be the best ceramah yang kau pernah dengar. Like BAM! Kata-kata dari penceramah tu memang meresap ke dalam segenap diri kau and kau pun tergerak untuk berubah. Tiba-tiba kau rasa macam this one event is your turning point, macam dilahirkan semula gittew. Dah tak lapar dah. If so, then kau patut bersyukur sebab among hundreds and thousands of people yang pergi ceramah or talks ni, only a few people je yang betul-betul dapat input. Yang lain, masuk telinga kanan keluar entah ikut mana. Aku mengaku, aku tak terkecuali (especially part selfie tu). Can’t help it!


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
foams in the sea.

So point aku is quality above quantity. Numbers are never the key factor in building a strong, indestructible structure.

Think about it, kita nak buat jambatan, boleh je ubah structure itu into any forms we desire, nak bentuk hati ke, bintang ke, asteroid ke? But then, kalau bahan nak buat jambatan tu memang tak kukuh, rasa-rasa tahan lama tak? So apa function sebenar jambatan tu? Sekadar jadi kemegahan buat tatapan mata2 ataupun betul2 jalankan tugas sebagai penghubung? Same goes to us, are we living up people’s expectations?

 Are we trying so hard to please everyone? If people’s opinion about you matter the most, then you are the object of their perception.

Object of their perception? Wow. Apa artinya? Maksudnya kau ni sekadar reflection of apa yang diorang expect dari kau. Diorang expect kau ni jenis diam & menurut je arahan. Then to please them, kau pun membisu and gradually self-esteem kau drop tahap level mega infiniti. And Poof! Hilanglah keinginan kau untuk menyuarakan pendapat kau, sebab takut dipandang serong. When you become an object of the people, then automatically you become one of their belongings. Lost. And this is when you should find your way back to the one we ALL belong to. ALLAH.

Kita semua claim yang kita solat 5 waktu, puasa, baca Al-Quran. Tapi kita buat tu atas dasar obedience to Allah ke sekadar rutin semata mata je? Belong to Allah means belong to principles. Allah dah tetapkan panduan untuk kita ikut. Cumanya mungkin kekadang kita je yang selalu leka. Bukan kekadang, selalu okay.

*nangis*.

 So aku nak buat analogi kat sini. Hmm let it be an apple tree. Okay, pokok ni bila ada akar yang kuat, dah tentu-tentulah akan tumbuh dengan cantik dan kukuh. Kenapa pokok tumbuh? Sebab Allah izinkan dia tumbuh, ada principle dalam pertumbuhan pokok tu sendiri yang membolehkan dia menghasilkan buah yang sihat dan berjus.

Amboi! 

So AKAR yang kuat ni ibarat IMAN kita.

 Kuat iman kita, kuatlah structure kita.

We can’t see the roots, same goes to our iman. But we can see the structure it builds from within. Apa cerita pulak dengan pokok yang akarnya lemah? Pokok macam ini akan tumbuh ikut cuaca, hujan, angin, panas, tak sempat berbuah dah mati dulu. Well…THIS is what’ll happen kalau iman tak kuat. Senang ditolak, ditarik and you become fully dependant to things selain Allah. Maksudnya you choose the dunya over Allah. Memilih dunia. Naudzubillah.

Next nak cakap pasal buah pulak. Buah ni ibarat AMAL kita. Baiknya pokok tu, struktur dah cun, konfem lah buah pun cun kan? And buah inilah yang akan menampakkan pokok tu sihat ke tak.
 It’s our gestures that speaks.

 Action speaks louder than words kan? So simple je, akar rosak, pokok tak sihat, buah pun tak ada value. This is where education plays a VERY HUGE role. Education is very essential in nurturing our hearts and improving our iman. Tak kisahlah agama apa pun, pendidikan sangat penting. Ayat pertama dari Allah kot! Iqra’! Teringat kata2 Prof Tariq Ramadan, “Muslims should be sincere, commited, and they should think more”.

Anak-anak muda, nowadays be like;

Iols bukan jenis membaca”
“Tak minat la baca baca ni. Tengok video pun sama je kan input dia?”
“Aku bab baca2 ni tak berapa sangat. Kira kira boleh la…” *sambung buat algebra*
yang last macam familiar je.... Kenapa malas sangat membaca ni??

*slaps self*

 Tau tak dengan kau membaca, sel-sel otak kau akan berhubung, pastu otak kau bergerak dan kau akan menjadi genius dalam sekelip mata? Tak ada la camtu tapi faham je kan how the things work?
Takkan la kita nak jadi macam buih-buih di lautan, banyak… tapi? Lemah kat dalam.

 Kosong.

 Maka selagi mampu isilah dada tu dengan ilmu sebanyak mana yang mampu. Dalam masa yang sama, dekatkan diri dengan Allah. After pinjam ilmu Dia, tak ada rasa gratitude ke? Bersyukurlah sebab kita masih di bawah lembayung satu komuniti yang cintakan ilmu. Dan masih mampu menuntut ilmu. Think about our brothers and sisters di luar sana yang cuma mampu melihat orang lain jadi doktor, engineers, teachers. They would’ve been better than us, more dedicated than us. Tapi Allah bagi privilege tu kat KITA. So we are responsible in preserving these principles and tak gunakan privilege yang kita terima ke arah kejahilan semata mata. The key is to fulfil our intellectual capacity, and our spiritual quality. Be smart, think about how things work and why they don’t. Luaskan horizon pemikiran and go out of your comfort zone and always, always nurture your heart by improving your iman. Kata nak capai *UA kan? Contribute something! Let’s become a valuable muslims! InsyaAllah. Moga Allah redha 

Ciao!

*UA: Ustaziatul Alam. Situasi di mana Islam menjadi sumber rujukan dunia seperti mana yang pernah Islam capai sewaktu zaman kegemilangannya dahulu!

'Large in Numbers, Foams in the Sea' talk
UIA, Gombak
Prof. Dr. Tariq Ramadan