Showing posts with label hamasah kami. Show all posts
Showing posts with label hamasah kami. Show all posts

Saturday, 14 November 2015

School of Tarbiyyah

[DISCLAIMER: This article is highly written with tarbiyyah, usrah and words related to them. Read at your own risk.]

kredit

“Sebelum baca, mungkin kita hanya perlukan, betulkan niat, dan renungkan, kenapa sebenarnya kita nak berada di ruangan ini”

Mari saya kisahkan anda dengan satu cerita.


-Sebelum Hijrah-


Dakwah telah dilakukan secara terbuka oleh Nabi saw. Ramai umat Islam yang kian hari diseksa dengan kasar dan tanpa belas kasihan oleh musyrikin Mekah. Namun, keteguhan iman mereka sentiasa teguh tanpa ragu dengan ucapan syahadah yang mereka titipkan di bibir mereka.

Pihak musyrikin pula semakin hari semakin bimbang dengan keadaan sewaktu itu. Makin hari, ramai yang mula tertarik dengan agama yang telah dibawa oleh Nabi saw. Tapi, as we all know in seerah, they will do anything to stop it. Kita pernah belajar, sampai satu saat, pihak Musyrikin juga pernah membuat tawaran kepada Nabi saw, menawarkan duit, pangkat dan wanita. 

Tapi Nabi saw tolak. Hebat kan?

Dalam buku Fiqh Sirah, ada menghuraikan tentang part ini. It stated that boleh saja kalau kita fikir in other kind of strategy, Nabi saw boleh ambil peluang ini untuk menggunakan pangkat yang telah ditawarkan oleh pihak Musyrikin, untuk mengajak lebih ramai orang dan Islam akan lebih berkembang. Then in an instance, terus ada sebuah Kerajaan Islam!  (tangga keempat dalam maratib amal). 

Lagi senang bukan?

But nope, it didn’t happen that way. If it does,

- Tak akan berlaku kisah penghijrahan umat Islam ke Madinah. 
- Tak akan terjumpa 313 orang tentera Islam yang terlibat dalam Badar 
-Tak ada rasanya kita dengar seni kata lagu “memayungi dua pertiga dunia, rahsia mereka, ….”

Hebat kan perancangan Allah!

Pengajaran?

Yang pasti, saya tahu sewaktu di Mekah ketika itu, Nabi saw betul-betul membina insan, rijal, pemuda, yang sangat berkualiti regardless of the quantity and that what made them so strong and great in the quantity of 313 that eventually lead us to the “ISK GRAF”.

Sememangnya kalau kita nak bina sebuah tamadun Islam, bukanlah satu kerja yang senang dan singkat. Perjalanan memang jauh, tapi ingat, Nabi saw sendiri tiada saat Islam berada di puncak. Yang pasti, Nabi yakin dengan janji Allah. Adanya 7 tangga maratib amal itu bukanlah untuk senang-senang kita lompat, dan kemudiannya terjatuh begitu sahaja.

kredit


- Kerajaan Islam itu bukanlah apabila pemimpinnya sahaja seorang Individu Muslim yang hebat, tapi orang bawahannya masih lagi kecundang dibuai ombak nafsu. 
- Masyarakat Muslim itu terjadi dengan kesemua dalam kelompok tu adalah Individu Muslim 
- Baitul Muslim pula… (rasanya semua lebih arif)

Cara membina Individu Muslim?

TARBIYAH.

Be it in any kind of form you want to find. Yang pasti kita tahu TARBIYAH yang menghidupkan dan menggerakkan. Payah kalau hanya hidup tapi tak bergerak, macam air yang bertakung. Lagi payah dan penat bila kita bergerak tanpa menghidupkan fikrah dalam diri kita.

FIKRAH.

Tapi, macam mana nak hidupkan fikrah dalam diri kita?

The answer is, ilmu. Ilmu itu sememangnya penting untuk kita menghidupkan fikrah kita. Keep reading. keep searching. For ilmu.

Kalau rasa reading is quite boring, try guna kaedah lain. Watch YouTube videos, ready tarbiyah comics (daily deen comics, for example), dengar lagu yang ada elemen yang boleh ingatkan kita pada Allah (instead of listening to those songs yang melalaikan for hours) and etc etc. Cari method yang sesuai dengan diri kita. 

But, remember, once we found ilmu, amalkan. Kerana kata pak pak Arab, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah.

I believe this is how Nabi saw dah lakukan, berdasarkan sirah.

In a nutshell, just a reminder that I would like to share with you guys, to remind you guys, and of course myself as well,
“Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi everything begins with Tarbiyah”.
Moga Allah redha.

Friday, 20 March 2015

Titik tolak.

credit


Bila bangun tidur subuh-subuh ni, perasan tak mujahadah setiap pemuda/pemudi subuh ni superb gila? Nak sedar dari mimpi yang tak pasti tuh satu hal, nak angkat selimut kalau yang berselubung tuh lagilah besar dugaannya. 

Tidur atas lantai? Okay, mungkin sebab sejuk sangat, mereka kena bertarung melawan kesejukan yang melenakan ni. 

Baru satu mujahadah.

Dah buka mata, mereka pandang jam phone pulak. Pandang, 

"Eh! Ada notifications lah!"

"Dari muslimin/muslimat ni, eh ni kena balas, tunjuk sikit bangun subuh awal".

Nauzubillah!

Kalau sebenarnya, pemuda/pemudi subuh ni diorang bangun baca doa, bersyukur dihidupkan lagi, tengok phone dan move on tuk solat subuh. 

Satu lagi mujahadah.

Cukup dua mujahadah besar di permulaan hari pemuda/pemudi subuh sebagai contoh permulaan.

Isinya? Mujahadah? Istiqamah? Gaya hidup beriman seorang muslim/muslimah? Bukan. Mungkin tak masuk, tapi kaitannya adalah titik tolak hidup kita. Nak stylo lagi? Muntalaq written by Harun Al-Rasyid . Sebenarnya nak suruh baca, tuh yang bagi nama buku haha.

Setiap kita ada titik tolak berbeza. Titik tolak dari seorang pemain futsal berseluar pendek, berubah menjadi pemain futsal berseluar pendek tapi pakai tight (tatau betul ke tak ejaan). Titik tolak seorang berpasangan (couple), jadi seorang yang single.

(eceh!)

Titik tolak seorang marhaen jadi seorang manusia bercita-cita mengubah dunia melalui dunia penulisan.

Wah!

Tapi, setiap mereka ini ada jahiliyyah mereka sendiri. Sorang overly attached to his seluar pendek futsal (ayat cam ape), sorang lagi pulak dengan kekasihnya (cliche) dan sorang lagi dengan dosa lampaunya yang menjatuhkan semangat dia untuk berimpian mengubah dunia.

InshaAllah.

 Kupasan seterusnya bakal menyentap hati saya dan hati anda.

Kenapa perlunya titik tolak, biarpun beban jahiliyyah menahan?

Pemuda, pemudi. Kalau anda tidak bermula, tidak bergerak untuk islah diri, untuk islah masyarakat, untuk mula merubah dunia, mana mungkin semua revolusi diri, revolusi dunia Islam akan terjadi! 

Persetankan jahiliyyahmu! 

Teruskan bergerak walau selelah mana pun anda, sepenat manapun anda dengan jahiliyyah yang membebani, seretlah! Seretlah sampai ke penghujung jalan. Biarlah rosak tubuhmu, luka-luka kakimu, jatuh bahumu itu, sungguh, usaha anda itu pasti akan dipandang yang Maha Melihat.

The hardest part of a revolution is the starting point. It may come in the hardest way, or the easiest way, but it will still be hard as for a revolution to start, the revolutionaries need this ultimate value; readiness to move on.

Pemuda, pemudi. Tinggalkan perasaan "Aku masih berjahiliyyah, aku tak cukup baik untuk nasihat orang." jauh-jauh. Itu semua racun pembantut islah diri dan masyarakat, dan siapa pembisiknya? Tak disangkal hanyalah nafsu mu dan syaitan yang direjam. 

Jangan usaha memecah bumbung, tapi lupa tiang yang memasak bumi dibiar tertegak menahan. Dan jangan pula memecah tiang, tapi lupa bumbung yang kan menimpamu dikala jatuhnya tiang-tiang yang menahannya.

Rancang dan gerakkanlah islah diri dan masyarakat. Ubahlah dunia bersama-sama para pencetus, pendokong revolusi Islam. Carilah titik tolakmu, dan bergeraklah. Usahakanlah perjalananmu, biar jahiliyyah tercicir sendiri tatkala kau terbeban kernanya sehingga tak bergerak.

Jangan biarkan masyarakat tersiksa, terhina dek tidak bergeraknya engkau dalam mengubah dunia. Kerna dirimu sendiri, satu komponen masyarakat yang teramat tinggi nilainya!

Jadilah bijak dalam gerak kerja mu. Sentiasa berharap dibimbing Tuhan untuk dipertemukan dengan mereka yang satu misi denganmu, 

Jangan fokus pada benda kecil yang membebani, sehingga kau lupa fokus utamamu. Tapi jangan pula kau izzah dengan jahillyahmu, sungguh itu hanya memalukanmu dan menjauhkan masyarakat dari perjuanganmu!

Sungguh, apa yang ku katakan ini, hanyalah sedikit pandangan marhaen. Apa aku kira aku seorang yang mantap, qawiy tika ku menulis? 

Tidak. 

Sungguh aku hanyalah insan yang dalam perjuangan ku berharap merubah dunia, tapi masih banyak jahiliyyah membebani diriku lagi. Bergeraklah bersama Tuhan mu, sungguh hanya Dialah motivasi mu dari mula titik tolakmu.

credit


Ditulis oleh: HeartVoker

Tuesday, 3 March 2015

Akukah Hud-hud yang dicari itu?



Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang..

Alhamdulillah, pada 23 Februari yang lalu telah berlangsung sedikit perkongsian daripada saudara Afiq Sazlan yang kini sedang mengadakan roudtour mengenai buku keduanya iaitu “Mencari Hud-Hud Yang Kini”.

Mendengar tajuknya sahaja sudah menarik.

Alhamdulillah, perkongsian yang benar-benar membuka mata dan semoga kita semua boleh terus mengorak langkah ke hadapan dengan izinNya, biidznillah.

Pernah dengar kisah burung Hud-hud dengan Nabi Sulaiman?

Seekor burung yang sememangnya kalau kita benar-benar hayati kisah tersebut, sangatlah menggugah jiwa dan amat malu kalau hendak dibandingkan dengan kita manusia yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa..

Saya amatlah tertarik dengan sifat hudhud yang dikongsikan oleh saudara Afiq Sazlan pada malam itu.

Yang pertama sekali,

Sedar akan tanggungjawab menyampaikan kebaikan.

“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan memperelokkan oleh syaitan pada pandangan mereka perbuatan(syirik)mereka,lalu menghalangi mereka dari jalan(yang benar),oleh itu,mereka tidak beroleh petunjuk.”
(An-Naml:24)

Hebat bukan?

Seekor burung sendiri pun tahu dan sedar tanggungjawab dia di muka bumi ini, hamba Allah dan pemimpin di muka bumi ini!

Hud-hud sedar yang dia perlu lakukan sesuatu,dia perlu sampaikan kebenaran apabila dia melaporkan kepada Nabi Sulaiman tentang perbuatan Balqis yang menyembah selain ALLAH SWT.

Kagum!

Dan begitu juga dengan kita. Ya, kita juga harus ada perasaan ingin berkongsi kebaikan dengan orang.  Jangan ada sedikit pun perasaan dalam diri kita nak buat baik sendiri sahaja kerana bimbang, tiada perubahan pun sebenarnya dalam diri kita. Bukankah syurga ALLAH tu tersangatlah luas untuk didiami?

Allahu.

Indah bukan kalau kita mampu menarik seramai yang mungkin menuju kearah syurgaNya kerana benar, yang kita inginkan adalah pengakhiran yang baik, bukan di dunia sahaja tapi di akhirat juga kelak.

Biidznillah.



“Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.”
(An-Naml:22)

Salah satu lagi sifat Hud-hud yang dikongsikan oleh saudara Afiq Sazlan pada malam itu adalah,

Yakin.

Ya, yakin dengan kemampuan diri sendiri.Kalau kita sekadar tahu, tapi tiada keyakinan untuk menyampaikan dan mengajak orang berbuat kebaikan, tak jadi juga.

Kita harus yakin dengan kemampuan dan kelebihan yang ada pada diri kita. Kalau kita sedar yang kita boleh buat sesuatu yang bermanfaat untuk ummah, teruskanlah. Lakukan sebaiknya,dan niat hanya kerana Dia. Hasilnya,biar Allah sahaja yang tentukan. Bukan ke Allah tengok usaha kita,bukan hasilnya?

Yang penting, jangan pernah mengalah. Andai jatuh, bangkit kembali !

Selain yakin dengan kemampuan diri sendiri,saudara Afiq Sazlan ada mengongsikan yang kita juga harus mempunyai,

Sikap yang teliti dan terurus 

seperti burung Hud hud itu.

Hud-hud tidak membawa berita tanpa disiasat tapi dia membawa berita yang dia yakin kepada Nabi Sulaiman.

Kagum lagi!

Kita juga harus begitu,sangat penting untuk kita teliti supaya kita sebarkan benda yang betul dan sahih kepada orang lain.

Akhir sekali,

Kita perlu sedar akan keperluan untuk bertindak.

Seperti burung Hud-hud, dia tidak menangguh-nangguh untuk menyampaikan berita yang dia tahu, malah dia segera bertindak.

Begitu juga dengan kita, setiap apa yang kita buat,kita perlu mula bergerak dengan serius dari sekarang. Andai kita terlambat sehari, boleh jadi kejayaan kita akan tertangguh bertahun-tahun!

Sebagai contoh, andai kita yang mengambil jurusan kejuruteraan, kedoktoran, kita harus mula berfikir dari sekarang lagi apa yang kita boleh buat pada masa hadapan supaya kita boleh sumbangkan sesuatu kepada Islam.

Ini baru sahaja mukaddimah yang dikupas oleh saudara Afiq Sazlan, tapi begitu banyak sekali input menarik yang diperoleh, Alhamdulillah.

Beliau benar-benar membuka mata kami semua, tentang betapa pentingnya untuk berfikir di luar kotak, bersemangat dengan apa sahaja yang kita lakukan sekarang andai kita yakin yang ia akan membawa manfaat kepada ummah supaya kita tidak melakukan sesuatu yang sia-sia.

Bila ditanya tentang apakah pekerjaan yang paling diredhai Allah?

Rata-rata ada antara kami sendiri yang mengatakan guru, pensyarah pendidik dan sebagainya. Pendekatan yang diguna pakai Afiq Sazlan menarik. Dia tersenyum, lalu mengatakan bagaimana sebenarnya pemikiran kita mampu untuk mengubah segala-galanya.

Berminat menjadi enjiniur?

Teruskan niat dan belajar untuk mind-set kan dalam minda untuk belajar ilmu kejuruteraan itu untuk Islam.

Sebab apa?

Tanpa enjiniur, belum tentu pendidik itu mampu untuk mengajar dengan efisien tanpa bantuan teknologi yang sangat memberi kesan kepada teknik pengajaran.

Tanpa enjiniur, belum tentu para doktor dapat merawat pesakitnya tanpa bantuan mesin-mesin mahupun alat bedah yang serba canggih.

Tanpa enjiniur, belum tentu rakyat yang punya pelbagai pekerjaan mampu untuk ke tempat kerja yang jauh dari rumah, tanpa teknologi kereta dan sebagainya.

Tidak kira apa jua jurusan yang anda belajar, ingat satu perkara. Bagaimana ia mampu untuk menyumbang kepada Islam? Cari dan teroka, sebab mahu atau tidak, walau kamu suka untuk berhibur walau apa pun, akhirnya kita sama-sama sedar, kita akan mati dan menghadap Pencipta.

Kita akan disoal sejauh mana ilmu itu kita gunakan dan kita harus fahami dan hadam bahawa,

Mati itu pasti dan teramatlah dekat.

Moga Allah redha.



p/s: cepat-cepat dapatkan sendiri buku ini! insha Allah, perspektif daripada bacaan anda berbeza, dah lebih menekan jiwa!

Ditulis oleh: SR

Monday, 26 January 2015

Aku racist? eh mana ada!


Sementara hati belum tenang nak buat report butsuri,
apa kata kita menulis kejap.

Credit
Ehem. Machokan suara sikit. #ehh

Hamasah itu maksudnya semangat yang membara.

Membara yang macam mana? Api obor Olimpik laa kot. Entah-entah api majusi!

Naudzubillahi minzalik. Takdelah sampai macam tu sekali! Membara yang dimaksudkan tu, kalau saya ada api semangat yang membara tu pada diri saya, setiap insan yang ada disebelah kanan, kiri, depan belakang mahupun yang sedang saya pijak badannya dibawah ni, boleh terasa kebahangan dia. Sampaikan orang yang disekeliling saya ni, boleh terbakar dan membara-bara api semangatnya hingga menjulang Islam ke persada dunia gituh!

Tapi semangat je tak boleh jugak. Tindakannya kena ada. Jadi apa relevannya awak nak bercakap pasal Hamasah pula kali ini? 

Minum air seteguk jap. Betulkan niat, moga sampai maksud saya pada anda semua.

Ibaratnya hamasah ni, api yang membara. Cop, kita mula dari awal. Kalau kita nak hidupkan api, mulanya kita kumpulkan ranting-ranting kecil, dan sedikit daun kering dan kita letak bersama. Lalu kita acah-acah survival sikit, amik batu, gesel ketuk segala bagai nak bagi ade percikan api. Sampai penat kita buat, tapi tak nyala-nyala jugak. Akhirnya kita ambil je pencahaya (baca: lighter) dan nyalakan saja kumpulan ranting dan daun tadi. Puff, hidup dah api tuh. Okay, itu api kecil.

Kita tak puas; eish, kena besar lagi ni apinya, tambah kayu besar!

Wow! Akhirnya api tuh terpadam dek kerana tak mampu memakan kayu yang besar itu. Disitu kita belajar, tambahlah ranting sederhana agar tak padam apinya. Dan kita mula semula dengan bara yang tertinggal.

Untuk teruskan kehidupan api yang pendek ni, kita teruskan menambah ranting-ranting, dahan dan dedaunan kering. Makin besar kayu yang telah dimakan dek api, makin lama mampu api itu bertahan. Andai tidak ditambah apa-apa, masakan api itu dapat teruskan kehidupannya. Aduh kasihan api tersebut!

Err, bro, macam dah jauh je. Duk cerita pasal api je, mana Hamasahnya?

Haa, anda teruskan membaca pun dah berhamasah dah. Hamasah membaca cerita hambar saya kekeke.

Secara lojiknya, api semangat yang membara ini ada yang nyalaannya terus kuat dan memakan makan insan disekelilingnya, dan ada juga yang bermula kecil dek kerana bahan apinya yang sikit. Maka api yang menyala kecil ni pun hanya menyapa pipi-pipi insan sekeliling dengan udara yang suam malah mampu menyebabkan mereka tidur lena!

Okay, saya penat bermadah, Maafkan saya tak bicara terus (baca: talk directly) pada isinya, Saja saya uji hamasah anda hehe.

Hamasah setiap insan ni adakalanya membara kuat, ada masa dia membara malu-malu je. Bermula dengan semangat yang membara malu-malu ni, para murabbi ni yang berharap mutarabbi-mutarabbinya perform, ohsem macam Afiq Sazlan yang murabbinya tak disangkal kehebatannya (saya taknak dedah siapa murabbinya, cari sendiri hehe), terus memberi tugasan-tugasan berat dengan ilmu-ilmu yang cukup memberatkan hati mutarabbi mereka. Dengan harapan yang menggunung, tugasan yang membeban, ilmu yang bertambah-tambah, ada rijal-rijal ini yang terpadam hamasahnya dek semua itu. Kasihan rijal-rijal ini, mereka berpotensi besar tapi musnah kerana murabbi mereka sendiri!

Saya taktahu nak creditkan pada siapa, tapi gambar ni penting.
Ohh patutlah si fulan taknak join usrah lagi, sebab ana kah? T.T

Nangis banyak-banyak.

Jadi teruslah membakar semangat mutarabbi anda dengan bahan-bahan yang ringan dan berperingkat, jangan membebani biarpun moto anda "Tak paksa diri takkan mampu berubahlah anda!".  Biarpun anda murabbi ohsem, mutarabbi anda memang akan ohsem juga, tapi bukankah tarbiyah itu proses yang lama?

Sentap.

Dan pentingnya hamasah ini, dia membakar dan membantu menambah hamasah ahli-ahli bulatan gembiranya, dan juga orang disekelilingnya. Jadi jangan pelik andai ahli-ahli bulatan gembira ni, mereka sering hidup sesama mereka, racist dengan orang luar.

Ohh racist rupanya budak usrah ni! Poyo!

Ehh maafkan saya, anda salah faham. Hebatnya hamasah ni, dia mampu menaikkan hamasah-hamasah yang lain sekali. Andainya ahli bulatan gembira saya tiba-tiba futur, dan saya tidak bersama dengannya, habislah hamasah dia. Itulah fungsinya bulatan, semua sisi berhampiran dengan sisi yang lain. Maka hamasah seorang yang membara sahaja mampu membakar semula hamasah yang lain. Hebatnya bulatan gembira! Hebat lagi efek hamasah!

Okey, ini pertama kali saya menulis panjang. Maafkan saya andai ada yang salah, saya ni hanyalah insan marhaen (baca: biasa-biasa). 

Teruskan berhamasah!
Biarpun badan dimamah usia,
sampai Islam masih tidak dijulang seluruh manusia,
jangan berhenti membakar hamasah!

Ini pun saya taktahu nak creditkan pada siapa haha.

__________________________________________

Nampaknya saya dah termakan dengan pembacaan Inche Gabbana dan Afiq Sazlan dan murabbi-murabbi ohsem yang lain. Haha.

oh ya, budak usrah tak racist ya,

HeartVoker.