Showing posts with label cerkon. Show all posts
Showing posts with label cerkon. Show all posts

Sunday, 26 March 2017

Semua ini kebaikan ka?


Cerita 1

"Kau..."

Suaranya terhenti. Bagai sesuatu tersekat di kerongkong.

"Emm, kenapa weh?"

Tangannya mengacau baki susu dalam secawan teh tarik yang baru dihantar pelayan sebentar tadi. Azmeer melihat tepat ke arah rakannya, seribu satu persoalan bermain di minda.

"Kau okay ke bro?"

Danial yang tadinya kaku mengeluarkan suara. Serba salah dibuatnya. Tak tanya pun salah, bila ditanya pula, lain macam pula 'awkward'nya. Ahh, apa salahnya. Seagama, mukmin itu bersaudara bukan? Danial bermonolog. Wajahnya masih memandang tepat ke arah Azmeer yang kelihatan tenang dari tadi.

Azmeer ketawa.

"InsyaAllah aku okay, kenapa kau macam risau sangat ni? Ke kau ada buat salah dengan aku weh?"

Azmeer bergurau, tapi kali ini ketawanya terhenti. Kerisauan pada wajah Danial akhirnya membuat dia memulakan bicara. Cafe yang tadinya sunyi kini makin bingit. Sempat dia mengerling ke arah jam tangan, 12.00 tengah hari. Waktu lunch hour.

" Kau ni.. Hairan aku tengok. Erm, family kau ok? "

Akhirnya dia bersuara. Masih segar dalam ingatan kemalangan yang meragut nyawa 3 ahli keluarganya 4 minggu lepas. Rentung. Ibu Azmeer masih koma hingga sekarang.

Azmeer yang tadinya tersenyum kini riaknya sedikit serius.

"Alhamdulillah, Doakan. Perancangan Allah tak pernah buat kita makin layu kan bro?"

Danial tersentak. Entah. Jawapan dari Azmeer buat dia terdiam dan habiskan perbualan mereka di situ. Dia sendiri mungkin tak mampu sekuat itu. Ya, mungkin tak mampu.  Azmeer masih tersenyum penuh tenang di hadapan Danial. Tangannya menyuap satu persatu cebisan roti canai yang dihidang di atas meja sejak beberapa minit tadi.

***

Cerita 2

Susuk tubuh yang digeruni. Yang melihatnya pasti lari lintang-pukang. ada berani?

Bila musuh berhadapan dengannya, pasti melarikan diri dan mengelak sehabis mungkin. Ishh, orang gila sahaja yang tak takut saat berhadapan dengan lelaki ini. Mungkin dalam hati mereka bermonolog,

"Mati la aku kalau dia nampak aku!"

"Mati la aku kali ni!"

Mungkin. Mungkin musuh dia sendiri terketar-ketar saat melihat wajah lelaki yang digeruni kaum mereka ketika itu.

Tapi, ada seorang musuh yang lain dari yang lain saat tu. Ini dasyat. Sungguh dahsyat. Teramat dahsyat. Boleh teka apa musuh yang sorang ni buat? Saat yang lain cuba mengelak sehabis mungkin, dia malah cuba mencari setiap peluang yang ada untuk menerkam lelaki super power ni! Dan lagi memusykilkan, lelaki yang super power ini pula cuba mengelak bila dia berjumpa musuh yang sorang ni.

Ini pelik.

Sampai satu ketika, lelaki yang super power ni tak tahan lagi dek dikejar-kejar dan dicari-cari oleh musuh yang berani tadi, jadi dia bertindak. Tahu apa lelaki power ni buat?

Dia menetak kepala musuh tadi dengan pedangnya hingga terbelah dua.

Jangan bayangkan situasi ini sangat, bimbang termimpi-mimpi. Tapi ini cerita benar, bukan rekaan insyaAllah. Tapi ada satu lagi yang pelik, kenapa lelaki ni tak bunuh awal-awal musuh yang sorang tadi tu? Musuh yang berani mencari dan mengejar dia?

Untuk tak memanjangkan post kali ini, lelaki yang super power tadi ialah Abu Ubaidah Al Jarrah! Dan tahukah kenapa dia asyik mengelak bila berhadapan dengan musuh yang sorang tadi tu?

Sebab musuh itu ialah ayah kandungnya. Ya, dia membunuh ayah kandung sendiri. Tapi jangan fikir macam-macam ya. Abu Ubaidah membunuh ayahnya dalam Perang Uhud lillahi taala untuk Islam, hingga pengorbanan sahabat Rasulullah SAW ini dirakamkan di dalam Surah Al Mujadilah,


" Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasulnya, sekalipun orang itu bapanya, atau anaknya, atau saudaranya, atau keluarganya. Mereka itulah orang-orang yang di dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia.... "
(58:22)

Tapi yang mengagumkan, sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga ini tidak pernah merungut mahupun hilang semangatnya tatkala ayahnya iaitu musuh ketat Islam ketika itu mati dalam Perang Uhud. Tak pernah dia meratap bahkan dia makin gah mengejar si Pencipta!


***


Ada dua keadaan daripada dua cerita kat atas.

Saya  sendiri hairan. Hairan dengan 'mereka'. Hairan dengan watak-watak ini. Dan, dah berminggu-minggu saya dalam kehairanan (ni tipu).  Tapi pernah satu hari, terbaca surah Al Nahl.

Yang berbunyi,

" Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa " Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab "Kebaikan". Bagi orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh (balasan) yang baik, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa "
(16:30)

 Cukup ayat ini menerangkan segala kehairanan saya tadi. Nampak tak? Orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang Allah SWT sebut dalam ayat ni, bila ditanya apa yang diturunkan oleh Allah kepada mereka,

Mereka menjawab ' kebaikan ' .

Seakan-akan mereka, iaitu orang yang bertaqwa tadi merasakan semua yang diatur dalam kehidupan mereka adalah kebaikan, semua yang baik-baik, semua yang terbaik. Dan lagi mengagumkan, semua kesakitan, semua ujian dalam hidup mereka, semua luka dalam kehidupan mereka juga, dirasakan satu ' kebaikan ' dalam hidup.


"Entah apa yang mereka fikirkan? Tak dapat dibayangkan besarnya cinta mereka pada Si Pencipta, hingga semuanya indah belaka. Hingga setiap air mata, setiap kesukaran menahan nafsu, mujahadah, dirasakan manis dan baik-baik saja."


Cinta apa lagi yang boleh menguatkan diri, selain cinta si Dia?

Tipu juga jika saya katakan saat ditimpa ujian, kita boleh tersenyum riang dengan bahagia.  Cuma sebagai manusia, fitrahnya memang beremosi, kita juga ada perasaan. Dan, memang sedikit sebanyak rasa sedih dan pilu tu ada kan?

Cuma pada pengakhirannya, bagaimana kita lihat ujian mahupun nikmat yang kita lalui sebagai satu ' kebaikan ' seperti yang dirakamkan dalam ayat di atas. Tiba-tiba saya teringat satu pesanan oleh someone special,

" Bila kita lalui ujian mahupun nikmat dalam hidup, hanya ada dua kemungkinan yang akan berlaku. Sama ada kita makin jauh, bahkan tenggelam ke arah lebih jahil dan futur. Atau, kita makin kuat dari sebelumnya malah melangkah lebih bertenaga ke hadapan! "

Dan, sudah pasti kita mahu jadi kuat dari sebelumnya bukan? :)

Moga kita bukan hanya bermimpi di siang hari, malah cuba untuk mengamalkannya!







Sunday, 26 February 2017

Si peminta!

Malam. Sebab cuti ni ada kat Malaysia, malam-malam yang berlalu kat rumah agak sibuk. 

Kot.

Teringat dengan seorang kawan ni. Malam tu hantar mesej Line pada dia, dengan niat nak kacau sebenarnya.

"Nak nasihat."

Simple. Memang tu tujuan saya hantar mesej malam tu.

"35:15-18"

kredit



Simple jugak jawapan dia bagi. Kelakar pun ada😅, tapi yang best dia terus reply mesej tadi.

Okay,bersedia? 

Surah al Fatir ayat 15, bunyinya yang bermaksud:

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, sedangkan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Lagi Maha Terpuji."
(35:15)

Mula-mula baca ayat ni, termenung juga sekejap. Terhenti lama kat ayat 15 tu. Bila mana, Allah SWT berfirman directly, yang manusialah who keep on meminta-minta pada Dia, manusialah yang memerlukan pertolongan dari Dia. Dan lagi heart shot, bila Allah cakap, hanya Dia yang Maha Kaya. 

Hah, nak jawab apa?

Terus refleks diri sendiri waktu tu. Kita sering mencari-cari manusia, mencari-cari yang lain dulu sebelum cari Dia. Bukan maksud saya kita tak boleh meminta pertolongan pada manusia, cuma terkadang kita sendiri lupa yang siapa yang izinkan manusia lain bantu kita. Nak saya bagi analogi yang mungkin senang difahami?  Kalau lagi merumitkan, maafkan saya ya.

Bayangkan anda ada sebuah kereta Mercedes yang meletop. Then kita keluar berjalan dengan kereta tu untuk pergi shopping mall. Tiba-tiba, kereta Mercedes kesayangan kita tu rosak. Agak-agak apa  tindakan kita waktu tu? Mungkin kita akan;

1) call kawan-kawan terdekat untuk bantu

2) call mechanic yang super power berkelas antarabangsa

3) Bagi salam kat siapa-siapa yang kita nampak boleh tolong, dan minta pertolongan dari mereka.

Kita ada banyak choices untuk dapatkan pertolongan tu. Apatah lagi kereta rosak dekat dalam bandar, on the way pergi shopping mall pulak tu. Ramai sangat manusia yang boleh tolong, apatah lagi seagama dan sebangsa dan sewarganegara. Kan? Kalau ikut logik akal la.

Dan sekarang, bayangkan dengan kereta Mercedes meletop tadi, kita naik and haritu kita on the way balik kampung. Dan kita pula cari pasal, lalu jalan lama, yang memang jarang orang lain guna, dan paling worst susah dapat line telefon. Dan, dan boleh jadi laluan tu, kebiasaannya glamor dengan sekumpulan geng yang menggunakan parang untuk memeras ugut. Dan, dan jalan tu pula terkenal dengan kisah seram-seram yang menjadi viral sejak akhir-akhir ini. Dan tetiba kereta rosak. Dan sekali lagi agak-agak apa tindakan kita waktu tu?

Mungkin agak kejam, jika saya buat andaian yang dalam situasi kedua ini, ternyata kita berdoa lebih panjang dari biasa. Atau bahkan menangis. Atau waktu tu, kita akan berkata

"Ya Allah, lindungilah kami. Ampunkan dosa-dosa kami, selamatkan kami."

atau

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami. Moga diberi kesempatan untuk kami bertaubat. Kali ini, bantulah kami ya Allah."

Sekali lagi, bukan saya berniat untuk salahkan doa-doa seperti ini. Ia bahkan sangat baik!! Sekurangnya kita masih ingat siapa sebenarnya yang dapat membantu kita, siapa ilah (baca: Tuhan, tempat perlindungan, tempat berharap) kita. Cuma, adakah kita hanya meminta pada Dia saat kita betul-betul terdesak sahaja? Atau saat-saat yang memang kita rasa, manusia tak boleh tolong, baru kita meminta? 

Allahu. 

Saya sendiri merefleks diri yang serba kekurangan.

Kita abid (baca: hamba). Kita bahkan hanya hamba yang kerdil, yang mungkin terkadang lupa siapa yang mengizinkan kita menjadi kita hari ini. Dan, bila Allah SWT berfirman seperti ayat 15 ni, rasanya kita sendiri lebih layak untuk muhasabah diri masing-masing, more than anyone else. Because, we know who we truly are.



Jom tengok lagi ayat 15 ni. Allah SWT guna 'Fuqara' yang bermaksud ' fakir '. Fakir. Oh, manusia ni fakir sebenarnya. Ya, fakir yang tidak punya apa-apa. Tak berdaya apa-apa. Tak ada kuasa apa-apa. Sebaliknya kita yang perlukan Dia. Kita yang perlukan Allah.

Cuba tengok ayat 16 pula yang bermaksud.

"Jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu (untuk menggantikan kamu)"
(35:16)

Dan, sekelip mata Allah boleh menggantikan kita dengan orang lain. Mungkin yang lagi soleh/solehah dari kita? Yang lagi bersyukur dari kita? Yang lagi kuat beramal dari kita? Yang lagi berkejar-kejar mencari keredaanNya?

Andai kita jauh dari Dia, apa alasan kita di depan Allah nanti? Apalah sangat ujian kita harini? Dan paling parah, saat ditimpa ujian, sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh mencari 1001 jalan mencariNya?

Minta maaf, jangan rasa stress bila baca ayat kat atas ni. Cuma sedikit sharing dari saya sendiri  yang sedang merefleks diri. Dan kali ni, Surah Al Fatir benar-benar menarik hati. Plus, sharing is caring, right?

Subuh keesokannya, kawan yang saya mesej tadi hantar mesej lagi,

"Try la baca tafsir al Fatir, best."

Dan boleh la kita try baca surah ni. Konfem tak rugi, ini serius! 

Jom!😊





Friday, 4 November 2016

monolog



OTAK

Mata beberapa kali memandang ke arah jam. Lambat benar masa berlalu. Muka Tomioka sensei dipandang tepat. Sensei yang terkenal dengan 'tazkirah' dia. Sensei ni special, selalu bagi 'tazkirah' sebelum kelas. Pagi tu, sensei ada cerita,

"Student sekarang, buat kerja makin senang. Report experiment semua conclusion sama. Copy and paste je ", dia ketawa sambil memandang student yang tersengguk-sengguk mengantuk.

"Cuba tengok pokok dan binatang. Pokok dan binatang ada otak tak?"

"Ermmm.." student lain memandang satu sama lain. Berfikir, mungkin.

"Pokok mungkin tak ada otak. Binatang ada otak kan?" Student yang memakai sweater biru tua bersuara. Sensei mengangguk-angguk setuju.

 "Jadi apa beza makhluk yang ada otak dengan tak ada otak?"

Berkerut-kerut muka student berfikir. Akhirnya kami buat kesimpulan yang,

"Makhluk ber-otak boleh bergerak,  makhluk tak ber-otak tak bergerak."

Sensei mengangguk-angguk mengiyakan kesimpulan jawapan dari kami.

"Jadi, kalau manusia tak bekerja, tak cuba bergerak untuk capai matlamat dia?" sensei tersengih sinis.

"Dia tak ber-otak?.." student lain tersengih-sengih. Faham maksud soalan sensei.

Aku yang tadinya tersengguk-sengguk tahan mengantuk, serta merta mata membulat. Kagum. Kalaulah sensei aku islam, mesti kangaekata(cara fikir) dia hebat.

Kesimpulan yang aku dapat:

1)manusia bekerja=dia manfaatkan otak/akal dia as manusia

2)manusia tak bekerja=dia tak guna

Gunakan otak/akal sebaiknya.

Dan tengok pula dia guna akal as benda baik atau buruk!

***



ANGAN ANGAN MAT JENIN

"Manusia suka pilih jalan senang!"

Terngiang-ngiang baris ayat tu dalam kepala aku. Sejak aku datang jepun, aku selalu atau boleh dikatakan terlalu bergantung pada orang lain.

Bila nak pilih research, sebolehnya nak ambil research yang senior pernah ambil! Atau research yang hima(lapang), so aku takkan sibuk sangat.

Bila nak buat report, aku akan sankou(rujuk) report senior. Senang kerja aku. Bila nak join program motivasi atau program program agama, tengok la atas tempat.

Kalau jauh,

"Weh, jauh lah. Mungkin aku tak dapat pergi."

Kalau program agama tu dekat,

"Aku pergi punyaa.. "

Atau,kalau nak join program 'agama' ni, kena tengok schelude aku jugak. Kalau aku sibuk atau dah janji untuk keluar dengan kawan, memang tak pergi la.

Sampai satu hari, aku study subject yang senior tak pernah ambil, dan aku lost, tak tahu nak buat apa.

Sampai aku dapat kesimpulan,

"Manusia memang suka kerja-kerja yang mudah"

Pilih jalan mudah. Takut ambil risiko. Sampai tak dapat tunjuk bakat sebenar. Sentiasa nak selesa. Hingga bila aku baca tadabbur ayat , aku macam ditampar-tampar.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. (Al-ankabut:2)

Berangan memanjang, usahanya tiada. Padahal bila kita jatuh, saat tu kita belajar bangun!

Lastly, aku dapat kesimpulan,

" Macam mana kita boleh dambakan syurga kalau usahanya tiada? "

***

PELUPA

Ada satu hari, aku sakit perut. Sangat. Aku call kawan satu daigaku(universiti), and ajak dia teman pergi klinik.

Paracetamol aku dah telan. Tapi tak ada positive effect sebab dari tadi aku ulang-alik ke tandas.

"Fiz, kau bawakkan kereta, hantar aku ke klinik boleh?" tangan aku mengusap-usap perut yang memulas sejak pagi tadi.

"Aku rasa kena jumpa doktor juga ni, baru dapat tahu kenapa sakit. Dapat ubat yang sesuai sikit. " aku bersahaja. Aku dapat rasa muka aku berkerut-kerut menahan sakit.

" InsyaAllah, moga Allah izinkan. Jom aku hantar. " Hafiz capai kunci kereta.

Errrr...

"Moga Allah izinkan."

Ya, mungkin ayat tu biasa. Tapi aku sering lupa pada siapa perlu aku minta. Sering lupa pada siapa sebenarnya tempat meminta. Sering lupa bahawa manusia lain hanya perantara. Sering lupa dia sendiri penuh kelemahan dan perlu meminta!

Dan aku rasa,
Manusia sering meminta pada manusia. Hingga lupa pada siapa patut dia meminta.

Erm, jangan salah faham. Tak salah pun jumpa doktor dengan keyakinan yang mantop doktor tu dapat sembuhkan kita. Cuma kita sering lupa 'siapa' yang izinkan doktor tu menyembuhkan kita.

Ya, Allah lah tempat kita sandarkan harapan dan pergantungan. Dan seringkali juga kita terlupa akan hakikat itu. 

***



Tanpa kita sedar, kita sering bermonolog sendiri. Memikirkan akan diri. Membincangkan apa yang terjadi di sekeliling mengikut persepsi dari dalam diri.

Dan jujurnya, monolog itu juga satu nikmat buat kita. Memberi suatu ruang untuk kita teropong kembali diri sendiri.

Dalam mencari hati.

Yang sentiasa akan dahaga mencari petunjuk daripada Ilahi. 





Friday, 7 October 2016

Autumn

Autumn.

       Satu persatu daun gugur menyembah bumi, bertukar warna. Mendung, hanya beberapa suara kanak-kanak yang sedang seronok bermain baseball di padang berdekatan kedengaran. Aku perlahankan langkah kaki, berjalan ke arah kerusi berdekatan.

***

        Beberapa hari jugak aku menyepi. Entah, kadang aku rasa aku tak ramai kawan. Bukan tak ada langsung, cuma ada time aku gembira je, bila susah semua lari. Kadang aku rasa diorang hanya berlakon. Buat baik hanya bila pertama kali berjumpa. Dan bila makin lama, makin aku kenal siapa mereka.

" Kenapa aku rasa aku macam tak ada kawan eh? Ada time perlu, time susah hilang. "  Lantang aku suarakan.

" Kenapa pula? Aku tak nampak macam tu pun? " Aiman memandang tepat ke arahku.
" Kau tak nampak, tapi aku yang rasa. "

" Mungkin sebab kau yang kurang spend masa dengan diorang? "

" Entah. Jangan tanya aku, tanya diorang. " Aku tamatkan perbualan. Malas melayan alasan demi alasan. Malas meletihkan emosi dengan amarah. Aku cepatkan langkah kaki menuju ke pintu bilik. Tombol pintu aku genggam dan hempas sekuatnya.

 

Ya, sejak akhir-akhir ni, semua perkara tak kena. Semua! Aku tahu aku kerap salahkan orang lain, aku tahu. Aku tahu aku yang patut muhasabah dengan apa yang berlaku, tapi aku buntu.

***

" Kalau boleh aku nak cepat-cepat graduate and balik malaysia. "

" Eh, kenapa pulak? Macam-macam kau ni, tiba-tiba je. "

" Aku rasa aku salah masuk course. Ni bukan course yang aku suka pun. Aku study, tapi aku tak betul-betul ikhlaskan diri aku untuk buat semua ni. Sebab ni bukan yang aku nak. "

" Aku tak faham. "

" Kan aku bagitau tadi, ni bukan yang aku nak. Aku dapat result ok, dan semua orang ingat aku ok dengan study. Tapi sebenarnya, aku sendiri tak rasa apa yang aku belajar ni sesuai dengan aku. Ni bukan yang aku nak. "


Aiman hanya tersenyum.

" Kalau tu bukan yang kau nak, tapi yang tu juga yang Allah nak untuk kau? "

Dia sambung,
" Apa kau boleh buat untuk halang? " kali ni senyumannya sinis.

" Macam mana kau masih boleh was-was dengan apa yang Allah tentukan untuk kau, lepas 4 tahun kau masuk course ni? Macam mana kau masih boleh was-was sedangkan setiap hari kau mengaku Allah lah yang kau sembah? "

" Man.. " Ya, aku kelu.

" Kalau kau dah dapat jawapan dari soalan aku tadi, kau boleh bagitau aku secepat mungkin. " Sinis jawapan Aiman. Dia laju berjalan ke arah pintu bilik.

Sebelum dia menutup pintu bilik, sempat dia menyambung,
" Aku tak sabar tunggu jawapan kau. "

***
Autumn.

Petang tu aku keluar berjalan ke taman berdekatan. Soalan Aiman masih berlegar dalam kepala. Jawapannya jelas, kerana aku masih was-was dengan segala takdir. Aku masih bermain tarik tali dengan apa yang Allah tetapkan.

Aku sebenarnya bukan tak ada kawan. Tapi kalau hubungan dengan Allah pun aku terumbang ambing, macam mana aku boleh ada rasa nak ada hubungan baik dengan manusia? Aku ingat lagi, kata naqib aku,

" Hubungan dengan Allah sangat special. Bila tujuan hidup kita ke arahnya,kerana akhirat, hal-hal dunia sebenarnya sangat kecil di kaca mata kita. Bila kita kejar akhirat, yang dunia  pun kita akan dapat. "

Tapi aku? Ahh, malas untuk aku  bicara banyak. Aku terlalu jauh.  Orang lain pun nampak aku jauh dariNya, apatah lagi diri yang merasa ni. Tapi aku sangat kagum dengan Autumn. Satu persatu daunnya gugur menyembah bumi, bertukar warna. Seperti yang setiap manusia perlu ada, membersihkan diri dari segala jahiliyyah yang ada. Autumn seakan mengajar aku untuk benar-benar menyediakan hati yang suci untuk lebih dekat denganNya. Pokok yang menggugurkan daunnya, dan menumbuhkannya semula. Menggugurkan segala kotoran dari diri, dan menjadi yang lebih baik dari aku yang semalam.

Oh, ya. Aku dapat kunci segala masalah yang aku ada.



" Bina cinta dengan Pencipta. "

Ramai yang solat, tapi tak ramai yang rasa cinta pada Pencipta hingga buat dia lebih kuat dari sebelumnya. Ramai orang rasa yang dia dah gembira dengan kehidupan sekarang, tapi dia terlupa ada satu rasa cinta yang belum dia balas, belum dia nikmati.


" Bina cinta dengan Pencipta. "

Dan kali ini Autumn mengajar aku satu rasa. Rasa ingin menghadirkan diri padaNya dengan hati yang suci. Yappari, tak ada satu pun yang Dia cipta sia-sia, termasuk Autumn.  Pandanglah kehadiran Autumn dengan kaca mata hamba bukan manusia, kau akan dapat rasa apa kata Sang Pencipta.

Monday, 8 August 2016

Cinta (sambungan)

" Assalamualaikum,mak cik. Ni Saiful, mak cik ingat lagi saya? Kawan Aiman. " dia tanya bersahaja. Kadang mata memandang ke arah jam, 10.45 malam. Bimbang menganggu keluarga Aiman. 

" Waalaikumussalam. Oh Saiful. Ingat sangat. Kamu nak cakap dengan Aiman ke? Dia tak ada pula dekat mak cik sekarang. " 

" Eh,tak. Saya nak tanya mak cik, Aiman dengan isteri dia dah balik ke KL ke?" 

" Dia dah balik minggu lepas Saiful. Dia balik seorang diri je ke KL tu. " 

" Dia balik sendiri? Oh, maksudnya Fasihah dengan Adam tinggal kat rumah mak cik la ye? " 

" Tak,Saiful. Aiman tak ada bagitau apa-apa pada kamu? " 

" Tak ada pula mak cik. Katanya sejak akhir-akhir ni sibuk jaga Adam dengan Fasihah. Kenapa mak cik? Maaf mak cik, banyak tanya pula saya. Bukan apa,sejak kebelakangan ni dah lama tak jumpa Aiman. " 

" Maaf Saiful, mak cik pun pening dengan dia. Fasihah dengan Adam dah meninggal 2 minggu lepas bersalin. Mak cik dah berapa kali pergi rumah dia, bila ditanya, dia cakap semua ok. " 

Senyap. Kaku. Ya, dia kaku untuk menjawab segala persoalan. 

" Inalillah. Saya baru tahu, mak cik. InsyaAllah saya pergi jumpa Aiman nanti. Mak cik jangan bimbang, doakan Aiman ok, saya pergi jumpa dia esok. " 

" Mak cik pun pening dengan dia. Nanti kamu tolong tengok-tengokkan dia. Pak cik kamu pun selalu sakit sejak akhir-akhir ni, susah mak cik nak ke KL. " 

" InsyaAllah mak cik. Kalau ada apa-apa berita, saya call mak cik balik. " 

" InsyaAllah, assalamualaikum. " 

" Waalaikumussalam. " 

Dia mendengus. Sekali sekala tangannya menutup muka, kesal dengan apa yang berlaku. Kesal tak menjadi sahabat yang membantu. 

" Aiman..ni bukan kau. " 

*** 



Ting, tong!

Senyap. 

Punat loceng di hadapan pintu ditekan berulang kali. 

" Siapa? " 

" Akulah, Man. Saiful ni. " 

Pintu kelabu itu dibuka. Aiman tersenyum. Dia memegang ' bayi ' nya. 

" Adam, tengok uncle Saiful datang! Kawan baik abah datang. " dia tersengih. Gembira benar riak wajah Aiman. 

" Aiman, kau sihat? Comelnya Adam, macam abah dia! " 

Saiful tersenyum. Dalam hati, dia kuatkan diri. Itu bukan Adam, Man. Itu patung! Saiful melangkah masuk ke dalam rumah Aiman. Bersih. Kata Aiman, Fasihah memang rajin kemas rumah. Tiap kali Aiman menyebut nama Fasihah, tiap kali itu juga dia tunduk. Sedih, dia tahu Aiman dalam dunianya sendiri. 

" Mana Fasihah, Man? " dia tanya bersahaja. 

" Oh, Fasihah ada hal katanya. " Aiman jawab bersahaja, dia sedikit tersenyum. 

" Man. Kau tahu cinta? " 

" Eh, tiba-tiba. Kenapa? " dia sedikit tergelak. Mungkin disangka Saiful sedang bergurau. 

" Cinta tak pernah mengantuk. Walau hubungan kita dengan manusia terpisah, cinta kita pada manusia terputus di tengah jalan, saat tu jugak cinta Allah pada hambaNya, tak pernah mengantuk, Man. " 

Aiman senyap. Dia mula faham apa yang ingin dibincang Saiful sejak beberapa hari lepas. 

" Apa kau cakap ni? " dia memandang tepat dalam mata Saiful. 

" Man, Adam dah lama tinggalkan kita. Allah lebih sayang dia dan Fasihah. Aku tahu kau sayangkan anak kau, isteri kau. Aku faham. Tapi Man, ni bukan cara yang betul. Yang kau jaga selama ni,patung. Patung, Man. " 

Aiman kelu. 

" Sekelip mata semua hilang. Hilang. " 

" Astaghfirullah,banyakkan istighfar Man. Ni ujian untuk kau, Man. Dah lama aku kenal kau, kau tahu apa yang kau buat salah atau betul. " 

Dia tunduk. Dia faham. Ya, cukup faham. Fasihah, Adam, milik Allah. Allah sayangkan mereka bukan? 

" Saat kau rasa ujian kau paling besar, mungkin kau terlupa pertolongan Allah lagi besar! Man, kau sendiri pernah cakap, Cinta Allah tak pernah malap, kasih sayang Allah takkan pernah layu. " 

Pandangannya dalam, tepat ke wajah Aiman. Aiman menekup wajahnya dengan telapak tangan. Sesekali dia mendengus. Air kopi panas yang terhidang atas meja sejak tadi dibiarkan tak disentuh. 

" Kau tak faham aku. Kau tak rasa apa yang aku rasa, kau takkan tahu. Kau takkan tahu! " suaranya sedikit tinggi. 

" Aku minta, kali ni tolong aku. Tinggalkan aku. Tinggalkan aku, aku perlu masa. " suaranya bergetar. Marah bercampur baur kesal. 

Saiful pantas bangun, kunci kereta di atas meja diambil, kakinya pantas menuju ke pintu. Selesai memakai kasut, dia sempat berpaling ke arah Aiman yang terduduk sejak tadi di ruang tamu. 

" Man. " lembut dia menyapa. 

" Ujian takkan menjauhkan kita dari Pencipta. Silapnya bukan ujian tu, silapnya kepada siapa kita mengadu. Silapnya kita mencari penyelesaian dunia, bukan penyesalan padaNya. Yang sering menutup rasa cinta itu manusia, sedang cinta Dia pada kita tak pernah mengantuk malah tertutup! " 

" Aku balik dulu. Jumpa nanti. Apa-apa call aku. Kesian Adam, kalau tengok abah dia macam ni. Assalamualaikum. " 

Saiful pantas berjalan, masuk ke dalam lif menuju ke ruang parking kereta. 

*** 

2 minggu kemudian. 

Aiman menyimpan pakaian-pakaian Adam dan Fasihah dalam satu almari. Gambar Adam ketika berusia 2 hari diletak dalam frame gambar berwarna biru, di penjuru katil. Smartphone di atas katil dicapai. 

" Asaalamualaikum, Saiful. Kau bertolak pukul berapa ke rumah Ustaz Yusof? " 

" Waalaikumussalam, insyaAllah aku sampai lepas asar. ' Adam ' kau sihat? " 

" Aku tahu dia tunggu abah dia di syurga. Cukup aku tahu dia tunggu di sana. " suaranya ceria, walau menahan sebak saat terbayang wajah mulus Adam saat dilahirkan. Saat teringat wajah Fasihah bertungkus lumus melahirkan khalifah sulungnya. 

" Ok, insyaAllah jumpa kau nanti. Assalamualaikum. " 

" Waalaikumussalam. " 

*** 

" Aku teruk kan? " 

" Kenapa kau cakap macam tu? " 

" Aku bukan contoh yang baik. Aku mungkin tak menjadi qudwah yang baik. Aku mungkin menabur fitnah manusia pada jalan tarbiyyah. " 

Aiman tunduk. Malu mengenang dosa sendiri. 

" Manusia tak ada yang sempurna, Man. Kita join usrah, kita solat, tak semestinya kita sempurna. Allah ajar dalam banyak cara. Manusia boleh menilai apa saja, sedang nilaian Allah lebih besar dari segalanya! " 

Aiman tersenyum. 

" Apa cinta bagi kau? " 

Aiman memandang tepat ke arah Saiful. 

" Cinta yang sejati, takkan pernah mengantuk. " 

Azan dilaungkan. Hari berganti hari, dan ternyata, cinta Dia sentiasa terbuka, untuk mereka yang mencariNya.




disclaimer: kisah ini sekadar fiksyen semata. sebarang persamaan dengan realiti kehidupan adalah tidak disengajakan sama sekali. 

Tuesday, 2 August 2016

Cinta

"Cinta."

"Kenapa?"

"Cinta, takkan pernah mengantuk."

***

Kepala bayi yang masih berlumuran darah ditatapnya sayu. 9 bulan 10 hari, bayi yang dipanggil 'Adam' seawal 3 bulan usianya kaku, tanpa sebarang tangisan, malah gerakan. Wajah isterinya ditatap lama. Fasihah. Besar benar pengorbanan seorang ibu. Azan dibisik lembut di telinga Adam. Selesai beberapa orang nurse membersihkan Adam, dia mendukung Adam ke sisi Fasihah.

"Ibu.. Fasihah?"

"Fasihah, muka Adam macam ibu dia. Comel kan?"

"Adam kecil lagi, nanti bila besar mesti hensem macam abah dia!"

Kadang dia tersenyum panjang, muka Fasihah ditatap. Fasihah memandangnya, tersenyum. Wajah Fasihah tenang, persis muka Adam hero sulungnya. Dia kembali memandang wajah Adam, mengalunkan selawat, membaca suraf Al-Luqman, surah kegemaran dia dan Fasihah. Mata Adam menutup rapat, lantas diletakkan Adam di atas katil bayi berdekatan sebuah meja kecil.

***

"Assalamualaikum!"

Senyap.

Dia memandang screen telefon di tangan. Panggilan dah diangkat, sahutan masih tak disambut. Dia sambung,

"Aiman? Man, kau ok?" Resah bercampur baur dengan kecewa dengan teman seperjuangannya.

"Waalaikumussalam, Saiful! Alaa, sorry weh. Adam tak nak jauh dari aku. Asyik nangis je! Fasihah tak berapa sihat, aku kesiankan dia. " Suara Aiman cemas.

"Man, jangan la macam ni. Dah lama tak nampak muka kau. Ustaz Yusuf banyak kali tanya pasal kau. Bila kau nak datang usrah minggu ni?"

"Okay, nanti aku confirmkan balik eh? Adam nangis ni, jap lagi nak hantar Fasihah ke klinik, check demam dia, tak surut lagi lepas lahirkan Adam." Suaranya serak. Tangan kirinya memegang telefon, tangan kanannya membelai lembut kepala Adam. Tanpa menunggu jawapan Saiful, dia menutup telefon, terus dan terus menatap wajah suci heronya,

Adam Bin Mohd Aiman

"Ibu, jom siap ke klinik nak? Ibu kena sihat, nanti boleh gerak sekali pergi jumpa Ustaz Yusuf. Zaujah (Isteri) Ustaz Yusuf teringin sangat nak jumpa Adam kita ni." Dia tersenyum memandang wajah Adam, sekali sekala membetulkan cadar biru cair milik anaknya.

Fasihah masih terbaring, menunggu masa untuk sembuh. Kadang dia hanya mampu tersenyum dengan karenah Adam dan suaminya. Suka benar melihat orang yang disayangi bahagia di depan mata.

***

Ruang bilik berlatarbelakangkan hijau lumut itu terasa bahangnya. Mungkin bahang dari cuaca sejak akhir-akhir ini. Remote tv diambil, punat OFF ditekan serta merta. Dia perlu hubungi Aiman.

"Assalamualaikum, Man.." mendatar.

Senyap.

"Man, kau dah hantar isteri kau ke klinik harini? Adam ok?" Bertalu-talu soalan ditanya.

"Haha, apasal kau ni? Aku ok, alhamdulillah. Fasihah pun dah makin ok! Nanti minggu depan aku rancang nak ke rumah Ustaz Yusuf, bawa Adam sekali." Gembira benar tutur suaranya.

"Alhamdulillah! Aku minta maaf, Man. Tak tersempat lagi melawat kau, aku baru sampai dari Sabah. Ehh, nanti hantar gambar Adam pada aku tau! Nak tengok jugak muka anak angkat aku tu." Dia ketawa, terbayang wajah Adam persis Aiman dan isterinya, Fasihah.

"Ya, aku hantar nanti! Jangan terkejut pulak, hensem macam aku!"

"Perasan! Rumah kau ada cermin? Haha" Dia ketawa berdekah-dekah. Sudah lama dia tidak  ketawa sebegini dengan Aiman.

"Betul apa. Ok la, nanti aku hantar gambar. Sekarang aku siap-siap nak keluar kejap"

"Ok, jumpa minggu depan. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Tangan laju menekan punat camera, gambar Adam sedang tidur diambilnya, dihantar pada Saiful. Dia tersenyum memandang Adam. Adam, yang ditunggu-tunggu sejak 5 tahun lepas, kini berada dihadapan mata.


***
Bunyi notifications whatsapp masuk menghapus lamunannya. Mesej dari Aiman, sekeping gambar dihantarnya. Saiful tersenyum, pasti saja Adam persis Aiman. Gembira benar Aiman sejak isterinya lahirkan Adam, selepas 5 tahun menunggu kehadiran cahaya mata sulung.

"Adam?"

Dia menatap lama gambar yang dihantar. Adam, bukan persis Aiman mahupun isterinya, Fasihah.

" Man.." dia mendengus. Sesekali dia beristighfar, memandang beberapa kali screen telefon di depan mata.

***

"Apa kau cakap tentang cinta beberapa minggu lepas?"

"Aku?"

Aiman mengangguk, mengiyakan.

"Cinta, takkan pernah mengantuk."


bersambung..



Monday, 4 July 2016

RA^2 (RAmadan dan RAya)


Raya.

***

" Kore wa nani ( ni apa)? " 

Tangan aku tunjukkan pada symbol yang terpampang dalam buku.

Mata aku berpinar. Jam di dinding dari tadi aku pandang. Setiap lima minit, aku berpaling ke arah jam. Lambat! Aku cuba bantu apa yang boleh dibantu dalam lab hari ini.

"kore wa akaisen de tsunagaru motto ii kana (saya rasa mungkin ini lagi ok kalau sambung dengan wayar merah)" Nanami jawab bersahaja, kadang dia tersenyum.

Aku senyum. Betul juga, bercampur-campur wire yang aku sambung pada circuit. Yang mana wire negatif, positif pun tak dapat beza. Mungkin sepatutnya aku guna wire hitam pada negatif, wire merah pada positif atau input, supaya senang kami discover mana-mana part yang salah sambung nanti.

" Daijyoubu (ok?)?"

" Daijyoubu desuyo! (ok)" 

Aku betulkan beberapa wire lagi.

Selesai aku catat semua nilai voltage dalam notes experiment, aku kemas sikit barang-barang atas meja. Sehelai kertas hitam putih ditatap.

6 JULY 2016-  Shingo syori (Programming)

Masih ada kelas? Bukan hari tu.. hari raya?


***

Earphone aku betul-betulkan, biar jelas suara ibu aku dengar.  Skype. Aku lihat depan mata kuih raya baru keluar dari oven. Kalaulah aku dapat balik ke rumah malam ni juga. Tapi aku tak mampu, bukan setakat tak mampu, tak mungkin!

" Ramadan. Ramadan. Ramadan. "

Kali ni berbeza. Perjalanan Ramadan aku cukup berbeza. Entah,macam-macam juga aku rasa. Bukan masalah sedih sebab tak balik raya, yang tu aku tahu semua orang akan sedih. Tapi..

" Setakat mana aku meraikan apa yang ada di depan mata, dan apa yang aku nak raikan sebenarnya? "

Ayat tu kerap kali aku ulang dan ulang. Ramadan aku dipenuhi hambatan dunia. Aku seolah ingin gagah berjalan ke depan, tapi dunia menarik aku ke belakang!

" Apa yang sepatutnya aku ubah? "

" Ramadan sepatutnya melahirkan orang bertaqwa! "

Dia sambung.

" Tahu bila perintah Allah tentang puasa diturunkan? Beberapa hari sebelum Ramadan! "

" Erm. "

" Tapi apa yang umat Islam buat hari tu, mereka terus menyahut seruan Allah tanpa sebarang alasan! Malah kuatkan lagi tentera Islam dalam Perang Badar waktu tu. Sugoi(hebat) bukan? "

Aku celaru. Tiba-tiba kali ni aku seakan hilang arah. Memori Ramadan sebelum ni seakan luput dari ingatan. Aku seperti lupa apa yang perlu aku buat di bulan yang manusia sibuk mengatakan ia bulan terbaik, bulan di mana Allah membuka seluasnya pintu syurga. Aku malah tertanya pada diri, bulan apakah ini??

***

Tergiang suara dia.

" Ramadan ni, bulan yang menentukan diri kita untuk 11 bulan akan datang. "

Betul ke? Kalau begitu pasti aku sudah terlambat. Ramadan hanya berbaki beberapa hari lagi.

" Macam mana kau boleh harapkan kau akan berubah dalam bulan ni? sedang kau memang tak ada niat untuk berubah? Kau cakap la bulan Ramadan ni bulan yang mulia antara bulan yang lain banyak kali pun,.."

" Tapi kalau memang kau sendiri tak ada niat untuk berubah, bulan mulia pun, kebaikan tu susah datang kat kau! " kata-kata dia buat aku hilang kata.

 Setakat mana aku meraikan apa yang ada di depan mata, dan apa yang aku nak raikan sebenarnya?

 Aku ulang persoalan sama, beribu kali. Aku tiada apa untuk diraikan, tiada.

" Apa aku perlu buat? Dalam masa yang suntuk ni, sempat aku betulkan niat? " suara aku agak tenggelam, segan bertanya soalan sebegitu. Jahil benar aku. Kotor benar aku.

" Tak kan pernah terlewat! Tiada istilah lambat, yang penting kau mula sekarang!  " dia tersenyum, memberi aku harapan.

Aku teringat sebuah hadis qudsi,

" Jika sekiranya hamba itu mendekatiKu(dalam keadaan) sejengkal,(nescaya)Aku akan mendekatinnya(dalam keadaan) sehasta. Dan jika dia mendekati Ku(dalam keadaan) sehasta,(nescaya) aku akan mendekatinya (dalam keadaan )sedepa. Dan sekiranya dia mendekati Ku dalam keadaan berjalan, (nescaya) Aku akan mendekatinya dalam keadaan berlari. "
 (HR Bukhari)

Dan aku yakin, tiada yang terlambat, selagi mana aku bertindak untuk berubah!

***
Raya. Layakkah aku menyambutnya? Layak atau tak, moga Allah membuka seluasnya pintu taubat pada aku. Moga aku dapat memanfaatkan sebaik mungkin sisa hari yang berbaki.

" Perubahan takkan berlaku, jika kita memang asalnya tak mahu berubah. Walau jalan kebaikan itu sudah pun terbuka luas."


p/s: Sejujurnya, Ramadan kali ini sememangnya menyajikan atmosfera yang berbeza buat kami di bumi matahari terbit ini. Bukan tidak betah dengan kesibukan belajar, malah boleh dikatakan kami sudah lali dengan kesibukan itu. Cumanya bila tiada suasana sekeliling yang boleh memancarkan aura yang sama seperti di Malaysia, membuatkan kami sedikit terkejut dan agak kekok dalam membiasakan diri. 

On the positive side, menyambut Ramadan di bumi asing turut mengajarkan kami erti perseverance atau ketahanan. dan membuatkan kami muhasabah kembali, apakah kami berpuasa selama ini kerana suasana, atau kerana iman di dada? Dan akhirnya di sebalik kepayahan itu mengajar kami erti bulan Ramadan yang sebenar, juga definisi kemenangan yang seharusnya kita rai di bulan Syawal.

Salam Ramadan al Mubarak.

Salam Aidilfitri. 






Monday, 6 June 2016

Tragedi Ramadan


Malam yang sunyi. Seakan aku dapat mendengar dengan jelas bunyi cengkerik. Makin jelas hingga akhirnya aku tekad menekan punat di telefon, memasang alunan surah al Buruj lalu memecah kesunyian yang makin ku rasa.

" Adibah mana? Senyap je pagi ni. " Aku berdehem beberapa kali. Perit di kerongkong ku tahan. Kurang air barangkali.

" Adibah? Tadi saya nampak dia tidur. Awak ada pergi bilik dia tadi? " Alia tersenyum hambar. Mungkin dia faham perasaan aku, mungkin juga tidak.

Sejak akhir ini, aku rasa seolah-olah makin jarang lihat Adibah face to face. Oleh kerana dia budak Mechanical, dan aku student Electrical, kuliah kami berbeza.  Blok asrama juga agak jauh. Hanya di tempat ini kami berjumpa. Satu-satunya tempat yang memelihara ukhuwah kami. 

" Nanti kalau awak jumpa Adibah, kirim salam pada dia ye! " Suara yang semakin serak ku tuturkan jua.

Suasana kembali sunyi.

***
3 Minggu yang lalu.

Hari itu, di tempat yang sama, tempat itu.

Jam di tangan ku pandang. Agak lama. Jarum menunjukkan angka 12.30 pagi. Kepala menoleh ke kanan dan kiri. Di suatu sudut, terlihat sekujur tubuh bertudung litup. Adibah!

" Adibah! Awak dah lama kat sini? " Aku memberikan senyuman.

" Fatma. Saya dah lama kat sini. Saya study kat sini. Ni habiskan tadarus. " Adibah menguntumkan senyuman.

" Tidur kat sini? "aku menyambung.

" Tak kot. Saya tak bawak barang-barang pun. " Mata Adibah seakan layu. Mengantuk mungkin.
Aku menyambung hafazan. Beberapa orang rakan-rakan yang lain dah mula beredar ke asrama masing-masing, bersiap untuk qiam pula.


***

Sekarang? Tempat ini, tempat yang aku duduki semakin lengang. Lengang, ke mana hilang mereka? Aku masih mencari.

Suis lampu ku buka. Jam 5.30 pagi. Mana mereka? Sibuk mungkin. Mungkin sekejap lagi mereka akan sampai, dengan anak masing-masing. Nanti tempat ini akan dipenuhi student yang begitu tekun dalam amal ibadahnya. Yang bersungguh-sungguh berdoa dan berharap padaNya.

15 minit berlalu. Azan telah dilaungkan. Mana mereka? Mata dikerlingkan pada saf lelaki dihadapan. Jemaah solat subuh. Tak sampai satu saf?

Diam. Berfikir.


***

Tika bulan itu. Bulan memburu Lailatul Qadr.

Lampu dibuka. Meriah suasana. Entah bila lagi aku dapat bersua dengan mereka di tempat ini. 


" Final exam macam mana? Ok? "

" Alhamdulillah. Entahlah. Saya usaha, tawakal pada Allah je. " Sebaris senyuman diukir.

 Suasana semakin meriah dek kedatangan penduduk berhampiran. Masing-masing bersemangat, membawa anak-anak. Seronok. Itu yang aku nampak dari wajah mereka.

" Ibu.." anak kecil itu meronta-ronta.

" Ye sayang. Kenapa ni? Ibu nak solat terawih ni. Adik mengantuk ke? " Lembut. Penuh kasih sayang.

" Tak. Adik nak solat dengan ibu. " Dia merengek lagi.

" Habis tu kenapa adik menangis, pakai kain sembahyang adik. Ibu tunggu. " Comel benar budak perempuan itu. Bersungguh-sungguh menemani ibunya solat terawih.

Bulan ini benar-benar terasa nikmatnya. Subhanallah. Tempat ini, tempat semua manusia menghadapNya.

***
Sekarang. 3 minggu yang lepas, tempat ini begitu terasa kemeriahannya. Mana pergi mereka?

" Mungkin mereka sibuk? "

Habis tu, time bulan Ramadhan, mereka tak sibuk?  Atau, sebelum ini datang awal kerana ingin bersahur di masjid sahaja? 

" Mungkinkah tempat ini hanya dipenuhi student bila mereka menghadapi exam? " 

 Jika begitu, apa niat sebenar kita bertemu denganNya? Entah. Aku sendiri bingung memikirkannya. Mencari Dia hanya bila rasa perlu. Begitukah? Tahun lepas-lepas, aku rasakan rasa yang sama. Perkara sama berulang- ulang. Perlukah jadi begini?

Monolog dalam diri berterusan, hingga tanpa sedar aku sampai di hadapan tempat itu. Jam 6 pagi Dan, pintu masjid dikuak. Kosong. Sunyi. Hanya suara beberapa orang jemaah kedengaran. Mana mereka? 
 

Bersambung...




***
nota hati~
Pernah dengar memburu Ramadhan dengan iman dan ihtisab?
Means, bukan memburu Ramadhan hanya dengan keimanan, malah dengan ihtisab iaitu perasaan benar-benar mengharapkan pahala dan keredhaanNya! Power bukan?

Sabda Rasulullah ï·º bermaksud:

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan "ihtisab" , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu" 

( Riwayat Al-Bukhari )

Ibadat bukan seperti buah. Buah mungkin bermusim, tapi bukan amal ibadat!

Monday, 16 May 2016

Ammar

" Marr !"

" Ermm.."

" Marr.."

" Weh, aku tak pekak la. " Tangan masih lagi rancak men-scroll beberapa news feed terbaru di facebook. Kacau betul. 

" Kau tahu tak, ada club baru bukak!"

" Mana?"

" Alaa, area biasa la. Banyak awek baru, muda lagi weh! " Haris tersenyum menampakkan sebaris giginya. Lama dia menyimpan saat-saat begini, saat terlepas dari kerja pejabat yang menggunung.

" Hahaha, yang tu aku suka! Bila? Kalau kau ajak sekarang pun, aku pergi punya. Lagipun, aku boring sekarang. " Dia gelak bersahaja. 





***

" Amar! Amar! "

Dia berpaling ke belakang. Sayup-sayup suara perempuan 60-an memanggil namanya dengan jelas. Dari jauh, seorang perempuan tua dengan jubah kelihatan berlari ke arahnya. Susuk tubuh yang  keluar dari celah-celahan bangunan yang hampir runtuh .

" Ummi? " Dia memanggil tanpa ragu lagi. Ya, itu umminya! 

Belum sempat mendengar penjelasan dari ummi, dia terus berlari ke celah-celah laluan bangunan , mencari kelibat abinya. Tangan ummi dipegang kuat. Sampai di hadapan sebuah bangunan usang. Hampir separuh bangunan itu roboh, menunggu masa untuk menyembah bumi.

" Ummi.." matanya memandang sayu bangunan dihadapannya.

" Mana abi? "Ammar mengetap bibirnya. Wajahnya yang putih itu kemerahan, menahan marah dan sedih pada waktu yang sama. Dia tahu umminya tidak perlu menjawab . Jawapan sudah berada di depan mata.

" Mana abi, ummi?"

Air matanya mengalir jua..

***

" Mar, camne? Ada yang berkenan tak? " Haris menyakat rakan baiknya itu.

" Gila kau, mestilah ada! " dia jawab bersahaja. Tangan masih lagi rancak berbalas whatsapp yang dari tadi berpusu-pusu message baru masuk.

" Wife kau ok? "

" Alah, dia ok je. Bila je dia tak ok. Kecuali kalau aku kantoi, confirm dia tak ok. Haha "

" Bukan dia pregnant ke? "

Ammar biarkan persoalan dari Haris tergantung disitu. Kadang dia tersengih sendirian. Bukan calang-calang perempuan dia kenal beberapa hari lepas. Cun, ada rupa. Siapa je tak cair? Biar berhabis duit, bukan selalu dia dapat enjoy .

Dia membuka profile picture gadis club. Tengku Fazlianna Adnan.  Aku akan pastikan, aku dapat engkau! Ammar tersengih sendirian.

" Hey, what’s up ? Anything kau nak share dengan aku? " Haris mengusik temannya itu. Dia dapat mengagak apa yang bermain-main difikiran kotor Ammar ketika itu.

" Tak, chill.. Kau tengok je nanti. Kalau jadi plan aku, baru aku cerita! "Ammar ketawa lagi. Kali ni lebih kuat.

***

" Ammar? "

Dia pusing kebelakang.

" Aisyah mana, ummi? " Ammar merendahkan suaranya. Terasa benar perutnya berkeroncong saat itu. Dia belum menyentuh apa-apa sejak semalam, bayang abi masih menghantui.

" Aisyah! "

" Aisyah! "

Beberapa kali dia memanggil Aisyah. Kadang dia melihat Aisyah menangis. Mungkin masih trauma dengan kejadian semalam. Sebaik sahaja dia keluar, tangan Ammar pantas mengenggam erat tangan Aisyah. Dia berlari hingga sampai ke satu tempat yang tidak lagi asing.

" Abang, kenapa mereka buang? "

" Mungkin mereka dah kenyang, Aisyah. " Ammar menjawab bersahaja. Dia sudah biasa melihat perkara sebegini.

" Saudara kita di luar sana, mereka cukup makankah? "

" Mereka bukan sahaja cukup makan, malah mungkin tak ingatkan kita Aisyah! " Kali ini suaranya agak kuat, meluah rasa.

" Sudah. Kutip dahulu apa yang ada di depan mata kita. " Ammar menyambung. Sisa roti yang terapung di atas permukaan lopak air itu dikutip satu persatu. Itu hidangan mereka. Aisyah, budak perempuan 8 tahun itu senyap. Jari masih bergerak mengutip sisa roti yang ada.

***

" Bila kau bertolak ? "

" Jap lagi. Aku off phone. Malas serabutkan fikiran, nanti wife aku banyak kali call. " Ammar meluahkan rasa geramnya. Sejak pregnant, banyak benar ragam isterinya. Meluat dibuatnya. Vape masih dimulut. Asap vape makin memenuhi ruang bilik kecil itu.

"  Kau janji jumpa dia kat mana? " Haris memecah kesunyian.

" Tempat biasa. " Tangannya menggapai kunci kereta Honda Camry yang tergantung di dinding.

" Doakan aku. Biar aku jadi orang terbahagia hari ni! " Ammar ketawa kuat, Haris sambung gelaknya.

***

" Aisyah, lari! " Suara Ammar seakan berbisik tapi cukup jelas didengar.

Dia mengheret Aisyah yang tadinya mengutip sisa roti ke celah-celah runtuhan bangunan. Kelibat dua orang lelaki itu cukup dikenalinya. Orang yang paling dibencinya.

Bukan dia takut untuk menyerang, tapi dia masih mengharapkan akan ada generasi yang membesar dengan baik dan membantu kehidupan mereka. Ammar masih melihat jalan-jalan yang ada untuk dia dan Aisyah melarikan diri.

Mereka seakan dikepung. Mungkin lelaki-lelaki itu sedang beroperasi. Lelaki yang ditangannya penuh senjata.

" Hey! " beberapa orang lelaki mengepung mereka.
Ammar terkejut, tangan Aisyah digenggam kemas. Lelaki-lelaki tadi memandang ke arah mereka.

" Aisyah, lari! lari! " Ammar menjerit, kali ini agak kuat. Belum sempat bertindak, Aisyah rebah ke bumi. Kepalanya berlubang ditembusi peluru. Dihadapan mata, perut Aisyah, adik kesayangannya dibuka satu persatu. Ya, Aisyah juga menjadi mangsa mereka.

" Bebaskan kami..." Belum sempat dia habiskan bicara, dia telah rebah menyembah bumi.

Ammar, tidak sedikit pun dia menyesal menjadi anak Syria. Tidak sama sekali.





***

" Hello? " Haris menekan beberapa kali nombor Ammar. Tidak dijawab, voicemail. Isterinya sudah selamat bersalin, bayang sahabatnya itu belum kelihatan. Sudah 2 hari dia menghilang.

Dia membuka punat ' ON ' pada remote televisyen di atas katil. Tangan mencapai secawan kopi panas yang telah dibancuh sejak tadi. Mata terhenti pada screen televisyen yang baru dibuka.

Ammar, terbunuh? 


***


" ....Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad (keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup. Barangsiapa murtad diantara kamu dari agamanya,lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itu sia amalnya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka  kekal didalamnya. "

( Al Baqarah:217)

_________________________________________________________________________________


-Kita asyik cakap mereka diserang, walhal kita pun diserang. Ya, mereka disana diserang luaran atau dikenali sebagai ' Ghazwul Qitali ', serangan fizikal. Tapi, kita diserang fikiran! Atau dikenali sebagai ' Ghazwul Fikh '.
-Ghazwul Fikr tu A.K.A perang fikiran. Mungkin kita tak diserang dengan bom, tapi sebenarnya serangan yang yang kita hadapi lagi banyakkkk. Mungkin untuk masa sekarang tak terkira banyaknya?
-Antara contoh serangan fikiran: Sex, smoke, song, food, female, fashion, banyak lagi...dann relationship goals ( couple, berzina dll)

.
.



" Alaaa, kenapa tak boleh? Itu tak boleh, ini tak boleh? ", Ada kawan saya cakap, bila kita banyak argue dengan something yang tak perlu pun nak di`argue`kan, mungkin sebab iman kita tak settle lagi. Tapi tu kawan saya cakap. Apa apa pun, tepuk dada tanya iman. 

.
.
.

Mungkinkah, kita juga sekarang, sedang diserang? 

#prayforIslam