Showing posts with label i.j.. Show all posts
Showing posts with label i.j.. Show all posts

Sunday, 12 March 2017

Yuki



Beberapa bulan yang lepas, berkesempatan untuk pergi berjalan jalan di Niigata. Untuk pengetahuan semua, Niigata adalah salah satu hotspot bagi mereka yang berada di Jepun untuk mengalami pengalaman sewaktu musim sejuk dan bagi mereka yang ingin cuba bermain sukan sukan musim sejuk seperti snowboarding, skiing dan lain lain. Memandangkan taburan yuki tidak begitu stabil di Jepun, dan kalau turun pun sekejap sekejap, tak banyak tempat di negara ini di mana yuki turun dengan stabil dan dapat menukarkan tempat tersebut daripada penuh warna warni ke satu tona sahaja; putih. Niigata, Hokkaido, mungkin salah tempat yang menjadi pilihan jika ingin melakukan aktiviti musim sejuk (selain 'berhibernasi'😆)

Dan semestinya, bila kita bercakap tentang pergi berjalan sewaktu musim sejuk, sampaikan sanggup travel all the way from Tokyo, pastinya adalah untuk merasai yuki!

Yuki? Sudah terang lagi bersuluh maksud perkataan ini, bukan? Ya! Yuki bermaksud salji dalam bahasa jepun. Sejujurnya dari kecil impian nak pegang salji dengan tangan sendiri. Dan, alhamdulillah akhirnya tercapai juga impian ini di bumi matahari terbit ini.

As usual, taklah berniat nak bercerita panjang mengenai Niigata atau nak berceloteh mengenai aktiviti yang dibuat sepanjang di sana tapi sekadar ingin berkongsi apa yang kita boleh dapat daripada yuki.

Mungkin daripada sejuknya yuki, dapat kita belajar something, kan?😊

Yuki: On the good side

Baiklah, seperti yang dikata pada awalnya tadi, turunnya yuki di sesuatu tempat akan secara automatik menukarkan suasana tempat itu. Nak nak pula bila yuki turun  dengan lebatnya. Memang memutih je la semuanya.

Satu benda yang sangat kagum dengan yuki ni, bagaimana ia boleh menukarkan tempat tu menjadi sangat damai, sangat tenang. Jalan yang dulunya kotor, kini putih diselaputi yuki. Rasa seronok je berjalan atasnya. Bila diperhatikan, rupanya yuki ni turun dalam masa yang agak lama,  barulah boleh menghasilkan pemandangan yang memutih. Kalau setakat turun sehari, memang tak nampak lah kesannya tu.

Mesejnya? Kalau nak berubah, kalau kita ingin melakukan kebaikan, biarlah berterusan. Jangan pernah rasa ada rasa yang kita sudah baik. Dan yang paling penting, kena mulakan perubahan. Seperti mana yuki yang mula turun dan menimbulkan rasa gembira mereka yang menyaksikannya, kita juga perlu mulakan perubahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik yang bukan saja dapat menggembirakan mereka yang melihat perubahan kita, malah dapat menjadikan kita lebih tenang dan bahagia dalam menjalani kehidupan seharian. Malah, percayalah perubahan yang kita lakukan ini pastinya secara tak langsung membantu merubah sekeliling kita. Sebagaimana putihnya yuki yang merubah keadaan sekeliling sesuatu tempat. Changes start from within and must be done consistently, so let's change, always!

Yuki: On the other side

Walaupun yuki yang turun itu menimbulkan rasa teruja buat mereka yang melihatnya, tapi rasanya perasaan gembira itu mungkin sementara. Yuki, kalau turun dengan lebatnya, ternyata bukanlah perkara yang menyeronokkan. Kereta yang digunakan seharian, kini perlu dibersihkan hari hari akibat diliputi yuki yang tebal. Jalan yang diliputi yuki yang tebal juga menyukarkan perjalanan, terkadang mengakibatkan aliran trafik terhenti. Maka, ketika inilah kita dapat lihat kenderaan khas yang kerjanya menolak yuki daripada menghalang perjalanan untuk memastikan jalan dapat dilalui. Dan banyak lagi kesulitan yang timbul akibat lebatnya yuki yang turun.

Adakalanya, perkara yang kita suka tak semestinya baik buat kita. Dan boleh jadi juga perkara kita yang kita tak suka itulah baik untuk kita. Boleh buka Quran dan baca tafsir ayat Baqarah, 2:216. Tapi, suka untuk share hadis ini.

Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin.  Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya.  Dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya
(HR Muslim dari Ibnu Sinan)
Macam mana positifnya kita dalam menghadapi yuki (main snowboard, buat snowman, main ski), same goes with our lives. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi setiap urusan yang mendatang. It's not about how we react, but how we response.


Walaupun sekarang dah masuk musim bunga (lebih kepada musim sakura di Jepun,😆), pastinya yuki yang turun sewaktu musim sejuk akan menjadi satu kenangan yang susah untuk dilupakan. ⛄


Sunday, 12 February 2017

Kokoro

kokoro dalam bahasa jepun bermaksud hati. 




Cuba kita letakkan tangan kita di dada. Ya, di situlah kokoro kita. Ish, kenapa nak suruh pegang-pegang dada bagai ni? Haa, tak ada apa-apa pun. Cuma nak bagi feel sikit… 

“Saya nak buat checkup kokoro, boleh?”

“Eh?”

Boleh ke checkup kokoro kita. Tidak mengapalah, mari kita mulakan dengan hadis yang famous ini.


‘…. Sesungguhnya, dalam setiap jasad anak Adam itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya. Jika jahat daging itu, maka jahatlah seluruh tubuhnya. Itulah HATI (kokoro).’
                                                                                           

                                                                                           Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Apabila kita berbicara mengenai kokoro, pasti semua orang tahu, betapa pentingnya kokoro itu dalam hidup kita. Di situlah tersimpannya rahsia niat, ikhlas, khusyuk yang sememangnya penting dalam memastikan kesempurnaan ibadah yang dilakukan. Namun, di kokoro juga tersimpan segala hasad, takbur, riak, sombong, dengki dan semualah yang negatif-negatif yang turut memainkan peranan dalam menghancurkan binaan ibadah kita, dengan begitu sahaja. 

Tengok, betapa besarnya pengaruh kokoro ini. Tapi, sayang seribu kali sayang, jika kita terlalai seketika, terkadang kita melakukan maksiat, sama ada sengaja atau tidak, langsung mahupun tidak langsung, sedar atau tidak.

MAKSIAT → DOSA
Jika ini terjadi, dosa hasil maksiat tadi, akan menumbuhkan noda-noda hitam dalam kokoro. Sekiranya ada  noda-noda hitam dalam kokoro, perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dirawat dengan membuat temu janji dengan doktor. Ataupun, pergi ke kedai farmasi, beli krim ke, gel ke, untuk menyapu sebarang kudis-kudis, tompok-tompok hitam yang mula melekat di kokoro. Kita pun, belum tentu dapat merasai bahawa kokoro kita sedang berpenyakit, jika tidak tahu cara menilainya.

Habis tu, macam mana? Waduhh, jawapannya mudah sahaja. Bertanyalah kepada Pemilik kokoro itu. Yang telah mencipta dan memerhatikan kokoro hamba-hambaNya sentiasa. 24/7. Ya, Allah yang Maha Mengetahui.

“… Dan sekiranya kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati (kokoro) kamu atau menyembunyikannya, nescaya Allah SWT akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian, ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya menurut undang-undang dan peraturanNya dan ingatlah Allah SWT Maha Berkuasa atas segala sesuatu. ”

al-Baqarah ayat 77

Kalau luar dalam kokoro kita pun bisa diketahui Allah, pasti tidak menjadi masalah untukNya membantu kita melakukan medical treatment terhadap kokoro kita. Mintalah pertolongan daripada Allah agar Dia membantu kita untuk merawat kokoro yang terletak di dada kita.

Kenapa ya?

Kerana kita manusia biasa, tidak akan pernah terlepas daripada dosa. Dan dosa-dosa itu sendiri, sifatnya, merosakkan kokoro. Mengeraskan. Menghitamkan.

Dan, cara yang paling mudah, berjumpalah Allah selalu dalam solat, ibadah atau sewaktu melakukan sesuatu, keranaNya. Semoga dengan doa dan ibadah yang kita lakukan, dapat membantu kita untuk lebih mengenali kokoro kita.

Percayalah, sekiranya kita lebih mengenali kokoro ini, pastinya kita dapat merasai sesuatu yang lain, apabila  kita mula menghadapi masalah ‘hang’ akibat ‘virus-virus dosa’ yang datang menyerang! Ketika itu, masih belum terlambat untuk kita merawatnya, insyaAllah.

Kokoro, daijyobu kai? (Hati, ok ke?)

Friday, 13 January 2017

Hikouki

Hikouki adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud kapal terbang. 

Alhamdulillah. Allah telah memilih kami untuk menggalas tanggungjawab yang berat iaitu menjadi seorang pelajar yang menuntut di luar negara. Pastinya, bagi kami hikouki adalah satu kenderaan yang penting baik untuk pulang ke negara sendiri atau melancong. 

(Disclaimer: tak bermakna kami berjalan-jalan, pelajaran kami abaikan. Cuma kami lebih memilih untuk tidak tunjukkan kepayahan dan penatnya belajar di sini. Alang-alang di negara orang, kami memilih untuk mengembara daripada pulang. Kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Tapi, terpulang kepada setiap orang. Lain orang, lain pilihan. Yang penting, kita raikan dan bukan terus memilih untuk memberi makian dan cacian) 

Ok fokus. Kalau tiada hikouki, mungkin kami terpaksa mengambil masa berbulan untuk sampai ke destinasi pengajian. Tiada kata untuk menggambarkan betapa bersyukurnya kami dengan nikmat hikouki ini. Kali ini, tidak ada niat untuk terus membebel panjang tentang struktur hikouki dan sebagainya, sebaliknya apa hikmah yang kita boleh dapat daripada hikouki. 



Persediaan

Pastinya kita tahu, sebelum hikouki terbang, persediaan amat penting. Ada technical team yang akan memastikan setiap hikouki bersedia sepenuhnya sebelum berlepas. Jika tidak, risikonya pasti tinggi. Bukan mudah untuk hikouki terbang, tambahan pula dengan penumpang yang dibawa, perkara ini pastinya tidak boleh dipandang enteng. Begitu juga kita. Sebelum kita membuat apa-apa perkara, bersedialah. Apatah lagi yang melibatkan masa depan kita, buatlah persiapan fizikal dan mental sebaiknya. Jika tidak, kita pastinya tertekan sepanjang perjalanan. So, be prepared. 



Take Off

Jika diperhati, ketika hikouki mula-mula ingin terbang, fasa ini sangat penting. Akan terasa gegaran dalam hikouki. Tapi, selepas berjaya stabil di angkasa, akan terasa mudahnya. Begitu jugalah hidup kita. Pada permulaannya memang susah. Tapi bersabarlah dan istiqamah. Selepas berjaya stabil, kita akan terasa nikmatnya. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.



Turbulences 

Tapi, perjalanan hikouki tidak seindah yang disangka. Kadang kadang turbulences/gegaran datang melanda. Tapi, hikouki tidak menyerah. Pilot dan pramugari/pramugara sebaliknya meminta penumpang bertenang dan mereka sedaya upaya cuba mengatasinya. Kita juga harus begitu. Di saat tribulasi/masalah datang melanda, usah terus menyerah. Jangan pula berterusan gelabah. Bertenang dan hadapi masalah itu serta berusahalah mengatasinya. Sebagaimana hikouki yang kembali stabil selepas turbulences, begitu jugalah kita yang akan kembali tenang selepas mehnah tribulasi datang melanda.



Landing

Hikouki tidak selamanya di atas. Mereka akan landing jua ke bawah. Begitu juga hidup kita. Tak selamanya kita sentiasa di angkasa. Kadang-kadang kita di bawah. Hidup ibarat roda, bukan? Tapi jadilah seperti hikouki, walaupun landing di bawah, tidak bermakna hikouki selamanya di bawah. Hikouki akan diperiksa, menjalani pelbagai pemeriksaan sebelum terbang kembali ke langit. 

Kita juga, saat di bawah muhasabahlah diri, periksa jiwa. Tapi jangan terlalu lama sampai sedih berpanjangan. Sebaliknya, bangkitlah kembali dan kembali terbang di angkasa! 

Sebagai konklusinya, hikouki mungkin selalu kita nampak, tapi jarang kita ambil iktibar darinya. Be like hikouki that keep soaring in the sky. Keep soaring and achieve our life goals; a good servant and khalifah on Earth. 

Dan ingatlah, seperti hikouki, walau kita tidak pasti masa depan kita bagaimana, Allah masih kurniakan 'sayap' untuk terbang ke angkasa. Berusahalah dan gunakanlah 'sayap' itu. Bukan terus menerus keliru dan akhirnya tak ke mana. 

Lebih baik beribu kegagalan daripada tiada apa yang diusahakan. 

Let's soar in the sky!



Friday, 18 November 2016

Sumimasen

Antara kotoba(perkataan) yang diminati sewaktu mempelajari nihon go(bahasa jepun) adalah sumimasen. Malah, sewaktu menggunakan nihon go dalam perbualan harian dengan rakyat jepun pun, kotobainilah yang selalu digunakan. Ia seolah seolah menjadi kotoba yang seringkali diucapkan, walau kepada orang yang kita tidak pernah bercakap pun selama ini.

Sumimasen bermaksud 'maafkan saya'. Dalam english, 'excuse me'. Walaupun maknanya agak terhad, tapi konotasi penggunaannya sangatlah luas.

Pertama kali saya melihat contoh penggunaannya adalah ketika sensei(cikgu/pensyarah) nihon go kami menggunakannya. Ketika itu, marker pen nya terjatuh di hadapan kami. Lalu kami menolong sensei dan apa yang diucapkan pada kami adalah

"Sumimasen, arigatou" (Maafkan saya, terima kasih)

Walaupun jatuhnya marker pen itu bukanlah sepenuhnya salah beliau, beliau tetap meminta maaf sebagai tanda kesal dan penghargaannya kepada kami yang susah payah membantu beliau.

Fast forward ke masa di mana kami sudah berada di jepun. Ketika itu sedang berada dalam densha(kereta api) dan kerana ramainya orang, terpaksalah kami berdiri dan sedikit berhimpit dengan penumpang densha yang lain. Sedang dalam perjalanan, densha mengalami sedikit goyang menyebabkan inertia bertindak ke atas kami dan kami terlanggar penumpang lain (yang merupakan rakyat jepun). Ini menyebabkan timbulnya rasa bersalah kami lalu kami katakan pada beliau.


"Aa.. sumimasen"

Membuatkan kami kagum adalah dia turut mengucapkan

"Sumimasen.."

kepada kami sedangkan beliau tidak salah apa apa pun. Sudah terang lagi bersuluh, kami yang terlanggarnya. Tapi, dia masih mengucapkannya. Ya, tinggi sekali budi bahasa mereka.

Dan banyak lagi penggunaan 'sumimasen' dalam pelbagai situasi yang relevan.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk menghuraikan lebih lanjut tentang sumimasen ini, tapi apa yang boleh kita ambil iktibar akan penggunaan sumimasen ini. 

Antaranya adalah,

1. Manusia biasa

Almaklumlah, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari salah dan silap. Dan menjadi masyarakat yang perlu bergaul antara satu sama lain, kekadang kesilapan itu tidak dapat dielakkan. Tidak ingin menggalakkan kita melakukan salah dan silap, sebaliknya kita cuba elakkan. Dan jika terbuat juga, mintalah maaf. Masalahnya hanyalah ego, jika ego dapat diatasi, insyaAllah maaf itu akan jadi mudah sekali. 
Sumimasen!


2. Tenang jiwa

Maaf bukan sahaja bermanfaat buat kita, pastinya juga bermanfaat buat si penerima. Kita akan merasa tenang jiwa kerana kesilapan yang membelenggu diri kita, akhirnya dapat dipohon maaf daripada mereka. Si penerima pula, rasa marah akibat salah yang mungkin menyulitkan diri akan hilang apabila mendengar maaf itu diucap. Win win situation. 
Sumimasen!


3. Maaf pada Allah

Inilah yang paling afdal sekali. Kita ialah hambaNya. Selayaknya rasa maaf itu perlu sentiasa ada dalam diri kita. Walau kita merasakan kita sudah cukup taat pada Allah. Apatah lagi kita sering melakukan dosa. Pernah terdengar suatu kata kata

'Jika kita merasakan kita sudah cukup baik, mungkin saat itu lah kita perlu banyak memohon ampun padaNya.'


Ini kerana kita manusia biasa. Salah silap itu fitrah kita. Maka kerana itulah kita perlu beristighfar saban hari. Sedang Rasulullah saw yang maksum itu pun beribadah mohon ampun dan beristighfar kepada Allah everyday, apatah lagi kita insan marhaen di sisiNya.

Ayuhlah, mohon ampun padaNya. Moga keampunan Allah swt meliputi kita semua.

Su-Mi-Ma-Sen.

Friday, 14 October 2016

Ganbare!


Sudah tiga tahun mengenali bahasa jepun, mempelajarinya dan mengamalkannya (amalkan kah?), ternyata banyak sekali kotoba (perkataan) nya yang menarik hati. Yang membuatkan kita terfikir kembali. Itulah bahasa. Setiap bahasa punya keunikannya. Mempunyai nilai dan makna tersendiri. Bahasa jepun juga tidak terkecuali. 

頑張ります。

Ganbarimasu (baca: ganbarimas)

Dalam beribu ribu kotoba jepun yang ada, kotoba di atas sungguh sekali luar biasa. Kalau diterjemah sekali pun ke bahasa melayu kita, rasanya tidak ada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan semangat yang dimiliki kotoba ini. Bagaimana nak menggunakan kotoba ini?

Ini contoh contoh situasinya.


"Minggu depan ada exam kan?"

Haik! GANBARIMASHOU!


Contoh lain,


"All the best Paper Car competition esok!"

"Yosh! GANBARIMASU!"


Contoh lain, lagi.


"Esok punya presentation, GANBATTE KUDASAI!"

"Yosh!"


Olimpik, Nippon GANBARE! *eh, tiba tiba*


Dan lain lain lagi.

Kalau diperhatikan setiap situasi di atas, pasti kalian dapat meneka apa maksud kotoba ini. Paling kurang pun, boleh lah sikit sikit faham maksud perkataan ganbarimasu ini. 

Tapi kenapa banyak pulak bentuk ganbarimasu, ganbarimasho, ganbatte kudasai, ganbare lagi? Tak apalah, kalau diterangkan bentuk bentuk perkataan ini, risau pula kalau post kali ini akan mengadakan kelas percuma bahasa jepun setahun, hihi. Bukan itulah fokus dan tujuan penulisan ini, sebaliknya ingin mengajak semua untuk memahami semangat dan roh  kotoba ini. Moga dapat kita amalkan tak dapat banyak, sedikit pun jadilah dalam kehidupan seharian kita.

Baiklah! Seperti yang dapat kita baca situasi di atas, ganbarimasu bermaksud apa apa perbuatan yang bakal kita lakukan, di mana apabila kita menuturkan perkataan ini, kita seolah olah berikrar yang kita akan meletakkan usaha sedaya upaya (put the efforts) kita dalam perbuatan tersebut. Mungkin perkataan bahasa melayu yang paling hampir maksud dengan ganbarimasu ini adalah 'berusaha'. Ya, itulah yang sehampirnya. 

Itulah mesej perkataan ini. Berusahalah dalam kehidupan seharian kita. Buatlah perkara sebaiknya. Lakukanlah termampu kita. Do our best and beat the rest. Hidup cuma sekali, so enjoy!  gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk ganbarimasu dalam kehidupan kita. 

Misalnya, seorang pelajar yang menuntut ilmu. Pastinya akan terasa penat dan lelahnya belajar. Saat orang lain seronok bergelumang dalam selimutnya, kita pagi pagi lagi dah berhimpit himpit dalam densha (kereta api) demi menapak ke daigaku (universiti) sendiri. Di saat orang lain sedang menyediakan selimutnya dan menepuk nepuk bantal untuk tidur di waktu malam yang hening, kita masih lagi memutar mutar pensil/pen, mencari idea demi menyiapkan report experiment. Tidak mengapa, berusahalah!

Pasti di saat akhirnya, kita akan gembira melihat hasilnya.

Tapi, bagaimana pula di saat ada yang seronok tersenyum indah melihat keputusan examnya, kita pula bermuram durjana, menangis sepi, terduduk di ceruk bilik mengenangkan seiseki (keputusan) exam yang tak seberapa.

Ganbare! 

Dalam berusaha, pasti terasa penatnya. Pasti ada pengorbanannya. Pasti ada masa kita akan kecewa. Tapi, yakinlah! Allah pandang usaha kita. Ada masa hasilnya tertuai begitu subur. Namun, ada masa mungkin hasilnya tidak seberapa. Ketika itu, sedihlah, kecewalah, tapi tidak usah berlama lama dalam kegelapan itu. Kerana cahaya pasti akan menyuluh di hujungnya, maka kejarlah cahaya itu. 

Ganbare! 

Bezanya ganbarimasu dan ganbare adalah ganbarimasu merujuk kepada perbuatan itu sendiri. Manakala perkataan ganbare merujuk kepada tindakan seseorang menyuruh orang lain untuk ganbarimasu. Seseorang itu menyuruh kita berusaha. Pastinya dalam hidup kita ini, kita punya mereka yang sering katakan pada kita "ganbare!"

Jika direnung kembali, dari kecil kita dianugerahi ibu bapa dan keluarga yang sering menggalakkan kita dengan "ganbare!" Ada juga yang mendapat semangat ganbarimasu daripada cikgunya. Kita juga punya kawan kawan yang setia ganbarimasu dengan kita. Siapa pun mereka, kita pasti memiliki seorang yang setia menyokong kita. Yang support kita dan mengatakan pada kita, "Ganbare!"


Tapi, ingatlah Allah swt, pencipta kita juga menyuruh kita untuk ganbarimasu dalam hidup ini. Ganbare, ikhlas kerananya. Malah, sayang dan supportive nya Allah swt pada kita sehinggakan Dia senantiasa mengingatkan kita ganbarimasu dalam hidup ini, di dunia dan yang paling penting sekali, di akhirat sana. Allah dan Rasulnya, Muhammad saw sentiasa mengingatkan kita untuk jadikan dunia ini tempat kita ganbarimasu untuk mencapai rahmatNya di akhirat kelak.

Pastinya "Ganbare!" daripada Allah perlu disahut dan dibuktikan dengan perbuatan kita. Jika "Ganbare!" daripada insan sekeliling kita sahaja ingin kita buktikan dengan perbuatan, apatah lagi jika kita ingin buktikan 'ganbarimasu' kita pada Allah swt. Beribadahlah, beramallah dan jalankanlah tugas kita sebagai khalifah sebaiknya. "Ganbare!" dalam menjadi hamba Allah yang diredaiNya.

Dan apabila perkataan ini ingin digunakan dalam mengajak saya dan kita semua untuk ganbarimasu, maka bentuknya akan berubah sekali lagi, iaitu daripada ganbarimasu ke ganbarimashou!

Ayuhlah menjadi hamba Allah yang disayangiNya! Ganbarimashou! 頑張りましょう!

Friday, 2 September 2016

Hanabi

 
 Apabila kita bercerita mengenai natsu (musim panas) di Jepun, antara perkara menarik yang menjadi tarikan utamanya adalah hanabi. Betapa menariknya hanabi ini sehingga pameran hanabi diadakan di serata tempat di seantero Jepun! Bahkan, terdapat satu kalendar khas untuk hanabi sahaja. Pameran hanabi yang sering diperkatakan antara paling legend adalah di Nagaoka. How lucky for those people yang tinggal atau belajar di sana. Manakan tidaknya, dapat melihat pelbagai bentuk hanabi yang beraneka bentuk dan warna.

Tapi, hanabi ini, apa?

Hanabi adalah gabungan dua kanji (tulisan jepun). 花 (hana) yang bermaksud bunga. Dan 火 (hi) yang bermaksud api. Bila digabungkan, menjadilah 花火 (hanabi) yang bermaksud bunga api.

 

Satu perkara yang menarik juga di sini adalah apabila maksudnya yang sama dengan bahasa melayu. Pernah juga terfikir kenapa kita tidak menggunakan istilah 'kerja api' seperti perkataan inggerisnya, firework. Ok, dah melalut. Sila abaikan. Hihi.
Baiklah, seperti kebiasaannya, tidaklah ingin bercerita panjang mengenai suku sakat hanabi ini, tapi lebih kepada ingin melihat apa yang kita boleh belajar daripada hanabi ini.

1. Kita; Hanabi

 

Setiap daripada kita ialah hanabi. Maksudnya? Kita punya potensi. Seperti bunga api yang menyimpan sesuatu dalamnya dan akan meletup bila tiba masanya, begitu jugalah dengan kita. Dalam diri kita, tersimpan potensi yang tidak kita ketahui tapi boleh diterokai agar ia boleh meletop dan pom! Menjadi bunga api yang cantik memukau, bersinar di malam hari.
Tahukah anda juga hanabi ini ada pelbagai jenis, berbeza bentuk, warna dan percikannya juga lain lain. Ada yang berbentuk bunga crysanthemum, seperti air terjun pun ada. Begitu jugalah kita, kita berbeza. Dan diversiti yang ada itulah menjadikan dunia ini begitu indah. Maka, jangan risau sekiranya kita berbeza daripada orang lain. Mungkin, itulah yang menjadikan kita lebih menyerlah dibandingkan dengan yang lain.

2. Be dependent and be independent

 
Bunga api, pada awalnya walau memiliki potensi yang tinggi, tapi tetap ia perlukan seseorang untuk menyalakan dirinya. Tetap ia bergantung pada orang lain. Begitu jugalah kita. Tidak salah untuk meminta pertolongan. Tidak salah jika kita memerlukan bantuan. Tapi, ingatlah dalam bergantung, perlu juga kita berdikari. Bagaikan bunga api yang akhirnya berdikari sendiri setelah dinyalakan dan menghiasi langit angkasa malam, kita juga perlu berdikari di akhirnya. Dan, ingatlah mereka yang paling independent ialah mereka yang tidak pernah putus dependance nya pada Allah swt. So, let's be dependent and be independent!

3. Dentuman hanabi

Bila tiba hanabi dan bila tiba masa ia meletupnya, dentumannya begitu kuat. Memecah kesunyian malam yang sunyi. Seolah olah memberikan semangat buat mereka yang datang melihatnya.
Ingatlah di saat kita berjaya menggunakan potensi kita, percayalah kita berjaya menggegarkan dunia. Dan tidak sedikit mereka yang terinspirasi dengan 'dentuman' kita. The confidence that we have really can inspire others. No wonder orang kata kita akan dilihat sangat menawan apabila kitam yakin dengan diri kita.

4. Hakikat sementara
 
Dan di hujungnya, hanabi akan berakhir juga. Setelah dentuman demi dentuman, percikan demi percikan, warna demi warna, akhirnya ia, berakhir jua.

Dan di hujungnya, hidup kita akan berakhir jua. Perjuangan demi perjuangan, kenangan demi kenangan, akhirnya, kita sekadar hamba. Mati pasti menjemput jua.

Dan berbeza dengan hanabi, kita pasti akan ditanya amalan kita di dunia. Dan fitrah kita, pasti inginkan pengakhiran yang baik jua.

Moga pengakhiran kita juga, seindah hanabi itu.

Tuesday, 12 July 2016

Tanabata


Setelah habis kelas, maka berjalanlah pulang daripada daigaku (universiti) ke rumah. Nasib baik jarak rumah tak lah begitu jauh daripada daigaku. Ketika seronok melayan perasaan, terperasan pula satu struktur tumbuhan.

Pokok buluh.

Ya, pokok buluh yang digantung padanya potongan potongan kertas yang berisi harapan dan impian. Apa benda ini? Masih lagi lost, maka diputuskan biarkan saja lah. Lantas rasa ingin tahu itu dipendam begitu sahaja.

***

Sewaktu sedang membeli Koala Machi, jenama snek Jepun yang terkenal, bila dibelek belek design pack nya, lain pula kali ini. Special edition.

Tanabata special edition.

Tanabata lagi.



***

Bila ditanya pada kawan Jepun, apa itu Tanabata, rupa rupanya bila masuk bulan tujuh, mereka akan menyambut Tanabata. Di mana perayaan Tanabata ini akan disambut pada tujuh hari bulan tujuh pada setiap tahun. Dan kebiasaannya seawal bulan tujuh bermula, pokok buluh akan didirikan dan potongan kertas pelbagai warna akan diisi dengan wish penulisnya. 

Mitosnya di sebalik perayaan Tanabata yang berasal daripada China ini adalah mengenai kisah seorang puteri yang tinggal di langit dan penjaga lembu. Walaupun mereka sudah berkahwin, namun dek kerana lembu lembu si penjaga ini naik ke langit (kononnya), akhirnya mereka dihalang berjumpa oleh ayahanda puteri ini. Namun kerana rasa kasihan melihat anaknya, maka dibenarkan pertemuan sekali sahaja setiap tahun antara pasangan ini. Iaitu pada tujuh hari bulan tujuh.

Seperti biasanya, bukanlah niat ingin mengulas lanjut mengenai mitos ini, apatah lagi mengenai kertas kertas yang digantung pada buluh. Tapi, yang ingin dicari di sini adalah apa perumpamaannya Tanabata ini dengan kehidupan kita. 

Ada dua perkara yang menarik mengenai Tanabata ini. Apabila tahu sahaja cerita mengenai Tanabata ini, perkara pertama yang terlintas sekali di minda adalah 'pertemuan' kita dengan Ramadan. Bagaimana pertemuan kita dengan Ramadan lalu?

Bermakna kah? 

Seperti yang kita sedia tahu, kita dapat berjumpa dengan Ramadan sekali sahaja setiap tahun. Dan sebagaimana si puteri langit yang rindukan pertemuannya dengan suaminya yang special baginya, begitu jugalah seharusnya kita merindukan Ramadan yang special buat kita semua. Suasananya, amal ibadahnya, ukhuwahnya pasti akan membuatkan kita ingin berjumpa lagi dengan Ramadan tahun hadapan. Tapi, rasa rindu itu tidak seharusnya tinggal rasa rindu sahaja. Kita buktikan dengan berusaha meneruskan momentum yang terbina sepanjang Ramadan mengikut kapasiti yang kita miliki. Kata orang, kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Beribadahlah, seikhlasnya moga kita termasuk dalam rahmatNya. 

Kedua, apabila melihat wish wish, harapan dan impian yang tertulis di kertas kecil yang tergantung di pokok pokok buluh itu, tersedar satu perkara.


Kita manusia penuh dengan pengharapan.

Harapan itu yang sentiasa ada dalam kita.

Harapan itu yang menggerakkan kita.

Harapan itu lah yang menjadikan kita, manusia.

Dan manusia itu melayan harapan dengan tiga cara berbeza. Pertama, mereka yang tidak berharap. Pesimistik. Mereka rasakan harapan itu sudah tiada. Mereka tidak rasa harapan itu perlu. Kerana tiadanya harapan itulah, menjadikan mereka manusia yang penuh negaitviti. The negative vibes itu akhirnya akan terkena kepada orang lain. Tapi, bukan itu yang dirisaukan. Lebih merisaukan lagi, apabila mereka sendiri menderita akibat hilangnya harapan terhadap diri sendiri. Misalnya, kalau diajak berubah ke arah yang lebih baik, maka dia tolak peluang itu. Dia tidak berharap untuk berubah. Harapan itu sudah tiada kerana dia merasakan dia sudah tidak dapat keluar dari dirinya yang sekarang. Sedangkan apa yang dia perlukan adalah harapan untuk berubah, dan insyaAllah akan mudahkan perjalanannya untuk berubah. Sekiranya diri sendiri tidak berharap untuk berubah, masih mampukah orang lain untuk membantunya?

Cara kedua, ada orang, dia berharap, tapi pengharapannya pada perkara yang salah. Sekadar berharap pada perkara yang duniawi mahupun manusiawi. Harapannya agar nikmat dunia dapat dikecapi, harapannya agar manusia mengiktiraf dirinya di atas sekali dan banyak lagi perkara yang bersifat sementara lain, yang akhirnya akan mengheret dirinya untuk menjadi orang yang tidak berharap lagi. Kerana apa? Kerana pengharapannya bersifat sementara. Apabila sementara, maka ia akan hilang. Mungkin dapat dirasa, tapi sekadar sekejap cuma. Dan bila harapannya pergi, dia juga akan pergi. Contohnya, ada orang, dia sedang berubah. Tapi, dek kerana berubahnya dia disebabkan mengharap pada perkara yang salah, akhirnya dia terhenti. Mungkin harapan itu sudah membantunya selama ini, tapi tidak dapat membantu untuk selamanya. Kerana sementaranya harapan yang disandarkan pada perkara dunia atau manusia lain itu.

Dan ketiga, beruntunglah mereka yang berharap pada perkara yang benar. Pengharapannya pada Yang Maha Kekal. Yang ada untuk selama lamanya. Ya! Dia berharap pada Allah swt sahaja. Tidak pada perkara lain. Dan harapan ini tidak akan berakhir dengan kekecewaan kerana harapan ini akan sentiasa ada. Malah ia akan menjadi sumber kekuatan buat dirinya. Jika sedang berada di awan langit, maka harapan inilah yang akan memastikan dirinya terbang tinggi. Dan jika dirinya berada di dasar laut yang paling dalam penuh hitam gelap, maka harapan inilah yang akan menjadi cahaya petunjuk buat dirinya, mengutip mutiara mutiara kekuatan di sepanjang kebangkitan dan akhirnya berenang ke permukaan menikmati mentari harapan!



Optimistik. Impian. Harapan. Jadilah manusia yang sentiasa berharap. Dan letakkan lah pengharapan itu pada tempat yang betul. Luruskan pengharapan kita, harapnya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. 

Berharaplah. Bukan sekadar berharap, tapi berusahalah dengan harapan yang tersemat di dada. Bukan sekadar berharap, tapi tidak berbuat apa apa. Itu samalah seperti harapan yang tergantung di pokok pokok buluh sahaja.

:)

Monday, 13 June 2016

教習車 (Kyoushuusha)

Sejak berada di Jepun, ke mana sahaja mahu pergi pastinya akan menggunakan public transport atau bahasa melayu nya, pengangkutan awam. Manakan tidaknya, efisiennya public transport di Jepun sehinggakan kadang kadang kita terpaksa menunggu train untuk memulakan perjalannya kerana train itu tersampai awal di terminal. Kalau nak dibandingkan dengan public transport Malaysia, alahai~ Moga pengangkutan awam di Malaysia akan mampu meningkatkan perkhidmatannya agar mampu berkhidmat dengan lebih cemerlang demi rakyat jelata. *bunyi sudah seperti ahli politik gamaknya, hehe* 

Bukan sahaja sistem kereta apinya yang bagus, malahan sistem bas Jepun pun tidak kurang bagusnya. Baru baru ini, berkesempatan untuk menggunakan perkhidmatan bas di Jepun untuk sampai ke satu destinasi. Maka menunggulah dengan penuh sabar di terminal bas.

Sedang sedang menunggu bas yang akan sampai pada jam 11.42 pagi itu, tiba tiba terperasan satu bas yang tiada penumpangnya. Tidak ditunjukkan ke mana pula mahu pergi. Bila dilihat lebih lama pada bas itu, tertulis perkataan 教習車 (kyoushuusha). Apa kyoushuusha ini?



教習 (kyoushuu) dalam bahasa Jepun bermaksud latihan. 車 (sha) pula bermaksud kereta atau sebarang kenderaan. Bila digabungkan menjadilah 教習車 (kyoushuusha) yang bermaksud `kereta/kenderaan dalam latihan`. Tapi, dalam konteks bas ini, ia bermaksud `bas dalam latihan` or `training bus`. Demi memastikan kecekapan bas dalam perkhidmatannya, maka kyoushuusha diadakan untuk melatih pemandu pemandu bas yang bakal mengendalikan bas bas ini. 

Tapi, bukan itulah isi utama kali ini. Tidaklah berhasrat untuk menceritakan sejarah bas Jepun, sistemnya dan sebagainya. Tapi, apa yang nak diceritakan adalah analoginya kyoushuusha dengan Ramadan yang sedang kita lalui kini. 

Baiklah, ayuh kita mulakan. 

Seperti kebiasaanya, pemandu pemandu bas ini kenalah tahu bagaimana untuk mengendalikan bas, informasi mengenai laluan yang bakal dilalui peraturan peraturan sebagai seorang pemandu bas, apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Begitulah juga kita, seharusnya tahu apa Ramadan ini, hikmahnya, bagaimana ingin melaluinya dengan betul tepat dan mutakhir serta fadilat fadilat Ramadan ini sendiri. Apa pentingnya? Supaya mudah untuk kita menerangkan kepada rakan non muslim (especially those yang berada di oversea) mengenai Ramadan yang kita lalui. Tiadalah terkulat kulat kita dibuatnya. Malah, dengan mengetahui fadilat fadilat atau kelebihan Ramadan ini, pastinya kita akan lebih bermotivasi dalam menyambut Ramadan. 

Sewaktu kyoushuusha, mereka ini dilatih agar dapat membawa bas dalam laluan yang betul dan membiasakan diri dengan laluan laluan bas atau route route nya supaya tidak tersesat sewaktu membawa bas kelak. Begitulah juga dengan Ramadan yang sedang kita jalani ini, Seharusnya kita anggaplah Ramadan ini sebagai latihan dan tarbiyah buat kita dalam menghadapi laluan hidup sebagai seorang muslim dan mukmin. Supaya kita terbiasa dengan jalan dan laluan hidup Islam yang menyeluruh agar tidak tersesat dari jalan Islam yang sebenar. Misalnya ibadah solat terawih yang cuma ada dalam Ramadan mengajar kita untuk bangun malam dan solat demi mendapat reda Allah swt. Yang paling penting, puasa sebulan itu sendiri mendidik kita untuk menjadi lebih bertaqwa apabila kita bukan sahaja menahan nafsu makan, malah nafsu syahwat, nafsu mengompat, nafsu dosa berat, senang cerita, nafsu nak buat dosa. 



Selain itu, pastinya pemandu bas kyoushuusha mempunyai panduan sewaktu training atau dalam latihan. Begitu juga dengan kita, kita punya al Quran dan sunnah. Ayuh gunakan kedua dua panduan ini untuk menikmati kelazatan Ramadan yang dalamnya juga punya malam yang lebih baik dari seribu bulan, Lailatul Qadr. Dan sebagaimana kyoushuusha driver yang punya mentor sewaktu mengendalikan bas dalam latihan, kita juga perlu mencari tunjuk ajar dalam membawa diri dalam bulan Ramadan. Sebaiknya bergurulah dengan ustaz ustaz. Tapi, di zaman yang serba canggih ini, kita boleh dapatkan akses ke mana sahaja, apa sahaja hanya di hujung jari. Bukalah video di TiubAwak ke, membaca post post di MukaBuku atau Pentwit atau bukalah laman Pemblog yang bermanfaat. Gunakanlah teknologi dengan berhemah. Tapi, awas jangan sampai teknologi ini menyasarkan kita dari ibadah sepanjang Ramadan. 

Tapi, dalam Ramadan kadang kadang ada bunyi bunyi seperti ini 

"Alah, fake je tu. Alah sekejap je tu, habih Ramadan habihlah~"

Bukanlah nak jadi fake atau bajet bajet alim sepanjang Ramadan. Tidaklah juga kita beribadah dan menjadi hamba Ramadan semata. Tapi, anggaplah Ramadan sebagai bulan melatih kita untuk kembali menjadi muslim sebenar setelah melalui 11 bulan yang mencabar keimanan kita. Sesungguhnya Ramadanlah medan terbaik buat kita untuk melatih diri kembali melalui laluan hidup sebagai seorang muslim yang bukan sekadar berilmu, malah beramal dengan ilmu yang kita miliki. 

Jangan terpengaruh dengan kata nista dusta yang bisa merusak momentum ibadah kita dalam Ramadan. *langsung ngomong indonesia*

Dan setelah berakhirnya kyoushuusha, pemandu pemandu bas ini akan dapat memandu bas dengan baik, di laluannya dengan betul dan mengikut panduan sebaiknya. Begitulah juga kita, semoga dengan berakhirnya Ramadan, kita dapat memandu diri kita dengan baik, di laluan Islam yang sbenar dan mengikut panduan al Quran dan sunnah Rasulullah saw.

Jom! 教習 (kyoushuu) diri kita di bulan Ramadan!

Sunday, 22 May 2016

Roller Coaster

Hidup ini macam roller coaster. 




Ingat tak, pertama kali kita ingin menaiki roller coaster. Bagaimana perasaan kita ketika itu?

Takut?

Cuak?

Risau?

Berdebar?

Pastinya semua perasaan bercampur baur ketika itu. Mana tidaknya, kita melihat orang lain ketakutan menaiki roller coaster tersebut. Kita mendengar jeritan penumpang roller coaster yang excited dan cuak pada masa yang sama. Mungkin akan ada rasa untuk berpatah balik. Dan pastinya akan ada yang tak meneruskan hasrat untuk menaiki roller coaster buat mereka yang merasakan diri mereka tak cukup kuat untuk mengharungi perjalanan roller coaster itu nanti. 

Percayalah, di saat kita berpatah balik itu lah, kita sudah pun kalah sebelum berjuang. Lemah sebelum menjadi kuat. Begitu juga dengan hidup ini. Sebelum kita melalui cabaran cabaran hidup ini, akan ada orang yang sudah pun mengalah. Menyaksikan kegagalan orang lain membuatkan kita takut mengalami perkara yang sama. Mendengarkan cerita cerita jatuhnya orang dalam menghadapi cabaran hidup sehingga tak mampu berdiri kembali membuatkan kita seolah olah tak mahu cerita kita yang mungkin jatuh juga menjadi cerita seterusnya.

Tapi, tak semua begitu. Dan kebanyakan orang yang menaiki roller coaster akan tetap beratur sehinggalah sampai gilirannya. Mereka tetap ingin menaiki roller coaster walaupun tahu risikonya. Begitulah juga dalam hidup ini. Walaupun ada yang berpatah balik, tapi masih ramai yang masih lagi berani dan gagah untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal mendatang. Dan mereka inilah yang kita ingin jadi. 

Oh, lagi satu. Roller coaster ini ada banyak jenis. Ada yang panjang perjalanannya, ada yang pendek sahaja. Ada spinning roller coaster, ada roller coaster yang standard saja. Ada juga roller coaster yang masuk dalam air dan ada roller coaster yang pusing satu mall. Macam mana jenis roller coaster sekali pun, kesemuanya menjanjikan cabaran yang tersendiri. Begitu juga hidup ini. Semua orang menghadapi cabaran hidup yang berbeza. Tak sama. Mungkin orang itu lahir dalam keluarga yang tidak begitu menjaga soal soal agama. Mungkin orang itu, sudah terpengaruh dengan persekitaran yang tak menjaga aurat dan bukan mudah untuk dia meninggalkan pengaruh itu. Oleh itu, tak selayaknya untuk kita saling judge each other. Seeloknya, kita saling memahami each other. Seandainya kita sedang berubah, doakan lah agar yang lain tetap merasa nikmat perubahan yang sedang kita rasa.


Back to cerita orang naik roller coaster tadi. Once kita dah naik roller coaster dan kita sudah pun menaikinya, tak boleh turun dah. Macam mana ngeri laluan roller coaster itu, walau kita rasa seolah jantung kita seakan berhenti waktu naik roller coaste sekalipun, there`s no way you can get down from the roller coaster. Zettai! Kalau turun juga waktu itu, alamatnya dah arwah lah kita. 

Sebegitu juga lah dengan hidup kita. Keep fighting! Cabaran hidup tak mudah. Maka kita perlukan mujahadah. Tak kisah lah bagaimana pengakhirannya nanti, tapi yang penting kita sudah sedaya upaya bertahan dalam hidup ini. Bagaimana? Mengakuilah kelemahan kita di hadapan Allah, berdoalah padaNya, nescaya akan dipinjamkan kekuatan untuk kita melalui liku liku hidup ini.

Dan di akhirnya, tanpa kita sedar roller coaster yang kita naiki tadi sudah pun berhenti. Sudah berakhir perjalanannya. Apa kita rasa? Pertamanya kita akan rasa sangat lega. Ketakutan tadi sudah berakhir. Perasaan kita yang sukar digambarkan kata kata sewaktu menaiki roller coaster tadi, sudah tak dirasakan lagi. Malah kita rasa sangat puas hati dan gembira kerana berjaya menghabiskan roller coaster tadi. Rasa sekejap saja naik roller coaster. Seolah olah kesusahan, thrill dan kengerian roller coaster itu menjadikan kita lebih fokus kepada cara untuk mengharunginya daripada masa yang kita ambil untuk habiskannya. 

Sama kan dengan hidup kita. Kadang kadang kesusahan hidup itu menjadikan kita lebih tabah, cari jalan untuk hadapi setiap masalah dan kita merasakan masa seakan bergerak laju!

Tahu tahu dah habis belajar.

Tau tau dah PhD.

Tahu tahu dah kerja.

Padahal rasa macam baru semalam dok bising bising pasai susahnya belajaq! Yang paling penting sekali, kita nak rasa sangat puas hati dan gembira di sana nanti. Maka, beramal lah sebaiknya di dunia sini, moga kita mengecapi reda Allah di akhirat sana nanti. Amin. 

Dan, macam mana cara kita hadapi roller coaster tadi. Kita akan sentiasa berfikiran positif. Malah orang sekeliling kita pastinya juga sedang berfikiran positif. Begitu juga dengan hidup, think positive! Always positive! Cari persekitaran yang positif. Kalau ada orang sekeliling kita yang negatif, jauh jauh kan lah diri sikit. Tapi, ingat! Kita menjauhi dia bukan kerana kita takut terjangkit dengan negativity dia, tapi lebih diniatkan, takut takut dia yang terjangkit dengan negativity kita.

Paling penting, sentiasa positif. Pastinya positivity itu mampu memberikan positivity kepada yang lain pula!



Yup! Hidup ini macam roller coaster.


.
.
.


OK, Ada satu perkara yang mebezakan hidup dengan roller coaster. Dalam hidup, mungkin akan ada yang tak dapat mengharungi cabaran hidupnya dengan baik. Mungkin akan ada yang terpaksa berhenti separuh jalan. Tapi, Allah swt Maha Mengetahui. Dia pasti akan menyediakan yang lebih baik daripada sebelumnya. Carilah hikmah di setiap ujian. Jika tidak dijumpa, tunggulah hikmah itu. Ia pasti tiba. InsyaAllah. Berbaik sangka lah dengan Allah swt. 

Saturday, 9 April 2016

Sakura

Pertama sekali, kami ingin mohon maaf, sebanyak banyak nya kepada pembaca setia (ada kah, hehe) The Thumuhat (dulu dikenali as Jepun Aku Datang) kerana banyak nya habuk dan debu debu yang menghiasi blog ini. Dengan erti kata lain, maafkan kami kerana tidak mengemas kini atau update blog atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. Skema sungguh alasan ini.

Alhamdulillah, kami warga pentadbiran The Thumuhat telah berjaya meletakkan jasad masing masing di bumi matahari terbit setelah mengharungi pahit manis, jerih perih, blood and tears (ok, ini hiperbola) sepanjang our preparation program. Dan kerana khilaf kami dalam menguruskan kesibukan ini lah yang mengakibatkan blog ini sudah tidak diisi seperti sebelumnya.

InsyaAllah, kami akan mula berlari kembali di arena ini dalam usaha untuk menyebarkan sinar bersama sama anda semua walau di mana jua kami berada. Yosh!



Sakura.

Kini di Jepon, sudah berlalunya musim bunga sakura. Dan tibalah masanya untuk bunga bunga ini tergugur kelopak kelopaknya yang berwarna merah jambu keputih putihan, jatuh gracefully ditiup angin sepoi sepoi, meninggalkan daun daun hijau di ranting ranting.

Dan kami ingin berkongsi sedikit ibrah/lesson/pengajaran daripada musim sakura yang sangat dinantikan oleh warga Jepon, orang Jepon yang bukan Jepon, dan mereka yang mengenali Jepon.

1) Beauty won't last forever, but your kindness will last longer.



Cantik kan sakura sakura ini? Tapi, percayalah kecantikan ini hanya akan dapat dinikmati sementara. Lebih kurang seminggu sahaja. And then, guess what happened? Like we said earlier, their petals will be falling, blown by wind. After all, what's left?



Inilah yang terjadi pada sakura sakura tadi. Mahukah lagi anda ber'hanami' dengan sakura sebegini?

Kita, manusia diciptakan dengan sebaik baik kejadian. Kita semua cantik, handsome, menarik dengan cara tersendiri. Tapi, kecantikan kehandsomean bukanlah penentu segalanya. Orang akan lebih tertarik dengan kita apabila kebaikan kita yang lebih terserlah.  Yes, our appearance will attract people, but will they last longer? No. Agree with us, people? Kindness wins. In this aspect.

Even Allah put takwa as key indicator untuk Dia menilai hamba hamba Nya. Senyum taqwa.

2) Our kindness akan meninggalkan legacy.



And now, sakura tidak cantik seperti sakura yang dulu. They are now, quite ugly. (Sorry sakura).

But guess what, sakura(s) are very kind. Kebaikan mereka akhirnya menjadi legasi untuk sakura sakura lain.

Dengan cara apa ya? Nampak tak daun itu? Daun itu akan menjalankan proses fotosintesis, meneruskan survival pokok sakura sehinggalah tiba musim sakura seterusnya.

Kan kami dah cakap tadi, kindness will last longer than beauty. Kindness wins, right. Jangan takut untuk jadi manusia baik. Mana tahu, usaha kita untuk menjadi baik akan menjadi legasi dan orang akan follow kerana tertarik dengan usaha kita.

Oh, lagi satu nak jadi baik, bukanlah proses sekali sahaja. Seperti sakura yang setiap tahun mengeluarkan daun selepas berbunga, dan berterusan sepanjang tahun sehingga next musim bunga sakura, seperti itu lah seharusnya kita. Jadi baik. Adalah proses berterusan. Jom jadi baik!

3) Nak jadi baik, tapi..



Sekiranya tadi kita melihat bunga sakura sebagai lambang kecantikan, sekarang lihatlah pula bunga sakura sekarang sebagai lambang kebaikan. Sakura memang baik. Dia tawarkan bunganya untuk dinikmati. Tapi, ada ke yang hargai? Habis sakura, kelopaknya jatuh ke bumi. Gugur, dipijak pijak orang, mahupun binatang yang melata.

Mungkin kita akan rasa penat dalam melakukan kebaikan. Maka ketika itu, kita perlu motivasi untuk berterusan melakukan kebaikan. Sekiranya kita merasakan tiada yang menghargai, percayalah Allah pasti melihat dan menghargai usaha kita untuk jadi baik itu. Dan semestinya Dia akan hantarkan sesuatu yang bakal mendapat manfaat hasil kebaikan kita.

Biarpun sakura itu, sudah gugur di bumi, tapi kelopaknya akan menjadi baja semulajadi buat tanah, seterusnya memberi peluang buat tumbuhan lain untuk hidup bersamanya. Seperti bunga kuning ini yang mendapat hasil kebaikan yang ditawarkan sakura tadi.



Sekian untuk post kali ini. Next year, ayuh lah kita berhanami lagi. Kali ini, dengan penuh semangat ber'hanami' setelah membaca post kami ini. Ecece.

Mata kondo!





*hanami: melihat bunga. (Word ini selalu digunakan untuk menikmati kecantikan sakura di bawah pohonnya. Tak payah duduk bawah pokok pon tak apa. Hehe)

*mata kondo!: jumpa lagi lain kali!

Friday, 20 November 2015

What you give, you get back



Pernah tak, kita rasa penat sangat dengan apa yg kita buat?
Pernah tak, kita rasa macam nak stop kan saja semua yang tengah kita buat sekarang?
Stop dan kemudian apa?
Berehat? Bercuti? Bermalasan?

Mungkin kita akan rasa puas sekejap. Pada permulaannya  mungkin kita akan rasa saangaatt seronok. Ya lah, siapa yang tak suka kalau hidupnya dilalui dengan cool, sempoi dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Kalau tanya saya, saya pun suka.

Tapi, lama lama kita akan mula penat. Kalau tadi, kita penat dengan segala kesibukan yang tak tertanggung rasanya, kini kita akan rasa penat dengan segala kekosongan yang terjadi dalam hidup waktu itu. Semua serba tak kena. Semua dirasakan tak menjadi. Tak ada feel. Tak ada umph!

Di manakah semangat yang hilang?
Jadi, ini telah jadi satu masalah dalam hidup kita. Masalah bermakna ujian daripada Allah swt. Persoalannya, macam mana kita nak mengharungi hidup yg penuh pancaroba ini, dengan relaks walaupun kita dalam kesibukan mahupun dalam keluangan masa?

Dalam hidup yang sementara ini, kalau ada masalah, kita kena selesaikan. Kan, dunia ini jambatan menuju kampung kita, akhirat sana yang kekal abadi. Kalau jambatan rosak, goyang goyang, macam nak runtuh saja, takut takut tak sampai nanti ke destinasi yg dituju. Kalau sampai pun, kita mungkin akan sampai dalam keadaan yang tak bersedia. Dan kita tak nak sampai di akhirat dalam keadaan tidak bersedia, kan?

Apa yang kita boleh buat untuk menyelesaikan masalah ini?
First and foremost,kita semua setuju yang masalah ini adalah ujian yang Allah bagi kat kita. Sebagai tanda sayang kepadaNya kepada kita. Jadi, untuk kita menghadapi ujian ini dengan penuh style, kita kena lah balas sayang Allah swt balik. Maksudnya? Kita minta tolong pada Allah. Berdoa pada Allah.

Dalam surah An-Nisa ayat 28,
"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."

Minta diberikan kita petunjuk untuk solve our problems. Ilham, harapan dan kekuatan. Bukan sangkaan yang bukan bukan yang boleh melemahkan iman kala ujian. Fuhh, berfalsafah pula saya. *senyum*

Allah will make us stronger ~
Setelah itu, kita muhasabah balik diri. Let's think deeper into ourselves. Give ourselves a moment of silence. Based on muhasabah, kita akan mampu membina foundation utk bertindak dalam berhadapan dengan masalah.

Untuk proses muhasabah ini, izinkan saya bantu dengan buah fikiran. Moga buah ini mampu memberi biji benih kepada tindakan kita.
Pernah dengar quote 'what you give, you get back' ?
Hidup kita sebenarnya memberi. Dan apa yg kita dapat dalam hidup, itulah hasil pemberian kita. Tak percaya?

Contoh, saya seorang pelajar. Kalau saya beri yang terbaik dalam pelajaran, maka yang terbaiklah akan saya dapat. Dan jika saya sekadar memberi yang ala kadar, tak all out dlm studies, then so so saja result saya di akhir nanti. That is the typical case.
Kita abaikan pelajar yang special case genius whatsoever utk contoh ini. *wink*

Tengok solat pula. Solat dikatakan mencegah mungkar. Kalau masih berlaku kemungkaran, walaupun sudah solat, maknanya kita belum memberi yang terbaik dalam solat.

Apa yang kita beri menentukan apa yang kita dapat.
Mungkin rasa penat itu lahir kerana kita tidak memberi yang sepenuhnya. Tidak ikhlas mungkin.
Mungkin rasa ingin stop itu terjadi kerana kita mengharapkan yang indah sahaja dalam hidup kita.

If you think about giving up, remember why you are there in the first place! :)
Sedangkan dunia ini tempat kita berusaha. Di akhirat sana lah tempat menuai hasilnya. Maka, rasa penat, putus asa itu perkara biasa. Lawanlah dgn tingkatkan lagi pemberian kita. Give more efforts. Give more hamasah.

Sebagai penutup kata, saya tinggalkan potongan ayat daripada Surah Ibrahim ayat 12 sebagai renungan.
"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".

Berilah sehingga ke akhirnya. Kerana apa yg kita beri, itulah yang akan kita dapat di hujung nanti.
Tindakan? Sentiasa memberi. Jangan berhenti. Dan andai tersungkur, bangkit kembali. Keep giving as Allah will make sure you'll get back. Kalau tidak di sini, mungkin di sana nanti.

i.j.

*doakan yang terbaik buat segala mangsa keganasan dan bencana yang terjadi di pelusuk dunia ini. Berikan doa buat mereka agar sentiasa tabah dan kuat menghadapi ujian. #ganbatte