Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha
Mengetahui terhadap setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini, kita telah
dikejutkan dengan berita yang sangat mendukacita kan diri dan hati kita kita
semua.
Dalam masa Malaysia mempersoalkan isu
pelaksanaan festival muzik sehingga ada yang terkorban, negara kita terkejut
lagi dengan pelbagai peristiwa yang menyayat hati dan sukar untuk digambarkan
dengan kata kata. Jika anda manusia, anda akan bersedih dengan tragedi
kehilangan pesawat MH370 yang melibatkan insan insan tanpa mengira agama dan
bangsa. Dalam masa post ini ditulis, encik Najib sudah pun mengesahkan bahawa
pesawat tersebut dikesan perjalanan akhirnya di lautan Hindi. Bayangkanlah bagaimana
agaknya penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka, laut yang dalam dan
luas. Semoga roh mereka dicucuri rahmat insha Allah. Dan jika anda seorang
Muslim, anda pasti terkesan dek berita yang kini heboh di massmedia, yakni
penghakiman terhadap Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Dr Muhammad Badie’ dan 528
orang ahli Ikhwan Muslimin lain yang dijatuhkan hukuman hasil daripada
pengadilan yang tidak adil. Mungkin mereka menyangka mereka sudah mematikan
ahli Ikhwan Muslimin, namun semangat juang insan insan ini tidak akan pernah
mati, dan Allah jua akan membalas perbuatan mereka ini, seperti yang dikatakan
oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di laman mukabuku nya.
Dalam dua peristiwa ini, sy rasa ia sangat
memberi bekas dalam diri kita kerana kedua-dua nya melibatkan nyawa dan lebih
syahdu lagi, apabila kes di Mesir ini berlaku dalam masa mereka cuba untuk mewujudkan
suasana Islam yakni dari pucuk pimpinan negara itu sendiri. Nak dibayangkan,
apa lah sangat dugaan yang kita terima jika nak dibandingkan dengan dugaan yang
di hadapi mereka di sana. Di sini, kita masih boleh bersenang-lenang, menghadap
pengicau ataupun mukabuku (termasuklah diri ini) tanpa memikirkan apa-apa
masalah. Ada pun masalah wang ataupun stadi yang tak masuk-masuk. Namun, di
sana, dalam ingin membina agama dalam diri, ancaman dibunuh terpaksa ditempuh. Jika
ada masih sisa kesedaran mengenai persaudaraan Islam dalam diri anda, anda
sudah pasti akan ter rasa bagaimana di saat ini, ada saudara kita yang sedang
ditimpa kecelakaan di luar sana. Nak dikatakan pula tentang kehilangan MH370,
dalam 2 minggu terkebelakang, negara kita dilimpahi dengan doa doa yang memohon
kemudahan untuk memudahkan pencarian. Ada pulak insan yang cuba bantu, namun
cara nya sudah tersasar dari jalan syarak yang sepatutnya. Terserah kepada
rakyat sendiri untuk menilai.
Namun, apa yang ingin dikatakan di sini, kita
perlu ingat dan fahami bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah swt. Dengan kuasaNya
lah, kita akan mati atau terus hidup di muka bumi ini. Tersentuh juga bila
mendengar doa yang dibacakan oleh Amin Idris, dalam rancangan Bicara malam tadi. Dititipkan supaya dengan dugaan
besar ini, kita akan terus bersangka baik dan tidak mudah melatah dengan ujian
yang diberikanNya ini. Sudah tentu, ahli keluarga mangsa jualah yang akan
paling terkesan dengan peristiwa ini. Sebagai orang umum, kita perlu untuk
membantu, jangan teruskan rumor yang sehinggi kini di pengicau misalnya, masih
ada yang sibuk untuk tahu itu ini lah, contohnya tentang bagaimana pesawat itu
boleh tersasar laluan sehingga ke Lautan Hindi. Kita ada pihak yang sedang
usaha kan, jangan cuba memandai mandai. Fikirkan perasaan keluarga dan sahabat
terdekat mangsa tragedi.
Dua ayat yang sangat membantu untuk kita
fikirkan.
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba
melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang
yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa
yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata
pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Dalam kedua-dua ayat ini, kita fahami bahawa
Allah swt memberi ujian untuk menguji hamba hambaNya dan yakinlah, Allah
memberi ujian setimpal dengan apa yang boleh ditempuhi oleh hambaNya
Untuk kita kita pula, dalam kita turut simpati
dengan ujian besar ini, walau kita tidak begitu merasa dengan apa yang berlaku,
fahamkanlah. Mungkin Allah mahu memberi petunjuk kepada kita. Rasanya semua
bersetuju, akhir akhir ini Malaysia seolah-olah pelbagai bencana yang menimpa. Jerebu,
Denggi walhal kes buang anak sekalipun, masih wujud di negara ini. Mungkin ini
sudah mula sebenarnya untuk kita mula berubah. Perlahan-lahan. Tak besar pun
tak ap. Kita kena ingat, makin dewasa, makin bertambah usia, makin dekat kita
dengan mati. Ujian dan bencana ini seolah olah ingin menyedarkan kita supaya
kembali lah kepada Allah. Hentikan lah cara hidup yang tidak sepatutnya. Dekatkan
diri dengan Allah. Dunia ini semakin nazak.
Sedekahkanlah Al Fatihah kepada mangsa tragedi
MH370 dan juga saudara kita yang dihukum di Mesir.
jika benar masih hadapan untuk pesawat itu ditemui, kita berdoa lah yang terbaik.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment