Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang..
Alhamdulillah, pada 23 Februari yang lalu telah berlangsung sedikit perkongsian
daripada saudara Afiq Sazlan yang kini sedang mengadakan roudtour mengenai buku
keduanya iaitu “Mencari Hud-Hud Yang Kini”.
Mendengar tajuknya sahaja sudah menarik.
Alhamdulillah, perkongsian yang benar-benar membuka mata dan semoga kita semua
boleh terus mengorak langkah ke hadapan dengan izinNya, biidznillah.
Pernah dengar kisah burung Hud-hud dengan Nabi Sulaiman?
Seekor
burung yang sememangnya kalau kita benar-benar hayati kisah tersebut, sangatlah
menggugah jiwa dan amat malu kalau hendak dibandingkan dengan kita manusia yang
tidak mampu untuk melakukan apa-apa..
Saya amatlah tertarik dengan sifat hudhud yang dikongsikan
oleh saudara Afiq Sazlan pada malam itu.
Yang pertama sekali,
Sedar akan tanggungjawab menyampaikan kebaikan.
Yang pertama sekali,
Sedar akan tanggungjawab menyampaikan kebaikan.
“Aku dapati raja
perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat
menyembah Allah, dan memperelokkan oleh syaitan pada pandangan mereka
perbuatan(syirik)mereka,lalu menghalangi mereka dari jalan(yang benar),oleh
itu,mereka tidak beroleh petunjuk.”
(An-Naml:24)
Hebat bukan?
Seekor burung sendiri pun tahu dan sedar tanggungjawab
dia di muka bumi ini, hamba Allah dan pemimpin di muka bumi ini!
Hud-hud sedar yang dia perlu lakukan sesuatu,dia perlu sampaikan kebenaran apabila dia melaporkan kepada Nabi Sulaiman tentang perbuatan Balqis yang menyembah selain ALLAH SWT.
Kagum!
Hud-hud sedar yang dia perlu lakukan sesuatu,dia perlu sampaikan kebenaran apabila dia melaporkan kepada Nabi Sulaiman tentang perbuatan Balqis yang menyembah selain ALLAH SWT.
Kagum!
Dan begitu juga dengan kita. Ya, kita juga harus ada
perasaan ingin berkongsi kebaikan dengan orang. Jangan ada sedikit pun perasaan dalam diri
kita nak buat baik sendiri sahaja kerana bimbang, tiada perubahan pun sebenarnya
dalam diri kita. Bukankah syurga ALLAH tu tersangatlah luas untuk didiami?
Allahu.
Indah
bukan kalau kita mampu menarik seramai yang mungkin menuju kearah syurgaNya
kerana benar, yang kita inginkan adalah pengakhiran yang baik, bukan di dunia sahaja tapi di akhirat juga kelak.
Biidznillah.
“Aku dapat
mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya,
dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita yang
diyakini kebenarannya.”
(An-Naml:22)
Salah satu lagi sifat Hud-hud yang dikongsikan oleh saudara
Afiq Sazlan pada malam itu adalah,
Yakin.
Yakin.
Ya, yakin dengan kemampuan diri sendiri.Kalau
kita sekadar tahu, tapi tiada keyakinan untuk menyampaikan dan mengajak orang
berbuat kebaikan, tak jadi juga.
Kita harus yakin dengan kemampuan dan kelebihan yang ada
pada diri kita. Kalau kita sedar yang kita boleh buat sesuatu yang bermanfaat
untuk ummah, teruskanlah. Lakukan sebaiknya,dan niat hanya kerana Dia. Hasilnya,biar
Allah sahaja yang tentukan. Bukan ke Allah tengok usaha kita,bukan hasilnya?
Yang penting, jangan pernah mengalah. Andai jatuh, bangkit kembali !
Yang penting, jangan pernah mengalah. Andai jatuh, bangkit kembali !
Selain yakin dengan kemampuan diri sendiri,saudara Afiq
Sazlan ada mengongsikan yang kita juga harus mempunyai,
Sikap yang teliti dan terurus
seperti burung Hud hud itu.
Sikap yang teliti dan terurus
seperti burung Hud hud itu.
Hud-hud tidak membawa berita tanpa disiasat
tapi dia membawa berita yang dia yakin kepada Nabi Sulaiman.
Kagum lagi!
Kagum lagi!
Kita juga harus begitu,sangat penting untuk kita teliti
supaya kita sebarkan benda yang betul dan sahih kepada orang lain.
Akhir sekali,
Kita perlu sedar akan keperluan untuk bertindak.
Seperti burung Hud-hud, dia tidak menangguh-nangguh untuk menyampaikan berita yang dia tahu, malah dia segera bertindak.
Kita perlu sedar akan keperluan untuk bertindak.
Seperti burung Hud-hud, dia tidak menangguh-nangguh untuk menyampaikan berita yang dia tahu, malah dia segera bertindak.
Begitu juga dengan kita, setiap apa yang kita buat,kita perlu
mula bergerak dengan serius dari sekarang. Andai kita terlambat sehari, boleh
jadi kejayaan kita akan tertangguh bertahun-tahun!
Sebagai contoh, andai kita yang mengambil jurusan
kejuruteraan, kedoktoran, kita harus mula berfikir dari sekarang lagi apa yang
kita boleh buat pada masa hadapan supaya kita boleh sumbangkan sesuatu kepada
Islam.
Ini baru sahaja mukaddimah yang dikupas oleh saudara Afiq
Sazlan, tapi begitu banyak sekali input menarik yang diperoleh, Alhamdulillah.
Beliau benar-benar membuka mata kami semua, tentang betapa pentingnya untuk berfikir di luar kotak, bersemangat dengan apa sahaja yang kita lakukan sekarang andai kita yakin yang ia akan membawa manfaat kepada ummah supaya kita tidak melakukan sesuatu yang sia-sia.

Bila ditanya tentang apakah pekerjaan yang paling diredhai Allah?
Rata-rata ada antara kami sendiri yang mengatakan guru, pensyarah pendidik dan sebagainya. Pendekatan yang diguna pakai Afiq Sazlan menarik. Dia tersenyum, lalu mengatakan bagaimana sebenarnya pemikiran kita mampu untuk mengubah segala-galanya.

Berminat menjadi enjiniur?
Teruskan niat dan belajar untuk mind-set kan dalam minda untuk belajar ilmu kejuruteraan itu untuk Islam.
Sebab apa?
Teruskan niat dan belajar untuk mind-set kan dalam minda untuk belajar ilmu kejuruteraan itu untuk Islam.
Sebab apa?
Tanpa enjiniur, belum tentu pendidik itu mampu untuk mengajar dengan efisien tanpa bantuan teknologi yang sangat memberi kesan kepada teknik pengajaran.
Tanpa enjiniur, belum tentu para doktor dapat merawat pesakitnya tanpa bantuan mesin-mesin mahupun alat bedah yang serba canggih.
Tanpa enjiniur, belum tentu rakyat yang punya pelbagai pekerjaan mampu untuk ke tempat kerja yang jauh dari rumah, tanpa teknologi kereta dan sebagainya.
Tidak kira apa jua jurusan yang anda belajar, ingat satu perkara. Bagaimana ia mampu untuk menyumbang kepada Islam? Cari dan teroka, sebab mahu atau tidak, walau kamu suka untuk berhibur walau apa pun, akhirnya kita sama-sama sedar, kita akan mati dan menghadap Pencipta.
Kita akan disoal sejauh mana ilmu itu kita gunakan dan kita harus fahami dan hadam bahawa,
Mati itu pasti dan teramatlah dekat.
No comments:
Post a Comment