Friday, 10 April 2015

Muaz bin Jabal 'M.J.' -Part 1-

MJ yang legend!


Assalamualaikum warahmatullah.

Konnichiwa!

Sememangnya apabila kita menyingkap kembali 話 hanashi [cerita] para sahabat yang sentiasa berdamping dengan Rasulullah SAW, juga yang tetap bersemangat meneruskan perjuangan baginda biarpun sesudah kewafatannya, kita dapati terlalu banyak hikmah yang dapat dicedok daripada kisah kisah mereka.

Rugilah kalau tidak kita ambil tahu, apatah lagi tidak berusaha untuk menghayati setiap satu cerita di sebalik barisan penjunjung Islam bersama dan pasca Rasulullah SAW.

Ayuh!

 Kali ini kita akan meneroka ke dalam kehidupan seorang sahabat yang cukup terkenal dengan kegeniusannya sehingga diiktiraf sendiri oleh Rasulullah SAW. 

Peh!

Malah, beliau ini juga sangat muda jika dibandingkan dengan yang yang lain. Ternyata, kematangan seseorang itu tidak diukur pada umur, tetapi dilihat dari segi ketinggian ilmu, keindahan akhlak dan dan kesungguhan beramalnya, bukan?

Initial name nya, MJ.

Hmm..

Siapa beliau agaknya?

... 

OK. Ini bukan penulisan teka teki buat pembaca apatah lagi peraduan ‘Guess Who?’ atau yang seumpama dengannya. 

Baiklah. 

Sebenarnya beliaulah Muaz bin Jabal!

Merupakan sahabat dari kalangan Ansar, beliau telah memberikan baiahnya kepada Rasulullah sewaktu Perjanjian Aqabah II. Juga merupakan golongan Ashabiq al-Awwalun (golongan pertama memeluk Islam).

Tapi, apa bukti Muaz bin Jabal ini sangat bijak orangnya? Bergeliga sekali akalnya? 

証明できますか?Shoumei dekimasu ka? [Boleh dibuktikan ke?]

Wah! Ofkos!

Sebenarnya, tak sabar nak menyenaraikan kesemua cerita yang membuktikan kualiti yang ada pada beliau. Juga untuk menunjukkan yang Islam sememangnya sangat sangat menghargai mereka yang mampu menggunakan ilmunya untuk kebaikan diri dan juga kepada orang sekelilingnya. Kebijaksanaan yang dianugerahkan kepada Muaz bin Jabal digunakan dengan optimum sekali untuk membantu Islam di serata tempat.

Pertama, Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda

“Umatku yang paling mengetahui perkara yang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal”. 

Fuhh!

Seterusnya, sebelum beliau dihantar ke Yaman untuk berdakwah di sana, Rasulullah SAW berkesempatan untuk bertanya pada Muaz bin Jabal. Begini soalannya.

"Apakah yang menjadi panduanmu dalam mengadili sesuatu wahai Muaz?"
"Kitabullah [al-Quran]"
"Jika tidak engkau temui dalam Kitabullah, bagaimana?"
"Akan ku putuskan dengan sunnahmu"
'Jika tidak ditemui dalam sunnahku"
"Aku akan gunakan fikirankan untuk berijtihad dan aku tidak akan melakukan perkara sia-sia"

Wajah baginda berseri-seri mendengarkan jawapan Muaz bin Jabal lalu bersabda,

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah sebagai yang diredai oleh Rasulullah”

Respect!

Malah, diceritakan oleh A’idzullah bin Abdillah, sewaktu awal pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, A’izdullah telah masuk ke masjid bersama beberapa orang sahabat.

“Aku duduk dalam suatu majlis yang dihadiri oleh tiga puluh orang atau lebih. Setiap daripada mereka menyebutkan hadis yang pernah mereka terima daripada Rasulullah SAW. Dalam itu, ada seorang lelaki. Rupanya tampan, bersih kulit hitam manisnya, sedap tutur katanya dan yang paling muda antara semua. Jika mereka berasa ragu akan sesuatu hadis, akan mereka tanyakan kepada lelaki itu dan akan dia jawab sebaiknya. Dia tidak berbicara, kecuali apabila diminta. Akhir majlis itu, aku mendekatinya dan bertanyakan namanya. Jawabnya,
“Akulah Muaz bin Jabal”
Tambahan lagi, Shahar bin Hausyab juga pernah berkata,

“Apabila para sahabat berbicara dan Muaz bin Jabal ada bersama, tentulah mereka akan meminta pendapatnya dek kewibawaan yang dimiliki beliau.
Banyak lagi sebenarnya kisah yang menceritakan kebijaksanaan Muaz bin Jabal. Ini hanyalah secebis cuma. Orang yang mengenalinya juga pernah mengatakan biarpun Muaz bin Jabal sering sahaja diam, namun setiap kali Muaz bin Jabal berbicara, kata katanya ‘seolah olah keluar cahaya dan mutiara dari mulutnya.’ 

Wah! 

Bersambung..



* kisah Muaz bin Jabal terpaksa ditangguhkan di sini. Kita akan sambung lagi kisahnya; berfokuskan ‘mutiara mutiara’ Muaz bin Jabal juga kehidupannya selepas kewafatan Rasulullah SAW, hingga ke saat saat akhir kehidupannya.

Nantikan!



Ditulis oleh i.j.



Rujukan: 100 Tokoh dalam Dakapan Rasulullah SAW

   Hepi Andi Bastoni

No comments: