Monday, 31 August 2015

Hikari (Cahaya) Dhuha



jzkk!


Surah Ad-Dhuha diturunkan selepas sekian lama Nabi Muhammad s.a.w terputus daripada menerima ayat wahyu daripada Allah swt melalui perantaraan malaikatnya yang mulia, Jibril. Ada juga riwayat yang menyebut bahawa Baginda  tidak bangun malam selama 2 hari kerana tidak dikejutkan oleh Malaikat Jibril. Pada waktu itu, kaum Musyrikin telah mengejek-ngejek Baginda dan mengatakan bahawa Allah telah meninggalkan Baginda. Sudah tentulah Baginda berasa sangat terganggu, sedih dan berasa ditinggalkan kerana menanti-nanti perutusan wahyu dari Allah yang tidak juga kunjung tiba. Walhal, selama ini wahyu yang diturunkan Allah itulah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah saw dalam menghadapi tentangan, gangguan dan cacian yang bertali arus daripada kaum Musyrikin Mekah dek kerana dakwah yang dilakukan baginda

Sebagai seorang manusia, sudah tentu kita juga pernah mengalami rasa yang sama. Kadang-kala rasa sunyi, rasa down, sedih tak tentu hala, rasa hilang tempat bergantung. Kadang-kadang rasa futur, solat pun tak khusyuk,  rasa dah penat berdoa tapi tetap masih tak dapat apa yang kita nak tetapi ketahuilah, Allah itu tak pernah dan tak akan tinggalkan kita. 

Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam surah yang  ke 93 :-  

A001
Demi waktu dhuha

Mengapa Allah memilih untuk bersumpah dengan waktu Ad-Duha? Waktu Dhuha merupakan saat waktu yang hening dan sepi. Pada waktu ini, matahari baru hendak menampakkan cahayanya, menunjukkan bahawa adanya harapan, adanya cahaya selepas malam yang gelap dan kelam. Begitu juga dengan harapan dan sinar dalam hidup kita. Selepas satu demi satu kegelapan ataupun ujian, yakinlah akan adanya sinar cahaya , seperti cahaya dhuha yang muncul selepas malam yang gelap. Yakinlah dan berharaplah sentiasa pada Allah, ibarat matahari yang tidak pernah jemu dalam menyinari hidup kita saban hari. Biarpun dilindungi awan yang tebal, paling tidak kita akan masih lagi merasai sinarnya yang kuat menembusi awan. Ingatlah, saat kita putus harapan dengan Allah, saat itulah kita akan mendapati diri kita on the bottom of life, hardly can't do nothing as we no longer hope in Him.

A002
Dan malam apabila ia sunyi-sepi 

So , kenapa malam? Bayangkan apabila pada suatu hari, kita berdepan dengan a very very bad day kita hanya nak tidur dan melupakan terus masalah yang melanda, lalu Allah menjadikan malam sebagai waktu untuk kita berehat dan menghilangkan segala kekusutan yang melanda. Pada waktu yang sunyi sepi ini jugalah waktu yang sangat sangat sesuai bagi kita berbicara dengan Allah dan diri sendiri, refleksi segala kerja buat kita sehari-hari dan sungguhlah rahsia kekuatan kita menghadapi hari-hari yang mencabar ini terletak pada qiamullail.


A003
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu)

Ayat ini pula menunjukkan bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita, atau benci kepada kita. Tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun, ingatlah bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita.Walaupun semua orang meninggalkan kita, percayalah bahawa Allah tak pernah tinggalkan kita. Kadang-kala perasaan tidak tenteram lantaran doa kita yang 'kononnya tidak dikabulkan', solat yang kurang khusyuk, lantas kita terus assume Allah sudah tinggalkan kita. Padahal waktu itulah Allah sedang memanggil, membelai kita dengan ujian yang tanpa kita sedari.


A004
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Tidak kiralah apa pun ujian yang sedang kita lalui, ujian-ujian di dunia ini hanyalah sementara dan ganjaranya akan diperoleh di akhirat nanti. Kita hanya perlu bersabar dan terus melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Allah hadirkan ujian untuk menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Cuba renungkan kembali akan ujian-ujian yang pernah kita hadapi dalam hidup kita. Bagaimanakah keadaan kita sebelum kita menerima ujian tersebut, dan setelah kita melalui ujian tersebut. Beruntunglah bagi mereka yang selepas melalui sesuatu ujian, dia lebih tenang, lebih tenteram dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Lalu bagaimana pula mereka yang setelah melalui sesuatu ujian, tetapi keadaan selepasnya menjadi semakin teruk dan jauh dari Penciptanya? Ketahuilah bahawa ujian bagi dirinya masih belum berakhir. Kita hanya perlu berusaha lebih sedikit sahaja lagi, kerana Allah sudah berfirman dalam ayat di atas bukan? 


A005
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

Ini adalah janji Allah kepada kita bahawa sesungguhnya setelah semuanya berakhir, kita pasti akan temui kejayaan dan kebahagiaan di penghujung luka. Allah akan ganjarkan kita sehingga kita gembira dan reda. Jika tidak di dunia ini, pastinya greater rewards awaiting us there, in the hereafter. Maka, wahai jiwa yang sedang bersedih, yakinlah, tiada satu pun yang berlaku tanpa ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

jzkk!


Kalau Allah tak sayangkan kita, kita takkan berada di sini.

Kalau Allah tak sayangkan kita, sudah tentu dibiarkan kita tanpa petunjuk di dunia ini.

Setiap kali down, baca dan go through satu satu ayat dalam surah Ad-Dhuha ini, dan rasakanlah cintaNya.

Dan sepertimana Allah memujuk Nabi Muhammad s.a.w 1400 tahun dahulu, seperti itu jugalah Allah sedang memujuk kita melalui kalamNya. 

Sentiasa bersangka baiklah terhadap Allah! 

Sesungguhnya Allah lebih tahu.

Wallahu'alam.

Oh, di sini juga penulis nak promote, jom kita jadikan solat sunat dhuha sebagai amalan harian kita! Banyak fadilatnya! Allah pun suka! Tayyib!

No comments: