Malam yang sunyi. Seakan aku dapat mendengar dengan jelas bunyi cengkerik. Makin jelas hingga akhirnya aku tekad menekan punat di telefon, memasang alunan surah al Buruj lalu memecah kesunyian yang makin ku rasa.
" Adibah
mana? Senyap je pagi ni. " Aku berdehem beberapa kali. Perit di kerongkong ku
tahan. Kurang air barangkali.
" Adibah?
Tadi saya nampak dia tidur. Awak ada pergi bilik dia tadi? " Alia tersenyum
hambar. Mungkin dia faham perasaan aku, mungkin juga tidak.
Sejak akhir
ini, aku rasa seolah-olah makin jarang lihat Adibah face to face. Oleh kerana
dia budak Mechanical, dan aku student Electrical, kuliah kami berbeza. Blok asrama juga agak jauh. Hanya di tempat
ini kami berjumpa. Satu-satunya tempat yang memelihara ukhuwah kami.
" Nanti kalau
awak jumpa Adibah, kirim salam pada dia ye! " Suara yang semakin serak ku
tuturkan jua.
Suasana
kembali sunyi.
***
3 Minggu
yang lalu.
Hari itu, di
tempat yang sama, tempat itu.
Jam di
tangan ku pandang. Agak lama. Jarum menunjukkan angka 12.30 pagi. Kepala
menoleh ke kanan dan kiri. Di suatu sudut, terlihat sekujur tubuh bertudung
litup. Adibah!
" Adibah!
Awak dah lama kat sini? " Aku memberikan senyuman.
" Fatma.
Saya dah lama kat sini. Saya study kat sini. Ni habiskan tadarus. " Adibah
menguntumkan senyuman.
" Tidur kat
sini? "aku menyambung.
" Tak kot.
Saya tak bawak barang-barang pun. " Mata Adibah seakan layu. Mengantuk mungkin.
Aku
menyambung hafazan. Beberapa orang rakan-rakan yang lain dah mula beredar ke
asrama masing-masing, bersiap untuk qiam pula.
***
Sekarang? Tempat
ini, tempat yang aku duduki semakin lengang. Lengang, ke mana hilang mereka?
Aku masih mencari.
Suis lampu
ku buka. Jam 5.30 pagi. Mana mereka? Sibuk mungkin. Mungkin sekejap lagi mereka
akan sampai, dengan anak masing-masing. Nanti tempat ini akan dipenuhi student
yang begitu tekun dalam amal ibadahnya. Yang bersungguh-sungguh berdoa dan
berharap padaNya.
15 minit berlalu. Azan telah dilaungkan. Mana
mereka? Mata dikerlingkan pada saf lelaki dihadapan. Jemaah solat subuh. Tak
sampai satu saf?
Diam.
Berfikir.
***
Tika bulan itu. Bulan memburu Lailatul Qadr.
Lampu
dibuka. Meriah suasana. Entah bila lagi aku dapat bersua dengan mereka di
tempat ini.
" Final
exam macam mana? Ok? "
" Alhamdulillah. Entahlah. Saya usaha, tawakal pada Allah je. " Sebaris senyuman
diukir.
Suasana semakin meriah dek kedatangan penduduk
berhampiran. Masing-masing bersemangat, membawa anak-anak. Seronok. Itu yang
aku nampak dari wajah mereka.
" Ibu.."
anak kecil itu meronta-ronta.
" Ye
sayang. Kenapa ni? Ibu nak solat terawih ni. Adik mengantuk ke? " Lembut. Penuh
kasih sayang.
" Tak. Adik
nak solat dengan ibu. " Dia merengek lagi.
" Habis tu
kenapa adik menangis, pakai kain sembahyang adik. Ibu tunggu. " Comel benar budak
perempuan itu. Bersungguh-sungguh menemani ibunya solat terawih.
Bulan ini
benar-benar terasa nikmatnya. Subhanallah. Tempat ini, tempat semua manusia
menghadapNya.
***
Sekarang. 3
minggu yang lepas, tempat ini begitu terasa kemeriahannya. Mana pergi mereka?
" Mungkin
mereka sibuk? "
Habis tu,
time bulan Ramadhan, mereka tak sibuk? Atau, sebelum ini datang awal kerana ingin
bersahur di masjid sahaja?
" Mungkinkah tempat ini hanya dipenuhi student bila mereka menghadapi exam? "
Jika begitu, apa niat sebenar kita bertemu
denganNya? Entah. Aku sendiri bingung memikirkannya. Mencari Dia hanya bila rasa perlu. Begitukah? Tahun
lepas-lepas, aku rasakan rasa yang sama. Perkara sama berulang- ulang. Perlukah
jadi begini?
Monolog dalam diri berterusan, hingga tanpa sedar aku sampai di hadapan tempat itu. Jam 6 pagi Dan, pintu
masjid dikuak. Kosong. Sunyi. Hanya suara beberapa orang jemaah kedengaran. Mana mereka?
Bersambung...
***
nota hati~
Pernah dengar memburu Ramadhan dengan iman dan ihtisab?
Means, bukan memburu Ramadhan hanya dengan keimanan, malah dengan ihtisab iaitu perasaan benar-benar mengharapkan pahala dan keredhaanNya! Power bukan?
Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan "ihtisab" , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu"
( Riwayat Al-Bukhari )
Ibadat bukan seperti buah. Buah mungkin bermusim, tapi bukan amal ibadat!
No comments:
Post a Comment