kredit |
Entah mengapa, dari semalam lagi hati Farah rasa macam tidak
tenang. Takut. Esok keputusan temuduga kemasukan universiti ke Jepun keluar.
Benar, itu yang merunsingkan diri ini. Tidak senang duduk.
“Mira, saya takut.”
“Eh dah kenapa pula tiba-tiba ni Mira oi, hantu takde ribut takde, nak takut apanya !”
Farah hairan apabila Mira berkata sebegitu. Patutlah Farah
melihat Mira tidak senang duduk dari tadi lagi. Seperti ada sesuatu yang bermain
dalam kotak fikiran Farah.
“Alaa Mira ni, orang betul betul tengah takut la. Esok result Kokoro Daigaku keluar, saya rasa kinchou sangat. Awak tu takpe la dah confirm dapat daigaku yang awak nak. Saya ni haa, tak confirm lagi, takut la.”
Mira menarik muka masamnya kerana Farah seakan akan lupa esok adalah
hari yang penting buatnya.
“Eh lupa Farah, gomen saya betul-betul lupa. Saya yakin la dengan awak Mira, mesti dapat punya. InsyaAllah, kan awak dah buat yang terbaik masa mensetsu hari tu. Lagipun dai ni kibou awak kan dah dapat, so sekarang at least dah ada satu dalam genggaman. Yang pasti, apa-apa pun yang bakal awak tahu esok, itu la yang terbaik Allah nak bagi.”
“Tapi saya betul-betul nak pergi Kokoro Daigaku. Saya tak pernah terfikir pun nak pergi Yama Daigaku tu. Hari tu pun saya ikut je sensei nak letak universiti mana sebagai second choice saya.”
Raut wajah Farah jelas menunjukkan kebimbangannya. Mira
kenal benar dengan Farah, kalau ada sesuatu yang merunsingkan Farah, pasti dia
akan berterusan berfikir.
“Dah, tak payah fikir lagi, sekarang Farah pergi ambil wuduk, solat sunat 2 rakaat, tenangkan fikiran dan terus tidur. Esok kelas awal kan.”
“Hmm ye lah Mira.. “
Farah berlalu pergi dan terus masuk ke dalam biliknya. Surat
cinta dariNya dibuka, terhenti bacaannya pada ayat,
“…..Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati kan menjadi tenteram. “
(Ar Ra’d:28)
Ketenangan itu, yang Farah perlukan sekarang. Dan Farah
benar-benar serahkan semuaNya pada Dia, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
***
“Alamak aku tak study apa lagi ni untuk test petang ni. Tu la tidur awal sangat, konon nak bangun awal tapi tak bangun. Padan la muka kau Farah oii”Monolog Farah dalam hatinya.
Dari jauh, Farah menjerit memanggil Mira.
“Mira ! “
“Uish terkejut saya, kalau ye pun nak panggil saya tak payah la jerit kuat sangat, saya dengar lagi cik Farah oi “
“Hee, sorry excited sangat “
Sengih Farah menampakkan
barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.
Mira cukup kenal dengan ragam sahabatnya, Farah. Mira pasti,
dia akan merindui setiap detik yang Allah pinjamkan Farah untuk dia, bila
sampai di Jepun nanti.
“Yelah tu, ada apa panggil saya ni. Mesti nak ajak pergi beli makanan kat shokudo kan. Mentang mentang muka saya ni ada rupa makanan “
“Haaa tahu pun ! Hehe takde la gurau je, muka Mira comel macam Baymax. Eh? Jom, ke shokudo. Pastu kita makan kat bilik Mira ye, nak study denshi kairo sekali. Farah tak baca apa lagi ni, semalam kan Mira suruh Farah tidur awal “
“Haa pastu nak cakap Mira la punca Farah tak study lagi. Eleh orang tu kan bimbang sangat semalam, bukan boleh masuk apa pun kalau ajak study.
“Ye Farah tahu la. Thanks Mira, rasa lebih ok hari ni. Takut, tapi Dia tahu yang terbaik kan untuk kita ? “
Mira tersenyum.
“Yes! macam ni la Farah yang saya kenal. Jom, nanti panjang pulak kena beratur beli makanan.”
“Jom!”
***
“Farah ! “
Tiba-tiba pintu bilik terkuak.
“Farah dah check belum kat website Kokoro Daigaku? Angka giliran Farah 01 kat belakang kan?”
Terus Piya menyoal bertubi-tubi. Entah dari mana Piya. Raut
wajahnya jelas menunjukkan yang dia seperti baru mengetahui suatu berita yang sangat
besar.
Jantung Farah tiba-tiba berdegup kencang.
“Farah belum check internet lagi. Aah, nombor Farah 01 kat belakang. Piya 02 kan. Eh, sekejap. Dah keluar result ke? Piya dah check? Piya dapat? Farah dapat tak?”
“Dah keluar result, baru je Piya check tadi.. Farah…”
“Kenapa Piya?”
Piya terdiam. Tidak mampu untuk berkata apa-apa.
Dan pada ketika itu, Farah cukup mengerti tanda kebisuan
Piya. Mira yang berada di sebelah hanya mampu berdiam diri. Farah masih
menginginkan keputusan yang sahih. Terus Farah mengambil smartphone yang berada
di tangan Piya dan melihat apa yang terpapar di skrin. Terasa seperti dunia ini
berhenti berputar sebentar.
“Mira..”
Terus Farah memeluk dan menangis sepuasnya di bahu Mira.
***
Mira melihat Farah yang sedang berdiri di beranda koridor,
termenung sambil melihat langit. Mira tahu sahabatnya itu suka benar melihat
bintang di langit kalau dia tengah kesedihan.
“Farah ok ? “
Farah sedikit terkejut kerana Mira datang secara tiba-tiba.
Terus Farah tersenyum memandang Mira.
“Eh ok je la, asal tiba-tiba tanya macam ni”
“Takde lah takut kalau Farah masih sedih lagi.”
“Dah dua minggu berlalu, sekarang pun dah sibuk nak isi borang kemasukan Yama Daigaku tu. Farah ok la, tengok muka ni ada muka sedih ke?”
Farah tersenyum, seperti biasa tidak pernah menunjukkan dia
seorang yang lemah. Mira kenal benar dengan perangai Farah, tidak suka untuk
membuat orang lain susah hati.
“Farah beruntung sangat. Mira cemburu sangat dengan awak”
Dahi Farah berkerut, pelik kenapa Mira berkata sebegitu.
“Eh Mira demam ke apa ni, tiba-tiba nak cemburu dengan Farah, kenapa?”
Mira tergelak kecil mendengar usikan Farah.
“Takde la, sebab Allah sayang Farah. Tanda Allah sayang kat hambaNya kan, Allah kirim dengan ujian. And then, Farah ni kuat. Sangat kuat. Kalau la Mira yang dapat ujian ni, belum tentu Mira boleh tersenyum macam awak sekarang ni tau. Hebat kan Allah, Farah? Maha Telitinya Dia dalam mengatur setiap ujian untuk hambaNya, berbeza, mengikut kemampuan setiap hambaNya. Maha Baiknya Dia, tidak menguji lebih dari kemampuan hambaNya. Farah hebat. Dan ujian yang hebat untuk orang yang hebat juga. Saya cemburu dengan Farah.”
Airmata Farah bergenang. Mira menyambung lagi,
“Farah ingat tak lagi awal awal dulu masa nak buat pilihan untuk masuk universiti. Punya la susah kita fikir, nak pergi mana, nak pilih dari segi apa semua, takut kalau salah pilih. Serabut juga time tu. Tapi sebenarnya, telah tertulis dan telah ditetapkan oleh Allah, universiti mana kita akan berada, cuma jalan nak sampai ke sana tu yang berbeza and pastinya, apa yang bakal kita lalui juga lain lain. Sebab Allah nak tengok usaha kita macam mana, and how kita letakkan pergantungan padaNya. Sebab kita ialah hamba Dia yang sangat kerdil, kita tak tahu which one is the best for us. Tapi Dia, Maha Mengetahui kan? Dia tahu apa yang kita perlu, apa yang terbaik untuk kita. So apa pun yang kita dapat, terima sekarang, itulah yang terbaik, reda dan kenalah betul betul berlapang dada dengan ketentuanNya.”
Farah tidak dapat menahan lagi air matanya dari menitis,
laju bercucuran di pipi. Mira terus memeluk Farah seeratnya.
“Tak mau nangis nangis lagi. Tak lawa rupa Farah kalau menangis, karang tak ada yang masuk meminang”
Kata Mira sambil mengesat airmata yang mengalir di pipi Farah.
Farah tergelak kecil. Terusik dengan lawak Mira. Farah
benar-benar rasa bersyukur kerana Allah hadirkan pada dia seorang sahabat yang
selalu ingatkan dia pada Dia.
“Mira, terima kasih. Jazakillah.”
“Waiyyaki Farah, awak kuat, tidak lain tidak bukan kerana kekuatan dariNya. Bersyukur, dengan setiap nikmat yang telah Dia beri pada kita ok?”
Mira mengangguk. Farah tersenyum.
Farah melihat nota kecil yang berada di atas mejanya. Tiada
nama penulis. Tapi cukup kenal dia dengan pemilik tulisan itu.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika
kamu mengingkari nikmatKu, maka pasti azab Ku sangat berat “ (Ibrahim : 7)
“….Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu
padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu
tidak baik bagimu. Allah mengetahu, sedang kamu tidak mengetahui”(Al Baqarah :
216)
Bersangka baik dengan aturanNya, bersyukur dengan apa Dia
beri pada kita, pasti Dia akan hadirkan sesuatu yang lagi baik pada kita. Mungkin
kali ni ALLAH tak bagi apa yang kita nak, tapi sentiasa ingat yang ALLAH bagi
apa yang kita perlu. Kita merancang, tapi pada masa yang sama Dia juga sedang
merancang, dan Dia mengetahui yang terbaik untuk kita. Aturan Dia sangat sangat
cantik Mira. Dan saat ALLAH hadirkan ujian, Dia ingin menguji kita, pada siapa sebenarnya kita letakkan harapan, pergantungan. Ujian, akan terasa manis, andai kita lalui dengan hati yang penuh redha dan bergantung harap hanya padaNya. Mira is a strong girl and stay strong !
J
Farah tersenyum. Teringat saat pada mula dia menjejakkan
kaki masuk ke program ini. Perasaan yang sama dia pernah merasai. Syukur semua
milikNya.
- Bahasa Jepun dan maknanya
- kinchou: nervous
- dai ni kibou: pilihan kedua
- daigaku: universiti
- gomen: maaf
- shokudo : cafeteria
- denshi kairo : electronic circuit
- mensetsu : interview
No comments:
Post a Comment