Sunday, 18 May 2014

ilmu aku cari kau!


Salam, kali ni ana ingin berkongsi tentang sebuah hadis yang dapat membuka mata antum semua tentang kepentingan untuk menjadi seorang yang berilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Maklumlah kita semua tahu bahawa berpengetahuan luas merupakan salah satu daripada 10 muwasofat tarbiyyah yang perlu dilaksanakan oleh ikhwah ataupun akhwat yang sudah menerima kesan pentransformasian kuasa mega.

 Hadisnya berbunyi:

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi bersabda:
“Ulama itu ada tiga jenis. Pertama , orang yang alim, hidup dengan ilmunya (yang mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya.
Kedua, orang yang alim, manakala masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya).Ketiga, orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat daripada iimunya.”                                                                                                                                                             (Riwayat ad-Dailami)

Keterangan:

Orang yang alim itu ada pelbagai kategori. Ada di kalangan mereka yang  lebih berperanan daripada yang lain. Masyarakat sangat merasakan peranannya dan dia juga mempunyai kepakaran dalam menyantuni semua lapisan masyarakat, maka kehadirannya ibarat di tengah-tengah masyarakat laksana lampu yang menyinari kawasan di sekelilingnya. (jenis pertama)

Ada pula orang alim yang berperanan di tengan masyarakat , lalu orang lain dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, tetapi dia sendiri jauh daripada mengamalkan ilmu yang ada di dalam dadanya, seperti sebatang lilin yang membinasakan dirinya sendiri walaupun ia dapat menerangi kawasan yang ada di sekelilingnya. (jenis kedua)

Terdapat juga orang alim yang hanya mengambil manfaat daripada ilmunya, tetapi dia tidak dapat menyampaikan ilmunya kepada orang lain, mungkin dia tidak mempunyai kemampuan untuk menyampaikan ilmu dan orang lain sukar memahami apa yang disampikannya. Memang orang alim itu tidak sama peranannya, namun mereka tetap tidak merosakkan masyarakat.

        (sumber dari buku 40 Hadis Ilmu dan Ulama oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam)



Jadi, sekarang cuba kita singkap hadis dan keterangan di atas dalam aspek kita sebagai seorang pelajar. 

Cuba fikirkan sejenak berapa banyak ilmu yang kita pelajari namun adakah kita beramal dengan imu-ilmu tersebut?  Adakah kita sekadar datang ke kuliah or kelas hanya sekadar niat untuk penuhkan “credit hour” sahaja tanpa cuba memahami apa yang diajar sensei or pensyarah? Dan bagi yang terlibat dalam bulatan gembira pula, sejauh manakah pula kita benar-benar mengamalkan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh abang-abang kita. Mestipun kita mengamalkannya, adakah kita menyampaikan perkara tersebut kepada masyarakat atau lebih mudah teman-teman antum semua?

Kalau kita lihat daripada hadis, sebenarnya orang yang alim ialah sentiasa mempunyai ilmu di dadanya tidak kiralah ilmu apapun kerana setiap ilmu itu datangnya daripada kalam Allah dan tidak hanya terbatas kepada para ulama semata-semata. Doktor, jurutera mahupun guru juga boleh diungkapkan sebagai orang alim kerana mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang masing-masing.  Namun persoalanya sekarang, kita boleh dianggap sebagai orang yang alim kerana kita ialah insan yang terpilih untuk memasuki program ini untuk menuntut bukan sahaja ilmu kejuruteraan namun pelbagai cabang ilmu lagi. Jadi, kita boleh tergolong dalam golongan yang mana sebenarnya? Pertama? Kedua atau ketiga? Hanya antum yang mengerti tentang diri masing-masing dan marilah kita berusaha untuk menjadi golongan pertama yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat dan khususnya kepada agama kita sendiri setelah mendapat segulung ijazah nanti.



p/s  Jikalau kita tidak tergolong dalam ketiga-tiga golongan dalam hadis, siapa dan apa kita sebenarnya dalam hidup di dunia yang fana ini? Wallahualam…

zan

No comments: