Aku sayang
Allah, aku takutkan Allah.
Tapi, masih
mampu melanggar perintahNya, melakukan sambil lewa suruhanNya,
Huh! Itukah
buktinya kau sayangkan Dia?
Aku
cintakan Rasulullah SAW, aku rindukan baginda, aku ingin sekali menatapnya.
Tapi, kau
tinggalkan sunnahnya, kau utamakan yang lain dari Rasulullah SAW dalam hatimu,
kau hina dan kau sebarkan serta kau percaya akan cerita-cerita tidak benar
tentang sahabat-sahabatnya yang mulia, tanpa sedikit pun menyelidik
kesahihannya,
Huh! Itukah
bukti kau cintakan Rasulullah SAW?
Aku tidak
akan sekali-sekali mahu menjejak kaki ke neraka, ya Allah!
Tapi, kau
masih bermaksiat, melakukan dosa, kala keseorangan, lagi dahsyat, kau berbangga
pula dengan dosa yang kau lakukan, tanpa rasa malu apatah lagi segan padaNya,
Huh! Itukah
bukti kau tidak ingin sekalipun ke nerakaNya?
Aku ingin
sekali ke syurga, penuh kenikmatan.
Tapi, amal
kebaikanmu masih sikit, masih statik, tidak pula berusaha ingin menambahnya
dengan amalan-amalan sunat, malah amal sedia ada, dikerjakan sekadarnya sahaja,
tanpa khusyuk, mungkin riak pula yang timbul,
Huh! Itukah
bukti keinginanmu ke syurga?
Aku kasihkan al-Quran, panduan hidupku,
Tapi, berapa kalikah kau buka halaman al-Quran itu dalam kehidupan sehari-harimu, pernahkah kau terdetik untuk memahami maknanya, adakah kau cuba untuk memahatnya dalam hati dengan menghafaznya,
Atau sekadar menjadi penghias semata dalam kamarmu,
Huh! Itukah bukti kasihmu pada al-Quran?
Aku
kasihkan saudara-saudara seIslamku.
Tapi, tidak
sekali pun kau terasa apabila mendengar penderitaan mereka, berkira pula
apabila diminta untuk menderma, malah dengan seronoknya kau menyokong tanpa
sedar ataupun tidak, musuh-musuh yang telah mencipta serangan penderitaan
sesetengah umat Islam kini yang masih berterusan,
Dengan
orang-orang terdekatmu, kau masih mampu menutup mata, memandang sebelah mata
sahaja, apabila melihat mereka tersasar dari jalanNya yang lurus, tidak kau
ajak dirinya melakukan kebaikan, meninggalkan kejahatan, lagi parah, kau
menyokong, menggalakkan lagi,
Huh! Itukah
bukti kau kasihkan saudara-saudaramu?
Aku ingin membantu
menyebarkan dakwah, mengIslamkan mereka yang masih belum melihat cahaya Islam,
menegakkan syiar agamaku yang mulia,
Tapi, kau
masih malu dengan Islammu, kau masih tidak izzah dengan agamamu, kau masih
berkelakuan tidak sepatutnya, tidak mencerminkan peribadi Islam dalam dirimu,
Islam sekadar nama, tanpa cuba memahami erti sebenarnya, menyempitkan agamamu
sekadar dalam ruangan lingkup ibadah dan masjid semata,
Huh, itukah
bukti kau ingin menegakkan syiar Islam yang tercinta?
Aku ingin
berubah, ya Allah!
Tapi,
mujahadahmu tidak kau kuatkan, tekad tidak kau bulatkan, benteng keimanan tidak kau dirikan dengan
amal-amal, kau cepat mengalah apabila godaan syaitan yang direjam dan hawa
nafsu datang menyerang,
Malah, kau
ragu-ragu dengan sifat ar-Rahim Allah, kau kurang teguh akan sifat
ar-RahmanNya, kau berputus asa akan rahmatNya, kau berburuk sangka padaNya, kau
rasa dirimu tidak akan pernah diampunkan, kau rasa dirimu ditakdirkan untuk
menjadi sang pendosa tegar, kau tidak yakin dengan maghfirah keampunannya yang
maha luas tidak terkira,
Ingatlah kisah
si pembunuh 100 orang diterima taubatnya, ingatlah kisah sang pelacur pemberi
minum si anjing diampun dosanya, ingatlah ayatNya yang mulia!
‘Dan
apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon
kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Surah al-Baqarah ayat 186
Lihatlah,
betapa penyayangnya Pencipta kita. Lihatlah! Saksikanlah bagaimana Quranul
Karim menjadi saksi dan bukti betapa Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya.
Malah, ketahuilah, Rasulullah SAW pernah bersabda,
Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan
sebaik-baik di antara mereka adalah yang bertaubat
Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah
Kembalilah, kembalilah, kembalilah
kepada Tuhanmu yang Maha Mencipta, perbaikilah, perelokkanlah dan berubahlah
wahai diri. Jangan kau leka, jangan kau terus hanyut, jangan…
-kredit- |
Bersegeralah!
Sebelum terlambat…
i.j.
Sai.
No comments:
Post a Comment