grrr... |
Pipinya ditampar-tampar. Hadap cermin di hadapannya tidak diendahkan. Mukanya ditenung. Dilihat dalam dalam. Kecil besar matanya ‘menonton’ wajahnya yang tak seberapa itu di cermin muka. Tanpa sedar, monolog diamnya ligat bermain di kepala.
“Hamid, Hamid. Aku konpiuuss dengan
kau ni sebenarnya. Apa nak jadi? Budak usrah kan? Daurah dah gi kan? Tu, yang
mutabaah amal kau tu, ni pehal dah terkontang kanting. Apa kau nak jawab dengan
naqib? Takkan lah tiap minggu cakap ‘terlepas’ situ ‘terlepas’ sini. Mana Hamid
yang aku kenal dulu tu? kat mana? Banjaran Titiwangsa?”
Kepalanya runsing memikirkan. Ya. Mungkin runsingnya itu datangnya dari
diri dia. Cepat benar kecewa. Cepat sangat mengalah dengan bapak-bapak nafsu
yang hasut diri hari-hari. Dengan bantuan syaiton syaiton, lagilah. Hamid kini
merasakan dirinya mula lemah. Bukan fizikal, tapi dalam. Ya. Dalamnya rasa
ditekan tekan. Rasa sakit yang tidak menyerang secara langsung, namun
menyakitkan hati kalau terfikir sendiri. Yalah. Selaku budak usrah, yang
awalnya gila semangat untuk menyebarkan kalimah syahadatul haq ini kepada
sekalian teman teman dan keluarga, bila ada masalah sebegini, tiada apa yang
boleh dia fikirkan selain merasakan.
“Aku sudah futur. Habis. Mampuslah aku!”
Bukan sekali dua dia merasakan sebegini. Berkali kali. Namun asakan kali
ini benar benar menggusarkan jiwanya. Hamid ini bukan lah pelajar Bandar. Meronggeng
foya foya sampai tengah malam? Memang jauh sekali. Namun, anak muda, sah sah
ada jahilahnya tersendiri. Sukar nak dibendung. Susah nak dibuang. Sejujurnya,
sebelum ini, bila ada bisik bisik yang mula menyuruh dia berbuat jahat,
berperangai luar tabiat, mudah jua untuk ditepis. Haissh. Ini Hamid. Budak lulusan
sekolah agama dari tadika. Memang banyak jua ilmu di dadanya. Namun, lama
kelamaan. Hatinya berbalam balam. Rasa mahu hilang dari dunia ini. Mahu lari
dari perangai perangai manusia yang kadangkala membuatkan dirinya sendiri sakit.
Virus yang menyebabkan dirinya jua hilang dimamah kejahilan yang tiada noktah.
“cop! Hamid. Kau bukan buat apa
sangat pun. Alahai. Movie sekali dua. Sedua tiga. Bukannya kau tak solat. Bukan
kau tak ingat Allah. Kau masih lagi join usrah kan? Masih pegang prinsip hidup
sebenar kan? Kan? Kannn?”
Tapi. Cuba fikir sekejap. Kalaulah aku ni kata movie dua tiga kali tu
takpe, kalau aku sanggup cakap aku bisa hafal lagu panjang panjang walhal Quran
yang terhafal sebelum ini hilang, itu kau cakap ok? Erk. Tak kot. Macam tak. Eh,
memang tak. Bukan apalah Hamid. Cuba hadam sekejap. Apa kau nak bezakan Antara diri
kau yang insha Allah ada fikrah Islam dengan masyarakat luar sana yang masih
belum berpeluang mendapat perkara yang sama? Apa kau boleh fikir, bila kau
masih ikut dengan perkara biasa, amal cliché masyarakat sebaya kau, kau mampuu
ubah pemikiran diorang? Come on laa. Susah kot. Nak tak nak memang kena stop
buat benda tu Hamid. Ini racun. Ini penghalang nak jadi daie ninja alaf maju
kat Malaysia nan aman ni haa.
“alahai. Hamid. Tengok sekeliling kau
tu haa. Tak rasa kusut? Ada je budak budak usrah yang gaya entah macam hape je.
Cakap lepas. Ikhtilat macam harom. Tu yang jenis ‘baik baik” tu. tweet, post fb
sume nak yang indah indah je. Sume nak yang tunjuk dorang alim. Dorang baik. Aku
tahu lah apa kau rasa. Diorang tak buat pun apa diorang buat kan? Cakap je
lebih. So, chill lah Hamid oiii”
Memang kat dunia ni macam ni lah Hamid. Ikhwah akhwat kau fikir takde
ujian? Kau fikir hidup terpelihara? Sedang para sahabat dulu pun ada sikit
sikit tersalah, ni kau nak cakap member member lain penyalah. Memang tak lah. To
be honest, memang ada lah orang macam itu. Kita tak boleh nak elak. Mereka memang
suka lihat salah orang. Salah sendiri entah buang mana. Sedih juga kan, kawan
kita yang kita harap boleh sama sama bimbing, sama sama seronok join usrah,
berubah semua jadi macam tu? diorang mungkin tak sedar. Kau doakan elok elok. Insha
Allah, bila kau doa sungguh sungguh, Allah bagi kau kekuatan nak tegar dalam
laluan liku nak jadi manusia sebenar di sisi Allah. Mungkin diorang rasa cara
diorang betul. Kau buat rileks je. Itu cara dakwah tu. husnudzon sikit. Senyum sikit!
“kan Hamid. Kau ni calon pilihan
Allah kot. Keluar ajak ramai lagi sama sama berubah. Sama sama transform jadi
manusia lebih ‘manusia’. Dari dorang ni terus lalai. Terus hilang pedoman macam
kau dulu? Kau suka diri kau yang dulu? Suka tengok diri kau terlampau obsess dengan
benda dunia sampai berabis duit bagai?”
Kepalanya digeleng geleng. Lantas istighfar keluar dari mulut pelajar
kejuruteraan itu. Dirinya bersyukur dek kerana Allah masih sudi memberi peluang
untuk dirinya kembali fikir, kembali kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Dia sedar. Jalan dakwah pilihannya ini bukan main main. Bukan jalan yang
menjanjikan keseronokan tanpa ujian. Walhal, jika mahu lebih kuat, bersedialah
untuk menerima ujian yang Allah kurnia. Khusus untuk kita, pendosa yang kerap
lupa tujuan asal kita di sini.
“aduhh. Oh ikhwah akhwat sekeliann. Hamid
sangat berharap. Kalian dapat bantu Hamid dari terus merasakan jalan ini jalan
yang membosankan. Jalan orang orang yang hanya pandai bercakap, mudah bangga
dengan kelebihan diri untuk dilihat orang. Sebetulnya, Hamid rasa sebegitu
sekarang. Sebab itu, Hamid makin rimas dengan scenario scenario yang dilihat
hari hari. Jom lah geng. Alhamdulillah Allah dah bagi kita peluang nak hilang
dari jahil dahulu, takkan kita nak rosakkan semula? Tolong Hamid geng. Hoi, hoi
ya hoi!”
Senyum terukir di wajah Hamid. Di mindanya, terbayang imej imej indah
bersama rakan rakan ‘agen perubahan’ nya. Jiwanya tenang. Lantas, cermin itu
tadi ditinggalkan. Kaki melangkah menuju masjid, untuk pertemuan liqa’nya minggu
ini. Hati berbunga bunga.
encik buyo
encik buyo
No comments:
Post a Comment