Bismillah.
Bertemu kita lagi dalam ruangan Isu Semasa. Kali ini penulis ingin
kita sama-sama melihat dan memikirkan satu isu yang perlu kita berikan
perhatian sebagai seorang muslim yang sedang mengejar impian untuk menjadi
mukmin yang sejati.
Yup, selari dengan tajuk yang penulis gariskan pada awalnya iaitu:
“TANGISAN
ROHINGYA”
Rohingya merujuk kepada umat Islam yang menetap di utara Rakhine,
Myanmar. Mereka mula menetap di Burma (Myanmar) sejak awal kurun ke 15 lagi.
Namun, berlakunya migrasi besar besaran penduduk Islam Rohingya ke Myanmar
apabila mereka telah dibawa masuk oleh British sebagai buruh pertanian pada
tahun 1826.
Perselisihan yang berlaku antara penduduk Islam Rohingya dan
penganut Buddha di Myanmar mula tercetus apabila tercetusnya keganasan dalaman
melibatkan tentera British (yang sebahagian besarnya dianggotai oleh umat Islam
Rohingya) dan penganut Buddha Rakhine. Sejak itu, hubungan di antara mereka
menjadi tidak stabil. Dalam istilah sosialnya, telah berlaku polarisasi antara
dua komuniti ini sejak peristiwa itu. Tambahan lagi, kerajaan junta
tentera Myanmar pimpinan Jeneral Ne Win telah memperkenalkan citizenship
law pada tahun 1982 yang sekaligus menafikan hak penduduk Islam
Rohingya lantas menghalalkan segala perbuatan yang dilakukan ke atas umat Islam
Rohingya. Memburukkan lagi keadaan, mereka turut ditindas dengan begitu kejam
sekali oleh sekumpulan penganut Buddha ekstremis di sana dan juga kerajaan
Myanmar, di bumi mereka sendiri.
Pelbagai penderitaan yang dihadapi umat Islam Rohingya ini,
antaranya tanah mereka dirampas, masjid-masjid dimusnahkan, dibunuh dengan
kejam dan lebih teruk lagi maruah agama Islam mereka dicabul apabila mereka
dipaksa keluar Islam dan beralih kepada anutan agama Buddha.
Walaupun umat Islam Rohingya telah ditindas buat sekian lama,
dunia akhirnya membuka mata apabila umat Islam Rohingya nekad untuk keluar dari
Myanmar dengan menaiki kapal kapal usang lantas menjadi “penduduk” atas lautan
Allah S.W.T. untuk melarikan diri mereka daripada seksaan dan penindasan
serta demi menjaga kesucian agama Islam. Lebih menyayatkan hati, apabila berita
melaporkan bahawa salah sebuah bot tersebut yang membawa lebih kurang 500
pelarian umat Islam Rohingya, kebanyakannya daripada kaum hawa dan kanak-kanak
telah mengalami masalah kebuluran yang teruk setelah sekian lama berada di atas
lautan.
Persoalan yang penulis ingin utarakan sekarang:
“Apa
tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah ini?”
Amatlah sedih apabila pada mulanya tidak ada sebuah negara pun
terutamanya negara-negara Islam ASEAN yang begitu dekat dengan umat Islam
Rohingya pada waktu itu, sekadar menutup mata sahaja dan tidak mengambil
sebarang tindakan. Mengapa perkara ini boleh berlaku?
|
kredit kepada HeartVoker |
Pada perspektif penulis, tiga faktor major yang menyumbang kepada polemik
yang sangat serius ini:
-
“Sempadan” & “Garisan”
-
Hak sebenar yang di”batil”kan
-
Kita RASIS ?
'Sempadan' & 'Garisan'
|
kredit kepada HeartVoker |
Kita sememangnya tidak sedar bahawa kita hidup dalam keadaan yang
bergarisan mahupun bersempadan. Ya, kita hidup berdasarkan konsep dan ideologi
negara bangsa yang diangkat oleh Barat. Dek kerana isu yang terjadi ke atas
umat Islam Rohingya berlaku di negara Myanmar dan bukannya di negara kita
sendiri, negara kita secara tidak sedar, memandang sebelah mata sahaja dan
tidak begitu mengambil berat akan isu yang sekian lama berlaku ini.
Umat Islam Rohingya dibiarkan begitu sahaja di Laut Andaman tanpa dibenarkan untuk memasuki mana
mana negara sekalipun setelah mereka didapati telah menyeludup masuk ke dalam
sempadan negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Tidak dinafikan, mereka
telah melanggar hak sempadan negara lain apabila telah menceroboh dan menetap
tanpa kebenaran yang sah. Namun, logik akalnya, adakah kita sanggup untuk
tinggal di tanah air sendiri yang tidak mengiktiraf hak kita dan menyeksa kita
dengan kejamnya? Adakah kita sanggup untuk tinggal di tempat yang penuh dengan
ancaman ekonomi, politik juga sosial?
Pastinya kita juga akan melakukan apa sahaja untuk meneruskan
kehidupan. Termasuklah menggunakan cara yang salah sekalipun. Sayangnya, kita
mungkin terlupa untuk cuba memahami situasi mereka. Kita tidak prihatin akan
apa yang terjadi kepada mereka.
Kerana apa? Kerana kita sendiri terperangkap dalam sempadan negara
bangsa yang kita cipta sendiri. Meskipun pelarian Rohingya berbeza warna
kulit, bangsa dan negara, namun satu fakta yang kita harus ingat bahawa mereka
juga ialah umat Islam, yang kini sedang berjihad dalam mempertahankan agama
Islam di bumi mereka sendiri.
“Sesungguhnya
penyatuan umat Islam hanya berlandaskan tali Allah, iaitu hanya kepada
kepercayaan yang sama iaitu Islam.”
Fikirkan mengapa sewaktu isu Palestin terjadi (dan kini masih
berterusan), negara Mesir dan Arab yang lain langsung tidak memberi bantuan
yang sewajarnya? Dan isu umat Islam Rohingya pun diendahkan oleh negara-negara
ASEAN sendiri? Dek kerana apa? Kepentingan ekonomi? Kepentingan politik?
Bukan… Kerana kita sudah terperangkap dalam sempadan dan garisan lantas menjadi
buta untuk mempertahankan umat Islam yang tertindas di negara lain.
Hak sebenar yang di'batil'kan
Umat Islam Rohingya telah dinafikan hak mereka untuk mendiami
Myanmar. Tanpa sebab yang jelas dan kukuh, mereka telah dihalau dari negara
sendiri. Ditindas tanpa perikemanusiaan oleh kerajaan yang sepatutnya
melindungi mereka. Hak sebenar mereka telah dibatilkan oleh pihak pihak
tertentu!
Dan perkara ini tidak pernah menjadi agenda untuk dibincangkan.
Tidak ada pihak yang betul betul memperjuangkan hak mereka. Malah menurut
Amnesty International, mereka mengalami rampasan hak yang begitu teruk sekali.
Sekalipun langkah ke arah mengiktiraf umat Islam Rohingya telah dijalankan, ia
sekadar melepaskan batuk di tangga.
Mengapa kita langsung tidak berasa serba salah apabila melihat
nasib saudara-saudara kita sendiri, umat Islam yang bertarung mendapatkan hak
mereka di negara sendiri? Kita hanya memandang isu ini secara enteng sahaja
kerana kita beranggapan akan ada pihak yang membantu pihak mereka. Kita
merasakan yang akan ada NGO kemanusiaan lain yang sudi membantu mereka.
Sedangkan kita, jarang sekali memikirkan keadaan mereka yang sedang dizalimi, secara fizikal, mahupun psikologi.
Sedangkan:
“Sesungguhnya
(hubungan) orang mukmin dengan orang-orang yang beriman adalah seperti
(hubungan) kepala dengan seluruh badan. Seorang mukmin akan merasakan sakit
kerana orang mukmin lainnya sebagaimana badan akan merasa sakit kerana sakitnya
pada kepala” [Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Kita RASIS?!
Cuba kita fikirkan sejenak, sewaktu dunia dihebohkan dengan isu
keganasan rejim Zionis Israel terhadap Palestin, betapa tingginya semangat kita
untuk berjihad memberi pertolongan yang sewajarnya dengan usaha yang paling
jelas dengan memboikot barangan pengeluaran yang ada kaitan dengan negara
Israel laknatullah itu.
Begitu juga dengan isu umat Islam di Syria apabila bantuan
dihulurkan oleh semua lapisan masyarakat di negara kita. Namun begitu, mengapa
ketika isu umat Islam Rohingya sedang berlaku, negara kita Malaysia yang
berstatuskan negara Islam yang juga pernah menjadi pengerusi negara-negara OIC
tidak mengambil tindakan yang sewajarnya?
Apakah bezanya umat Islam Rohingya tersebut dengan kita? Dek
kerana umat Islam Rohingya itu berasal daripada negara Myanmar, negara junta
tentera bukannya sebuah negara Islam lantas kita boleh untuk tidak mengambil
berat isu ini, seperti mana kita mengambil tahu isu umat Islam di Palestin dan
di Syria.
Ini yang penulis maksudkan kita menjadi rasis dengan isu umat Islam Rohingya ini.
Sedangkan:
“Seorang
muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak boleh menzalimi dan
membiarkannya dizalimi” [Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Abu Daud dan
Ahmad]
Jadi, jika kita bersikap
rasis dengan isu umat Rohingya ini, bukankah kita secara halus telah menzalimi
mereka? Nauzubillah.
|
kredit kepada HeartVoker |
Peranan Kita?
Tiga perkara yang dihuraikan sebentar tadi hanyalah berdasarkan
analisis penulis yang melihat isu umat Rohingya ini semakin hari semakin parah
dan tenat. Apa yang penulis boleh simpulkan ialah kita harus mula bekerja dari sekarang demi Islam. Bermula
dengan melaksanakan tanggungjawab asas kita sebagai umat Islam itu sendiri. Prihatin dan mengambil berat akan situasi umat Islam di serata ceruk dunia, tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun rupa.
Moga penyelesaian hakiki isu ini akan timbul jua. Insyaallah.
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan berasa ringan ataupun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” [At-Taubah ayat 41]
|
kredit kepada HeartVoker untuk editing, gambar dari satu website hebat. |
[informasi terkini]
Alhamdulilah, kerajaan Acheh Indonesia telah menyelamatkan dan
bersetuju untuk menempatkan umat Islam Rohingya yang tersangkut di Laut
Andaman. Kerajaan Malaysia juga bersetuju untuk menghulurkan bantuan yang
sewajarnya buat mereka. Malah, kerajaan Turki telah menghantar satu kapal
tenteranya untuk menyertai misi menyelamatkan umat Islam Rohingya yang
tersangkut di lautan.
Moga Allah terus memberikan kekuatan buat umat Islam Rohingya
untuk terus sabar dalam menghadapi musibah yang melanda mereka.
Ditulis oleh