Thursday, 28 May 2015

Night Changes.

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" 

Al-Isra': 79



Pasti ramai antara kita tahu apa itu maksud solat tahajjud, bukan? 

Solat tahajjud adalah solat yang dilakukan pada waktu 夜 yoru [malam]  setelah terbangun dari tidur.

Solat tahajjud telah menjadi kebiasaan dan rutin ulama-ulama di seluruh dunia sejak zaman Rasullullah saw lagi. Tetapi, itu tidak bermakna kita sebagai manusia biasa tidak boleh melakukan solat tahajjud. Malahan, hukum solat sunat tahajjud adalah sunat muakkad!  

Iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut dalam Islam.

Solat tahajud juga menjadi satu medium menguatkan jiwa dan ketaqwaan kita sebagai seorang hamba kepadaNya. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajud sepanjang hayatnya, menunjukkan betapa pentingnya solat tahajud buat seorang mukmin.

Sabda Rasulullah SAW,

"Pada setiap malam Allah akan turun ke langit dunia ketika sepertiga malam yang akhir.
Barangsiapa yang menyeruKu, akan Aku perkenankan seruannya. Barangsiapa yang meminta padaKu, Aku akan perkenankan permintannya. Dan barangsiapa meminta keampunan daripadaKu, Aku akan ampuni Dia.

HR Bukhari dan Muslim

Daripada hadis ini jelas menunjukkan bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya yang bangun mengadu dan memohon keampunan serta pertolongan dariNya.

Selain malam-malam biasa, Allah juga menyediakan satu ganjaran yang teramat istimewa kepada hamba-hambaNya yang mengerjakan tahajjud pada bulan Ramadhan. Allah swt telah menjanjikan satu malam yang sangat istimewa di mana sesiapa sahaja yang beribadat pada malam tersebut, dia seakan-akan telah beribadat selama 1000 malam, insyaAllah!

Ya! Malam lailatul qadr .


Dan pastinya malam ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diraih bagi mereka yang tidak biasa mengerjakan solat pada sepertiga malam. Justeru, kali ini ingin kiranya penulis mengajak para pembaca sekalian untuk sama-sama melatih diri untuk bangun pada sepertiga malam untuk bermunajat kepadaNya.


Menjelang Ramadhan yang bakal tiba, kita sudah semestinya tahu bahawa bulan ini dijanjikan dengan limpahan ganjaran daripada Allah swt kepada hamba-hambaNya. Amat rugilah kiranya kita yang masih sihat sempurna tubuh badan jika tidak merebut peluang keemasan yang datang cuma sekali dalam setahun.

Justeru pada bulan Syaaban inilah masanya bagi kita melakukan pecutan terakhir dalam menyambut bulan barakah nanti. Semoga amalan kita pada bulan-bulan yang lalu dan bulan pesta ibadah yang bakal menjelang tidak lama lagi menjadi titik tolak kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan ketaatan kita kepadaNya.

-kredit kepada www.oblnd.com-


Psst! Lagi satu pesanan penulis, jangan tangguh tangguh kalau kita cuba untuk mengimplementasikan sesuatu yang baik dalam diri kita. Frasa frasa seperti 

"esok lah baru ana buat" 
 atau  
"insyaAllah, start Ramadan ni, sis cuba, ok"  
mahupun  
"bro cadang, bro nak start tahajud ni, pada ulang tahun bro yang ke-21!"

haruslah perlu dielakkan. 'Coz hidup cuuummmaaa sekali, so instead of kita enjoyyy, why not kita take that 'hidup sekali' itu untuk kita beramal dan keep changing sebaiknya untuk persediaan ke sana nanti. 

Plus, kita sering merancang hidup kita, tapi sudah kah kita merancang bagaimana akhir kita nanti?

Jom tahajud!


Ditulis oleh

Akrimi Mathwa

No comments: