"Alhamdulillah, selesai Ya Allah."
kredit |
Alia menggosok-gosok wajahnya. Letih melayan tetamu yang tak berhenti mengucap kata-kata tahniah padanya. Masih terbayang wajah ibu dan ayahnya waktu diijabkabulkan sebentar tadi.
" Adik ok? Adik yakin dengan keputusan adik? "
Ibu kurang yakin dengan keputusan yang dipilihnya. Ayah nampak tenang. Dia memberi seratus peratus sokongan agar anak bongsunya itu bahagia dengan pasangan yang dipilih.
"Adik pilih dia, adik pun yakin dengan Dia, ibu. Aizat mungkin dapat bantu bimbing adik untuk lebih dekat dengan Dia, ibu? "
Matanya bergenang. Ya, dalam sepersalinan pakaian pengantin, dia masih yakin itu keputusan terbaik. Sama sekali tidak pernah dia menyesal. Tidak sekali. Ibu. Pastinya ibu akan menitikberatkan kebahagiaan anak-anak lebih dari dirinya sendiri. Alia faham benar maksud ibunya.
Dari jam 11 pagi hingga 6 petang, tetamu masih datang. Tanpa persandingan, hanya majlis kecil kecilan. Hanya sekali lafaz, semua selesai dengan izinNya. Dalam masa begitu singkat dengan taaruf (sesi perkenalan) bersama keluarga, dia membuat keputusan untuk memilih suaminya. Akhlak, cinta yang ada pada suaminya untuk jalan Nya, buat dia benar-benar yakin.
" Adik, tengok apa tu? "
Kakak Alia, Mastura menyergah dari belakang sambal memeluknya erat.
"Gambar akad nikah dulu,akak."
Sebaris senyuman berbaki di wajahnya.
" Kenapa tiba-tiba je? "
" Saja adik flashback. Apa adik fikir masa tu. "
Alia tersenyum. Yang pasti, dia sendiri tak pernah merancang soal ini.
Gambar sepasang pasangan pengantin berbaju biru muda itu ditatap. Lama. Dia dan Aizat, yang berdiri sambil memegang tongkat tanpa kaki kanannya. Ternyata, cinta Dia menyatukan hati mereka. Bukan semua merasai apa yang Alia rasa, tapi dia benar-benar yakin, dia berjumpa dengan suaminya juga dengan izinNya.
"Cinta, fitrah manusia. Bezanya bagaimana kita menggunakan fitrah yang ada atas namaNya. Cinta takkan ke mana, kalau tidak pada penciptaNya."
kredit |
***
Lampu kalimantang itu berkelip-kelip. Memberi isyarat sudah sampai masa untuk tukar baru, mungkin. Sesekali dengar suara garau mendengus keletihan. Matanya melirik kearah tingkap yg terbuka luas, sambil mengagak jam berapa waktu itu.
Punat telefon ditekan.
6.30!
“ Zul, Zul! Kau dah solat? “
Amin menepuk-nepuk bahu kawannya.
“ Belum! “
Dia terus berlari mengambil wuduk.
Sejadah berwarna coklat dilipat rapi. Matanya melirik kearah Zul. Dia tahu, kawannya tidur agak lewat semalam. Pukul 3 pagi pun dia masih dengar dengan jelas suara kawan karibnya itu menelefon seseorang. Dia pada awalnya dapat mengagak, tapi dibiarkan dulu Zul dalam keadaan selesa untuk berbincang.
“ Usrah kau kat mana semalam? “
Tanya Amin bersahaja. Biskut Hup Seng itu dikunyah laju. Air coklat panas diletak dihadapannya.
“ Kat surau bawah, kenapa? Kau usrah bila minggu ni? “
“ Aku malam ni, insyaAllah. Kau ok? Gaduh dengan makwe ke weh? ”
Serba salah pula Amin menyuarakan soalan sebegitu.
“ Tak ada la. Sikit-sikit je. Aku dah lali. Aku pun memang dah lama suka dia. Nasib baik dia terima aku. Aku pun, usrah sekarang dah tak macam dulu. Dah tak mengancam macam dulu. Aku rasa berat hati je memanjang tiap kali nak pergi usrah.”
Dia sambung,
“ Aku rasa macam penat dengan semua ni. Penat, Min.”
“ Kau ni, Zul. Macam baru sehari dua join usrah. Kau nampak biskut aku makan ni? “
Amin memegang biskut yang diambilnya dari dalam bekas bulat berwarna hijau. Cahaya pagi makin menyinar, memenuhi segenap penjuru bilik mereka.
kredit |
Sebaik sahaja melihat muka Zul penuh tanda tanya, pantas tangannya memasukkan biskut Hup Seng tadi ke dalam air coklat panas dihadapannya. Sepantas kilat pula dia mengambil kembali biskut tadi.
“ Kau tengok biskut ni, Zul. Aku celup je dalam air ni, terus air meresap dalam dia. “
“ Maksud kau? “
“ Kau, aku dan Islam, Zul. Celupan Allah. Bila kau dah dalam agama ni, kau tak boleh main ambil separuh-separuh je bro! Ambil mana yang kita suka je, yang tak suka kita tak ambil. Macam tu juga Islam. Bila dah pilih jalan Allah, tak ada lagi jalan selain tu. Mana yang Dia suka, kita ambil, yang Dia tak suka , jangan buat.” Amin tersenyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun.
Zul hanya mendengar. Terasa dia yang makin lama, makin tenggelam dalam kelalaian.
“ Macam syurga and neraka lah, bro. Nanti kita mana boleh pilih nak stay antara syurga and neraka. Kena pilih salah satu je! Kalau nak syurga, masuk syurga. Nak neraka, masuk neraka. Tak boleh pilih nak stay tengah-tengah.”
Amin senyum lagi. Kali ini berbunyi.
“ Tu yang aku dapat dalam usrah minggu lepas. Saja nak share dengan kau. Tengok biskut ni, teringat pulak pasal ayat yang tadabbur tu.”
Zul masih membisu. Terasa kebenaran yang pahit untuk ditelan, tapi itu kenyataan.
“ Dalam menujunya, kita akan rasa penat dan lelah, kalau kita membawa beban(jahiliyyah-dosa) menujuNya. Sebab bawa beban, memang berat and letih la outputnya! “
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
(Al-Baqarah 2:138)
***
Dua-dua cerita kat atas pasal cinta. Bezanya apa?
Sebab cinta tu macam miracle lah, macam-macam boleh jadi, macam-macam ada hikmah.
Bak kata tarbiah sentap, cinta tu memang fitrah.
Tapi kalau fitrah tak dijaga dan disusun, apakah Allah reda?
And that miracle of love tu hanya dapat dirasa bila kita letak pemilik cinta sebenar tu dalam hati ! :)
kredit |
No comments:
Post a Comment