Alhamdulillah jika kita masih lagi diberikan ruang dan kesempatan oleh Allah swt utk terus membaca dan mentadabbur kalam-kalam Allah yg suci lagi terpelihara.
Kali ini marilah kita berbicara serba sedikit tentang perancangan masa hadapan. Ingat, tiada pendosa yang tidak mempunyai masa hadapan. Tetapi perancangan yang sebagaimana yang kita sedang rancangkan? Adakah perancangan disertai tindakan yang bersesuaian, ataupun perancangan kita boleh memberi manfaat kepada orang lain, atau juga perancangan kita lebih meneliti kesan baik dan buruk kepada kita pada masa akan datang. Semuanya terpulang kepada kita sendiri untuk menentukannya.
Tetapi sedarkah kita, dalam surah Al-kahfi yang kita baca hari ini, terdapat peringatan dan panduan kepada kita dalam merancang masa depan.
"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang engkau kehendaki, ‘aku tetap melaksanakannya besok"
"Melainkan disertai dengan menyebut “insyaAllah” dan kenangkan Tuhanmu jika engkau terlupa dan berdoalah semoga Allah member petunjuk kepadaku ke jalan yang lebih dekat dari ini"
Baiklah, seperti yang kita semua tahu, apabila disebut perancangan, pasti ada rancangan yang berjaya, dan rancangan yang gagal. Jadi apa yang perlu kita lakukan sekiranya perancangan kita telah berjaya, dan apa pula yang akan kita lakukan jika perancangan kita tidak membawa kepada hasil yang kita harapkan.
Peringatan Allah ini bukanlah menyuruh kita supaya berdiam diri tanpa memikir dan merancang masa hadapan tetapi supaya kita turut memikirkan kuasa Allah swt yang berhak melakukan apa sahaja. Setelah merancang untuk melakukan sesuatu pada masa akan datang, hendaklah kita menyebut “insyaAllah” supaya dengan itu, kita akan berpegang teguh dengan keputusan yang telah kita rancangkan dan memohon pertolongan kepada Allah agar menjayakan apa yang telah kita azamkan. Dengan itu, kita telah meletakkan pergantungan kepada Allah bukan kepada kuasa dan kudrat hamba-hambaNya yang lemah.
Baiklah, seperti yang kita semua tahu, apabila disebut perancangan, pasti ada rancangan yang berjaya, dan rancangan yang gagal. Jadi apa yang perlu kita lakukan sekiranya perancangan kita telah berjaya, dan apa pula yang akan kita lakukan jika perancangan kita tidak membawa kepada hasil yang kita harapkan.
Sekiranya kita berjaya melaksanakan apa yang telah kita rancangkan, hendaklah kita bersyukur sebagai tanda berterima kasih kepada Allah. Dengan ini kita sedar bahawa yang menjayakan perancangan kita bukanlah sepenuhnya bergantung kepada kudrat dan usaha kita sahaja tetapi juga melibatkan pertolongan daripada Allah swt.
Tetapi jika sebaliknya berlaku, janganlah kita berputus asa dan bersedih sebaliknya menerima keputusan Allah itu dengan redha, tenang dan menyerah diri kepada Allah kerana seluruh urusan itu telah kita serahkan kepada Allah awal dan akhirnya. Perancangan Allah pastinya lebih baik untuk kita , mungkin kita kecewa saat itu tetapi si akhirnya kita akan sedar hikmah-hikmah yang terkandung dalam perancangan Allah swt.
Inilah garis panduan dan Islam yang menguasai hati seorang muslim. oleh itu dia tidak akan merasa angkuh dan sombong apabila perancangan telah berjaya dan tidak juga sedih dan berputus asa apabila perancangannya berlainan dari hasil yang diharapakan bahkan mengakui bahawa Allah lah yang menguasai tadbir setiap urusan hamba-hambaNya.
Oleh itu marilah kita meletakkan pengharapan kepada Allah jika kita merancang sesuatu semoga diberikan petunjuk tentang baik dan buruknya sesuatu yang kita azamkan. Akhirul kalam, ingatlah bahawa kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah itulah yang terbaik buat kita semua.
No comments:
Post a Comment