credit |
Lumrah manusia, dalam hidup bermasyarakat pasti ada waktu dan ketikanya kita memerlukan bantuan saat tidak mampu menyelesaikan segalanya sendiri. Ada orang, kalimah terima kasih itu umpama kata-kata yang langsung tidak betah dikatakan pada orang lain. Ada orang, dalam hatinya mahu berterima kasih, namun dek kerana egonya, niat itu dibiarkan menjauh. Dalam post kali ini, kami mahu lakarkan apresiasi kami dalam bentuk perca-perca ringkas daripada tiap-tiap kami seorang, khas untuk anda semua.
Kerna terima kasih itu mampu mendekatkan kita semua.
Oleh encik buyo
Perjuangan memerlukan pengorbanan yang kita tidak jangka sebesar mana yang didamba. Proses transisi kepada suatu keadaan yang lebih baik kadang kala menimbulkan kekeliruan yang menyebabkan hilang arah dan punca. Pernah kita terfikir, di tiap-tiap jalan dan lorong yang berliku itu, masih ada malaikat dunia yang menghilangkan beban dan menghulurkan bantuan? Dari hari bertukar bulan, dari bulan berganti tahun yang terus bertambah tidak berbalik, setiap peringatan dan teguran kecil yang diterima, mengubah diriku menjadi segagah singa. Kewujudanmu itu memberi sedikit harapan bahawa masih ada sosok suci yang mahu menjadikan muka bumi ini lebih murni pengakhirannya. Tiada yang gratis di dunia ini, lantas apresiasi ikhlas aku tujukan pada kamu wahai pemberi semangat.
Oleh i.j.
Kalau ditanya pada diri, kepada siapa harus diberikan apresiasi, wajibnya buat Yang Satu, Yang Maha Agung atas perlindungan dan bantuannya sepanjang ini. Kepada keluarga juga sekalung apresiasi harus dihulur. Juga buat guru, para pensyarah dan teman seperjuangan, setinggi apresiasi khas buat kalian. Pastinya harapan agar kita semua tetap tsabat, teguh di atas jalan ini masih lagi segar dan akan terus mewangi. Namun, ingatlah harapan tanpa disertai amalan, hanyalah akan kekal sebagai lamunan. Kata mereka di bumi matahari terbit, 'Ganbarimashou!'
oleh heartvoker
Sebekas apresiasi tak mampu menampung seribu gelen rezeki yang menghujani. Secawan terima kasih tak mampu melegakan dahaganya tekak bantuan yang diberi. Setitik air tahmid kesyukuran takkan pernah boleh menandingi lautan rahmatNya. Apresiasi bukan satu amalan berkala, bahkan bukan jua jalan terakhir bila menghadapi sukarnya kehidupan. Apresiasi itulah yang mengeratkan hubungan hamba dan Tuannya, antara anak dan ibuayahnya, antara isteri dan suaminya, antara murid dan gurunya. Moga apresiasi dari kami kepada sokongan anda membuka satu jalan baru dalam perkenalan kita hingga menyatukan kesemua kita di syurgaNya kelak.
oleh kenshin
Dalam kehidupan seharian, pengorbanan dan risiko sentiasa datang kepada kita. Perlunya pengorbanan itu untuk mencapai sesuatu. Datangnya risiko itu dalam membuat keputusan. Apabila berjaya ditempuhi semua ini, sedikit rasa manis dapat dirasai. Sedikit kegembiraan dapat dikongsi. Ketika detik ini, setinggi-tinggi apresiasi disandarkan kepada-Nya. Tiada siapa lagi yang lebih berhak diapresiasikan melainkan Dia. Kerana Dia, kita kuat. Kerana Dia, kita bangkit. Dan kerana Dia, kita di sini. Semoga sampai waktunya nanti, kita disapa oleh Nya dengan pintu syurga yang terbuka luas untuk kita.
oleh I.L.
Perihal cinta. Siapa saja boleh menidakkannya? Kadang aku terasa hanya cinta yang menjalin hubungan antara kita semua. Saat aku menghadapi hari-hari tanpa mereka disisi, aku tertanya, jika ikatan antara kita adalah ikatan dunia ataupun ikatan hubungan dari cintaNya. Jika benar ikatan ini kerana si Pencipta, apa guna aku berduka? Bukankah sewajarnya aku tunduk kesyukuran, tersenyum panjang,terus mengorak langkah kehadapan? Apa layak untuk aku menilai perpisahan? Apa layak aku mempersoalkan seribu satu persoalan? Bahkan bagiku kata-kata apresiasi pada pencipta sahaja tidak cukup, melainkan ia disusuli amal tanpa jemu untuk bangkit saat jatuh dalam menujuNya. Jika ikatan ini ikatan dari cintaNya, aku yakin benar perpisahan ini bukanlah penghujungnya.
oleh zan
Setiap daripada kita sudah pasti punyai impian, harapan juga matlamat yang ingin dicapai dalam hidup. Dan sudah pasti kita akan berusaha untuk mencapainya. Cuma, persoalannya, bagaimana kita berusaha ke arah mencapai perkara-perkara tersebut? Adakah usaha kita betul-betul diredhai oleh Yang Esa? Atau sebaliknya? Kita renungkan sekejap. Pertama, ada benar matlamat kita seiring dengan niat kerana Allah SWT? Kerana sungguh setiap amal yang baik bermula dengan niat yang suci murni. Kemudian adakah wujud keberkatan dalam segala usaha kita? Keberkatan yang dimaksudkan bukan sahaja pada ibu bapa, guru-guru serta manusia sekeliling kita bahkan kepada Sang Pencipta kerana dalam hidup ini, kita mesti jaga hubungan dengan Allah juga dengan manusia. Maka ingatlah niatlah yang baik dalam matlamatmu dan carilah keberkatan dalam usaha untuk mencapainya. Moga Allah redha.
oleh akhrimi mathwa
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".[Ibrahim: 7]
Tiada daya setelah kun fayakunNya melainkan tawakal yg tidak bertepi. Alhamdulillah syukur yg tidak berpenghujung, subhanallah kuasaMu yang tiada terbatas, Allahu akbar Kau lah yang maha besar mencorak dan mengatur segala-galanya. Hidup ini perjalanan penuh suka penuh duka, walau sehebat mana bahagia walau seperit mana derita, di hujungnya tersedia ganjaran. Pemilik hati yg kuat akan sentiasa bersedia menempuh segala rasa, kerana baginya, inilah kehidupan; kepelbagaian. Jgn pernah lupa mensyukuri nikmat ini..
Oleh: inche songkok hitam
The Appreciation's Phraseology
The aim of life is no other than to appreciate the only Creator, people or even things that touched your heart and awaken your senses along. There is no sense in not appreciating things and there is no sense in having more of them if you have less appreciation of them. In fact, there are slavish souls who carry their appreciation for favours done for them, so far that they even strangle themselves firmly with endless rope of gratitude. After all, the roots to all of the goodness in this life, originated deep in the soil of appreciation for goodness, awaiting to be cultivated by the action of congenial deeds and sacred hearts. Besides, appreciation is not a burdening emotion or action that we might portray within. A silent gratitude isn't much to anyone as well. Thus, we are truly alive when our hearts are well-conscious of our own golden treasures.
Oleh pocoyo
Dunia fana ini, kita diberi seluas-luas lautan dan juga daratan dan juga angkasa nun di sana jauh kelihatan penuh harapan. Bagaikan si anak kecil meragam tidak diberi perhatian, begitulah juga kita, manusia yang sering merungut tidaklah dikurniakan apa yang dihajatkan. Detik di mana kita menggenggam suatu kejayaan, jarang sekali kita kalungkan appresiasi kpd-Nya. Tetapi, tidaklah pernah ruang2 appresiasi itu tertutup kerna wadah bg mengalungkan appresiasi itu senantiasa terbentang seribu gaya.
oleh kicap
Andai kita sedar watak apakah yang kita mainkan dalam skrip nukilan Ilahi, kita tidak akan mampu lari daripada apresiasi dan bermuhasabah diri. Tidak kira setinggi mana pangkat tersemat di dada, ilmu menggunung di minda mahupun limpahan harta yang kita miliki, tidak akan membawa apa-apa erti tanpa dikalungkan apresiasi pada yang Maha Memberi. Ayunlah langkah, aturkanlah bait bicara senadi irama yang Dia inginkan, agar hasilnya melodi harmoni yang kedengaran. Apa yang kami inginkan, agar medium yang kami gunakan ini dapat mengingatkan kita yang sentiasa lupa supaya sentiasa saling membantu mengingati agar apreasiasi lebih daripada sekadar ungkapan bibir, tetapi satu bara yang terus memapah perjalanan ini hingga keakhirnya. Apresiasi adalah satu aksi yang saling melengkapi. Infiru!
Oleh nubis kubis
Makin dekat hari ingin berangkat ke negara matahari terbit, makin byk kita lihat post-post yg menunjukkan apresiasi terhadap parents, para lecturer, guru2 sekolah lama di fb dan juga tweeter. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan seminggu ini utk melawat cikgu2 yg telah mendidik di zaman persekolahan dahulu. Namun, sedarkah kita yg 'apresiasi' itu bukan hanya sekadar utk 'ditunjuk'? Terdapat perkara yg lebih bermakna drpd menunjuk apresiasi iaitu kita 'terjemah' apresiasi itu. Mengapa terjemah? Seperti yang kita tahu dahulu, salah satu drpd punca kegemilangan tamadun islam adalah drpd penterjemahan karya, yang dimana ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada suatu bangsa, malah bangsa2 yg lain juga mendapat faedahnya. Jadi apakah terjemahan kepada apresiasi? Mudah. BERJASA. Dengan berjasa, kita dapat menyumbang kpd agama, masyarakat dan juga negara. Tidak kiralah dari segi kepakaran mahupun kewangan. Bukankah dengan cara BERJASA ini lebih membawa makna kepada apresiasi?�
Oleh riz one
Waktu aku terlantar sendiri, menatapi keindahan langit ciptaan Ilahi. Meskipun tiada siapa di sisi, aku tahu aku bukan lah sendiri, kerana Dia sentiasa merahmati diri ini. Kadangkala tersentak, begitu banyaknya nikmat yang diberi, namun tidak pernah aku syukuri. Tidak pernah aku melahirkan apresiasi, tidak walaupun sekali.
Alhamdulillah masa masih ada, untuk aku kembali mensyukuri nikmatNya. Semoga aku tidak leka, dengan nikmat dan ujian dariNya. Semoga bukan saja aku, tapi engkau dan mereka, semua kembali mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment