Jika kita masih ingat, sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, soalan paling popular yang akan ditanya kepada kita adalah, "apakah cita-cita kamu?". Dan sudah tentunya kita akan menjawab dengan penuh semangat dan yakinnya bahawa kita akan menjadi itu dan ini apabila dewasa kelak. Begitulah semangat anak kecil yang sentiasa bangga mengulang sebut cita-citanya apabila ditanya.
Tidak dapat dinafikan setiap daripada kita pasti mempunyai cita-cita yang ingin direalisasikan. Tetapi kajian menunjukkan bahawa hanya 26% daripada cita-cita manusia yang dapat direalisasikan. Justeru mana yang selebihnya? Tentulah perancangan Allah yang juga mengatur hidup manusia maha mengetahui segala sesuatu yang baik dan buruk buat hamba-hambaNya.
Dan tahukah kita, bahawa para rasul juga tidak terlepas untuk mempunyai cita-cita dalam agenda dakwah mereka. Seperti firman Allah swt di dalam surah al-Hajj ayat 52-54
"Dan kami tidak mengutus seorang rasul dan tidak pula seorang nabi sebelum engkau (Muhammad) melainkan apabila dia mempunyai suatu cita-cita, setan pun memasukkan godaan ke dalam keinginannya itu. tetapi Allah menghilangkan apa yang dimasukkan setan itu. dan Allah akan menguatkan ayat-ayatNya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ..."
Dan apakah sebenarnya cita-cita para rasul ini?
Mereka mempunyai angan-angan dan cita-cita agar dakwah mereka tersebar dengan cepat dan mendapat kemenangan yang segera dan agar segala halangan dan rintangan terhapus dari jalan itu. Namun begitu, syaitan sentiasa berusaha untuk memesongkan dakwah itu dari dasar-dasar pertimbangan yang sebenar melalui cita-cita mereka itu.
Tetapi Allah swt telah membatalkan tipu daya syaitan itu dan memelihara dakwahNya serta menjelaskan kepada para rasul, dasar-dasar dakwah dan pertimbangan-pertimbangan yang sebenar disamping mengukuhkan ayat-ayatNya dan menghapuskan segala kekeliruan di dalam nilai-nilai dakwah dan saranannya.
Contohnya sepertimana Allah menegur cita-cita Rasullullah saw dengan turunnya ayat 1-12 surah 'Abasa. Surah ini menceritakan tentang kisah ibn Ummi Maktum r.a. iaitu seorang sahabat yang buta dan miskin. Dia datang menemui Rasulullah dan berkata, "wahai Rasulullah saw, bacalah dan ajarkan kepadaku sebahagian dari apa yang telah diajarkan Allah kepadamu" dan dia mengulang-ulang ayat tersebut kepada Rasulullah saw.
Tetapi Rasulullah saw sedang sibuk melayani al-Walid ibn al-Mughirah kerana bercita-cita agar dapat memujuk al-Mughirah dan pembesar-pembesar Quraisy yang ada bersamanya kepada agama Islam. Rasulullah saw merasa bosan dengan gesaaan ibn Ummi Maktum ra lalu memasamkan mukanya dan tidak menghiraukan ibn Ummi Maktum. Lalu turunlah ayat al-Quran yang menegur baginda.
Demikianlah Allah menghapuskan tipu daya syaitan dan mengukuhkan ayat-ayatNya. Tidak ada apa-apa kekeliruan lagi dalam mencari jalan yang benar.
Lalu bagaimana kita mengambil ibrah dari kisah-kisah ini?
Mempunyai angan-angan dan cita-cita adalah lumrah dalam kehidupan setiap manusia. Kita berhak mengejar dan merealisasikan cita-cita selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Allah swt. Malahan mempunyai cita-cita dan angan-angan dapat meningkatkan produktiviti kita kerana kita akan lebih bersemangat untuk memperjuangkannya.
Namun begitu, kita harus sedar bahawa jalan mencapai cita-cita tidak selalunya indah dan mudah sepertimana yang kita selalu bayangkan semasa zaman kanak-kanak dahulu. Para nabi dan rasul sendiri diuji ketika memperjuangkan cita-cita agung menyebarkan dakwah. Hanya yang menjadi pendorong adalah keyakinan kita kepada pertolongan dari Allah dan hati yang redha dengan segala perancangan yang telah ditetapkanNya.
Selain itu, antara ibrah lain yang boleh kita dapati daripada kisah ini adalah untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan, bukanlah satu perkara mudah. Sudah menjadi sunatullah. Kadang kadang, kerana kepayahan inilah, yang mendesak seseorang untuk berhenti mengajak orang lain berbuat baik. Merasakan tiada yang menyahut kebaikan yang diseru, ditambah pula dengan diri yang masih lagi bergelumang dengan kejahilan, seakan ingin diletak titik noktah dalam perjalanannya.
Jangan! Jangan pernah berhenti.
Yakinlah Allah swt akan sentiasa ada melihat usaha kita. Yang dinilainya adalah usaha penat lelah serta pengorbanan ikhlas yang kita lakukan. Maka teruslah berbuat baik dan jangan lupa, ajak orang lain sekali walau sesukar mana pun halangan yang perlu kita tempuhi.
Janganlah berputus asa dan teruslah mengejar cita-cita. Ganbarouze!

Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia tidak pernah padam.
HAMKA
No comments:
Post a Comment