Thursday, 21 November 2013

B.R.O.G.A. B.R.O.T.H.E.R.S

alhamdulillah, dengan limpah kurnia yang Allah dah kurniakan kepada kita semua, hari ini, dapat lagi kita bernafas dalam dalam, jumpa senseitachi, kawan kawan meja sebelah, bual dengan mak cik air kat shokudou yang at the end of the day, kita still sedar bahawa sesungguhnya, kita ni masih lagi hamba Allah yang kerdil, yang xde power apa apa, yang kena dan sememangnya perlu berharap kepada Allah yang satu.

baik! dalam post kedua di blog ini, nak berkongsi mengenai keindahan dan juga ke-osem-an ciptaan Allah kat semua warga JADian sekalian supaya kita ni nampak dengan mata hati dan akal bahawa sebenar benarnya, kalau kita nak tahu bukti kewujudan Tuhan yakni Allah, kita perlu lihat di sekeliling kita. di kiri dan kanan. di luar kotak pemikiran biasa kita. dan kalau kita benar benar amati apa yang kita lihat dan perhati itu. pasti kita nampak apa yang Allah cuba sampaikan kepada kita. yes, for sure! cuba bayangkan macam mana sebenarnya satu kuasa itu mampu untuk mencipta gunung yang giler takai dan seterusnya, kat atas gunung itu pulak, macam macam hidupan ada. pemandangan pulak hush, memang terbaek la! Subhanallah! nilah yang membuktikan kewujudan Tuhan yang satu, yang mencipta sesuatu itu dengan begitu kuwashiku sekali. dan pada yang sama perkara tersebut membuat kita terfikir, betapa besarnya kuasa yang satu itu, jika hendak dibandingkan dengan kita yang kecik, tiada satu kuasa pun. kan?

semadd kan view dia? wush
baiklah, sebenarnya, pada 16 november 2013 yang lepas, alhamdulillah, atas berkat dan izin Allah, beberapa orang daripada pelajar JAD telah bersama-sama menawan puncak bukit yang tertinggi di area kajang! haa, bukit Broga, bukit yang sangat famous dengan kecantikan panorama nyer yang super osem dan high-class, berpagarkan rumput rumput yang meng hijau. chewah. 

dan lebih penting lagi, ekspedisi cuti cuti ini bukan hanya untuk suka suka, tapi membawa hajat yang besar, nak membawa satu kesedaran antara kita, bahawa dengan berseronok jugaklah, kita boleh merasai betapa bestnya ukhwah yang terbina atas nama Allah dan ingin menyedarkan satu sama lain. aktiviti mendaki broga hill kali ini, disertai oleh beberapa orang students. nama nama mereka? seperti berikut. harap di masa akan datang, ramai lagi yang berkesempatan untuk join aktiviti seperti ini. 

  • AHMAD SYUKRI BIN IBRAHIM
  • AMAL AZRAAI BIN CHE AZUHA
  • DANI EZZUDDIN BIN ABD RAZAK
  • MOHD SYAHMI BIN MOHD AZAMAN
  • MUHAMMAD AMIRUL AKMAL BIN MOHD HEZLEN
  • MUHAMMAD NORFAKHRI BIN RAZALI
  • MUHAMMAD AMIR DAWAN BIN MOHAMAD AZMAN
  • MUHAMMAD FAKIHIN BIN ABDULLAH
  • MUHAMMAD WAFIYUDDIN AMIN BIN SENIN
  • NAZIRUL MUBIN BIN MUHAMAD SHARIF
  • AHMAD KUSHAIRI BIN MOHD SHALADDIN
  • MOHAMMAD SAFWAN BIN MOHAMMAD SAYUTI
  • MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD YUSUF
  • AFIF NAZMI BIN AZMI
  • MOHAMAD FADZLI BIN MOHD DESA
  • MUHAMMAD AMINURUL HELMY BIN MOHAMAD
  • MUHAMMAD NAQIB AKMAL BIN SALEHUDDIN
  • IRFAN DANIAL BIN MOHD RAHDI (U1)
aktiviti pada hari tersebut dimulakan dengan solat subuh berjemaah di surau MJII dan seterusnya pada pukul 6.00 pagi, mereka bertolak ke bukit broga. ada yang kata penat, ada yang kata senang je nak daki bukit broga ni. walau apa pun yang mereka rasakan tentang moment mendaki bukit broga tu, semua nya terdiam tatkala kagum melihat betapa cantik nya keindahan melihat fenomena matahari terbit.


alang alang duduk di atas broga hill yang tu, satu sesi halaqah diadakan bagi menjadikan konsep aktiviti pada hari itu lebih tertumpu kepada pendekatan diri kepada Allah swt. Alhamdulillah, pelbagai perkara dibincangkan dan sesi halaqah tersebut membuka minda mereka untuk cuba mengaitkan apakah yang mereka lihat dengan mata mereka sendiri itu dengan kehidupan student yang memang sibuk di jad ni.

hidup umpama mendaki bukit. manusia mendaki untuk ke syurga. tinggalkan beban dosa untuk cuba sampai dengan mudah dan cepat. analogi rumah terbakar: selamatkan rakan rakan anda, ajak buat kebaikan. -irfan
hadis arbain imam nawawi: tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (bukhari dan muslim). konsep dakwah adalah "ubah dirimu dan ajak orang lain" bukan "ubah dirimu baru ajak orang lain. -fakihin
hati gelap kerana perbuatan kita. elakkan mengguna tangan kiri untuk membuat sesuatu. sebagai contoh, minum dengan tangan kiri, mestilah meletak tangan kanan di bawah gelas atau botol supaya perbuatan kita itu menyerupai dengan minum air dengan tangan kanan. -nazirul
 sekurang kurangnya, walaupun masa yang kita luangkan untuk perkara sebegini sangat singkat, masih memberi efek kepada kita kerana secara tak langsung, membuat kita berfikir balik dalam dalam. tujuan hidup  kita ni bukanlah hanya mahu dapat manten setiap kuiz yang ada, ataupun dapat pergi jepun, dapat degree, then kerja sampai gaji ribu ribu. bukan. itu salah. yup, memang perkara tersebut jadi lumrah lah kat kita ada pemikiran macam tu, namun kita try jadikan dy satu alat atau wadah untuk kita sampaikan kat dunia ini bahawa sesungguhnya dunia ini adalah milik Allah dan seharusnya cara kita menggunakan nikmat dunia, mestilah berlandaskan cara yang Allah dah kata baik untuk kita ikut. betul tak?

baiklah, selepas sesi halaqah dan sarapan di atas bukit broga, mereka seterusnya bergerak ke sungai tenkala untuk berehat rehat. dan selepas lunch di restoran nasi ayam gemas, mereka pulang semula ke MJII.

sesungguhnya, kita perlu untuk faham, dakwah bukanlah satu bentuk mengajak ke arah kebaikan yang begitu konvensional dan konservartif sehingga kita hukum benda seperti ini seolah olah ketinggalan zaman dan tidak menarik. cara bagaimana kita mahu tunjukkan bagaimanakah sifat peribadi muslim yang sebenar itu, perlu untuk kita mulakan dengan diri kita sendiri. dekiru dake, cuba untuk kita jadi muslim yang mengamalkan nilai nilai islami secara total dan kehidupan seharian kita, kita kaitkan dengan cara hidup muslim yang sebaiknya. barulah kita boleh ajak dengan menarik, dan at the same time, kita sendiri terkena bahana transformasi tersebut. chewah.



orang cakap, a picture tells many stories. so, sini, ada beberapa gambar aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi halaqah jalan jalan pada hari tersebut.



setiap manusia itu ada kelebihan nya masing masing, cuba cari kelebihan tersebut yang dapat kita gunakan untuk bantu agama Allah. osem, ingat benda tu dalam dalam.



~kaku maruO




No comments: