Sunday, 24 November 2013

inertia pada sudut pandang ISLAM

belajar secara berhemah!
Assalamualaikum wbt.

inertia= hukum gerakan newton pertama


Pasti ramai yang mengetahui bahawa Sir Isaac Newton merupakan salah seorang saintis paling berpengaruh di muka bumi ini. Antara teori hebat yang pernah disebut beliau adalah 'hukum gerakan newton pertama' yang menyatakan bahawa : "sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, sama ada bergerak dan terus bergerak, atau pegun hidup segan mati tak mahu, selagi tiada daya luar bertindak atasnya".

Ertinya, kehidupan ini akan kekal di dalam keadaannya sekarang, andai tiada daya luar atau momentum yang dikenakan ke atasnya. Basikal akan terus bergerak, selagi daya dalam bentuk geseran yang terhasil dari brek tidak menghentikan pergerakannya. Sebiji bola pula akan kekal pegun, selagi Cristiano Ronaldo, atau Lionel Messi, atau Safee Sali, ataupun Ahmad yang merupakan seorang kanak2 berusia 6 tahun tidak menghadiahkan daya dalam bentuk sepakan kepadanya. Yang hitam akan kekal hitam, yang putih akan terus putih, yang jahil alan terus jahil, yang sesat akan terus sesat, hidup akan terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas kanvas bernama kehidupan.

Jadi wajarlah Allah yang Maha Mengetahui, telah mendahului Newton dalam perihal ini dengan firman-Nya di dalam Surah Ar-Ra'd (13) ayat ke-11:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri" 

Ertinya, sebuah umat itu akan kekal dalam keadaannya, andai mereka tidak mengenakan 'daya' dan 'momentum' untuk mengubah kisah sedih kehinaan nasib mereka.

Usahlah mendamba untuk menjadi umat yang terbaik, andai usaha-usaha pentarbiyahan (pendidikan) dan penyedaran umat tidak dilakukan secara intensif.

Usah pula berharap tertubuhnya sebuah negara Islam, andai maksiat dan penyelewengan masih dibiarkan berleluasa dan bermaharajalela. Usah merindu pertolongan Allah, andai umat tidak berusaha agar layak memperolehinya.

Apakah mungkin kemenangan akan datang, kemuliaan menjengah, dan kebahagiaan mengabadi, sedang insan tiada langsung kesungguhan dan pengorbanan bagi mendapatkannya?

"Apakah kau kira hanya dengan bermimpi & berangan itulah 'momentum perubahan'?
Bukannya hidup yang dipenuhi air mata dan darah berkat dari pengorbanan? Apakah kau meragui betapa hidup ini sebuah perjuangan, sedang nas-nas Al-Quran juga nas-nas saintitifik kelolaan Newton, kedua-dua telah menyepakati keperluannya?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu semua akan masuk Syurga, sedangkan belum datang kepada kamu apa yang dilalui oleh orang-orang sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka kesengsaraan, serta digoncang (pendirian) mereka, sehingga berkatalah Ar-Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya, "bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah pertolongan Allah amat dekat." (Al-Baqarah : 214)

Marilah beri masa kita untuk Islam, sepertimana masa yang kita berikan untuk memenuhi tuntutan kehidupan, agar masa-masa yang kita berikan itu menjadi 'momentum' yang meniupkan angin perubahan kepada nasib malang umat Islam yang kian berpanjangan. Kita ciptakan 'INTERNAL MOMENTUM' bagi mewujudkan SATU daya geseran dalam diri kita bagi menghentikan kemungaran dan kemaksiatan sepertimana brek menghentikan basikal. Kita hidupkan momentum bagi menggerakkan kebaikan dan kemakrufan sepertimana sebiji bola yg pegun mampu bergerak selepas dikenakan daya berbentuk sepakan. Dan Newton pun tersenyum riang, kerana kita memahami teori yang dia kemukakan.
Wallahualam...

penulis asal:IR Faridatul Farhan
by: AZNI 

3 comments:

L said...

F = m a

Mass itu adalah kita.

Acceleration = ¿?

Anonymous said...

Gabungan mass dan acceleration menghasilkan force. Force dianalogikan kepada kerja usaha yang kita lakukan. Mass pula merujuk kepada jasad kita yang dikurniakan oleh Allah. Acceleration adalah rate change of velocity. Velocity pula rate change of displacement. Displacement itu seperti gerakan. Jadi disini, kita perlu wujudkan gerakan(gerakan dakwah) dan memaksimumkan masa yang ada untuk pentarbiahan. Jadi gabungan antara gerakan dakwah yang kita lakukan yang menggunakan jasad yang ada, yang memerlukan pengorbanan masa bagi menghasilkan satu hasil kerja yang membantu Islam keseluruhannya.

* saya budak baru belajar kalau salah tolong Tunjukkan.

Unknown said...

dakwah itu umpama nyawa bagi seseorang, rase semacam tak kena kalau kita tak lakukan sesuatu. walaupun sekecil kecil bentuk dakwah sekalipun. so, betullah dakwah itu secara mudahnya kita boleh cakap satu bentuk acceleration utk kita "force"kan orang sekeliling. wallahualam