Saturday, 30 November 2013

usaha doa tawakkal

bismilahirahmani rahim, bersyukur kita kehadrat Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus berada di dunia ini dengan segala nikmat-nikmat yang tidak terbayar oleh kita. dan nikmat yang paling bernilai bagi kita iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah...

dalam kehidupan JAD ini, setiap hari dengan kuiz test dan assignment yang bertimbun-timbun, dan juga orang lain yang pastinya mempunyai rutin harian tersendiri, sedarkah kita akan hakikat yang kita kejar selama ini. adakah kita mengejar manten dalam semua kuiz test and etc? atau mengejar kekayaan dunia semata-mata? ataupun mengejar manten dalam pahala ibadat? atau manten mendapatkan keredhaan Allah?

justeru, sebagai seorang pelajar, pekerja, pengarah projek atau sesiapaun kita, saya pasti, kerana kita semua merasai tekanan-tekanan yang datang dalam pelbagai sudut ini, sudah pastinya kita mengharapkan pertolongan dari yang punyai segala-galaNya. setelah seharian berpenat lelah menuntut ilmu, menguruskan pekerjaan, pastinya yang kita mahukan ada kejayaan yang akan mengubat kepenatan kita sehari-hari. namun dalam setiap pengharapan itu adalah lebih manis jika kita sertakan ia didalam doa-doa kita sehari-hari. 

dan hari ini penulis ingin membincangkan sedikit tentang konsep usaha doa dan tawakal yang sememangnya sangat sinonim dengan kita sebagai seorang Islam. ada orang hanya berusaha sedaya mungkin untuk mencapai sesuatu tapi terlupa untuk meminta bantuan dari Allah. ada insan yang berdoa dan mengharap kepada Allah sedangkan tidak berusaha melakukan apa-apa untuk mencapai hajat tersebut. justeru jika dilihat dari 2 konsep tersebut, pastinya itu bukan budaya kita sebagai seorang mukmin yang sejati. 

kerana asalnya konsep usaha doa tawakal ini adalah kita berusaha terlebih dahulu dalam lapangan pekerjaan kita disamping memohon pertolongan dari Allah SWT. maka setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, tibalah saatnya untuk kita bertawakkal kepada Allah semoga kita usaha kita dibalas dengan kejayaan. orang yang mengamalkan konsep ini pastinya akan merasai manisnya perjuangan yang telah dia lakukan selama ini, kerana dia memahami bahawa setiap kerja buat yang dilakukan pasti akan diberi ganjaran oleh Allah. Dia tidak akan mengeluh sekiranya tidak mendapat sesuatu yang diharapkan kerana kepercayaan nya akan kuasa Yang Maha Mengatur segala-galanya. 

dan jalan kejayaan itu tidak selalunya lurus =)

justeru, adalah sangat penting untuk kita memahami konsep usaha doa dan tawakal ini dan mengamalkannya selari dengan ajaran Islam . 'bersempena' dengan JLPT yang bakal di ambil oleh pelajar-pelajar JAD esok, maka marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan yang terbaik buat diri kita. pepatah arab ada menyebut, 'Man Jadda Wa Jada' yang bererti siapa yang berusaha pasti akan berusaha. maka yakinlah dengan janji Allah. disetiap kesusahan pasti ada kemudahan. 

Wallahu'alam.

No comments: