Lads and gents.
Assalamualaikum dan semoga sihat semua nya. Again, syukur kita banyak2 kpd
Allah swt dek kerana kurniaanNya, kita masih lg kekal osem, dengan badan yang
sihat, muka hensem dan cantik, kiut miut lagi dan bagi kita peluang untuk
ibadah lagi kat Allah swt, walau pemalas macam mana pun kita hari hari.
Aku rasa hari ni aku hensem doe. Baju mahal,
badan tegap.. sah sah la pompuan gila kat aku. Wow!
Erk. Lawa tak kite arini?tudung ni baru
beli kat pasar malam, lawa takk?
Hmm. Isyak pun dah turun surau hari ini. Bapak
letup aku kan? Hahaha.
Perasan.
Itu lah yang melanda jiwa jiwa makhluk berakal kini, sama ada yang still
terkinja kinja tak pun yang dah declare diri tu sehabis baik, say no to mak siat! Hal macam ini lah
yang akan jadi penghalang, jadi penyusah utk jiwa yang cuba kembali, utk stay
atau terperangkap dalam situasi yang diorang sendiri tamau. Kadang kadang,
penyakit ni kita tak sedar, dia serang kita senyap senyap. Rencana syaitonn itu
semuaa! Walaweh. Tak dapat nak sesat total, dia kasi hentam kita diam diam. Payah
betul.
Penyakit perasan ni ada dua, satu utk sendirian berhad, dua utk orang lain,
kira dok sibuk nak tau hal orang lain. Ish3. Penyakit cenggini payah, kadang
kadang kasi putus iktan ikhwah Antara sohabat, family pun boleh. Waduh, sakit
ni. Kalau ada dua2 jenis, mau meletup tak tenang tidur jiwa macam ni. Haish. Jiwa
kacau.
Tipu lah rasanya kalau nak cakap ikhwah tak pun akhwat kat luar sana tu tak
ada penyakit macam ni. Jenis macam ni lagi lah bahaya. Silap gaya, boleh
tersasar dari matlamat asal tuh. Fenomena ni dating tak tentu masa. Kadang2
kawan tak cakap kita baik pun kita dah perasan. Terbajet riak di situ. Entah ke
mana nanti pergi nya pahala amal tu. tetiba nampak perempuan pakai tudung labuh
sikit, mulut tu ringan je nak cakap macam macam kan? “Ish. Tak lama tuu. Bukan ikhlas pun” “saja je tu. tak payah layan la
orang macam tu.” rasa senang je kan
nak cakap. Rasa macam air je. -.-“
Haih. Sini nak define sikit bab riak2 ni. Kita focus kat riak ibadat. Itu yang
kita takut tu.
riak tu maksud dia buat ibadah tapi semata mata nak cari tempat di hati manusia. macam mana? macam ni.
riak segi badan: hmm. riak ni ditunjuk dengan gaya kita bagi orang nampak kita penat sebab puasa tak pun bising cakap kita puasa walaupun orang tak tanya. atau, bagi orang nampak kalau kita nak solat tahajud malam malam.wush. nazak!
riak segi pakaian: pakai baju nak tunjuk kan kewarakan. berjubah ke. sedangkan waktu nak solat ke apa, pakaian tak terjaga. bersih ke mana. tutup ke mana.
riak segi perkataan: riak macam mana di ucap contoh nya memilih perkataan seperti dia sangat sangat ikhlas dan juga memilih untuk berkata seperti melibatkan hadis dan sebagai nya walhal dirinya kosong.
riak amalan: riak seperti ini kita lihat kalau dia sedekah bising bising. kadang kala, kalau solat, sengaja di lambat lambat kan rukuk atau sujud nya, walhal kalau solat sendiri, Allah saja lah yang tahu batinnya. *tp ad jugak org yang memang sujudnya lama, jangan salah sangka. =)
wallahualam. kadang kita pulak yang menyibuk cakap orang tu riak itu riak ini. sebaik nya, lebih baik member member sekalian diam je. nanti jatuh dosa mengumpat free free je. urusan riak atau tidak itu urusan dia dengan Allah. tapi kalau sudah terlampau, nasihat sekadar termampu.
untuk cegah riak ni, berdasarkan apa yang boleh dpt drpd blog lain, se eloknya kembali lah kepada Allah. ingat balik tujuan asal kita ibadat. bukan nak tunjuk kat orang kan? nak henshin zaman millenium memang payoh. sabar je lah.
*tajuk post macam tak masuk. haha. semoga bermanfaat.
encik buyo
encik buyo
-
4 comments:
(Y) !
(y)
Perkongsian terbaik :D
penyampaian yg dekat dan berkesan! tahniah!!
Post a Comment