Gerabak tarbiyah dah sampai ! Mohlah kite yob ! -kredit- |
Gerabak Tarbiyah. Mesti ada yang tak pernah
dengar dua perkataan nie. Kalau ada pun, mungkin rasa dua perkataan tu tak
berapa penting pun dalam kehidupan hari-hari. Tapi, siapa yang pernah dengar
and sudah pun menaiki gerabak nie, mesti tengah tersenyum manis je. Iyelah,
mana idoknya, seronok gumbira tak terkatalah kalau sudah menikmati bestnya
perjalanan dalam gerabak ni.
Ada yang akan bertanya, apa tu ‘Gerabak
Tarbiyah’ ? Penting ke naik gerabak nie? Kalau perlu, kena bayar ke, kot-kot
ada yuran keahlian ke, duit tiket ke? Susah tak kalau nak naik gerabak
tarbiyah? Nak ke mana gerabak nie? Ke mana ye kita akan dibawa? Ataupun, soalan
yang paling femes, boleh and layakkah untuk saya naik gerabak nie?
In shaa Allah, segala pertanyaan itu akan cuba
dijawab sebaik mungkin, mengikut perspektif saya lah. Setiap orang ada
pandangan yang tersendiri, dan saya pula akan cuba berkongsi pandangan yang
sudah lama ku pendam dalam mr.brain saya yang tak seberapa nie. J
Sebenarnya,gerabak tarbiyah, senang cakapnya
adalah mana-mana perjumpaan oleh sekelompok indidividu Muslim, yang diadakan
secara berkala untuk tujuan utamanya, DAKWAH (tanggungjawab penting umat Islam
nie), membincangkan mengenai Islam, mengecheck iman kita (ye lah, iman ni, naik
turun sifatnya), memperbaiki diri di samping mengeratkan hubungan sesama Muslim
yang ibarat kalau dicubit peha kiri, yang kanan pun akan terasa jua. Kalau buat
equation tu, lebih kurang camni la
GERABAK TARBIYAH = USRAH (LIQA/BULATAN GEMBIRA/etc)
Haa, terkejut sikit la tu. Bila sebut pasal usrah,
mungkin ada segelintir (tak semua la) yang mula timbul perasaan sedikit skeptikal
and mungkin agak negatif sikit. Well, honestly, ada juga saya terfikir macam
tu, tapi kita tak boleh menilai buku dari kulit bukunya, so, saya cuba beranikan
diri untuk naik gerabak ini, and it was so different compared to what I have imagined
before. Really, really different.
Jadi, penting lagi perlu ke untuk join gerabak
nie. My answer, yes, yes and very yes. Untuk mengembalikan kegemilangan umat
Islam seperti yang pernah dicapai dahulu, nilai-nilai dan kefahaman Islam itu
sendiri perlu ditanam ke dalam setiap diri setiap Muslim yang kini sudah pun
mencecah 1.5 bilion seantero dunia. Tiada guna sebarang tindakan oleh mana-mana
pihak berkuasa untuk menguatkuasakan nilai-nilai Islam jika masyarakatnya masih
longgar pegangannya, masih kurang kefahamannya, masih sedikit jati dirinya akan
Islam yang sebenarnya. Tapi, perkara nie, sendiri-sendiri pun boleh buat, kata
orang sana. Lone Ranger pun boleh survive apa?
Diorang pun berdua kot. mana boleh hidup sorang-sorang *tetiba* -kredit- |
Pergi je la surau ke, masjid ke, dengar ceramah sikit, OK apa?
Again, menurut pandangan saya, gerabak tarbiyah ni adalah platform yang terbaik
untuk kita menerapkan kefahaman yang sebenarnya mengenai Islam itu sendiri.
Dalam gerabak tarbiyah, kita dibantu oleh naqib (orang yang lebih arif dalam
gerabak ni), dan kita ada kawan-kawan yang turut berkongsi impian, semangat dan
cita-cita yang sama dalam usaha memperbaiki diri dan berdakwah kepada orang
lain. Ini menyediakan kita satu support system yang begitu power buat diri
kita. Jadi, tak adalah tetiba kita jem and akhirnya shut down macam tu je. Kita
sedang bertarung dengan syaitanirrojim dan cik hawa nafsu. Jika sekadar
berseorangan melawan dua partner BFF ni, tunggu masa je untuk bendera putih itu
diangkat akibat kalah dengan strategi BFF ni yang bisa menggegar iman kita.
Semestinya, tidak pernah pula saya dengar ada
bayaran untuk masuk gerabak ni. Percuma ! (sekarang, masuk tandas pun kena caj,
tau). Tak ada bayaran keahlian seumur hidup ke, ataupun duit tiket ke (gerabak
la katakan). Memang tak ada. Habis, mana sumber kewangannya? Pertama, rezeki
itu milik Allah, dan kita kena percaya itu. jika kita buat benda baik, perkara
yang Allah suka, in shaa Allah akan membantu. Kedua, dari pemerhatian saya,
kebanyakan ahli –ahli senior gerabak dakwah ini akan sendirinya dan ikhlasnya
(in shaa Allah) mengeluarkan fulus untuk gerabak ini. Inilah yang dinamakan
membelanjakan harta ke jalan Allah. Kefahaman mereka yang lebih mendalam
mengenai Islam menjadikan mereka ini, (juga tidak ketinggalan ahli-ahli baru)
untuk tidak segan-segan mengeluarkan duitnya demi usaha dakwah dan tarbiyah.
Indah sekali, bukan. Dan tidak susah pun untuk masuk gerabak tarbiyah. Tak
perlu tunggu mana-mana stesen pun. Kita cuma perlu memanggil kawan kita yang
sudah naik gerabak ni untuk join, dengan senang hatinya mereka akan
menghulurkan tangan, lantas mengajak anda sekali. Dan, jika anda ternampak
gerabak tarbiyah ini, naik sahaja dan layanan lima bintang tanpa diskriminasi
akan diberikan. Jika anda dijemput pula, jangan segan-segan untuk menerima
jemputan tersebut, in shaa Allah, tiada syarat, masalah atau kontrak pun yang
perlu ditandatangani.
In shaa Allah, gerabak tarbiyah akan membawa
kita untuk memahami tujuan hidup sebenar, mengajak orang lain melakukan
kebaikan, mencegah kemungkaran, memahami Islam dari erti kata yang sebenarnya,
di mana akhirnya kita akan ke Jannah, taman-taman syurgalah destinasi terakhir.
Sepanjang perjalanan, reda dan kemuliaan serta rahmat Allah akan sentiasa
berlimpah-ruah. Percayalah, jika kita berada dalam gerabak tarbiyah, insya
Allah, kita akan sentiasa terpelihara.
Islam itu tidak pernah mengenal darjat, pangkat
dan kekayaan yang dimiliki. Semua orang sama, hanya takwalah yang menjadi KPI
atau penanda aras darjat seseorang di sisi Allah. ‘Boleh atau layakkah saya
menyertai gerabak tarbiyah ini’ tidak pernah menjadi persoalan. Jika seseorang
itu merasakan dia tidak cukup baik untuk menyertai gerabak tarbiyah, inilah
masa terbaik untuk anda menyertainya. Segala pertolongan akan diberikan dalam
usaha untuk menjadi baik. Tidak akan ada pandangan mata yang sinis, tidak akan
ada ejekan-ejekan pedih. Dalam Islam, peluang untuk bertaubat dan berubah
sentiasa terbuka, selagi mana matahari itu terbit dari timur, jangan pernah
berputus asa dengan Allah. Jangan pernah sesekali. Bagi mereka yang sudah baik,
ini juga masa untuk anda menjadi lebih baik dari sebelumnya, meningkatkan
kefahaman yang sudah sedia ada, in shaa Allah, tidak akan rugi walau sedikit
pun.
jom repair mr.heart ni :) -kredit- |
Tidak kisahlah gerabak tarbiyah mana pun yang
menjadi pilihan hati, tepuk dada tanyalah iman. Sheikh al-Maududiyy (salah
seorang tokoh penting gerabak tarbiyah nie) juga pernah berkata, “Marilah
menyertai kami dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini, jika anda rasa
tidak sesuai dengan Jemaah (gerabak tarbiyah) kami, pilihlah Jemaah lain. Jika
tidak sesuai juga, maka tubuhkanlah yang baru”. Ini tidak pernah menjadi
penghalang untuk gerabak terbiyah untuk terus berjalan. Biarpun berlainan
gerabak, namun akhirnya, pasti akan bersatu jua, kerana kita berjuang atas satu
tujuan yang sama, kerana Islam, in shaa Allah. Yang penting, jangan bergerak
sendiri, bimbang-bimbang kita akan terjerumus dan menyertai anasir-anasir untuk
menjatuhkan Islam, sama ada kita sedar ataupun tidak. Akhir sekali, perbaiki
niat, ikhlaskan diri dalam menaiki gerabak tarbiyah ini. Jika tidak, mungkin
kita tidak mampu mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dalam gerabak ini sebaiknya
dan penamatnya, akan keluar begitu sahaja dari gerabak tarbiyah akibat
kurangnya ikhlas, dan salahnya niat. Nauzubillah.
‘You’ll Never Walk Alone’. Jom Masuk Gerabak
Tarbiyah !
i.j.
No comments:
Post a Comment