“Akibat
cemburu akan kecantikan anak tirinya, Sang Permaisuri mengarahkan seorang
pemburu untuk membunuh Salju Putih. Namun, dek kerana kasihan, si pemburu tidak
sampai hati untuk membunuh, lalu mengarahkan Salju Putih untuk melarikan diri. Salju Putih, yang kebingungan, tanpa segan, terus memasuki rumah tujuh Orang Kerdil
(Odel), lalu tidur dalam rumah itu. Salju Putih pun terus tinggal di rumah itu,
bersama tujuh orang Odel sehinggalah dia diracuni dan akhirnya diselamatkan
oleh sang putera kota yang kacak, mereka pun hidup bahagia selama-lamanya…”
Che Snow White dan Odel2 -kredit- |
Kita semua pasti pernah mendengar kisah ini.
Salju Putih atau Englishnya, Snow White. Tahukah anda, kisah ini, adalah salah
satu contoh mudah dalam banyak-banyak contoh serangan pemikiran atau ghuzwatul
fikr yang sedang melanda umat Islam kini, 24/7!
“Ishh… Betul ke?”
“Ekstrem betul mamat sorang ni… Cerita fairy
tales pun boleh jadi serangan pemikiran atau apa nama lainnya tu, ghuzz…
ghuzz.. ghuzwatul fikr..?”
“……….”
Itulah mungkin antara dialog-dialog yang sedang
bermain di benak minda kita, bukan? Jika dinilai dari satu sudut, mungkin
cerita Snow White and the Seven Dwarfs hanyalah sekadar picisan, satu kisah
yang sekadar menjadi bahan bacaan bedtime stories buat anak-anak.
Tapi, jika dilihat dari sudut lain pula,
tidakkah kita sedar, bagaimana cerita
ini, secara halusnya (saya ulang, halusnya) mengajar si anak untuk boleh saja duduk serumah dengan
bukan mahram kita. It’s fine for a girl to be with other boys as long as we
know the limits and etc… Persolannya, betulkah boleh? Sedangkan Islam sangat
menitikberatkan isu pergaulan lelaki dan perempuan ini, atau istilah Arabnya, ikhtilat.
Alhasilnya, lihatlah sekarang. Couple-mouple, bersentuh-sentuhan
boboy and gegurls, duduk serumah laki pompuan, pergaulan terlampau bebas, dan
banyak lagi isu-isu sosial yang melanda masyarakat kita sekarang.
Asbab: kealpaan umat Islam akan serangan
pemikiran bertubi-tubi daripada musuh-musuhnya.
Nah, terdiam seketika.
Bangkit pula persoalan yang lain, apakah
ghuzwatul fikr? Bila pula serangan pemikiran ini mula dirancangkan. Siapa yang
merancang?
Ghuzwatul fikr atau nama lainnya, serangan
pemikiran adalah satu bentuk serangan yang bertujuan untuk meracuni minda
manusia, khususnya umat Islam tanpa mereka sedari. Dek kerana halusnya sifat
serangan ini, terkadang abam-kakak-sekolah-agama pun boleh menjadi mangsa.
Apatah lagi, orang-orang biasa. Ini kerana, serangan ini, targetnya sememangnya
universal, meluas dari baby-baby yang baru nak bertatih, sampailah
pak-cik-mak-cik sebelah rumah kita.
Dahsyat, bukan?
Pihak yang mengisytiharkan serangan ini, siapa
lagi kalau tidak musuh tradisi kita, iblis syaitan dibantu musuhnya,
manusia-manusia dan jin-jin yang bertopengkan syaitan. Mereka ini, sememangnya
tidak akan sesekali pernah berputus asa dalam misi menyesatkan umat Islam dari
terus beribadah, sehingga dirakamkan dalam Quran.
(Syaitan) yang dilaknati Allah, dan dia (syaitan) berkata, “Aku pasti akan mengambil bahagian-bahagian tertentu daripada hamba-hambaMu.
Dan pasti akan aku sesatkan mereka, dan aku akan suruh mereka potong telinga-telinga binatang ternakan (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya)”, Barang siapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menanggung kerugian yang nyata.
Surah an-Nisaa ayat 118-119
Malah, jika kita menyemak kembali intipati isi
surah an-Nas, terbuktilah juga manusia dan jin yang memusuhi Islam turut
menjadi rakan kongsi Syaitan and Co. untuk menyerang umat Islam.
Syaitan and Co! -kredit- |
Jika ditelusuri, sebenarnya, serangan pemikiran
sudah pun direncana sejak dari zaman Nabi Adam AS lagi. Bagaimana Nabi Adam dan
isterinya, Hawa telah digoda oleh iblis sehingga akhirnya kedua-duanya gugur
dalam medan ini, di mana mereka akhirnya telah memakan buah dari pohon Khuldi
yang menjadi larangan Allah ke atas kedua-duanya.
Kemudian, syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon Khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?”Maka, keduanya memakan daripada buah pohon itu, lalu terdedahlah aurat masing-masing dan mereka menutupnya dengan daun-daun(yang ada di) syurga dan derhakalah kepada Tuhan dan sesatlah dia
Surah Taha ayat 120-121
Inilah antara first trial syaitan kepada
manusia, and the mission was accomplished! Bermula dari sinilah, keyakinan
syaitan untuk menyesatkan umat manusia mula bertambah dan sehingga kini, betapa
ramai manusia yang berjaya diperdayakan oleh Syaitan and Co.
Seiring dengan perubahan
generasi, Syaitan and Co. turut mengambil transformasi dalam pendekatannya
untuk menyerang umat Islam. Jika dahulu, bisikan-bisikan jahat, peperangan
fizikal menjadi alat, kini dengan menggunakan 5S dan 4F, tambahan kepada
strategi yang sedia ada, umat Islam bisa ditakluk. Kita bisa dijajah. Kita
terus diperalat.
- Songs
- Screen
- Smoke
- Sports
- Sex
- Fun
- Female
- Fashions
- Food
Lihatlah, betapa mudahnya Syaitan and Co. mampu
menyerang kita dari setiap sudut kehidupan. Manakan tidaknya, segala aspek
kehidupan sudah dikuasai mereka. Sememangnya agak sukar untuk kita terus
bermujahadah, namun tidak mustahil. Sedangkan Mission Impossible I, II, III pun
Enche Tom Cruise boleh selesaikan, *ehhh* apatah lagi kita dalam menumbangkan
puak-puak yang dimurkai Allah ini.
Accept it, bro, sis, fight Islam's enemies! -kredit- |
Pertama sekali, untuk kita melawan ghuzwatul
fikr, perlunya kita untuk membina satu defense system dalam diri. Seperti mana
program antivirus system yang ada dalam computer untuk men‘detect’,mem‘filter’
dan men‘delete’ mana virus yang berpotensi dan sudah sedia menjadi ‘threat’
yang berbahaya, begitulah system yang perlu ada dalam diri kita untuk menapis
mana-mana virus ‘ghizwatul fikr’ yang berpotensi dan semestinya akan menjadi ‘threat’ yang
boleh menggugah iman kita.
Bagaimana? Jagalah amalan fardu seperti solat
fardu, puasa dan sebagainya serta kerjakanlah amalan fardu dengan sebaiknya.
Tambahkan lagi dengan amalan membaca al-Quran dan tadabbur sekali maknanya agar
kita lebih faham kandungan al-Quran yang menjadi panduan hidup umat Islam.
Untuk meng‘upgrade’ defense system kita menjadi Premium Version, tambahkan lagi
amalan kita dengan amalan-amalan sunat, in shaa Allah kita mampu menangkis
mana-mana serangan pemikiran yang datang menyerang!
Sekadar bertahan, saya kira tidak mencukupi.
Islam sentiasa menggalakkan kita untuk menjadi baik dan mengajak orang lain
sekali untuk menjadi baik. Ajaklah kawan-kawan kita, keluarga kita serta
orang-orang yang rapat dengan kita, untuk mereka sedar akan bahayanya bahana
ghuzwatul fikr yang melanda umat Islam kini. Gunakanlah cara yang paling
berhikmah dan terbaik untuk menasihati mereka. Hanya kita sahaja yang tahu
metode terbaik untuk mendekati, memandangkan kitalah insan yang rapat dengan
mereka.
Use the technology, bro! Di era millennium,
semuanya di hujung jari. Not asking you guys to be the keyboard warriors, but
just nak ajak kita untuk menggunakan teknologi yang ada sebaiknya untuk
menyedarkan semua untuk berhati-berhati dengan serangan pemikiran yang begitu
licik sifatnya. Gunakan kepakaran kita dalam teknologi untuk men ‘counter
attack’ ghuzwatul fikr. Dan mulalah untuk menyokong mana-mana alternatif
hiburan yang tersedia agar kita tidak mudah terdedah kepada serangan pemikiran
kini, yang boleh menarik kita untuk terus hanyut di dalamnya. Lagipun,
cerita-ceritanya pun, best apa!
Akhir kalam, cintanya Rasulullah SAW kepada
umatnya, sehinggakan sanggup bergadai tenaga dan nyawa untuk menyebarkan Islam
agar sampai kepada semua orang. Agar tidak ada insan yang akan merasai azab
neraka akibat tidak sampainya nur Islam pada dirinya. Cinta inilah yang perlu
kita terapkan dalam diri dalam membantu memperjuangkan Islam yang tercinta.
Dalam menangkis mana-mana ghuzwatul fikr yang datang menyerang. Dalam
mencantas mana-mana serangan pemikiran yang sudah sedia bersarang. Dalam hati.
Dalam jiwa. Diri sendiri dan semua orang.
Orang Yahudi dan Nasrani sekali-sekali tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kepadamu.
Surah al-Baqarah, ayat 120
Sai.
2 comments:
nice entry :)
tapi secara jujurnya saya tak rasa Snow White bersalah :3
apa yang kita tumpukan bila menonton animasi ini? probability untuk kita memikirkan pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sangat sedikit. kenapa?
kerana dwarves itu kurang manusia yang menggap mereka sebagai lelaki, mungkin lebih mudah kalau kita melihat para dwarves itu sebagai kanak2 riang.
lagi satu, yang paling menarik dalam cerita Snow White adalah plotnya sendiri. kalau nak kata 'dwarves (lelaki) itu tinggal serumah dengan princess (perempuan), ini promosi ikhtilat!!', well itu tidak berapa kuat pada pandangan saya.
mungkin yang lebih mereka promosikan adalah kemurnian hati mereka dalam membantu princess itu.
*just my two cents, feel free to argue*
First of all, thanks for the comment given. To argue, this is my mindset during writing this entry
Memang, tak nampak elemen promosi ikhtilat berlebihan dalam cerita ini, that's why sy mention secra halusnya. Kemudian, sy juga tidak menyalahkan Snow White semata, cuma kisah ini salah satu contoh dalam banyak-banyak serangan pemikiran yg kita hadpi, dulu dan kini...
Apa-apa pun, seriously thanks for the comment!
:)
Sai.
Post a Comment