Sebenarnya, penulis sepatutnya menyambung penulisan mengenai slot sirah untuk blog ini.
Namun, dek kerana masih lagi terngiang ngiang di lubuk minda dan hati penulis (dan juga pastinya para pembaca sekalian) akan kehangatan bulan Ramadan yang
telah mendakap erat diri kita, penulis mengambil keputusan untuk menyentuh
mengenai bulan yang mulia ini.
jzkk |
Tapi,
rasanya hal berkenaan Ramadan ini sudah pun disentuh sebelum ini, deshou (baca: kan)?
Kenapa masih lagi mahu berbicara mengenai hal ini?
Sekarang
dah masuk bulan Syawal dah. Relevan lagi kah?
Mungkin ini
persoalan persoalan terapung apung di pemikiran kita semua. Shinpai shinai de (baca: jangan risau),
kali ini insyaAllah penulis ingin berkongsi mengenai satu lagi sudut mengenai
Ramadan.
Another perspective!
Bukan sahaja berkisar mengenai Ramadan semata,
tetapi juga boleh diamalkan sepanjang masa!
InsyaAllah!
Enough with
mukadimah yang boleh tahan panjangnya itu. Mari, terus ke titik! (baca:
straight to the point)
Perasan
atau tidak, bagaimana tingkah laku kita sepanjang Ramadan? Bagaimana adab kita
sepanjang Ramadan? Bagaimana kehidupan kita sepanjang Ramadan?
Terutamanya
ibadah kita.
Kita mampu
bertadarus al Quran, boleh dikatakan hampir sepanjang masa. Setiap masa yang
terluang, kita manfaatkan sepenuhnya dengan membaca al Quran. Alhamdulillah.
Kita mampu
mengerjakan solat malam. Qiamullail. Ya! Solat terawih itu, mampu kita
kerjakan. Bukan sedikit, 20 rakaat tuhhh! Tambah lagi dengan solat sunat witir
3 rakaat. Malah, ada yang sampai menambahnya dengan solat sunat tahajud, hajat,
taubat dan sebagainya. Alhamdulillah.
Itu tidak
termasuk sedekahnya lagi, menghadiri ceramahnya lagi dan sebagainya.
Alhamdulillah.
Ini
menunjukkan sebenarnya patuh taat suruhan Allah itu tidak susah. Malah
menyeronokkan dan menikmatkan.
Tetapi,
perginya Ramadan seakan juga mebawa pergi kekuatan kita dalam beribadah.
Momentum yang terbina sukar untuk diteruskan.
jzkk! |
Mengapa?
Ada dua
punca.
Pertama,
orang itu sememangnya tidak ada langsung niat untuk meneruskan ibadahnya itu.
Dia fikir, bulan Ramadan adalah masa untuk beribadah sebanyak banyaknya dan
kemudian berakhirnya Ramadan, maka berakhirlah kerajinan dalam beribadah. Tidak
salah untuk beribadah sebanyaknya dalam bulan Ramadan. Malah itu tersangatlah
bagus. Tetapi, yang salahnya apabila kita tidak menyimpan hasrat untuk
meneruskan amalan kita sepanjang Ramadan di masa yang lain, selain Ramadan.
Disebabkan wujud golongan sebeginilah wujudnya istilah ‘hamba Ramadan’.
Sedangkan Allah swt itu bukan sahaja tuhan bulan Ramadan. Allah juga tuhan
kepada Syawal, Zulkaedah, Muharram, RabiulAwal dan bulan yang lain lain. Allah
itu tidak wujud dalam Ramadan sahaja, malah Allah juga wujud di masa masa yang
lain juga. Maka, mengapakah momentum ibadah hanya terbina di bulan Ramadan dan
tidak diteruskan di bulan bulan yang lain juga?
Mengapa kita mampu menyembah
Allah sebaiknya dalam Ramadan tapi tidak mampu melakukan perkara yang sama di
masa yang lain?
Tidakkah aneh situasi sebegini?
Moga moga
kita diselamatkan Allah agar tidak tergolong dalam golongan ini. InsyaAllah.
Wujud juga
golongan kedua di mana mereka ini sememangnya berhasrat untuk meneruskan amalan
yang dikerjakan di Ramadan di masa yang lain juga, tetapi mereka gagal
melakukannya. Mereka istiqamah pada hari pertama dan kedua selepas Ramadan.
Tetapi, masuk hari ketiga, mereka mula mengalami kesukaran dalam meneruskannya,
lantas momentum itu terhenti jua.
Jadi, apa
yang harus dilakukan agar momentum ibadah kita dalam Ramadan tidak terencat
begitu sahaja di bulan dan masa yang lain?
jzkk! |
Berikut
merupakan metode atau kaedah yang dapat saya kongsikan agar kita dapat mengatasi perkara ini, seterusnya
menjadi hamba Allah yang lebih soleh dan diredai olehNya.
1)
Minta
pertolongan pada Allah swt
Doa senjata
orang mukmin. Kepada Allah sahaja kita meminta petolongan. Dia lah tempat kita
meminta, mengadu dan bersandar memohon pengharapan. Sebenarnya, istiqamah kita
dalam amalan hanya mampu dicapai dengan izin Allah. Pastinya Allah tempat yang
paling layak untuk meminta diberikan kekuatan dalam beribadah. Malah kalau kita
amati seruan azan pada
Hayya alas Solah! (Mari Mendirikan Solat)
Hayya alal Falah! (Mari menuju kejayaan)
Apa yang harus kita jawab setelah mendengar dua
seruan ini.
Ya!
''Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim. '
'Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."
Jelas
bukan, sedangkan ingin mendirikan solat dan menuju kejayaan pun perlu kita mohon
pertolongan daripada Allah swt, apatah lagi niat yang lebih besar. Misalnya,
memohon diberikan tenaga dan azam yang kukuh untuk beribadah!
2)
Berdikit
dikit
Menurut
Kamus Dewan, berdikit dikit bermaksud ‘mengerjakan sesuatu sedikit-sedikit’.
Begitulah juga yang perlu kita amalkan sekiranya ingin terus kuat dalam amalan.
Jangan terus sekali harung mengerjakan segala amalan yang kita lakukan dalam
bulan Ramadan itu. Tak terdaya kita nanti untuk meneruskannya. Contohnya,
jzkk! |
Dalam bulan
Ramadan kita boleh habiskan satu juzuk dalam sehari, tiada salahnya selepas
Ramadan, kita mulakan dengan dua halaman sehari atau yang selesa dengan situasi
kita sewaktu itu. Yang penting, berterusan. Malah sabda Rasulullah SAW,
“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
3)
Bertahap
(Tadarruj)
Tadarruj
ini ada dua maksud. Pertama, suatu pendekatan secara bertahap atau
beransur-ansur dalam memastikan pelaksanaan hukum syarak dijalankan secara
berkesan dan sempurna. Kedua, kita tidak tergesa-gesa dalam bekerja untuk mencapai sesuatu tujuan.
Dalam
konteks ini, maksud kedua lebih sesuai. Ya, dalam usaha kita untuk berterusan
dalam amalan, jangan tergesa gesa. There’s no need for rushing! Kerana yang
kita cari bukan kelajuan, tetapi konsistensi itu yang dikejar. Bersabarlah
dalam beramal.
Jika dalam bulan Ramadan, kita mampu bersedekah sehingga RM100
sehari, janganlah melakukan perkara yang sama selepas bulan Ramadan. Silap
silap hari bulan, rasa tak nak bersedekah pula datang. Mulakan dengan RM1
sehari, dan perlahan lahan tanpa kita sedari kita akan selesa dengan amalan
ini.
4)
Plan
the Routine
Ingat workout
sahaja ada rutinnya? Jika workout pun ada workout yang perlu dipatuhi, apatah
lagi ibadah yang kita lakukan sehari hari. Tentunya lebih lebih lagi.
Dalam usaha
kita untuk konsisten dalam beribadah selapas Ramadan, pastikan kita ada
perancangan. Ada matlamat. Misalnya, dalam masa tiga bulan, aku akan mampu
mengkhatamkan al- Quran. Pastikan apa langkah atau rutin yang perlu diambil
untuk memastikan matlamat ini tercapai. Begitu juga dengan amalan amalan yang
lain. Rancang rutinnya.
5)
Tetapkan
masa dan tempat
Sebenarnya,
sekiranya kita mampu memperuntukkan masa dan tempat yang spesifik untuk sesuatu
ibadah, lebih mudah untuk kita konsisten dalam melakukan ibadah tersebut.
Amalan solat witir, sebagai contoh. Jika kita tidak mampu untuk bangun sebelum
Subuh setiap hari untuk qiamullail, tiada salahnya jika kita kerjakan dahulu
solat witir sebelum tidur. Kita peruntukkan masa sebelum tidur itu dengan
witir. Sekiranya kita bangun qiamullail, Alhamdulillah. Jika tidak, sekurang
kurangnya amalan solat sunat witir itu menjadi amalan qiamullail kita pada hari
itu.
6)
Ganti
kalau tertinggal.
Sekiranya
kita tidak dapat melakukan ibadah tersebut mengikut perancangan yang telah kita
tetapkan, kita harus menggantikan ibadah tersebut. Dan pastikan, sewaktu
mengganti itu, jumlah amalan mestilah melebihi jumlah amalan pada awalnya.
Contoh, kita target dua halaman sehari. Tetapi, entah kenapa pada suatu hari,
kita hanya mampu membaca satu halaman sahaja sehari. Esoknya, pastikan kita baca tiga atau empat halaman untuk menggantikan kelalaian kita semalam. Ini boleh
juga kita kira sebagai hukuman juga kepada diri kita kerana gagal mematuhi
rutin yang ditetapkan. InsyaAllah, disiplin dalam beribadah itu dapat dibina.
7)
Beri ganjaran kepada diri sendiri
Sekiranya
kita mampu memenuhi target amalan yang ditetapkan, tidak salah untuk
mengganjari diri sendiri atas usaha yang telah dilakukan. Ini untuk
memotivasikan lagi diri selain menambah elements of fun dalam beribadah itu
sendiri.
Siapa yang tidak seronok jika tidak diberikan hadiah, bukan? Jika
dapat mengkhatam Quran dalam tiga bulan misalnya, bawalah diri atau keluarga
(jika ada) makan sedap sedap ke, pergi berjalan jalan ke. Kan seronok jika
begitu. Terpulang kepada kreativiti dan kemampuan masing masing dalam memberi ganjaran kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
jzkk! |
8)
Ikat
amalan kita
Apakah
maksudnya ikat amalan ini? Mudah sahaja. Untuk memastikan amalan itu sentiasa
berterusan, kita ikat ia dengan amalan wajib yang perlu kita lakukan harian.
Misalnya, selepas solat fardu, kita lakukan solat sunat dan membaca al-Quran.
Saya pernah mendengar kisah, seorang pak cik yang mengikat amalan sedekahnya
dengan solat Subuh. Bagaimana? Beliau akan memastikan beliau akan membawa RM1
setiap hari untuk disedekahkan ke tabung masjid setiap hari. Malah beliau turut
berpesan kepada isterinya untuk sentiasa mengingatkan beliau akan ikat amalan
ini.
9)
Upgrade
Setelah
memulakannya dengan berdikit dikit, kita pastinya akan mampu untuk konsisten
dengan amalan tersebut. Sehinggakan jika kita tetinggal, selautan perasaan
bersalah dan sedih akan menenggelami diri. Jika sudah sampai ke tahap itu,
upgrade lah ibadah kita. Tingkatkan kuantitinya. Dan pada masa yang sama, jaga
kualitinya agar diterima Allah swt, insyaAllah
jzkk! |
Misalnya, jika tidak mampu ke masjid pada setiap waktu solat, carilah satu masa yang kita betul betul boleh menghadirinya. Kemudian, tingkatkanlah sehingga kita mampu menghadiri lima waktu solat berjemaah di surau atau masjid.
10)
Bersungguh
sungguh
Dalam kita
berusaha untuk terus konsisten dalam beramal, jangan dilupakan kesungguhan yang
menjadi tunjang amalan itu sendiri. Kita tidak mahu, timbul pula kes amalan
yang dilakukan berterusan, tetapi sambil lewa sahaja. Dan akhirnya terhenti
begitu sahaja. Ataupun, amalan itu sudah dicemari dengan pelbagai penyakit
seperti riak, ujub dan sebagainya akibat kesungguhan yang mula memudar. Seperti
taubat nasuha yang perlu dilakukan dengan bersungguh sungguh, begitu juga
dengan amalan kita yang perlu dikerjakan sebaiknya agar diredai Allah swt.
Begitulah
10 tips yang dapat penulis kongsikan. Jika kesemuanya tidak dapat membantu dan
tidak dapat diamalkan, satu dua tips pun jadilah. Kerana penulis pernah terdengar
satu quote
Jika tidak dapat dibuat semua, jangan tinggal semua.
Hasan
Al-Basri rahimahullah pernah berkata:
“Sesungguhnya di antara balasan amalan kebaikan ialah (dimudahkan Allah) melaksanakan kebaikan setelahnya. Dan di antara hukuman atas perbuatan buruk ialah melakukan keburukan setelahnya. Maka, apabila Allah telah menerima (amalan dan taubat) seorang hamba, nescaya Allah akan memberinya taufiq untuk melaksanakan ketaatan (kepada-Nya), dan memalingkannya dari perbuatan maksiat (kepada-Nya).”
Jom sama
sama kita beramal, insyaAllah! Ramadan bukanlah the end, tetapi ia adalah
sekadar pit stop yang menyediakan kita peluang untuk memperbaiki kembali kehausan iman dan pembinaan takwa yang lebih mantap untuk terus meningkatkan prestasi dalam menghadapi litar
perlumbaan kehidupan. Voomm!
jzkk! |
Ditulis oleh
i.j.
No comments:
Post a Comment