Ada satu
kisah yang sangat menyentuh hati mengenai Abu Dzar al Ghifari.
Kisahnya dengan Bilal ra.
Kisahnya dengan Bilal ra.
Abu Dzar pernah merasakan Bilal tidak menjalankan amanah dengan baik. Oleh kerana beliau tidak dapat mengawal dirinya, tanpa disedarinya beliau telah mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya kepada Bilal.
“Hai anak budak hitam!”
Saat
Rasulullah saw tahu akan peristiwa ini, baginda bersabda
“Sesungguhnya
dalam dirimu masih lagi tertinggal sisa jahiliyah”
Sesal akan
perbuatannya, Abu Dzar lantas memohon maaf. Beliau malah meletakkan kepalanya
ke tanah, memohon agar Bilal memijak kepalanya.
Beliau sangat
menyesal. Sangat sedih akan perbuatannya. Sangat kecewa dengan dirinya. Yang mendorong
beliau bertindak untuk bertindak sedemikian rupa.
Mujurlah Bilal
tidak berdendam. Malah memaafkan khilaf sahabat kesayangannya itu.
Kata Bilal.
“Biarlah
ini menjadi urusan Allah swt. Moga ini menjadi kebaikan bagiku kelak”
Bukanlah niat
di sini untuk merendahkan Abu Dzar. Malah, beliau ini adalah sosok yang
diiktiraf sendiri kebenaran ucapannya oleh Rasulullah saw.
Peristiwa ini
tidak sediketpun mengurangkan kredibiltinya selaku sahabat yang disegani.
Cuma, ini
menjadi satu pengajaran buat kita.
Kita mungkin
akan bergaduh dengan sahabat kita. Kita mungkin akan berkasar dengan sahabat
kita. Baik kita sengaja atau pun tidak. Tapi, itu bukan bermakna kita boleh
terus bermasam muka. Tidak bertegur. Bersikap dingin berdendam. Bertindaklah seperti
Abu Dzar.
Pintalah kemaafan
andai kita yang salah. Menyesal lah. Mintalah ampun pada Allah.
Dan jadilah
seperti Bilal.
Maafkanlah!
Dengan lapangnya.
Benarlah para
sahabat itu adalah sebaik baik generasi!
kredit |
No comments:
Post a Comment