syukur kita masih lagi diberi peluang oleh Allah menghirup udara segar pemberianNya. dan segala nikmat yang tak terbalas oleh kita. ada orang saat ini sedang memegang senjata berjaga-jaga akan kehadiran musuh, ada orang saat ini sedang menahan sakitnya sakaratul maut, ada orang saat ini baru menerima berita kematian, ada orang saat inii menangis melihat kemusnahan harta sendiri. sedangkan kita di uji Allah dengan kesenangan dan sedikit kesibukan. ketahuilah bahawa semua itu tak terlepas dari pengetahuan Allah hatta sesaat per sesaat sekalipun.
dan kali ni nak berbincang soal kupu-kupu. yes kupu-kupu a.k.a rama-rama. ada sesetengah orang cakap, perkataan kupu-kupu @ rama-rama mesti berpasangan atau pun senang cakap double. kita tak boleh sebut 'kupu' atau 'rama' semata-mata. tentu pelik . paling tidak pun, seperti yang kita belajar waktu sekolah rendah dulu, sebut rerama atau kekupu yang menunjukkan makna jama' (banyak). betol kan?
maka, kalau dilihat dari cara nk sebut namanya sahaja dah sespecial tu, bagaimana pula dengan hidupnya?
kehidupan rama-rama bermula dari seekor ulat yang kecil yang kemudiannya bertukar menjadi kepompong, badannya terbujur kaku tergantung didahan atau dedaunan tak kira siang hari panas terik menyengat mahupun malam hari tika dingin menusuk. bahkan kekadang hujan dan ribut menerpa. kepompong tu akan tetap disitu untuk mengumpul kekuatan demi menjadi sesuatu yang baru, yang lebih bermakna.
sampai saatnya, keluarlah ia dari kepompong setelah mengerah segala kudrat yang ada. maka dapatlah ia terbang dengan bebas di udara seindah mata memandang. dan tahukah kita, jika kita yang menolongnya untuk keluar dari kepompong itu, hatta dengan alasan kasihan melihat kesusahannya, sudah pasti si rama-rama tersebut tidak dapat terbang di udara. nazenara, kesusahan dan kepayahan yang dijana oleh rama-rama itu untuk keluar dari kepompong itulah sebenarnya yang memberi kekuatan kepada sang rama-rama untuk terbang. jika sang rama-rama tidak melalui kepayahan untuk keluar dari kepompong itu, sudah pastinya ia tidak dapat terbang malah pasti akan mati tidak lama selepas itu.
Selama dalam perjalanan panjangnya ternyata tidak pernah rama-rama protes dan menangis, mengeluh, bahkan berputus asa. Kupu-kupu tidak pernah merasa sedih kerana diciptakan dari seekor ulat dan kepompong. Ia tidak pernah merasa kecewa dan kesal, tidak pernah juga ia merasa sial dengan jalan yang Allah berikan, meskipun tak ramai yang mempedulikan perjalanannya yang bermulal dari seekor ulat dan kepompong. Kupu-kupu menerima jalan yang Allah berikan kerana yakin bahwa di penghujung perjalanan yang tidak mengenakkan tadi akan ada kejayaan, keindahan, dan kebahagian. Begitulah kehidupan, Allah yang memiliki ketentuan. Allah punyai suatu alasan dengan segala pertimbangan atas segala ujian, kesedihan, dan kegagalan yang diberikan. Karena Allah hanya menginginkan kebaikan.
Lalu bagaimanakah dengan kalian...??
seekor kupu-kupu mampu sahaja bertahan dalam mengejar impiannya, mampu bersabar dalam mengarungi segala macam ujian dan cabaran yang Allah berikan. Lantas mengapa kita yang diberikan akal dan fikiran terkadang mengeluh hanya kerana satu kepayahan, berputus asa hanya kerana satu kegagalan, sementara Allah telah menyiapkan kita seribu jalan kebaikan. Ingatlah bahwa Allah Maha Mengetahui sementara kita tidak mengetahui. Lihatlah ujian itu dari sisi yang baik kerana setiap yang berlaku pasti terkandung hikmah yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya. =)
Wallahu'alam ^^
No comments:
Post a Comment