Sunday, 26 January 2014

matangkah kita?




 Usia tahun ini sudah  mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun. Usia remaja setahun jagung ini  menandakan tempoh permulaan buat semua  pejuang-pejuang agama bagi  mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak  dipijak dan dihina oleh  Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah tahap  yang amat mencabar, di  mana di sinilah permulaannya, iman kita akan  dibentuk dengan akidah dan  akhlak digauli dengan ramuan ibadah beserta  bi'ah yang solehah.

  Wahai remaja ,

Bukan  ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan   sesuai. Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada   anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu   menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita   mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya

  Sedang  Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung   tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba   yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan   perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan   pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya   dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.

   Syaitan  dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau  puteri-puteri  islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang  segak. Syaitan  dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan  mereka menyelimuti  kita supaya tidak bangun menunaikan solat Subuh  berjemaah apatahlag  bangun bertahajud di hamparan sejadah Qiamulail. Syaitan dan  Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah  dibunyikan di  dalamnya rancak nada dering telefon bimbit,  umpatan-umpatan serta  perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan masa  dan membuang erti  kata sebenar iktikaf.

   Wahai remaja ,

   Kita  mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan   yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan   layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia.   Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan   layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah   tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan   diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?

  Adakah 'buaya-friend'dan 'gila-friend'wajib menjadi sesuatu yang  dominan dalam kehidupan setiap yang  bergelar remaja ? Bagaimana dengan  status remaja islam ? Sememangnya  wajib memilikinya seorang sat atau  maksimun 4 atau bersilih ganti ?  atau status mencari pengalaman di alam  remaja ? Jawapannya sudah tentu  sekali TIDAK !

   Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat hendak  berkenalan dengan  lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan tangan  ataupun bercium-ciuman  pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak ,  semuanya BOLEH !

   Bukan begitu wahai remaja.

   Islam  tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan   bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang   diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar,   berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan   sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut   dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura ?

   Masanya  sudah tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja islam, kita  berjuang  sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga  fitnah Dajjal  dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang  dibelenggu musuh  nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran,  hingga dapat  menjadi penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Janji  Allah itu  pasti

   Bukannya  kita perlu mencari publisiti murahan. Dengan mengacau dan  mengorat  makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja perasaan indah  gelora  Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi  wariskan.  Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus menghasut ; diri  masih  belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun sebenarnya diri  MALAS  melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng  kepada  ibadat dan amalan yang dilakukan.

   Bukan  dengan meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang  dipelihara kesucian zaman-berzaman.
Acuh tidak acuh  mentaati Tuhan ? Macamlah yakin dan pasti sangat dapat ke syurga  seperti Saidina Uthman bin Affan !

  Wahai remaja,
  kita  seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak  ramai.  Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri  sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat. Ayuh celiklah, sedarlah   dan bangunlah memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa   bercerai dengan badan.

  Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
  Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !

  Wahai remaja,
  Ini  bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja   cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan   najis buangan.

  Ayuh berjuang demi maruah  remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan  menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh  yang nyatabagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah   jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan   golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? "  Yaasin : 60-62

mujahidnihon ^^



Sunday, 19 January 2014

speak louder than action.

Dakwahku

Menurut  Syeikh Mahfuz Ali dalam kitabnya iaitu Hidayat al- Murshidin ila turuq al-za’az wa al-khitobah(19790 perkataan Dakwah berasal dari Bahasa Arab (دعي,  يدعو, دعوة) yang bermaksud memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput pada sesuatu yang merangsang kepada sesuatu tujuan. Dakwah daripada kata dasar juga bermaksud permintaan seorang hamba kepada tuhan seperyi firman Allah SWT:




Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.(Al-Anfaal 8:24)


Menurut Nazir Muhammad dalam kitab Khosois ‘Ila Allah, bahawa lafaz Dakwah dalam al-Quran memberi pengertian yang banyak dan ia memberi dua makna iaitu menyampaikan dan menerangkan. Firman Allah SWT;


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Realitinya kita semua mungkin sudah sedia maklum tentang kepentingan dan tuntutan dakwah ini. Persoalannya sekarang, ramai diantara kita yang mengangap tanggungjawab dakwahnya sudah selesai selepas kita menegur dan menasihati orang lain.

Kita mungkin terlupa bahawa kita masih ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu mengamalkan apa yang diajak oleh kita serta  meninggalkan apa yang ditegah oleh kita.


Mungkin mudah bagi ramai diantara kita bagi untuk menterjemah perkataan bahasa inggeris kedalam bahasa melayu. tetapi tersangat susah untuk kita menterjemah WORD (perkataan) kita kedalam bentuk ACTION (perbuatan) harian kita.”


Oleh itu kita perlu sedar bahawa nasihat yang kita sampaikan itu hendaklah terlebih dahulu dituju kepada diri kita sendiri, selepas itu barulah kita memantulkan nasihat itu kepada orang lain. 

Realiti manusia zaman sekarang lebih terkesan dengan dua bentuk nasihat, iaitu;
1.     Nasihat berbentuk WORD (perkataan)
2.     Nasihat berbentuk ACTION (perbuatan)

Seandainya nasihat itu disampaikan dalam bentuk WORD sahaja tanpa disertakan oleh ACTION , akan keluarkan skrip-skrip seperti ini,

“Cehhh!!!! Kau pun tak tutup aurat, ada hati nak tegur aku!”
“ Minah! Kalau nak tegur orang, cermin diri kau tu dulu, faham?”

Sebaliknya jika nasihat itu disampaikan dalam bentuk ACTION sahaja  tanpa disertakan dengan WORD, akan keluarlah skrip-skrip seperti ini pula;

“Bakri, kau tengok mamat tu, bajet alim konon pergi dengar ceramah tiap-tiap malam!”
“ Aku rasa dia buat baik itu mesti ada udang disebalik batu kan?”
“ Roomate aku tu baik orangnya, selalu pergi surau. Tapi langsung tak pernah ajak aku sekali pergi surau sama-sama”


Oleh itu, dalam gerak kerja dakwah gandingan hebat antara WORD dan ACTION perlulah bergerak seiring sejalan seperti merpati dua sejoli, siang dan malam & pagi dan petang. Jangan kita tinggalkan salah satu terutama ACTION.

Sebenarnya terdapat ancaman-ancaman yang telah dikhususkan kepada pendakwah ini. Allah berfirman;





" Wahai orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu apa yang tidak kamu lakukan?. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu perkatakan apa yang tidak kamu kerjakan" 
Assaf ayat 2-3


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)? Maka ia menjawab:Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.
 (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

        Ambik!!! Inilah bentuk-bentuk ancaman dan amaran daripada Allah SWT kepada kita sebagai seorang pendakwah.

 Kesimpulannya, janganlah kita  seperti ˜ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ˜. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ˜cakap tak serupa bikin'!.



Sebagai disklemer, sekali lagi ingin saya tegaskan, akhlak sahaja tidak mencukupi untuk melaksanakan Syahadatul Haq. Sebetulnya ia mesti diiiringi dengan percakapan dan perbuatan yang bersungguh-sungguh, menyeru manusia kembali tunduk dan taat kepada Allah.
Besar harapan saya, post ini akan menaikkan lagi semangat anda di luar sana untuk mentarbiyah dan berdakwah. Semoga Allah memandu kalian, terus istiqamah dan kuat di atas jalan ini.
-gabbana-





berguna pada orang lain #muwasofat tarbiyah

Assalamualaikum w.b.t,


Semoga segala yang dikongsi mendapat manfaat dan keberkatan dariNya.

Pernah tak kita terasa kita tidak dipedulikan?Merasa seperti hidup keseorangan dalam dunia kita sendiri.Belajar seolah-olah untuk hidup,dan kerja hanya untuk kelangsungan hidup!Kadang-kadang terasa seperti dipinggirkan,kerana?kita tak sehebat orang lain,kita tak sekaya orang lain dan macam-macam lagi perasaan yang terdetik.

Sebenarnya,kita perlu yakin setiap manusia ada kelebihan masing-masing yang dikurniakan Allah SWT.Setiap manusia ada kelebihan masing-masing.Hebat bukan?Subhanallah.Setiap manusia ada logam masing-masing.Dalam erti kata lain,logam(kelebihan) yang dapat digunakan sebaiknya.Dan,pernah terfikir tak logam atau kelebihan yang ada pada kita juga boleh jadi berguna pada orang lain?Allah SWT tidak akan jadikan sesuatu untuk perkara yang sia-sia.

Sebagai contoh,kita mempunyai kelebihan iaitu pandai berbicara.Apa yang boleh kita lakukan dengan logam tersebut?Cuba bayangkan betapa bergunanya anda kepada orang lain andai logam tersebut digunakan untuk menyampaikan amal makruf nahi munkar.

Tidak sia-sia logam yang Allah SWT kurniakan pada anda.Malahan,jika memasak ataupun memandu kereta  itu logam atau kelebihan yang ada pada kita,kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.Contohnya,kita menggunakan kelebihan kita dengan menyediakan makanan ketika usrah,majlis-majlis ilmu,kepada rakan-rakan apatah lagi keluarga.Sekurang-kurangnya kita telah memanfaatkan kelebihan yang ada pada kita dan berguna pada orang lain bukan?

Sebenarnya,jadi berguna kepada orang lain banyak caranya.Yang paling utama amal makruf nahi munkar.Sedar atau tidak,menjadi berguna untuk orang lain tak bermakna sesuatu yang boleh Nampak secara terang-terangan.Even sekecil-sekecil perkara pun dikira.Sebagai contoh,berdoa.Semua orang boleh lakukannya bukan?bermaksud semua orang lain boleh jadi berguna untuk orang lain.

Untuk menjadi berguna kepada orang lain sebenarnya,tidak semestinya perlu ditunjukkan,diheboh-hebohkan,malah dengan doa sekalipun kita dapat menjadi berguna kepada orang lain.Doa itu senjata orang mukmin.Dengan izin Allah SWT,mungkin dengan doa tersebut dapat membantu orang sekeliling kita yang dalam kesusahan.

Apa yang perlu kita faham disini,berguna kepada orang lain juga dapat dilakukan dengan ‘menyebarkan’ apa yang kita faham.Jika kita diberi nikmat oleh Allah SWT iaitu,ilmu pengetahuan yang luas,kita sebenarnya dapat berkongsi ilmu tersebut dengan orang-orang sekeliling kita.Apabila kita ‘faham’ sesuatu perkara,atau ilmu,jangan segan atau kedekut untuk berkongsi. Mungkin ilmu atau perkongsian tersebut memberi 1000 makna pada mereka. Betapa bergunanya ilmu yang kita faham kepada orang lain.Dan,tidak semestinya jika kita bijak dalam pelajaran,kaya,menjadi ahli parlimen barulah kita akan berguna kepada orang lain.

Yakin,Allah tidak akan menyia-nyiakan hambaNya yang ikhlas dalam jalanNya.Pernah dengar tak ungkapan ‘The more you give,the more u get’?Mungkin ungkapan ini dapat memberi semangat kepada kita untuk menjadi berguna pada orang lain.Perhatikan Firman Allah SWT,

 ‘Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu’
(Surah Muhammad:7)





Wahh,hebatnya bila kita berguna pada orang lain,dan dalam dalam masa yang sama,kita dapat pertolongan dari Allah SWT,malah Allah SWT mengukuhkan kedudukan  kita.Fikir-fikirkanlah,betapa bermanfaatnya diri kita kepada orang lain,InsyaAllah.Wallahualam.

Saturday, 18 January 2014

Adab dengan Muallim

 bismillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dapat lagi menghirup udara Allah yang percuma ini.
maka tanpa berleter panjang, mari kita teruskan kepada topik kita hari ini. yes, adab dengan muallim!
okay skrg tepuk dada, tanya hati kita, sejauh mana kita beradab dengan muallim kita? percakapan kita okay tak? pernah tak buat muallim kita marah? and pernah tak kita tidur dalam kelas waktu muallim tengah mengajar? hahh, jawab diam2 dalam hati.

sejak kebelakangan nie selalu ja kita baca news2 tentang pelajar belasah guru, pelajar itu pelajar ini, guru dera pelajar, so, sekalii lagi kita tanya diri sendiri, kenapa semua nie berlaku? apa yang kurang sebenarnya?

pernah dgr hadis nie?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

«لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُجِلَّ كَبِيرَنَا وَيَفِ لِعَالِمِنَا»

“Bukanlah termasuk golongan kami, orang yang tidak menghormati orang yang tua, tidak menyayangi yang muda, dan tidak mengerti hak ulama kami.” 
(HR. Al-Bazzar 2718, Ahmad 5/323, lafadz milik Al-Bazzar. Dishahihkan oleh al-Albani dalam Shohih Targhib 1/117)

yaa, nampak tak consequence nya disitu? jika kita sama-sama menjaga adab sesama orang lain, maka takkan terjadi rasa iri hati benci terhadap sesiapa pun. hatta dia seorang gila sekalipun. right? 

and now, mari kita refleksi diri kita sendiri, apakah dengan mendapatkan markah tertinggi manten setiap kali kuiz test exam kita sudah dikira sebagai pelajar yang beradab? sedangkan masuk kelas pun setelah muallim dah start mengajar, shukudai pun tak pernah hantar, main2 semasa muallim mengajar di depan. cukup ke dengan markah tinggi? bagaimana pula dengan akhlak? taknak tinggi juga? 

tahukah kalian apabila di tanya pada setiap muallim dimana sahaja sekalipun, sekiranya di beri dua pilihan, sama ada seorang tolib (baca: pelajar) yang beradab atau tolib yang pandai, mana 1 menjadi pilihan? , 95% daripada nya akan memilih tolib yang beradab, sedar tak? sejauh mana menjadi pelajar yang beradab itu sangat penting bagi kita sebagai pelajar bahkan kita sebagai seorang muslim, sememangnya menghormati guru itu wajib bagi kita. 

apart from that, kalau dikaitkan seorang muallim dengan ilmu, pasti disitu keluarnya satu perkataan, yes! BERKAT. capslock lagi** tahu kan apa itu keberkatan? maka sejauh mana ilmu yang kita dapat selama ini berkat ? please take note, setakat markah tinggi, belum tentu itu menunjukkan ilmu kita memang berkat, begitulah Allah menguji hamba2Nya. sejauh mana kita sedar akan kepentingan mendapatkan ilmu yang berkat ini? hanya ilmu yang berkat yang menjadi buruan para ulama kita, mereka tidak mengejar pencapaian duniawi tanpa mendahulukan pencapaian ukhrawi. ehh faham tak ayat tu? agak sastera rasanya.*

maka mari kita telusuri apa yang ana cakapkan tadi, bagaimana kedudukan adab itu sebenarnya lebih tinggi dari ilmu!

Seorang Salaf berkata kepada anaknya: 
“Wahai, anakku, engkau mempelajari satu bab tentang adab lebih aku sukai daripada engkau mempelajari tujuh puluh bab dari ilmu.”

Ibnu al-Mubarak pernah menyebut:
“Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun, dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun, dan adalah mereka (Ulama’) mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu”.


maka bagaimana dengan kita? bukanlah saya mengajak kalian untuk lari dari jalan yg kita lalui skrg, tapi sudahkah cukup kita menjadi pelajar yang beradab kepada muallim kita? maka sedarlah kita semua, dalam kesibukan kita mengejar markah manten setiap subjek, jangan dilupa apa yang Allah wajibkan kepada kita, tidak kira lah muallim kita itu bukan seorang muslim, tambahan lagi apabila dia seorang muslim bukan? , ini kerana Saidina Ali pernah berkata, “Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan (guru) kepada ku.” 

begitu juga kisahya dengan imam Shafie yang dikisahkan, 

 "Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan hendak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi itu tahu kerana orang badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" 

Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

maka begitulah sidikit sebanyak perkongsian kita pada pagi yang indah ini, marilah bersama-sama kita suburkan kasih sayang sesama muallim kerana merekalah yang mengajarkan ilmu-ilmu Allah kepada kita. akhirul kalam, selamat berjaya kepada semua terutama buat senpai2 U2 yang akan menghadapi kimatsu shiken which is around the corner je kann, tak lupa kepada pelajar2 matrik dan U1, mari tingkatkan ilmu dan akhlak! mari menjadi hamba! mcm moto langit ilahi dah**


maan najah ^^

Sunday, 5 January 2014

BUAT SI HAWA

Jangan kau jadi “pembunuh”




sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni selalu berjemaah di masjid, memilih untuk solat seorang diri sebab nak luang masa dengan kau ?

sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni berkopiah, tiba-tiba menanggalkannya kerana nak mengorat kau yang konon ayu tu ?

sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni khusyuk dalam solatnya, menjadi lalai di depan Rabbnya kerana terbayangkan kau ?

sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni masanya terisi dengan perkara bermanfaat, memilih untuk bermesej dengan kau perkara lagha ?

sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni faham akan larangan Allah dan tegahan Al-Quran, memilih untuk mengabaikannya hanya kerana nak bersama kau ?

sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ini taat kata ibu bapanya, memilih untuk membelakangi mereka, mengutamakan kau ?

sanggup ke tengok seorang lelaki yang berusaha menjaga pandangannya kalah dengan nafsunya kerana kau terlalu menarik perhatian ?



sedarlah hawa .

jika ini yang berlaku,
KAU TELAH 'MEMBUNUH' SEORANG PEMUDA ISLAM, PEJUANG AGAMA .

sedarlah hawa . 

jagalah dirimu . jaga sehabis baik .
jangan jadikan dirimu penyebab kelemahan pemuda Islam, 
penyebab yang membantutkan kemenangan Islam .
penyebab keruntuhan Islam .


- peringatan dari seorang sahabat .

                                          **********************************

"Saya tak nak jadi mawar berduri,
walaupun memiliki duri.
tetap orang ingin sentuh, ingin pegang, ingin cium.
tetapi saya ingin jadi teluki,
sentiasa menjauhi, sentiasa menghindari.
bahkan orang tak kenal pun rupa bentuk teluki.
sebab ia memang sentiasa dipinggirkan, dilupakan.
Ya, saya ingin jadi teluki.
tanpa bau mewangi.
tetapi sentiasa mekar mencari redha Ilahi.
Allahuakbar." 




<copy paste> AZNI

ikhtilat lelaki dan perempuan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t
Pertama-tama dan selama-lamanya, kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah Subhanauwaaala kerna limpah kurnia dan inayahnya kit masih dapat lagi hidup hingga kesaat hari dengan aman. Bayangkan sahabat-sahabat kita di Palestin, Syria, Myanmar, Thailand dan sewaktu dengannya, mereka apabila mengaku Islam, mereka dibunuh, dibom, dirigol dan sebagainya. Walhal kita di Malaysia ni aman je kalau nak mengaku bahwa kita ni Islam pon, taka de orang yang nak tentang pon.


IKHTILAT

TAKRIF IKHTILAT

Ikhtilat adalah kalimah bahasa arab yang menjadi masdar(kata dasar) bagi fiil madhi(perbuatan lalu) ikhtalata, dan mudhari’(perbuatan kini) yakhtalitu.

ikhtilat juga bermaksud pergaulan/percampuran atau lebih tepat lagi adalah percampuran antara lelaki & wanita terutamanya dialam maya.Diluar kita dapat lihat secara zahir perhubungan antara lelaki dan wanita yang terlalu bebas.Itu sudah sedia maklum kan.tak perlu dipertikaikan lah! Persoalannya sekarang, diluar alam realiti iaitu di alam maya dikira ikhtilat jugak ke? 

Jawapannya ya! Ia boleh terjadi pada semua orang termasuk orang yang faham agama. Semuanya ini sebenarnya berlaku atas kelalaian kita dalam menggunakan teknologi canggih yang telah tersedia waktu ini.


Muhammad Ahmad Ismail al-Muqaddam ( Awdah al-Hijab : 3/52) mentakrifkan Ikhtilat sebagai:

"Perhimpunan lelaki dan wanita yang bukan mahram baginya yang mana perhimpunan tersebut membawa prasangka, atau perhimpunan lelaki dan wanita yang bukan mahram di satu tempat yang memungkinkan interaksi di kalangan mereka dengan pandang memandang atau isyarat atau perkataan atau jasad yang tanpa dinding, batas dan penghalang yang mampu menolak prasangka dan kerosakan"

Mesti ramai yang terlepas pandangkan pasal perkara ini? Kalau dekat FB or Twitter mesti suka mesej-mesej, komen-komen, main tweet-tweet dan like sampai lebam kan? Ini semua berlaku sebab kelalaian kita dengan teknologi.

Firman Allah
“Iblis berkata; wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menyesatkan aku, maka sesungguhnya akan aku perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia, dan aku akan menyesatkan mereka semua nya”
(Al-Hijr: 39)

Kalau hari tu, otoka dah menggariskan panduan untuk menjaga Ikhtilat di Alam Realiti, jadi pada hari yang serba indah ini, kami juga nak memberi tips bergaul di Alam Maya yang telah disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha~~~


TIP-TIP BERURUSAN DENGAN BUKAN MUHRIM:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Elak perkataan merayu,menggoda ,merangsang keinginan,keji,lucah mahupun perkatan sia-sia/gurauan berlebihan

4. Lunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara . Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi :


Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19)

5. Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung mahupun platform lain , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ianya menggambarkan keperibadian penuturnya.

6. Pastikan juga perbincangan antara mereka yang berlainan jantina hendaklah diadakan dikhalayak ramai. Seperti contoh, memberi comment yang membina bertujuan untuk ilmu dan memperbetulkan kesalahan. Comment juga boleh dilihat rakan-rakan yang lain.

Jika chat pula, harus menghadirkan orang ketiga dalam perbincangan atau perbualan. Cara ini boleh menjaga kita daripada tersasar tujuan bukan? Khalwat bukan sahaja berada berdua-duaan sesama lelaki dan perempuan, dalam alam maya pun ada. Bukankan syaitan pun wujud di mana-mana? Tetapi tidak perlu beriya sangat sehingga mewajibkan orang ketiga. Jika yakin mampu untuk menjaga ikhtilat, kalian boleh untuk bersendirian. Tetapi perlu hadirkan Allah di dalam hati. Takut dengan Allah.

7. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

8. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

9. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

"Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah."



~Ustazah Fatimah Syarha~