Sunday, 19 January 2014

speak louder than action.

Dakwahku

Menurut  Syeikh Mahfuz Ali dalam kitabnya iaitu Hidayat al- Murshidin ila turuq al-za’az wa al-khitobah(19790 perkataan Dakwah berasal dari Bahasa Arab (دعي,  يدعو, دعوة) yang bermaksud memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput pada sesuatu yang merangsang kepada sesuatu tujuan. Dakwah daripada kata dasar juga bermaksud permintaan seorang hamba kepada tuhan seperyi firman Allah SWT:




Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.(Al-Anfaal 8:24)


Menurut Nazir Muhammad dalam kitab Khosois ‘Ila Allah, bahawa lafaz Dakwah dalam al-Quran memberi pengertian yang banyak dan ia memberi dua makna iaitu menyampaikan dan menerangkan. Firman Allah SWT;


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Realitinya kita semua mungkin sudah sedia maklum tentang kepentingan dan tuntutan dakwah ini. Persoalannya sekarang, ramai diantara kita yang mengangap tanggungjawab dakwahnya sudah selesai selepas kita menegur dan menasihati orang lain.

Kita mungkin terlupa bahawa kita masih ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu mengamalkan apa yang diajak oleh kita serta  meninggalkan apa yang ditegah oleh kita.


Mungkin mudah bagi ramai diantara kita bagi untuk menterjemah perkataan bahasa inggeris kedalam bahasa melayu. tetapi tersangat susah untuk kita menterjemah WORD (perkataan) kita kedalam bentuk ACTION (perbuatan) harian kita.”


Oleh itu kita perlu sedar bahawa nasihat yang kita sampaikan itu hendaklah terlebih dahulu dituju kepada diri kita sendiri, selepas itu barulah kita memantulkan nasihat itu kepada orang lain. 

Realiti manusia zaman sekarang lebih terkesan dengan dua bentuk nasihat, iaitu;
1.     Nasihat berbentuk WORD (perkataan)
2.     Nasihat berbentuk ACTION (perbuatan)

Seandainya nasihat itu disampaikan dalam bentuk WORD sahaja tanpa disertakan oleh ACTION , akan keluarkan skrip-skrip seperti ini,

“Cehhh!!!! Kau pun tak tutup aurat, ada hati nak tegur aku!”
“ Minah! Kalau nak tegur orang, cermin diri kau tu dulu, faham?”

Sebaliknya jika nasihat itu disampaikan dalam bentuk ACTION sahaja  tanpa disertakan dengan WORD, akan keluarlah skrip-skrip seperti ini pula;

“Bakri, kau tengok mamat tu, bajet alim konon pergi dengar ceramah tiap-tiap malam!”
“ Aku rasa dia buat baik itu mesti ada udang disebalik batu kan?”
“ Roomate aku tu baik orangnya, selalu pergi surau. Tapi langsung tak pernah ajak aku sekali pergi surau sama-sama”


Oleh itu, dalam gerak kerja dakwah gandingan hebat antara WORD dan ACTION perlulah bergerak seiring sejalan seperti merpati dua sejoli, siang dan malam & pagi dan petang. Jangan kita tinggalkan salah satu terutama ACTION.

Sebenarnya terdapat ancaman-ancaman yang telah dikhususkan kepada pendakwah ini. Allah berfirman;





" Wahai orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu apa yang tidak kamu lakukan?. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu perkatakan apa yang tidak kamu kerjakan" 
Assaf ayat 2-3


Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)? Maka ia menjawab:Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.
 (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

        Ambik!!! Inilah bentuk-bentuk ancaman dan amaran daripada Allah SWT kepada kita sebagai seorang pendakwah.

 Kesimpulannya, janganlah kita  seperti ˜ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ˜. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ˜cakap tak serupa bikin'!.



Sebagai disklemer, sekali lagi ingin saya tegaskan, akhlak sahaja tidak mencukupi untuk melaksanakan Syahadatul Haq. Sebetulnya ia mesti diiiringi dengan percakapan dan perbuatan yang bersungguh-sungguh, menyeru manusia kembali tunduk dan taat kepada Allah.
Besar harapan saya, post ini akan menaikkan lagi semangat anda di luar sana untuk mentarbiyah dan berdakwah. Semoga Allah memandu kalian, terus istiqamah dan kuat di atas jalan ini.
-gabbana-





No comments: