Usia tahun ini sudah
mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun. Usia remaja setahun jagung ini menandakan tempoh permulaan buat semua pejuang-pejuang agama bagi mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak dipijak dan dihina oleh Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah
tahap yang amat mencabar, di mana di sinilah permulaannya, iman kita akan dibentuk dengan akidah dan akhlak digauli dengan ramuan ibadah
beserta bi'ah yang solehah.
Wahai remaja ,
Bukan ini
masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai. Asyik diifikirkan, difikirkan dan
difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya
tertarik kepada anugerah kecantikan dan
kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu
perkara yang membolehkan kita mendapat
perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya
Sedang Yusuf
yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina.
Inikan kita yang bertaraf hamba yang
hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan
soleh, bukan mengharapkan pahala dan
perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha
Allah.
Syaitan dan
Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri-puteri
islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang segak. Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas
kejayaan mereka menyelimuti kita supaya tidak bangun menunaikan solat
Subuh berjemaah apatahlag bangun bertahajud di hamparan sejadah
Qiamulail. Syaitan dan Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah
Allah dibunyikan di dalamnya rancak nada dering telefon bimbit, umpatan-umpatan serta perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan
masa dan membuang erti kata sebenar iktikaf.
Wahai remaja ,
Kita mesti
menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah
tiba masanya untuk menaikkan layar
supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia. Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh
dengan kapal TAKWA dan layar IMAN untuk
mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah).
Sudah tiba
masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai
NERAKA. Sedarkah kita ?
Adakah 'buaya-friend'dan 'gila-friend'wajib menjadi
sesuatu yang dominan dalam kehidupan
setiap yang bergelar remaja ? Bagaimana
dengan status remaja islam ?
Sememangnya wajib memilikinya seorang
sat atau maksimun 4 atau bersilih ganti
? atau status mencari pengalaman di alam remaja ? Jawapannya sudah tentu sekali TIDAK !
Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat
hendak berkenalan dengan lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan
tangan ataupun bercium-ciuman pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak
, semuanya BOLEH !
Bukan begitu wahai remaja.
Islam tidak
menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah
MASIH REMAJA. Amanah yang diberikan
bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah dan beribadah sehingga berjaya.
Fokus matlamat kehidupan sebenar di
alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan
pura-pura ?
Masanya sudah
tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja islam, kita berjuang
sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga fitnah Dajjal
dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang dibelenggu musuh nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh
kesabaran, hingga dapat menjadi penghuni syurga yang penuh dengan
kenikmatan. Janji Allah itu pasti
Bukannya kita
perlu mencari publisiti murahan. Dengan mengacau dan mengorat
makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja perasaan indah gelora
Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi wariskan.
Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus menghasut ; diri masih
belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun sebenarnya diri MALAS
melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng kepada
ibadat dan amalan yang dilakukan.
Bukan dengan
meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang
dipelihara kesucian zaman-berzaman.
Acuh tidak acuh
mentaati Tuhan ? Macamlah yakin dan pasti sangat dapat ke syurga seperti Saidina Uthman bin Affan !
Wahai remaja,
kita
seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak ramai.
Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat.
Ayuh celiklah, sedarlah dan bangunlah
memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa bercerai dengan badan.
Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !
Wahai remaja,
Ini bukan
hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja cemerlang yang beriman. Bukan sampah
masyarakat yang tidur di laluan najis
buangan.
Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia
mujahidnihon ^^
No comments:
Post a Comment