Jangan kau jadi “pembunuh”
sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni selalu
berjemaah di masjid, memilih untuk solat seorang diri sebab nak luang masa
dengan kau ?
sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni
berkopiah, tiba-tiba menanggalkannya kerana nak mengorat kau yang konon ayu tu
?
sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni khusyuk
dalam solatnya, menjadi lalai di depan Rabbnya kerana terbayangkan kau ?
sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni masanya
terisi dengan perkara bermanfaat, memilih untuk bermesej dengan kau perkara
lagha ?
sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ni faham
akan larangan Allah dan tegahan Al-Quran, memilih untuk mengabaikannya hanya
kerana nak bersama kau ?
sanggup ke tengok seorang lelaki yang selama ini taat
kata ibu bapanya, memilih untuk membelakangi mereka, mengutamakan kau ?
sanggup ke tengok seorang lelaki yang berusaha menjaga
pandangannya kalah dengan nafsunya kerana kau terlalu menarik perhatian ?
sedarlah
hawa .
jika
ini yang berlaku,
KAU
TELAH 'MEMBUNUH' SEORANG PEMUDA ISLAM, PEJUANG AGAMA .
sedarlah
hawa .
jagalah
dirimu . jaga sehabis baik .
jangan
jadikan dirimu penyebab kelemahan pemuda Islam,
penyebab
yang membantutkan kemenangan Islam .
penyebab
keruntuhan Islam .
-
peringatan dari seorang sahabat .
**********************************
"Saya tak nak jadi mawar berduri,
walaupun memiliki duri.
tetap orang ingin sentuh, ingin pegang, ingin cium.
tetapi saya ingin jadi teluki,
sentiasa menjauhi, sentiasa menghindari.
bahkan orang tak kenal pun rupa bentuk teluki.
sebab ia memang sentiasa dipinggirkan, dilupakan.
tetap orang ingin sentuh, ingin pegang, ingin cium.
tetapi saya ingin jadi teluki,
sentiasa menjauhi, sentiasa menghindari.
bahkan orang tak kenal pun rupa bentuk teluki.
sebab ia memang sentiasa dipinggirkan, dilupakan.
Ya, saya ingin jadi teluki.
tanpa bau mewangi.
tetapi sentiasa mekar mencari redha Ilahi.
tanpa bau mewangi.
tetapi sentiasa mekar mencari redha Ilahi.
Allahuakbar."
<copy
paste> AZNI
No comments:
Post a Comment