Assalamualaikum
w.b.t,
Semoga
segala yang dikongsi mendapat manfaat dan keberkatan dariNya.
Pernah tak
kita terasa kita tidak dipedulikan?Merasa seperti hidup keseorangan dalam dunia
kita sendiri.Belajar seolah-olah untuk hidup,dan kerja hanya untuk kelangsungan
hidup!Kadang-kadang terasa seperti dipinggirkan,kerana?kita tak sehebat orang
lain,kita tak sekaya orang lain dan macam-macam lagi perasaan yang terdetik.
Sebenarnya,kita
perlu yakin setiap manusia ada kelebihan masing-masing yang dikurniakan Allah
SWT.Setiap manusia ada kelebihan masing-masing.Hebat bukan?Subhanallah.Setiap
manusia ada logam masing-masing.Dalam erti kata lain,logam(kelebihan) yang
dapat digunakan sebaiknya.Dan,pernah terfikir tak logam atau kelebihan yang ada
pada kita juga boleh jadi berguna pada orang lain?Allah SWT tidak akan jadikan
sesuatu untuk perkara yang sia-sia.
Sebagai contoh,kita mempunyai kelebihan
iaitu pandai berbicara.Apa yang boleh kita lakukan dengan logam tersebut?Cuba
bayangkan betapa bergunanya anda kepada orang lain andai logam tersebut
digunakan untuk menyampaikan amal makruf nahi munkar.
Tidak sia-sia logam yang
Allah SWT kurniakan pada anda.Malahan,jika memasak ataupun memandu kereta itu logam atau kelebihan yang ada pada
kita,kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.Contohnya,kita menggunakan
kelebihan kita dengan menyediakan makanan ketika usrah,majlis-majlis
ilmu,kepada rakan-rakan apatah lagi keluarga.Sekurang-kurangnya kita telah
memanfaatkan kelebihan yang ada pada kita dan berguna pada orang lain bukan?
Sebenarnya,jadi
berguna kepada orang lain banyak caranya.Yang paling utama amal makruf nahi
munkar.Sedar atau tidak,menjadi berguna untuk orang lain tak bermakna sesuatu
yang boleh Nampak secara terang-terangan.Even sekecil-sekecil perkara pun
dikira.Sebagai contoh,berdoa.Semua orang boleh lakukannya bukan?bermaksud semua
orang lain boleh jadi berguna untuk orang lain.
Untuk menjadi berguna kepada
orang lain sebenarnya,tidak semestinya perlu ditunjukkan,diheboh-hebohkan,malah
dengan doa sekalipun kita dapat menjadi berguna kepada orang lain.Doa itu
senjata orang mukmin.Dengan izin Allah SWT,mungkin dengan doa tersebut dapat
membantu orang sekeliling kita yang dalam kesusahan.
Apa yang
perlu kita faham disini,berguna kepada orang lain juga dapat dilakukan dengan
‘menyebarkan’ apa yang kita faham.Jika kita diberi nikmat oleh Allah SWT
iaitu,ilmu pengetahuan yang luas,kita sebenarnya dapat berkongsi ilmu tersebut
dengan orang-orang sekeliling kita.Apabila kita ‘faham’ sesuatu perkara,atau
ilmu,jangan segan atau kedekut untuk berkongsi. Mungkin ilmu atau perkongsian
tersebut memberi 1000 makna pada mereka. Betapa bergunanya ilmu yang kita faham
kepada orang lain.Dan,tidak semestinya jika kita bijak dalam
pelajaran,kaya,menjadi ahli parlimen barulah kita akan berguna kepada orang
lain.
Yakin,Allah tidak akan menyia-nyiakan hambaNya yang ikhlas dalam jalanNya.Pernah
dengar tak ungkapan ‘The more you give,the more u get’?Mungkin ungkapan ini
dapat memberi semangat kepada kita untuk menjadi berguna pada orang lain.Perhatikan
Firman Allah SWT,
‘Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu
menolong agama Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu’
(Surah
Muhammad:7)
Wahh,hebatnya
bila kita berguna pada orang lain,dan dalam dalam masa yang sama,kita dapat pertolongan
dari Allah SWT,malah Allah SWT mengukuhkan kedudukan kita.Fikir-fikirkanlah,betapa bermanfaatnya
diri kita kepada orang lain,InsyaAllah.Wallahualam.
No comments:
Post a Comment