Saturday, 7 February 2015

590,976,000. Apakah?

-kredit to duniafarisya.com-

570,976,000?


 Nombor apa tu?



 Haa, tak tau kan... Sedang saya dan kawan-kawan demam final exam ni, tergerak hati nak ‘throwback’ zaman muda-muda kita dahulu.


Pernah tak kita terfikir macam mana susahnya menjaga seorang bayi? Kalau anak sulung atau anak tengah mungkin tahu. Tapi disebabkan saya anak bongsu, saya memang tak tahu sampai lah suatu hari saya lihat bagaimana abang saya dan isterinya melayan kerenah anak mereka yang baru lahir.


:')

Saat mula melihat dunia, satu perkara yang cukup ajaib. Tapi saat itu lah yang paling menyakitkan bagi seorang ibu. Sama ada masih bernyawa atau meninggal dunia, menjadi dua kemungkinan yang pasti. Masa itu, si ayah punya lah risau melihat isteri kesayangannya bertarung nyawa. Kadang-kadang tu ada juga ayah yang tergesa-gesa ke hospital walaupun masih dalam waktu bekerja. Tapi secara dasarnya itu lah situasi semasa kali pertama kita melihat dunia. Dalam hospital, sememangnya keadaan agak sejuk. Dengan kipas yang berpusing laju di wad kelas bawah, nak nak lagi kalau wad kelas atas sikit dengan ‘aircond’. Keletihan dan kesakitan, tapi si ibu sanggup korbankan keselesaan dalam sejuk-sejuk itu supaya si anak kecil tidak kesejukan.  Dah pedih-pedih, sakit-sakit bagai melahirkan kita, ada pulak ‘part’ kena berpantang.
 Terbantut hasrat nak makan sedap-sedap. :3


Selesai kat hospital, kat rumah pula. Kelam kabut dia memang tidak tergambar. Si ayah, pagi-pagi sudah keluar rumah mencari rezeki. Urusan rumah seperti biasa, ibu yang uruskan. Dalam sibuk-sibuk urus rumah, nak urus kita pun satu hal lagi. Masa tu lah kita

 buang air, menangis

 lapar, menangis

 tak ada orang layan, menangis

 ngantuk, menangis

 tak dodoi, menangis

 terkejut, menangis

 nak senang cerita segala benda, menangis. Ibu makan sekejap pun kita menangis.


Si ayah pula balik-balik je dari kerja, penat-penat, belum apa-apa lagi dah kena panggil oleh si ibu minta tolong itu, minta tolong ini. Kalau tak pun balik-balik kena layan kita. Kira tukar ‘syif’ lah dengan ibu kita. Bila masuk waktu malam, lagi lagi kita dah tidur lama siangnya, memang malam tu celik je la mata kita. Tapi mata celik ni datang dengan pakej iaitu 'menangis'. Silih ganti lah ibu dengan ayah nak bangun menjaga kita tengah-tengah malam. Tengok-tengok juga kalau-kalau ada nyamuk hinggap, dimatikannya dengan cara paling senyap, supaya tidak mengejutkan kita yang sedang tidur. Biasa kita nak pukul nyamuk, sampai ke sudah ditepuk sana sini tapi tidak mengena juga. Tapi bila nak matikan nyamuk hinggap atas kita, ditekannya dengan jari, lembut-lembut. Hanya kerana tak nak kita sakit atau berasa pedih, yang boleh mengganggu tidur kita nanti.

True. Second after Allah's love and care to us. :)

Tapi..


Macam mana kelam kabut sekalipun, macam mana letih sekalipun, macam mana tak cukup tidur sekalipun. Mereka tetap akan ada berdekatan saat kita memerlukan. Dibelai, ditatang dan disayangi. Hari-hari kita sentiasa diwarnai dengan kehadiran mereka.  

Saat sedih

Saat sakit

Saat mengantuk

Saat lapar

Saat tiada yang melayan

Saat sakit perut nak buang air. eh?

Mereka jugalah yang melayan kita. Saat kita mula meniarap, merangkak, berjalan, berlari, mereka jugalah yang ada di sisi membantu. Dan begitulah rutin mereka sehingga kita besar.


Tapi..


Sebegitu spesel layanan pun, kita, dah besar melawan cakap mereka. Tak dengar cakap mereka. Lupakan mereka. Sibuk sayang orang lain, ibu bapa sendiri tak sayang. Sibuk ‘call’ pakwe atau makwe tiap-tiap malam, ibu bapa sendiri tak pula buat begitu. Tak rasa macam kita ni seorang anak tidak mengenang jasa ke?


Kawan-kawan..Ingatlah..


Hari ini kita mampu berjalan, berlari.


Hari ini kita mampu ke universiti.


Hari ini kita dalam persediaan ke luar negara.


Hari ini kita berjaya.


Semua atas berkat sokongan dan kasih sayang ibu bapa kita..


Hargailah mereka selagi mereka masih bernafas. Kerana. Di luar sana, ada yang sudah tidak berkesempatan menikmati dan merasai kasih sayang ibu atau bapa atau kedua-duanya. Sayangilah mereka. Hormatilah mereka. Jadilah aset berharga yang akan membawa mereka ke syurga. Inshaa Allah.


*cepat-cepat capai phone call mak


p/s : oh ya, nombor tadi merujuk kepada 19 tahun yang lalu iaitu 590,976,000 saat.
Sebab saya umur baru nak cecah 20. Hihi.. =) 


-pocoyo-

No comments: