Friday, 20 February 2015

TGNA : Pemergianmu tidak akan ku siakan.

credit to malaysiaharmoni.com


Bismillah…

Pada tanggal 12 Februari 2015, pukul 9.45 malam, seluruh negara dikejutkan dengan pemergian seorang ulama yang sangat disegani oleh semua iaitu Tok Guru Nik Aziz (TGNA). Berita pemergian TGNA jelas menjadi kejutan kepada semua rakyat Malaysia waktu itu. Malam itu ramai sekali yang berpusu-pusu ke kawasan kediaman TGNA di Pulau Melaka untuk bersama-sama memberi penghormatan terakhir kepada TGNA. Di seluruh Malaysia juga, pada keesokan harinya, solat jenazah ghaib dilakukan selepas solat Jumaat bagi mendoakan kesejahteraan TGNA di dunia dan di akhirat.

Permergian TGNA jelas meninggalkan impak yang sangat besar kepada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam. Ini jelas kelihatan apabila begitu ramai Muslim yang sanggup turun ke kediaman TGNA untuk bersama-sama melaksanakan upacara pengebumian jenazah allahyarham. Bukan itu sahaja, media sosial mahupun media massa  juga memberi ruang dan peluang untuk seluruh rakyat Malaysia menyedekahkan Al-Fatihah kepada TGNA. Kesannnya begitu jelas sehingga hampir seluruh rakyat Malaysia menzahirkan rasa kehilangan TGNA melalui pelbagai cara dan medium.

Yang menarik perhatian penulis ialah, betapa kuatnya perpaduan, persefahaman dan lebih penting lagi kuatnya tali persaudaraan sesama umat Islam dipamerkan ketika mendengar berita TGNA meninggal dunia. Mengapa sampai ribuan sanggup turun ke Pulau Melaka untuk memberikan penghormatan terakhir kepada TGNA?

Sebenarnya, kehilangan TGNA bukan sahaja dirasai di Malaysia sahaja, bahkan di seluruh dunia.

Bagi yang tidak mengetahui, mari sama-sama kita fikirkan mengapa kehilangan TGNA ini ibarat hilangnya sebuah permata yang amat berharga kepada dunia khususnya dunia Islam.

Tahukah anda?

1) TGNA ialah salah seorang ulama yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia namun di seluruh dunia khususnya di Negara-negara Arab.

2) Tarikh TGNA meninggal dunia ialah sama dengan tarikh As-Shahid Imam Hasan Al-Banna meninggal dunia iaitu pada 12 Februari.

3) TGNA bukan sahaja seorang ulama namun turut terlibat dalam arena politik di Malaysia sebagai mantan Presiden PAS, mantan Menteri Besar Kelantan dan sebelum beliau meninggal dunia, TGNA memegang jawatan sebagai Mursyidul Am PAS.

4) TGNA dikatakan antara ulama yang berpengaruh apabila namanya disenarai pendek dalam kalangan ilmuwan Islam yang berpengaruh di dunia.

5) Di negeri Kelantan sendiri, peribadi dan perwatakan TGNA amatlah disenangi dan dihormati oleh rakyat Kelantan termasuk rakyat bukan muslim.

Dan banyak lagi yang tidak terjangkau oleh penulis. Cuba renungkan, 

Kita di sekolah mesti belajar sebuah peribahasa melayu yang berunyi:
“GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING, HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA.” Bukan?

Rakan penulis pernah bertanya kepada penulis:
“TENGOK TGNA, RIBUAN YANG DATANG DAN MENDOAKAN BILA TGNA MENINGGAL DUNIA, AGAK-AGAKNYA KALAU KITA YANG MENINGGAL DUNIA NANTI… ADA TAK YANG DATANG TENGOK KITA???”

Nampak? Sebab yang penulis dapat berikan cukup mudah. Kerana TGNA itu ialah seorang yang sangat BERILMU. Betul kan? Sesuai dengan gelaran TGNA itu sendiri dan dikenali masyarakat sebagai seorang ULAMA. Pada kefahaman penulis, ulama bermaksud ORANG YANG ALIM yakni ORANG YANG BERILMU yang menggunakan ilmunya itu ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Bukan itu sahaja, TGNA juga memenuhi peranan pengutusan manusia oleh Allah ke muka bumi ini iaitu untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan juga seorang khalifah yang memakmurkan bumi Allah SWT.

TGNA berjaya menjadi pemimpin Islam yang disegani dalam mentadbir PAS mahupun negeri Kelantan suatu ketika dahulu.

Mengapa? 

Kerana ketinggian ilmu yang dimiliki oleh TGNA membuktikan bahawa beliau layak untuk menjadi pemimpin Islam yang disegani ramai.

Jadi sudah jelas bukan?

Bahawa Allah amatlah mengangkat martabat orang yang berilmu dalam apa jua bidang sekalipun. Dengan syarat ilmu yang dipelajari dan dimiliki itu tidak digunakan untuk menyesatkan orang lain dan melanggar syariat Allah. Dan Allah amatlah menekankan umat agar senantiasa mencari ilmu pengetahuan apabila ayat pertama iaitu surah Al-Alaq ayat pertama  yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W di Gua Hira’ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah Iqra yang bermaksud 'bacalah' . 

Kerana apa? Cuba fikirkan sejenak sewaktu zaman kegemilangan Islam ketika dahulu adalah sebab lahirnya ramai Ilmuwan Islam yang mengusai setiap bidang ilmu dan senantiasa zuhud kepada Allah. Namun zaman sekarang? Umat Islam seolah menjadi seperti katak di bawah tempurung dan lembu yang dicucuk hidungnya ditarik oleh ideologi Barat. Jadi sebenarnya umat Islam yang sedang nazak ini memerlukan ulama-ulama, pejuang-pejuang, rijal-rijal yang hebat seperti TGNA untuk mempertahankan perjuangan agama Islam itu sendiri. 

Dengan adanya ilmu sesuatu umat dapat mengubah nasibnya, mengembalikan kegemilangan Islam yang penulis percaya masih ada sinarnya, menjadi the first world order kepada dunia dan lebih penting menegakkan ajaran Islam yang benar ini.

Apa yang penulis ingin bicarakan, usah meratapi pemergian TGNA yang sungguh merupakan satu kehilangan besar tehadap umat Islam masa kini, sehingga ada yang menguar-uarkan bahawa, yang patah tak akan tumbuh, yang hilang tidak akan terganti, permata yang sudah hilang sudah tidak akan wujud dan lain lain yang seolah-olah menunjukkan bahawa TGNA sahajalah harapan yang tinggal untuk umat yang sedang nazak ini…..

SEDARLAH!!!

Bahawa pemergian TGNA ini ialah TITIK TOLAK KEPADA KEGEMILANGAN ISLAM!!!

BANGKITLAH!!!

Yakinlah bahawa yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan ada pengganti. Dan penggantinya ialah KITA GENERASI PEMUDA PEMUDI ISLAM!!!

BAGAIMANA?

Bemula dengan peranan kita sekarang iaitu sebagai PENUNTUT ILMU. Tidak kiralah anda sebagai pelajar JAD mahupun bukan. Perkara yang boleh dilakukan ialah BESUNGGUH-SUNGGUH dan NIAT KERANA ALLAH dalam menuntut ilmu. Kerana Rasullullah mahupun TGNA juga bermula daripada hanya seorang penuntut ilmu sehingga menjadi khalifah dan ulama yang hebat. Jika mereka boleh mengapa tidak kita?

Pesanan akhir, jika dalam jihad menuntut ilmu, pelbagai cabaran dan dugaan yang anda hadapi misalnya gagal dalam peperiksaan dan lain lain lagi.

Lihat dan renung diri sendiri… adakah niat belajar itu kerana ALLAH? Dan adakah hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia betul-betul dipelihara? Tepuk dada jangan tanya selera, tapi tanya pada iman…. Wallahualam.

Ditulis oleh: zan


-

No comments: