-kredit- |
Manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza-beza. Aku percaya bahawa manusia memang mempunyai citarasa, minat dan cara yang berbeza. Oleh itu, tak pelik lah kalau manusia mempunyai jahiliyyah yang berbeza. Setelah berkecimpung dalam dunia *D&T, istilah Jahiliyyah bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ada yang susah tutup aurat, ada yang segan bila pakai labuh-labuh, ada yang susah nak tinggalkan drama Korea, ada yang susah nak move on dari games dan sebagainya.
Hmmm.. apa ni? Semua nak bash!
Maaf. Tapi itu tak termasuk lagi jahiliyyah jahiliyyah kecil. Tak boleh tengok adik usrah dia bermesra dengan murabbi lain, kecil hati dengan ikhwah lain sebab dia lagi hebat, banyak alasan, malas, pemalas, suka cakap sembang, tak tepati masa, mengumpat bla bla bla....
Ok.
.
Ini bukan entry untuk bash jahiliyyah.
Pertama sekali, kenapa yekk kena move on dari jahiliyyah?
Pernah ditanya oleh kakak usrah, kenapa tinggalkan jahiliyyah?
Ada yang jawab sebab nak bawak bulatan gembira, so tak boleh ada jahiliyyah dah. Kakak itu kurang setuju, lebih tepat lagi, sangat sangat tak setuju.
Kata kakak itu,
"Kita buang jahiliyyah, sebab kita sedar yang benda benda itu dosa, kita buang sebab takutkan Allah. Hanya kerana Allah. Kalau lah awak buang sebab nak 'bawa' adik-adik , so kalau cuti, tak ada usrah dengan adik-adik, boleh la buat jahiliyyah? Tak, kan? Betulkan niat balik ok!"
Jika pembaca sekarang seorang murabbi, selamat meneruskan mujahadah dan tahniah kerana telah berjaya menyentuh banyak hati.Kekuatan dan semangat anda meninggalkan jahiliyyah telah menjadi contoh kepada banyak hati-hati di luar sana yang kita boleh move on dari jahiliyyah, :D
Jika seorang bakal murabbi, awak tak perlu menunggu sehingga menjadi murabbi untuk meninggalkan jahiliyyah
Jika awak belum terjebak dalam kancah tarbiyyah, awak tak perlu tunggu sehingga ada usrah, baru nak move on dari dosa.
Do it now!
Sebab awak adalah hamba Allah. Saya yakin awak sedar ada getaran dalam hati selepas awak melakukan dosa, kerana semuanya bertentangan dengan fitrah kita sebagai hambaNya.
Jangan tunggu sampai Allah tak hadirkan rasa serba salah tu lagi.
So, atas hakikat yang kita seorang hamba Allah, sepatutnya tak adalah suara-suara seperti
"Saya bukan budak usrah so tak payah lah jadi baik."
Kedua,
Besar atau kecil jahiliyyah masing-masing, semuanya tak terlepas dari pengetahuan Allah. Ini bukan masanya untuk menuding jari, menyalahkan sesama sendiri, Tak kisahlah ia jahiliyyah yang obvious, ramai orang tahu atau tak, yang penting Allah nampak. Semuanya ada timbangan dosa sendiri. Pahala yang sekecil kecil zarah pun Allah kira, apatah lagi dosa yang kecil sekecilnya pun pasti ada hitungannya sendiri. Nanti waktu pertemuan kita dengan Allah, semuanya akan ditanya.
"Eleh! kau tu mesej memanjang dengan lelaki, nak tegur aku"
"Aku tak boleh lah dengar nasihat dari orang yang dua kali lima je perangai dia"
"Menyampah la tengok kau hadap movie tu memanjang! jahilyyah tahu jahiliyyah!"
*sambil tangan sibuk reply Wasep yang masuk.*
"Tak nak lah pergi usrah, usrahmates aku tu bukan layan sangat kalau aku cakap banyak pon"
ehhh....
Ya, semua orang buat silap, buat salah. Kita bukan malaikat yang suci dari dosa. Tapi itu bukan alasan untuk terus berbuat dosa. Kena ingat dan harus sedar, dalam Islam, hanya ada jalan hitam dan putih. Benar atau salah. Kebaikan atau kejahilan.What is wrong, is wrong, even though everyone is doing it. Jangan mudah terpengaruh dengan persekitaran.Contoh lah..
Eh, macam ramai je sekarang yang masuk disko, aku pun nak masuk juga lah.
Eh, ramainya tak pergi jemaah maghrib hari ni,aku pun malas lah.
Eh, ramainya post gambar selfie dengan boyfriend, saya mahuuu jugaaaa!
Tahukah anda bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda:
“Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali di anggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu(ghuraba).”
(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, juga dari Ibnu Umar)
Makanya, walau hilang kawan sekalipun (sebab kita tak ikut dia pergi buat benda tak elok), sabarlah. You do it in the right ways sebab jauhkan diri dari benda yang Allah larang
p/s: lepas tu, ajak la kawan tu buat benda baik ok! :)
Ketiga,
Kalau tak mampu lagi untuk tinggalkannya, simpanlah niat dalam hati dalam-dalam.
Semuanya lillahi ta'ala.
Hanya kerana Allah semata.
Dan kalau tak boleh buat juga, janganlah menjadi penghalang untuk mereka yang sedang mencuba untuk berpaling dari dosa. Jadilah supporters yang paling teguh dan kuat kepada mereka!
Jika sedang mencuba, bersabar dan bertahanlah. Allah counts each of your efforts and struggles.
Jika telah mencuba dan telah berputus asa, cuba lagi. Dosa setinggi langit pun, Allah boleh ampunkan. Jika sepanjang malam buat dosa pun, Allah boleh ampunkan keesokan harinya.
(tapi ni bukan alasan nak buat dosa, tiba-tiba esok dah mati, macam mana? )
Jika sedar ia dosa, jangan bertangguh lagi, berlarilah menuju pintu keampunannya yang telah lama terbuka luas!
Wallahu'alam
-DePrinses-
*D&T: Dakwah dan Tarbiyyah :)
*D&T: Dakwah dan Tarbiyyah :)
No comments:
Post a Comment