Sunday, 8 December 2013
3 Hero Islam…. A Mukaddimah.
‘Saidina Umar al Khattab pernah meminta sahabat-sahabatnya yang berkumpul di sebuah rumah agar menyatakan apakah perkara yang mereka impikan dalam hidup ini. Kemudian seorang berkata, “Aku mendambakan agar rumah ini dipenuhi emas yang kelak, bisa ku belanjakan ke jalan Allah SWT,”. Yang lain pula menyambung, “Ku mengimpikan agar rumah ini ditimbuni segala jenis intan dan permata agar nanti boleh juga ku infakkan ke jalan Allah SWT.” Dan pertanyaan mengenai impian mereka ini berlanjutan sehingga mereka sendiri kehabisan impian untuk diluahkan. Akhirnya, Saidina Umar al Khattab pun meluahkan impiannya, “Harapanku berbeza dengan kalian semua, wahai sahabat-sahabatku. Aku menginginkan pemuda-pemuda hebat seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim Maula Abu Huzaifah agar pemuda-pemuda seperti ini mampu membantu dalam menegakkan kedaulatan Islam….’
Hmmm… pastinya kita semua pernah mendengar kisah ini, secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada yang masih ingat, syukur Alhamdulillah, namun bagi yang ingat-ingat lupa atau pertama kali membaca kisah ini, ayuhlah bersama-sama kita mengingati kembali cerita pendek *cerpen* ini.
Pertama sekali, jika kita membaca kisah ini, rasa kagum, takjub akan datang bertandang dalam hati kita dan tangan pula secara automatiknya akan menabik spring tatkala merasai betapa terserlahnya keimanan para sahabat dahulu kala yang hidupnya 24 jam sentiasa terisi dengan ingatan tentang Islam. Hatta impian mereka sekalipun, matlamat akhirnya masih lagi bertujuan untuk mendaulatkan Islam. Benarlah, hidup ini bukanlah sekadar bangun, tidur, makan, minum, mandi, belajar dan lain-lain norma kehidupan yang kita jalani seharian. Malah lebih dari itu, iaitu Islam. Bak kata pujangga ‘Islam is the way of life’. So, let’s change and be better Muslim, eh, not just Muslim, but better Mu’min too.
OK, mari pergi ke fokus utama kisah ini, the Special Three, Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim Mawla Abu Huzaifah.
Apa yang istimewanya tiga sahabat mulia ini sehingga disebut-sebut namanya oleh Saidina Umar al Khattab. Apa yang bestnya tiga pemuda hebat ini sehingga mampu membantu dalam memperjuangkan Islam di muka bumi ini. Apa yang seronoknya jika kita boleh meneladani tiga insan ini dalam hidup kita ?
Segala persoalan ini in shaa Allah, akan terungkai apabila coretan seterusnya bakal membawa kita semua menyusuri setiap satu daripada kisah mereka, keindahan peribadi, kehebatan personaliti, keunikan tersendiri setiap seorang daripada mereka ini dalam menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara malah ke seluruh dunia sehingga diiktiraf sendiri oleh Saidina Umar al-Khattab...
Bersambung…
To be continued…
つつ゛く...
mr. cokelat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment