‘Jiwa kosong, jiwa yang tiada Tuhan di dalamnya, apa yang dibuat hanya nak puaskan kehendak dan minat diri semata mata. Semuanya kosong’ – revisi supperRohani 20.12.13
Assalamualaikum dan semoga sejahtera dunia akhirat!
Alhamdulillah, pertama tamanya, kita panjatkan setinggi tinggi kesyukuran kepada Allah yang satu kerana memberi kita peluang untuk hidup lagi sehingga ke hari ini, walau banyak dosa dan larangan Allah yang kita buat banyak kali. Dan kadang kadang, kesalahan yang kita tahu itu kita tetap ulang hari demi hari, but somehow, Allah still bagi kita peluang untuk hidup dan mencari rezeki di bumi yang kaya raya ni. Sangat dahsyat kesabaran Allah kan? Osem. Syukur. Seribu kali syukur.
Baiklah! Berbalik kepada tujuan asal post ini ditulis, sama lah seperti tajuknya yang terdiam baik di atas, mari lah kita cuba untuk revisi eksplorasi sikit sikit mengenai hadis ghulam yang pernah di katakan sebelum ini. Oh, jika ada yang masih tidak sempat untuk tahu mengenai hadis ghulam ni ( toki doki di panggil hadis pemuda) , sila lihat di sini.
So, secara ringkasnya, jom kita cuba ingat balik mengenai hadis tadi. Well, hadis ni melibatkan kisah sang pemuda, yang dipilih oleh pemerintah untuk menuntut ilmu sihir dengan si tukang sihir. Dan pada satu hari, al kisah bermula tatkala si pemuda bertemu Rahib, insan yang beramal dengan ilmu langit dan pada masa itu jugalah, sang pemuda berminat untuk belajar dengan si Rahib itu tadi. Kisah tragedik si pemuda berupaya membunuh singa menggunakan batu dengan izin Allah, menguatkan lagi keyakinan si pemuda untuk mengaji dengan si Rahib, dan at the same time, si pemuda menuntut dengan tukang sihir. Epik bermula apabila si pemuda berkata kepada si pejabat raja ( ala-ala pekerja raja ) yang sakit untuk berdoa kepada Allah jika mahu sembuh dek kerana tiadalah upayanya si pemuda untuk menyembuhkan. Dan dengan izin Allah, pejabat raja pun sihat walafiat. Namun, kisah tragis ini diteruskan tatkala pemerintah yakni raja marah apabila si pejabat raja, rahib dan pemuda mengatakan bahawa dia bukanlah Tuhan yang sebenar. Tuhan yang satu hanyalah Allah dan kesannya, maka di bunuhlah si pejabat raja dan rahib dengan kejam yakni di gergaji tubuh badan mereka kepada dua. Kejam. Sangat kejam. Namun, raja tidak terus membunuh pemuda, tetapi menyuruh beberapa orang-orang raja untuk bawa si pemuda ke gunung nan tinggi dan tengah tengah laut biru, dan jika si pemuda masih tidak mahu pulang ke agama asal, bunuhlah dia dengan mencampak dari puncak gunung atau humban kan sahaja ke dalam laut. Ironinya, si pemuda masih hidup. Klimaks berlaku apabila pemuda katakana bahawa, raja hanya mampu membunuh pemuda dengan hanya menggunakan wadah panahnya, dan panahlah dirinya tatkala dirinya di salib di batang pohon, di hadapan himpunan orang ramai, di padang luas dengan syarat raja berkata “dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda”. Dengan izin Allah jualah, si pemuda mati dan domino-effect nya, ramailah yang beriman dengan Allah, dan raja yang keji perangainya itu menyuruh di masukkan insan insan yang masih mahu beriman kepada Allah ke dalam parit yang terdapat nyalaan api di dalamnya. Satu elemen osem wujud tatkala bayi berkata-kata kepada ibunya yang masih ragu untuk terjun ke parit itu kerana mereka berada di jalan kebenaran.
Tamat.
Fuhh. Dahsyat bila kita fikirkan balik hadis ni. Tak sama rasanya dengan kedahsyatan masalah negara yang kita dengar hari hari. Sebab kalau kita ulang ulang, macam saya cakap sebelum ni, rasa kita berada dekat sangat situasinya. Sama. Hampir sama.
Oleh itu, bergerak ke sesi pemahaman kedua, *chewah* kita lihat watak watak yang diceritakan dalam hadis ini. Well, kita dapat lihat, watak paling besar nya adalah si pemuda dan si raja, yang samalah peranannya sebagai main actor dengan encik shah rukh khan dalam filem filem Bollywood. Si pemuda, yakni si muda belia, yang ada kudrat kuat, gagah perkasa, di cari oleh si pemerintah, yakni insan yang menguasai, ataupun ada kuasa dalam membuat sesuatu keputusan bagi pihak yang lain. Next, si tukang sihir, watak yang maher dalam ilmu sihir sihir, dan ilmu sihir yang kita mudah nak faham di sini, ialah ilmu perubatan yang, secara magisnya, mampu ubatkan pesakit yang sakit. Kunun. Seterusnya, rahib yang mengajarkan ilmu Allah, atau sekarang kita cakapkan ilmu yang berkaitan tauhid dan ilmu berkait dengan Allah swt.
Watak watak tambahan pun ada contohnya si singa, bayi yang berkata kata bersama-sama ibunya dan orang kampung. Watak watak tambahan ini juga penting untuk membuat kisah hadis ini menarik. Oh, sangat menarik.
Baik, sekarang kita cuba fikir secara lebih luas, tak terperuk dengan huruf huruf jepun semata. Kalau orang tua tua dulu kata, fikir di luar kotak. Hmm, let see. Kisah hadis yang diceritakan ini sememangnya kisah yang benar lah as nama pun hadis yang datangnya daripada Rasulullah sendiri.ok, untuk membuat diri kita ada ter*rasa dengan kisah ni, cuba kita ubah situasi yang berlaku dalam kisah ini kepada kisah eksklusif kita, yakni insan yang hidup dalam tempoh yang kununnya, serba serbi canggih dari sekecil kecil benda sampailah ke sebesar besar alam. Fikir sekejap, masukkan diri kita dalam diri si pemuda, dan lihat sekeliling, siapakah sebenar benarnya manusia ataupun watak watak selain dari si pemuda tadi? Dan bagaimana watak itu tadi memberi kesan kepada diri anda secara langsung atau tidak langsung? Nampak? Kalau tak, cuba fikir dalam konteks negara ni sendiri, kenapa macam macam inisiatif ataupun dasar dibuat untuk tambahkan jumlah orang orang bijak kat Malaysia ni. Boleh? Cuba pelan perlahan.
Jika kamu kamu sudah mula faham apa yang cuba disampaikan, mungkin ada yang dah mula tersengih kerana dah dapat relate kan kehidupan kalian yang hectic itu dengan kisah hadis yang Allah mahu kita ambil pengajaran daripadanya. Kalau ada yang masih buntu, apa sebenarnya makhluk ni cuba sampaikan, berbelit belit, jom kita cuba refleksi sikit kehidupan kita kita yang .. hmm.
Pertama, si pemuda, yakni insan yang ada ilmu pengetahuan kerana bukan lah calang calang orang raja pilih untuk belajar ilmu sihir, atau perubatan ni. Si pemuda ni mesti insan yang akalnya bergeliga, boleh faham sesuatu dengan cepat dan mudah untuk belajar ilmu. Dalam era kita ni, kiranya tensai ( bijak genius) punya manusialah. Namun, tak nak bagi kita ni kembang dek kerana perasan kita ni tensai orangnya, eloklah kita faham sebagai insan mampu dan ada keinginan untuk mempelajari satu ilmu yang baru. So, selesai satu. Bayangkan diri anda sebagai si pemuda tadi. Bagi ada kesan kesan khas sikit chewah.
Next, si pemerintah boleh lah dikaitkan sebagai pemerintah pemerintah di luar sana yang mencari mencari student untuk dijadikan orang orang mereka, dalam kata yang lain, bekerja dengan mereka. Contoh, dari pihak ~sekian sekian~ telah bagi kamu kamu semua duit biaya banyak banyak, dan hasil daripada duit itu, kamu akan teruskan dengan pengajian, dan kemudian besar kemungkinan kamu akan bekerja dengan mereka, atau kerja menambahkan lagi aset kerajaan dan menggemukkan lagi poket negara, berbakti kepada negara terchenta. Chewah. So, si pemerintah ini adalah orang yang berkuasa untuk ambil kita, bagi lah kita duit atau apa yang kita nak sekalipun dan kemudian, kita sebenarnya kerja bawah mereka. Erk. Korang korang boleh fikir dalam side yang baik je lah ye. Ha! Pemerintah ni jugak, kalau nak relate dengan zaman sekarang, kira syarikat syarikat besar besor kat luar sana. Erm. Faham?
Ok, seterusnya, si ahli sihir. ha, untuk ahli sihir ni, korang jangan salah faham sihir yang boleh terbang2 ataupun sihir sesat yang lagi menyesatkan tu. Sihir yang ni kita fikir sebagai satu cabang ilmu la. Dari kisah ini, rasanya, lebih mudah untuk kita faham sebagai ilmu perbatan, yang boleh sihatkan manusia hasil daripada ilham dan ilmu Allah. But, kita boleh jugak masukkan situasi kita, dalam erti kata lain, andai korang sedang berpeluh menelaah bidang engineering, kita anggap sebagai bidang engineering, kalau kita sibuk mengkaji ekonomi ataupun sastera bagai, kita anggap macam tu. Barulah boleh masuk dengan kisah ini dan dapatlah pengajarannya. Yep! So tukang sihir ini adalah pemberi ilmu atau ada yang ayat kontroversinya, lecturer etc lah. Eh! Jangan ingat tukang sihir ni sesat ke plak, ataupun yang cuba aku kaitkan sebagai ‘lecturer’ tu , aku nak cakap lecturer tu sesat. Bukan bukan. Tu korang yang sesat. Maksud aku adalah lecturer ni adalah insan yang ada ilmu banyak dalam satu bidang dan tugas dia nak sampaikan ilmu yang dia ada tu kepada kita kita nil ah, waris negara katanya. Bukan berniat nak menimbulkan persoalan besar besar, tapi dengan kita buat persamaan watak ni, lebih mudah untuk kita nak try hadam hadis ni inshaAllah. Haik boss!
Untuk si rahib, boleh lah kita katakan sebagai alim ulama, takpun ustaz takpun insan insan yang anda percaya bahawa dia adalah orang yang sentiasa berusaha nak sebarkan ilmu Allah, jalan kepada Allah, yang ada pengetahuan tentang ilmu Islam Allah.
Baiklah, sesi pemahaman seterusnya, mari kita kaitkan watak watak dalam kisah hidup kita sekejap. Kronologi lebih kurang sama, kita keluar dari sekolah menengah, mana yang ada result cantek sikit, akan ditarik oleh scholar scholar di luar sana yang berlambak lambak, mana yang kurang bernasib baik akan teruskan pengajian kat pusat pengajian yang wujud di Malaysia nih. Seterusnya, selepas kita habiskan pengajian, kita akan teruskan dengan bekerja, untuk bayar balik pinjaman bagi yang meminjam, dan bagi yang peroleh scholar, mostly akan prefer untuk kerja bawah syarikat itu sendiri atau yang tidak ada peraturan kena kerja under pemberi scholar ke apa, at the end kita akan kerja, dan cycle itu still akan berlaku juga.
Eh, cop! Kerja dakwah mana? Kerja nak tau ilmu akhirat mana?
Tertinggal kah? Realitinya, dunia sekarang memang begitu, cakap cakap yang menyuruh kita nak buat kerja dakwah ini kita akan ketepikan. Kata kata yang mengajak kita untuk belajar tentang keesaan Allah kita akan letakkan sebagai pilihan kedua. Kata lainnya, kita akan cakap, ‘nanti nantilah, kalau hima (lapang) nanti kita ambil tahu lah’. Tak pun kita memang tak nak ambil tahu langsung. Sangat keras pendirian anda kalau begitu. Tapi, tak boleh juga nak terus salahkan orang macam tu, kita juga ada salahnya, buat insan insan yang rasa dah terbasah dek inisiatif usrah hati-ke-hati yang berusaha pujuk kita jadi manusia yakni muslim dan mukmin yang berpegang pada jalan Allah. Kadang kadang perilaku kita sendiri yang membuatkan orang kat luar sana berfikir, sama sahaja kesannya sama ada kau join dakwah *or* usrah, still sama. So, fikir fikir sikit.
Eh, dah terlari jauh pulak. Ok, so kalau kita lihat si pemuda tadi, walaupun dia dah dapat petunjuk Allah bahawa ajaran si rahib adalah benar, dia masih lagi menuntut dengan si tukang sihir, memasterkan dirinya dengan ilmu si tukang sihir. kenapa dia tak stop terus? Pada awalnya, aku sendiri tertanya-tanya, kenapa, mengapa dan apa sebenarnya yang berlaku. Chewah. Skema. Tapi, kalau kita fikir lah kan, seseorang itu akan dipandang atau tidak jika dirinya tidak berilmu, antara manusia yang selalu cakap kosong, menyusahkan orang lain dan selalu buat benda-benda yang mencerminkan dirinya tak ada ilmu dengan si professor yang boleh la jugak kita cakap pandai, bijak dan genius, mana yang korang lebih hormat? Semesti mestinya lah,mesti korang akan pilih si professor tadi. Bukan nak cakap kena ada ilmu tinggi tinggi, nanti takut jatuh riak pulak kita ni. Tapi, nak katakan, secara tidak fantasinya, memang kita cenderung untuk lebih pandang orang yang berilmu ini kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ye idok? So, sama lah situasinya dengan si pemuda itu tadi, walaupun dia tahu ilmu Allah itu sememangnya ilmu yang benar, dia still mempelajari ilmu dengan tukang sihir kerana dia tahu kalau dia nak tegakkan ajaran Allah, dia kena dapatkan perhatian daripada semua orang supaya orang tahu akan kebenaran yang sebenar tu. So, dia gunakan pengetahuan ilmu sains nya itu sebagai alat bagi mencapai matlamat asal yakni nak bagi orang lain tahu akan Allah. Hebat. Bijak. Memang bijak.
Scene di mana si pemerintah tidak terus membunuh si pemuda, menunjukkan kepada kita yang si pemerintah itu tidak ada apa apa kuasa pun, sebab dia still berharap bahawa si pemuda itu kembali kepada agama asal untuk dia gunakan segala kefahaman yang dah si pemuda tahu daripada si tukang sihir. kalau zaman sekarang, nak tunjuk kat kita duit gaji bagai belum jamin apa-apa, ilmu yang kita ada amatlah diperlukan untuk bangunkan negara, satu satu syarikat atau apa sekalipun. But, mungkin sekarang lain sikit, sebab kalau kita di fire sekalipun, banyak lagi graduan di luar sana yang boleh di ambil kerja. Tapi, nak bagitahu kita bahawa, dalam diri orang yang berkuasa atas kita itu sendiri, rasa takut still ada sebab golongan seperti itu mahukan ilmu yang ada pada kita, bukan seperti Allah yang sudah sedia ada ilmu yang maha luas. Sangat berbeza.
Kat sini, nak ditekankan bahawa, walau kita sibuk menelaah ilmu pelajaran yang kadang kadang buat kita gila sekejap, kenalah kita cari masa untuk luangkan masa untuk Alllah. Waktu untuk baca al-Quran, waktu untuk kita berdakwah even dalam dakwah dalam bentuk paling simple sekalipun, tidak mahu tidak, kena jugak kita spend. Sebab takut nanti, masa kita jadi tak berkat. Kadang kadang belajar banyak mana sekalipun, exam, shiken dan sebagainya still tak perform. Mungkin itu tanda tanda daripada Allah yang Allah juga boleh kedekut masa dengan kita kalau kita kedekut masa dengan Allah. Betul. Ini betul betul punye cerita.
Apa lagi yang boleh kita dapat daripada hadis ghulam ni? Mungkin ada yang tersalah faham bila ada satu part dalam hadis tu yang cakap begini.
Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.
Ada yang salah guna hadis ni dan mengatakan Islam membenarkan kita menipu. Islam tidak sesekali membenarkan kita menipu. Tiada istilah bohong sunat dalam Islam. Cuma dalam kes ni, situasinya berbeza. Cuba bayangkan kalau si rahib tak suruh ghulam buat macam tu. Apa akan jadi? Ghulam dah tidak boleh belajar ilmu dari si rahib. Terputus ilmu. Islam tak ke mana. Tipu tidak pernah dibenarkan dalam Islam kerana keburukannya yang besar. Namun dalam situasi di mana keburukan akan menjadi lebih besar sekiranya tidak menipu, maka ketika itu hukumnya adalah wajib menipu.
Sama juga situasinya di zaman Rasulullah, berkenaan dengan kisah Ammar. Bila dia sudah nyaris dibunuh, dia mengatakan dia tidak beriman dengan Allah dan RasulNya, meskipun hatinya tidak mengiakannya. Rasulullah iktiraf perbuatan dan iman Ammar kerana dalam keadaan darurat.Di dalam Islam, kita dibolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran. Contoh macam kita la kan, mungkin kalau nak pergi program agama, ayah dan ibu kita tidak beri izin. Apa kita nak buat? Jangan berbohong, tapi berdalih. Katakan pada ayah dan ibu kita, kita nak pergi program motivasi. Kita tak berbohong, bukan? Sebabnya kalau kita program agama, dengar kisah ghulam misalnya, kita akan termotivasi, bukan?
Macam jugak dalam kisah Rasulullah SAW. Rasulullah lihat ada seorang pemuda Mukmin yang dikejar oleh musuh. Musuh tersebut tidak mengenali Rasulullah dan bertanyakan Rasulullah, adakah Rasulullah melihat pemuda tersebut. Apa Rasulullah lakukan? Rasulullah ubah kedudukan dia dengan melangkah ke tempat lain dan Rasulullah mengatakan, ”Sewaktu aku berada di sini, aku tidak melihatnya”. Rasulullah menipu ke? Tidak, tetapi sebaliknya Rasulullah berdalih.
Macam jugak perjalanan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Bila ada yang bertanyakan Saidina Abu Bakar, siapakah Rasulullah, Saidina Abu Bakar mengatakan bahawa Rasulullah itu adalah ’penunjuk jalan’ untuk menjaga keselamatan Rasulullah. Mungkin di mata orang yang bertanya, Rasulullah adalah orang yang tahu selok belok perjalanan ke sesuatu tempat, tetapi di hati Saidina Abu Bakar, dia tahu bahawa Rasulullah adalah ’penujuk jalan’ yang lurus. Saidina Abu Bakar berbohong ke? Tak, sebaliknya berdalih.
Dalam hadis ghulam ni juga ditekankan tentang kepentingan menjaga ’sirr’/ kerahsiaan.
Sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku”.
Kenapa rahib tidak benarkan ghulam menunjukkan diri si rahib? Sebab ni adalah perkara kerahsiaan. Ada perkara yang kita perlu jaga dalam perjuangan sebab musuh Islam sentiasa mencari jalan menghancurkan kita. Kerahsiaan (sirr) dan berhati-hati (hazar) ini adalah salah satu strategi dalam Islam. Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, sabar dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan. Malah hadis ini diletakkan dalam bab sabar di dalam kitab Riyadhus Salihin. ( perihal penerangan tentang isu berdalih dan isu kerahsiaan diperoleh daripada farairina.blogspot.com).
Baiklah! Sedikit sebanyak, dapatlah jugak kita faham tentang hadis ghulam ni. Tambahlah juga pengetahuan kita kan. Tapi nak diingatkan sekali lagi, bahawa, intipati dan ulasan ini hasil daripada pemahaman si penulis dan tengok tengok internet supaya ilmu bermanfaat seperti ini mapu bagi kita something. Tak begitu? So, kenapa encik, cik, tuan, puan, di luar sana, ingatlah, Allah itu sentiasa ada di mana-mana. Berusahalah untuk dekatkan diri kita kepadaNya. Allah itu maha penyayang. inshaAllah kita akan peroleh bahagia.
No comments:
Post a Comment