PERHIASAN DUNIA ?
Bismillahirrahmanirrahim J
Perhiasan dunia? Ape eh? Banyak je kan
perhiasan dalam dunia nie yang lawa-lawa, comel molek. Yang mahal ade, murah
ade, pendek kate banyak lahh. Tapi kan, yang paling lawa ape eh ? J
“Al’maratul solehah khairun mina dunya wa
ma fiha”
(Wanita solehah itu lebih baik dari dunia
dan isinya)
Sokmo je kan kita dengar ayat tu, “Seindah
hiasan dunia ialah wanita solehah”. Popular la ayt ini. Semua orang tahu, semua
orang sebut. Even mahal mana pun perhiasan tu, comel mane pun, berkilat mane
pun, diperbuat dari kaca ke permata ke ape, TAPI takkan pernah mampu untuk
menandingi kecantikan wanita solehah. Tu lah perhiasan yang PALING berharga
dalm dunia nie J
So nk cakap kat sini betapa istimewanya kan menjadi seorang
perempuan ini? J
Tapi wanita solehah tu macam mane eh?Senang
je ke nk jadi wanita solehah tu?Dulu saya selalu sahaja mengangguk kalau ada
yang berpesan ‘ Nanti jadi anak yang solehah ye, solehah yang dapat mendoakan
kedua ibu bapa nanti” . Maksud solehah yang saya hadam ketika itu adalah
perempuan yang baik, mudah sahaja. Hari ini saya melihat dunia. Dunia reality
dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk dicari. Sayang rasa
dan pendam sendiri. Untuk menjaga aurat dengan sebaiknya, menjaga ikhtilat
antara lelaki dan perempuan, menjaga pandangan. Untuk menjaga iman dan akal
hati. Sentiasa terdetik dalam hati ini,
“YA ALLAH susahnya untuk menjadi wanita
solehah iniini, Bertalu talu ujian yang menimpa.”
Firman ALLAH SWT di dalam surah al Jathiah
ayat 23 :
“Maka
sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan
ALLAH membiarkan sesat berdasarkan ilmunya. Dan ALLAH telah mengunci mati
pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?Maka siapakh
yang mampu memberinya petunjuk setelah ALLAH membiarkannya sesat?Mengapa kamu
tidak ambil pengajaran?”
SubhanALLAH..Takutnya.. Takutnya kalau
ALLAH mengunci hati ini. Betapa susahnya kan nak capai title ‘muslimah sejati’
tu. Syaitan sentiasa menggoda kita. Tapi tu sebenarnya bergantung kepada diri
kita sendiri jugak. Sama ada hati kita kuat ke tak nak melawan godaan syaitan
tu. Hati manusia nie pulak berbolak balik. Kan dalam diri setiap manusia tu ade
je perasaan nk berubah jadi lebih baik, even sikit pun. Tipu la kalau takde.
Tapi sama ada hati kita kuat ataupun tidak nk melakukan perubahan tu. Bila dah
berubah, nak istiqamah pulak dah jadi susah. Kite kene ingat tau syaitan nie
ade je skmo nk hasut kite jadi jahat balek. Tapi tu la ujian kan? Ingat senang
ke nak jadi baek nie? Susah laaaa. Tapi tu la, hati nie haa kena KUAT. And
untuk hati yang berbolak balik, doa la senjata yang paling mujarab. Nak lawan
nafsu nie nie bukan senang. Perkara yang sangat susah. But then, knape kite
perlu senang sgt nk berputus asa nk lawan nafsu tu? Bila berubah knape nk mudah
sgt nk putus asa nk jadi baek tu?Fikirla yang terbaek. Hidup kat dunia nie
sementara je, yang kekal di akhirat sana. Typical orang sekarang, pakai tudung
labuh je ustazah. Jubah je ustazah. Pedulikanlah ape orang nak cakap tu. Bukan
kita gune kain dyeorang pun.
Tapi bukan la nk cakap nk jadi muslimah
sejati tu kena pakai tudung labuh. Tapi ISLAM mewajibkan seorang wanita tu
untuk menutup aurat dengan sempurna. So buatlah apa pun untuk pastikan kita
tutup aurat dengan sempurna. And yang pasti dalam AL QURAN ade menyebut supaya
kita melabuhkan tudung.
“Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)
So ?
JSungguh, mujahadah itu pahit. Tapi yang pasti syurga menanti J
Kan wanita solehah itu kuat jiwanya, teguh
azamnya. Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan
wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyakah satu peranan yang amat kecil, tetapi
muslimah sejati ini dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang
tersembunyi. Itulah yang terbaik. Muslimah juga tidak dilihat dari bentuk tubuh
badannya yang mempesona itu. Muslimah sejati bukannya dilihat dari sifat
mesranya bergaul tetapi dilihat sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan
dirinya dalam bergaul. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak
dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia
menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada ALLAH,dan dia
sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Jom same2 kite berusaha untuk jadi muslimah
yang sejati insyaALLAH ! ^^
SR ^^
No comments:
Post a Comment