Friday 7 February 2014

exam fever




mari minna! 頑張ろう!!!

MATRIK & U1 - 期末試験
U2 - TRAINING & FLY ^^


Sunday 2 February 2014

3 Hero Islam…#1 Abu Ubaidah bin Jarrah


Sosok pemuda yang kurus tinggi itu sangat disenangi semua orang. Wajahnya yang indah berseri, dihiasi mata yang bersinar, sikapnya yang ramah, lemah-lembut, rendah diri juga pemalu, membuatkan setiap orang suka kepadanya.
Beliaulah Abu Ubaidah bin Jarrah atau nama sebenarnya Amir bin Abdillah bin Jarrah al-Fihri al-Qurasyi. Peribadi beliau yang mulia turut diungkapkan oleh salah seorang sahabat, Abdullah bin Umar. Kata Abdullah “Ada tiga orang Quraisy yang elok wajahnya, mulia akhlaknya serta pemalu pula. Tidak pernah berdusta dalam bicaranya dan tidak pula secepatnya mendustakan bicara orang lain. Merekalah Abu Bakar as-Siddiq, Usman bin Affan dan Abu Ubaidah bin Jarrah.”
Abu Ubaidah merupakan salah seorang daripada kelompok pertama yang memeluk Islam. Sehari selepas Abu Bakar as-Siddiq memeluk Islam, beliau bersama-sama dengan Abdul Rahman bin Auf, Usmah bin Mazh’un dan Arqam bin Abi Arqam menemui Rasulullah SAW untuk melafazkan kalimah suci syahadah di hadapan baginda, lantas menjadi salah seorang insan terawal memperjuangkan Islam di bumi Mekah.
Menjadi salah seorang daripada kaum Muslimin awal di Mekah, beliau turut mengalami zaman penindasan yang begitu hebat oleh kaum Musyrikin Mekah. Segala kekerasan, kesusahan, kesedihan dialami beliau bersama para sahabat dan juga Rasulullah SAW sendiri. Namun, kesetiaannya kepada Rasulullah tidak pernah goyah, malah semakin teguh dan kukuh kepercayaannya kepada agama Islam.
Ketika Perang Badar, Abu Ubaidah turut menjadi salah seorang pahlawan Islam yang gagah berani. Kelibatnya dalam mengkucar-kacirkan barisan hadapan musuh, tanpa sekelumit pun rasa takut, menjadikan dirinya antara sasaran tentera kaum Musyrikin.
Diceritakan sewaktu Perang Badar, Abu Ubaidah bin Jarrah telah dikejar dengan bengisnya oleh seorang lelaki. Abu Ubaidah berusaha keras untuk tidak berlawan dengan lelaki itu, sehingga akhirnya tidak ada ruang untuk beliau melarikan diri lagi. Abu Ubaidah terpaksa berhadapan dengan lelaki itu, dan akhirnya lelaki itu tewas di mata pedang Abu Ubaidah bin Jarrah.
Tidak dinafikan, tindakan kaum Musyrikin Mekah terhadap kaum Muslimin begitu melampaui batas sehingga tidak mengenal erti persaudaraan. Rupa-rupanya, insan yang tewas di mata pedang Abu Ubaidah itu tidak lain tidak bukan, orang yang begitu dekat dengan dirinya, iaitu ayah kandungnya sendiri, Abdullah bin Jarrah ! Sesiapa pun pasti terkejut ! Abu Ubaidah bukanlah membunuh ayahnya, tetapi beliau membunuh kemusyrikan yang telah menguasai hati ayahnya sejak sekian lama. Malah, peristiwa ini turut dirakamkan dalam al-Quran, surah al-Mujaadalah ayat 22

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٢٢)
Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapanya, anaknya, saudaranya atau keluarganya. Meraka itulah orang-orang yang dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari-Nya. Lalu dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Merekalah golongan Allah. Ingatlah, sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung.

Biarpun kisahnya diceritakan dalam al-Quran, namun ini tidak sedikit pun menyebabkan Abu Ubaidah bin Jarrah mendabik dada. Malah imannya bertambah kukuh dan semakin bertambah keikhlasannya dalam memperjuangkan Islam yang mulia.
Abu Ubaidah turut dikenali sebagai orang kepercayaan Rasulullah SAW. Ini terbukti apabila pada suatu hari, para utusan kaum Nasrani datang kepada Rasulullah SAW meminta agar dihantar seorang sahabat yang pintar untuk menjadi hakim tentang harta yang menjadi punca perselisihan. Rasulullah SAW kemudian menjawab “Datanglah petang nati, akan ku hantar ‘orang yang paling dipercayai’.
Selepas solat Zohor, baginda menoleh ke kiri, ke kanan. Melihatkan Abu Ubaidah, baginda memanggilnya lalu berkata. “Pergilah engkau bersama mereka. Adililah sebaiknya apa yang mereka perselisihkan”.
Abu Ubaidah sentiasa mengikuti perang yang dipimpin Rasulullah SAW sehinggalah kewafatan baginda. Sewaktu mesyuarat pemilihan khalifah pertama, Umar al-Khattab telah memilih Abu Ubaidah bin Jarrah menjadi khalifah dengan menghulurkan tangan kepadanya lantas berkata “Aku memilihmu dan bersumpah setia aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan. Dan orang yang paling dipercayai umat ini ialah kamu (Abu Ubaidah).”
Abu Ubaidah dengan rendah dirinya menjawab’ “Aku tidak mahu mendahului sahabat yang telah Rasulullah SAW minta untuk menjadi imam sewaktu baginda masih hidup (Abu Bakar). Biarpun baginda sudah wafat, marilah kita berimamkan dia juga” Akhirnya dipersetujui Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah yang pertama, manakala Abu Ubaidah bin Jarrah menjadi penasihat dan pembantu khalifah.
Banyak lagi jasa dan pengorbanan sahabat mulia ini dalam memperjuangkan syiar Islam. Kejayaan beliau menguasai seluruh Syam (Syria) antara kejayaan yang paling berprofilik yang pernah dicapai dalam sejarah Islam.  Namun, yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Abu Ubaidah bin Jarrah telah meninggal dunia akibat penyakit taun yang mengganas di Syam ketika itu. biarpun diceritakan Saidina Umar al-Khattab pernah berusaha mengajaknya keluar dari Syam ketika itu agar tidak ditimpa penyakit tersebut, namun beliau menolak kerana ingin bersama-sama rakyatnya sewaktu musibah tersebut melanda.
Sememangnya, sahabat yang satu ini tiada galang gantinya. Orang kepercayaan Rasulullah, ketegasannya, keindahan personalitinya wajar dicontohi. Tidak hairanlah, beliau antara pemuda yang paling diidam-idamkan oleh Saidina Umar al-Khattab untuk membangunkan syiar Islam ketika itu…
Bersambung…
mr. cokelat.
nota kecik: rujukan saya => 100 Tokoh dalam Dakapan Rasulullah oleh Hepi Andi Bastoni, sila dapatkan ye, bagus buku ni… J

                                                       
kredit kat tuan gambar ^ _^