Wednesday 26 March 2014

aku hensem gilaa kan?


Lads and gents. 
Assalamualaikum dan semoga sihat semua nya. Again, syukur kita banyak2 kpd Allah swt dek kerana kurniaanNya, kita masih lg kekal osem, dengan badan yang sihat, muka hensem dan cantik, kiut miut lagi dan bagi kita peluang untuk ibadah lagi kat Allah swt, walau pemalas macam mana pun kita hari hari.

Aku rasa hari ni aku hensem doe. Baju mahal, badan tegap.. sah sah la pompuan gila kat aku. Wow!

Erk. Lawa tak kite arini?tudung ni baru beli kat pasar malam, lawa takk?

Hmm. Isyak pun dah turun surau hari ini. Bapak letup aku kan? Hahaha.

Perasan.

Itu lah yang melanda jiwa jiwa makhluk berakal kini, sama ada yang still terkinja kinja tak pun yang dah declare diri tu sehabis baik, say no to mak siat! Hal macam ini lah yang akan jadi penghalang, jadi penyusah utk jiwa yang cuba kembali, utk stay atau terperangkap dalam situasi yang diorang sendiri tamau. Kadang kadang, penyakit ni kita tak sedar, dia serang kita senyap senyap. Rencana syaitonn itu semuaa! Walaweh. Tak dapat nak sesat total, dia kasi hentam kita diam diam. Payah betul.

Penyakit perasan ni ada dua, satu utk sendirian berhad, dua utk orang lain, kira dok sibuk nak tau hal orang lain. Ish3. Penyakit cenggini payah, kadang kadang kasi putus iktan ikhwah Antara sohabat, family pun boleh. Waduh, sakit ni. Kalau ada dua2 jenis, mau meletup tak tenang tidur jiwa macam ni. Haish. Jiwa kacau.

Tipu lah rasanya kalau nak cakap ikhwah tak pun akhwat kat luar sana tu tak ada penyakit macam ni. Jenis macam ni lagi lah bahaya. Silap gaya, boleh tersasar dari matlamat asal tuh. Fenomena ni dating tak tentu masa. Kadang2 kawan tak cakap kita baik pun kita dah perasan. Terbajet riak di situ. Entah ke mana nanti pergi nya pahala amal tu. tetiba nampak perempuan pakai tudung labuh sikit, mulut tu ringan je nak cakap macam macam kan? “Ish. Tak lama tuu. Bukan ikhlas pun” “saja je tu. tak payah layan la orang macam tu.”  rasa senang je kan nak cakap. Rasa macam air je. -.-“


Haih. Sini nak define sikit bab riak2 ni. Kita focus kat riak ibadat. Itu yang kita takut tu.

riak tu maksud dia buat ibadah tapi semata mata nak cari tempat di hati manusia. macam mana? macam ni.

riak segi badan: hmm. riak ni ditunjuk dengan gaya kita bagi orang nampak kita penat sebab puasa tak pun bising cakap kita puasa walaupun orang tak tanya. atau, bagi orang nampak kalau kita nak solat tahajud malam malam.wush. nazak!

riak segi pakaian: pakai baju nak tunjuk kan kewarakan. berjubah ke. sedangkan waktu nak solat ke apa, pakaian tak terjaga. bersih ke mana. tutup ke mana.

riak segi perkataan: riak macam mana di ucap contoh nya memilih perkataan seperti dia sangat sangat ikhlas dan juga memilih untuk berkata seperti melibatkan hadis dan sebagai nya walhal dirinya kosong.

riak amalan: riak seperti ini kita lihat kalau dia sedekah bising bising. kadang kala, kalau solat, sengaja di lambat lambat kan rukuk atau sujud nya, walhal kalau solat sendiri, Allah saja lah yang tahu batinnya. *tp ad jugak org yang memang sujudnya lama, jangan salah sangka. =)

wallahualam. kadang kita pulak yang menyibuk cakap orang tu riak itu riak ini. sebaik nya, lebih baik member member sekalian diam je. nanti jatuh dosa mengumpat free free je. urusan riak atau tidak itu urusan dia dengan Allah. tapi kalau sudah terlampau,  nasihat sekadar termampu.

untuk cegah riak ni, berdasarkan apa yang boleh dpt drpd blog lain, se eloknya kembali lah kepada Allah. ingat balik tujuan asal kita ibadat. bukan nak tunjuk kat orang kan? nak henshin zaman millenium memang payoh. sabar je lah.


*tajuk post macam tak masuk. haha. semoga bermanfaat.

encik buyo

Tuesday 25 March 2014

dunia Menangis


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengetahui terhadap setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini, kita telah dikejutkan dengan berita yang sangat mendukacita kan diri dan hati kita kita semua.

Dalam masa Malaysia mempersoalkan isu pelaksanaan festival muzik sehingga ada yang terkorban, negara kita terkejut lagi dengan pelbagai peristiwa yang menyayat hati dan sukar untuk digambarkan dengan kata kata. Jika anda manusia, anda akan bersedih dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang melibatkan insan insan tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam masa post ini ditulis, encik Najib sudah pun mengesahkan bahawa pesawat tersebut dikesan perjalanan akhirnya di lautan Hindi. Bayangkanlah bagaimana agaknya penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka, laut yang dalam dan luas. Semoga roh mereka dicucuri rahmat insha Allah. Dan jika anda seorang Muslim, anda pasti terkesan dek berita yang kini heboh di massmedia, yakni penghakiman terhadap Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Dr Muhammad Badie’ dan 528 orang ahli Ikhwan Muslimin lain yang dijatuhkan hukuman hasil daripada pengadilan yang tidak adil. Mungkin mereka menyangka mereka sudah mematikan ahli Ikhwan Muslimin, namun semangat juang insan insan ini tidak akan pernah mati, dan Allah jua akan membalas perbuatan mereka ini, seperti yang dikatakan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di laman mukabuku nya.

Dalam dua peristiwa ini, sy rasa ia sangat memberi bekas dalam diri kita kerana kedua-dua nya melibatkan nyawa dan lebih syahdu lagi, apabila kes di Mesir ini berlaku dalam masa mereka cuba untuk mewujudkan suasana Islam yakni dari pucuk pimpinan negara itu sendiri. Nak dibayangkan, apa lah sangat dugaan yang kita terima jika nak dibandingkan dengan dugaan yang di hadapi mereka di sana. Di sini, kita masih boleh bersenang-lenang, menghadap pengicau ataupun mukabuku (termasuklah diri ini) tanpa memikirkan apa-apa masalah. Ada pun masalah wang ataupun stadi yang tak masuk-masuk. Namun, di sana, dalam ingin membina agama dalam diri, ancaman dibunuh terpaksa ditempuh. Jika ada masih sisa kesedaran mengenai persaudaraan Islam dalam diri anda, anda sudah pasti akan ter rasa bagaimana di saat ini, ada saudara kita yang sedang ditimpa kecelakaan di luar sana. Nak dikatakan pula tentang kehilangan MH370, dalam 2 minggu terkebelakang, negara kita dilimpahi dengan doa doa yang memohon kemudahan untuk memudahkan pencarian. Ada pulak insan yang cuba bantu, namun cara nya sudah tersasar dari jalan syarak yang sepatutnya. Terserah kepada rakyat sendiri untuk menilai.

Namun, apa yang ingin dikatakan di sini, kita perlu ingat dan fahami bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah swt. Dengan kuasaNya lah, kita akan mati atau terus hidup di muka bumi ini. Tersentuh juga bila mendengar doa yang dibacakan oleh Amin Idris, dalam rancangan Bicara  malam tadi. Dititipkan supaya dengan dugaan besar ini, kita akan terus bersangka baik dan tidak mudah melatah dengan ujian yang diberikanNya ini. Sudah tentu, ahli keluarga mangsa jualah yang akan paling terkesan dengan peristiwa ini. Sebagai orang umum, kita perlu untuk membantu, jangan teruskan rumor yang sehinggi kini di pengicau misalnya, masih ada yang sibuk untuk tahu itu ini lah, contohnya tentang bagaimana pesawat itu boleh tersasar laluan sehingga ke Lautan Hindi. Kita ada pihak yang sedang usaha kan, jangan cuba memandai mandai. Fikirkan perasaan keluarga dan sahabat terdekat mangsa tragedi.

Dua ayat yang sangat membantu untuk kita fikirkan.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Dalam kedua-dua ayat ini, kita fahami bahawa Allah swt memberi ujian untuk menguji hamba hambaNya dan yakinlah, Allah memberi ujian setimpal dengan apa yang boleh ditempuhi oleh hambaNya

Untuk kita kita pula, dalam kita turut simpati dengan ujian besar ini, walau kita tidak begitu merasa dengan apa yang berlaku, fahamkanlah. Mungkin Allah mahu memberi petunjuk kepada kita. Rasanya semua bersetuju, akhir akhir ini Malaysia seolah-olah pelbagai bencana yang menimpa. Jerebu, Denggi walhal kes buang anak sekalipun, masih wujud di negara ini. Mungkin ini sudah mula sebenarnya untuk kita mula berubah. Perlahan-lahan. Tak besar pun tak ap. Kita kena ingat, makin dewasa, makin bertambah usia, makin dekat kita dengan mati. Ujian dan bencana ini seolah olah ingin menyedarkan kita supaya kembali lah kepada Allah. Hentikan lah cara hidup yang tidak sepatutnya. Dekatkan diri dengan Allah. Dunia ini semakin nazak.

Sedekahkanlah Al Fatihah kepada mangsa tragedi MH370 dan juga saudara kita yang dihukum di Mesir.
jika benar masih hadapan untuk pesawat itu ditemui, kita berdoa lah yang terbaik.


Al Fatihah.