Sunday 11 June 2017

Kiblat

Salam Ramadhan penuh keberkatan dari kami warga Jepun Aku Datang. 🌕

Baru-baru ini kecoh, di group Whatsapp admin tentang kiblat yang tersalah arah. Bayangkan sudah beberapa bulan berada di negara matahari terbit ini, dan sudah berapa puluh kali solat yang didirikan, tetapi semua itu berkiblatkan tempat lain?

Ada juga kes kiblat berlainan arah dengan kiblat rakan sendiri. Maklum sahajalah, duduk di negara yang majoritinya tidak mempraktikkan Islam, malah komuniti Islamnya hanya sekitar 20 orang, pasti amat sukar untuk mendapatkan maklumat yang terperinci tentang fiqh-fiqh solat ini. Semuanya hanya bergantung kepada teknologi maklumat masa kini. bagaimana pula jika maklumat yang diterima salah? Pastinya ia mengundang salah faham kepada banyak pihak lagi.


Tapi sedarkah kita, betapa ramai antara kita yang menghadapkan muka dan badannya ke arah kiblat ketika solat, tetapi tidak menghadapkan hatinya kepada Allah?

Sebenarnya tersalah kiblat ketika solat adalah perkara biasa kalau nak dibandingkan dengan tersalah 'kiblat' dalam kehidupan seharian kita. [disclaimer: bukanlah nak kata arah kiblat solat itu tidak penting ye, baca dulu sampai habis 😉 ]

Betapa ramai di antara kita yang menjadikan kekayaan, kemewahan, kecantikan, harta dan segala kata kerja yang lain sebagai 'kiblat' kita?

Betapa ramai antara kita hari ini menjadikan media sosial untuk meluahkan segala isi hati?

Betapa ramai antara kita hari ini yang lebih mengutamakan likes di post masing-masing daripada isi kandungan post itu sendiri?

Kalau di teliti satu persatu masalah ini pastinya ia menjadi satu masalah yang きりがăȘい (kiriganai : tiada berpenghujung...)

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah) maka di situlah wajah (arah yang diredhai) Allah; sesungguhnya Allah Maha luas (rahmatnya dan limpah KurniaNya), lagi sentiasa mengetahui.
[Surah al-Baqarah, 2:115]

Menurut tafsir Fi Zilal karangan Syed Qutb (klik sini untuk tahu apa itu tafsir fi zilal), 

kredit

"Ayat ini diturunkan sebagai jawapan terhadap pengeliruan kaum Yahudi yang mendakwa bahawa solat kaum muslimin yang berkiblatkan baitul Maqdis (awal sebelum perintah menukar arah kiblat) itu tidak sah, sia-sia dan tidak dikira di sisi Allah.
Ayat ini menolak dakwaan itu dan menjelaskan bahawa setiap hala itu adalah kiblat belaka. Ke mana sahaja orang yang melakukan ibadat itu menghala, di sanalah wujudnya wajah Allah. Penentuan satu kiblat yang tertentu hanyalah merupakan perintah dari Allah yang pasti dita'ati, Bukannya kerana wajah Allah itu hanya wujud di satu hala yang tertentu sahaja dan tidak wujud pada hala-hala yang lain."
Allah tidak menyempitkan dan menyulitkan para hambaNya dan mengurangkan pahala mereka kerana Allah mengetahui hati mereka, niat mereka dan motif tujuan mereka. Perkara kiblat itu ada keluasannya dan niat itu hanya kerana Allah."

Jadi jelaslah bahawa 'kiblat' hati kita yang lebih penting daripada kiblat zahir yang kita sering tercari-cari menggunakan gajet-gajet itu sendiri.

So, bersempena ramadhan yang tiba lagi pada tahun ini (dan sudahpun separuh perjalanan kita dalamnya), ayuhlah betulkan kembali 'kiblat' kita. 

Check! 

Your own 'kiblat' !

Jika selama ini perhatian manusia, pengiktirafan manusia, kemewahan dan sebagainya yang tidak berkiblat redha dari Allah, pastinya ia hanya sia-sia sahaja. 

Sebab hidup kita di dunia ini cuma sekali, maka bukan enjoy semata, tapi jadi tempat kita enjoy beramal juga, buat kesenangan di akhirat nanti.

Kerana di akhirnya nanti kita semua akan dijemput Ilahi.

Jadi, mana `kiblat hati' kita?