Tuesday 30 December 2014

aku peduli

dipenghujung tahun 2014, negara kita sekali lagi ditimpa musibah banjir yang dikatakan terburuk sejak tahun 1971. bermacam-macam berita yang boleh kita lihat dan dengar. dipelusuk kampung sana ada yang tinggal sehelai sepinggang, rumah-rumah habis dihanyutkan air bah. cuma tinggal jari sepuluh, terpaksa memulakan hidup semula, bermula dari awal. ada yang terus hilang tanah, lantaran tempat yang didiami selama ini terus menjadi sungai. begitu sekali Allah menguji mereka. ada juga pelajar2 JAD yang terlibat dengan banjir. berat mata memandang, berat lagi, bahu yang memikul. 


“allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” [al-baqarah : 286].

dalam situasi beginilah, kita sebagai rakyat 1malaysia, seharusnya bersatu hati menolong meringankan beban mereka. kalau bukan kita yang nak ambil peduli, siapa lagi? banyak persatuan-persatuan yang telah melancarkan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, ada yang terlibat dengan sukarelawannya, ada yang membantu mengutip dana dan pelbagai lagi jenis bantuan yang dapat dihulurkan. begitulah yang membuatkan kita bangga menjadi rakyat malaysia, sifat pemurah dan prihatin rakyatnya ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa, yang semestinya dicemburui oleh rakyat negara lain, orang jepun misalnya.

langkah seterusnya hanyalah di tangan kita, apakah kita mahu turut sama menyumbang, ataupun menganggap bantuan yang telah dihulurkan orang lain sudahpun cukup. ya, semuanya terletak di tangan kita sekarang. sejauh mana kita mengambil peduli masalah-masalah disekeliling kita, sejauh itulah kita perlu menunjukkan keprihatinan kita. jangan biarkan hidup kita ini sia-sia tidak bermanfaat untuk ummah. bantulah, walau dengan secebis doa.







kenshin