Saturday 30 November 2013

usaha doa tawakkal

bismilahirahmani rahim, bersyukur kita kehadrat Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus berada di dunia ini dengan segala nikmat-nikmat yang tidak terbayar oleh kita. dan nikmat yang paling bernilai bagi kita iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah...

dalam kehidupan JAD ini, setiap hari dengan kuiz test dan assignment yang bertimbun-timbun, dan juga orang lain yang pastinya mempunyai rutin harian tersendiri, sedarkah kita akan hakikat yang kita kejar selama ini. adakah kita mengejar manten dalam semua kuiz test and etc? atau mengejar kekayaan dunia semata-mata? ataupun mengejar manten dalam pahala ibadat? atau manten mendapatkan keredhaan Allah?

justeru, sebagai seorang pelajar, pekerja, pengarah projek atau sesiapaun kita, saya pasti, kerana kita semua merasai tekanan-tekanan yang datang dalam pelbagai sudut ini, sudah pastinya kita mengharapkan pertolongan dari yang punyai segala-galaNya. setelah seharian berpenat lelah menuntut ilmu, menguruskan pekerjaan, pastinya yang kita mahukan ada kejayaan yang akan mengubat kepenatan kita sehari-hari. namun dalam setiap pengharapan itu adalah lebih manis jika kita sertakan ia didalam doa-doa kita sehari-hari. 

dan hari ini penulis ingin membincangkan sedikit tentang konsep usaha doa dan tawakal yang sememangnya sangat sinonim dengan kita sebagai seorang Islam. ada orang hanya berusaha sedaya mungkin untuk mencapai sesuatu tapi terlupa untuk meminta bantuan dari Allah. ada insan yang berdoa dan mengharap kepada Allah sedangkan tidak berusaha melakukan apa-apa untuk mencapai hajat tersebut. justeru jika dilihat dari 2 konsep tersebut, pastinya itu bukan budaya kita sebagai seorang mukmin yang sejati. 

kerana asalnya konsep usaha doa tawakal ini adalah kita berusaha terlebih dahulu dalam lapangan pekerjaan kita disamping memohon pertolongan dari Allah SWT. maka setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, tibalah saatnya untuk kita bertawakkal kepada Allah semoga kita usaha kita dibalas dengan kejayaan. orang yang mengamalkan konsep ini pastinya akan merasai manisnya perjuangan yang telah dia lakukan selama ini, kerana dia memahami bahawa setiap kerja buat yang dilakukan pasti akan diberi ganjaran oleh Allah. Dia tidak akan mengeluh sekiranya tidak mendapat sesuatu yang diharapkan kerana kepercayaan nya akan kuasa Yang Maha Mengatur segala-galanya. 

dan jalan kejayaan itu tidak selalunya lurus =)

justeru, adalah sangat penting untuk kita memahami konsep usaha doa dan tawakal ini dan mengamalkannya selari dengan ajaran Islam . 'bersempena' dengan JLPT yang bakal di ambil oleh pelajar-pelajar JAD esok, maka marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapatkan yang terbaik buat diri kita. pepatah arab ada menyebut, 'Man Jadda Wa Jada' yang bererti siapa yang berusaha pasti akan berusaha. maka yakinlah dengan janji Allah. disetiap kesusahan pasti ada kemudahan. 

Wallahu'alam.

hadis logam

“dude, ingat kau baik sangat ke?’… ceh.
“memang tak pun, so?”… erk.. 

#assalamualaikum

Ok, sekarang kita bincang benda serius sikit. Sikit je la, tapi takde la serius sangat. Janji kita pandang benda ni serius sikit, haha, ceh, lari topik.

Pernah dengar tak hadis logam?Yup2, hadis tu laa. Hadis yang orang kaitkan dengan islam dan jahiliyyah.
Kalau ada yang tak pernah dengar, takpe2, jom bincang sikit2.Kalau2 bermanfaat uh, amik mana yang patut.

Macam mana bentuk hadis dy? Ni haa.


Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”



Aku dengar banyak pendapat pasal hadis ni, dari member ada, blog2 internet ada,
Abg bagi ceramah pun ada, so compile compile sikit, aku faham la sikit.. konon

So here, kita tengok pasal apa dipanggil hadis logam, hadis ferum?
1st time dengar, excited jugak nak tau kenapa, then diorang gitau sebab guna logam
Yup, baca translate dia uh, pasal logam kan?

So sesi pemahaman kedua, kenapa manusia disamakan dengan logam?
Apa yang osem dan hebatnya logam ni sampai boleh dikaitkan dengan manusia kan?
Cewah. Logam ni memang hebat la, kalau tak, takkan nabi guna logam kan dalam hadis ni?
Apa hebatnya logam?

Tett! Haha. Bagus2. Jom list sikit apa hebat logam ni.
-          Tak mudah patah weh.
-          Yang berkilat uh, giler semat laa
-          Wush, kalau emas, bapak mahal, dahsyat kot
-          Kalau dah buruk pun, jual besi buruk dapat duit jugak kan?

Simple word, logam memang bernilai kan.
Dek kerana kebernilaiannya logam tu, dikaitkan dengan manusia.
Faham? Yeah, main point kait dengan logam harap kalian kalian relate la ye.

Okeh, next, ad lagi point penting dalam hadis ni yang kita boleh tengok
Yup yup. Osem gak makna kalau lihat dalam sikit.
Ni haa. Pasal apa dikatakan seorang manusia itu,
Kalau ikut tafsir yang kita baca kat atas tadi,
Seorang manusia akan Berjaya dalam islam, mahupun dalam jahiliyyah,
Kalau dia faham.. why macam tu? Why? Why?

Ping pong! ~macam bunyi sensei waktu bagi kuiz plak~
Ni ada yang aku amik dari blog, insyaAllah bermanfaat, jom tenung2 sikit.



Ok, reason kenapa dikatakan manusia baru Berjaya kalau dia faham,
Jom kita kait sikit dengan sirah lampau, baru Nampak rasenyer
Kita tengok saidina Umar al Khattab misalnya kan,
Sewaktu beliau belum masuk Islam lagi, Umar lah antara orang yang gila2 nak menentang nabi,

Sebab apa?

Sebab Umar nampak Islam ini satu bentuk ancaman kat golongan arab waktu itu,
Despite of Islam ni boleh ganggu gugat life orang arab yang masig pegang dengan fahaman lampau pada waktu tu , saidina Umar lihat Islam sebagai satu bentuk yang boleh pecahkan orang Arab waktu tu, sebab wujud pula orang Islam dan orang Arab,
So dy tentang Islam, tapi after diberikan hidayah oleh Allah,
Umar lah antara yang bersungguh untuk bantu nabi, nak tolong izzah Islam, hebad gila la kan?

Contoh yang lain, macam Khalid Al Walid.
 Bab perang perang, memang dia lah yang terer sekali waktu zaman jahiliyyah.
 Apa dia buat after dia faham  Islam? Dia menggunakan ke-X-factor-an  itu untuk membantu Islam.

Nampak tak? Kat sini nak cakap, kalau kita faham sesuatu dengan hati,
Kita akan lebih mendalam sungguh sungguh nak faham benda tuu,

Waktu awal2 perkembangan Islam dahulu,
Nabi mulakan dengan tanam betul betul pemahaman Islam kat sahabat2 waktu tuu,
Waktu tu, arahan untuk ibadat khusus belum ada,
Nabi bagi penekanan terhadap tauhid terhadap Allah,
Dan selari dengan masa, bila tuntutan solat, zakat dan sebagainya Allah perintahkan,
Sahabat2 ikut tanpa membantah, sebab mereka dah faham,
Kan?

Tertarik aku nak cakap sikit pasal apa yang member aku cakap baru baru ni,
Well, even pelik dan tahan gak la dengar mulut dia ni,
Aku tabik gak dengan pandangan yang dia cakap pasal hadis ni jugak.

Ni pandangan orang, so, tak salah kalau kita try jugak en?

Based on hadis ni, nak senang kan, kita Tanya diri kita balik apa yang kita ada?
Apa hebat kat diri kita ni, kalau tak hebat sangat pun takpelah
Yang kita pakar la jugak dalam benda tu,
So, cuba kaitkan, macam mana benda yang kita minat tu,
Kita boleh kait untuk tolong islam,

Pandai cakap? Ajak orang buat baik.
Suka menulis? Tulis la benda elok2 sikit. Bagi orang baca.
Suka buat video? Buat, bagi ada mesej sikit.

Haa, banyak kan kita boleh buat?
Sedar kan, sekeliling kita banyak je orang yang dah buat macam tuu,
Mungkin kita tak nampak sangat, tapi in deed, aku rase korang pun tau sape,
So, why not kita try ikut, cewah?

Dude, memang tak la kalau nak jadi perfect-10 punya orang sekejap kan,
Aku ni  cuba jugak sikit2, insyaAllah lama lama boleh la uh,
So, salah silap minta maaf sangat sangat la ye
Pada sape2 yang baca, tak pun member2 bilik sebelah, zaman sekolah ke apa,
Gambarimashou! hati hitam , sama sama la kasi putih sikit. haha

der, tolong member ok apa, slow2 pun dah kira bagus abis r uh.

#keep trying
~kaku maru0

muhasabah 5 minit

Assalamualaikum (:

Berubah eh.

 “Perlu ke aku berubah? What for? Kalau aku berubah boleh dapat 4flat ke exam nanti? Boleh dapat awek ke? Boleh jadi anak murid kesayangan sensei ke nanti? Btw, tak payah la kot nak berubah,  life aku dah ok dah, exam haritu dah gempak dah, awek dah hot dah, kaya lagi. Sensei pun.. aaa tak payah la, kalau diorang kenal aku pun bukan dapat apa pun. So, chill. better aku enjoy dulu sekarang, yelaa muda lagi kan? Nanti dah tua tak dapat nak enjoy da. Time tu baru ok nak berubah.”

Yeah.

So, setuju? Betul la kan? Buat pe nak berubah. Hidup dah perfect dah, duit ada,awek ada, result gempak. 

Baik enjoykan.

Tapi kan.. pernah terpikir satu perkara tak?

MATI.

Yes, mati. Dalam korang dok seronok seronok enjoy life korang yang perfect gila tu, cuba bayangkan ajal menjemput kita time tu, exactly dalam masa kita tengah berbangga dan berseronok dengan dosa korang.  And by the time korang dah berada 6 KAKI bawah tanah tu kan, baru kita tersedar.

AKU TERLAMBAT. 

 Boleh bayangkan tak perasaan tu? Saat kita diambil nyawa tu,dimandikan,di solatkan, dikafankan, ditanam, dibacakan talkin, dan saat orang terakhir menapak pergi dari tempat persemadian korang. Agak agak setiap detik daripada detik kematian tu macammana perasaan kita mengenangkan dosa dan maksiat yang korang telah lakukan sepanjang hidup kita? Di saat itulah hampir setiap perkara dosa yang kita dah lakukan akan bermain balik dalam fikiran kita.Dan ketika Malaikat Mungkar dan Nangkir datang dan bertanyakan kita soalan soalan keramat nya, berjayakah kita dalam menjawab soalan soalan itu. Lulus kah kita? Dan pada waktu tu la kita sedar, bahawa kita sudah

TERLAMBAT.

Walau macammana pun kita meminta kepada Allah, Kita merayu pada Allah sekali pun untuk dihidupkan sekali lagi di dunia untuk bertaubat dan meminta ampun daripadaNya, sekurang kurannya melakukan solat sunat taubat 2 rakaat. Tidak rakan rakan. Tidak akan wujud peluang tersebut, kerana kita sudah diberikan peluang sepanjang masa kita hidup. Satu tempoh masa yang amat lama. Dan kita, tidak pernah sedar akan perkara tersebut dan masih terus menerus melakukan perkara dosa dan maksiat tersebut. Bahkan kita telah diingati berkali kali bahawa pintu taubat itu tidak akan tertutup selagi tidak tiba 2 perkara. Mati dan Hari kiamat. Tapi kita leka kan? Kita tak pernah ambil endah pun tentang perkara tersebut. Kita sibuk dengan dengan perkara duniawi kita. Tapi bila saat kematian tu tiba. Baru kita terhegeh hegeh hendak meminta peluang sekali lagi daripada Allah SWT. Adilkah kita kepada Allah?

Tidak bukan?

Jadi, Takut? Risau?

Jangan  risau la weh,  Sebab apa? Sebab kita masih ada kesempatan sekarang ni. Masih boleh buka laptop,gune phone baca untuk baca atikel ni sambil online facebook dengan twitter, kan :P. Means  kita masih bernyawa kan, so maksudnya pintu taubat masih belum tertutup (: . Dan.. kita masih belum terlambat.

Beruntung kan kita? Dapat sedar perkara di saat kita masih ada peluang untuk memperbaikinya balik.Jadi, apa lagi, kejap lagi dah habis guna laptop, phone ni, Terus lakukan apa yang patutla kan? Tahukan apa nak buat?..  (:

Jyaa, mata ne, fikir fikir kan la eh


Assalammualaikum 
by: mr gao

Sunday 24 November 2013

inertia pada sudut pandang ISLAM

belajar secara berhemah!
Assalamualaikum wbt.

inertia= hukum gerakan newton pertama


Pasti ramai yang mengetahui bahawa Sir Isaac Newton merupakan salah seorang saintis paling berpengaruh di muka bumi ini. Antara teori hebat yang pernah disebut beliau adalah 'hukum gerakan newton pertama' yang menyatakan bahawa : "sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, sama ada bergerak dan terus bergerak, atau pegun hidup segan mati tak mahu, selagi tiada daya luar bertindak atasnya".

Ertinya, kehidupan ini akan kekal di dalam keadaannya sekarang, andai tiada daya luar atau momentum yang dikenakan ke atasnya. Basikal akan terus bergerak, selagi daya dalam bentuk geseran yang terhasil dari brek tidak menghentikan pergerakannya. Sebiji bola pula akan kekal pegun, selagi Cristiano Ronaldo, atau Lionel Messi, atau Safee Sali, ataupun Ahmad yang merupakan seorang kanak2 berusia 6 tahun tidak menghadiahkan daya dalam bentuk sepakan kepadanya. Yang hitam akan kekal hitam, yang putih akan terus putih, yang jahil alan terus jahil, yang sesat akan terus sesat, hidup akan terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas kanvas bernama kehidupan.

Jadi wajarlah Allah yang Maha Mengetahui, telah mendahului Newton dalam perihal ini dengan firman-Nya di dalam Surah Ar-Ra'd (13) ayat ke-11:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri" 

Ertinya, sebuah umat itu akan kekal dalam keadaannya, andai mereka tidak mengenakan 'daya' dan 'momentum' untuk mengubah kisah sedih kehinaan nasib mereka.

Usahlah mendamba untuk menjadi umat yang terbaik, andai usaha-usaha pentarbiyahan (pendidikan) dan penyedaran umat tidak dilakukan secara intensif.

Usah pula berharap tertubuhnya sebuah negara Islam, andai maksiat dan penyelewengan masih dibiarkan berleluasa dan bermaharajalela. Usah merindu pertolongan Allah, andai umat tidak berusaha agar layak memperolehinya.

Apakah mungkin kemenangan akan datang, kemuliaan menjengah, dan kebahagiaan mengabadi, sedang insan tiada langsung kesungguhan dan pengorbanan bagi mendapatkannya?

"Apakah kau kira hanya dengan bermimpi & berangan itulah 'momentum perubahan'?
Bukannya hidup yang dipenuhi air mata dan darah berkat dari pengorbanan? Apakah kau meragui betapa hidup ini sebuah perjuangan, sedang nas-nas Al-Quran juga nas-nas saintitifik kelolaan Newton, kedua-dua telah menyepakati keperluannya?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu semua akan masuk Syurga, sedangkan belum datang kepada kamu apa yang dilalui oleh orang-orang sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka kesengsaraan, serta digoncang (pendirian) mereka, sehingga berkatalah Ar-Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya, "bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah pertolongan Allah amat dekat." (Al-Baqarah : 214)

Marilah beri masa kita untuk Islam, sepertimana masa yang kita berikan untuk memenuhi tuntutan kehidupan, agar masa-masa yang kita berikan itu menjadi 'momentum' yang meniupkan angin perubahan kepada nasib malang umat Islam yang kian berpanjangan. Kita ciptakan 'INTERNAL MOMENTUM' bagi mewujudkan SATU daya geseran dalam diri kita bagi menghentikan kemungaran dan kemaksiatan sepertimana brek menghentikan basikal. Kita hidupkan momentum bagi menggerakkan kebaikan dan kemakrufan sepertimana sebiji bola yg pegun mampu bergerak selepas dikenakan daya berbentuk sepakan. Dan Newton pun tersenyum riang, kerana kita memahami teori yang dia kemukakan.
Wallahualam...

penulis asal:IR Faridatul Farhan
by: AZNI 

Thursday 21 November 2013

B.R.O.G.A. B.R.O.T.H.E.R.S

alhamdulillah, dengan limpah kurnia yang Allah dah kurniakan kepada kita semua, hari ini, dapat lagi kita bernafas dalam dalam, jumpa senseitachi, kawan kawan meja sebelah, bual dengan mak cik air kat shokudou yang at the end of the day, kita still sedar bahawa sesungguhnya, kita ni masih lagi hamba Allah yang kerdil, yang xde power apa apa, yang kena dan sememangnya perlu berharap kepada Allah yang satu.

baik! dalam post kedua di blog ini, nak berkongsi mengenai keindahan dan juga ke-osem-an ciptaan Allah kat semua warga JADian sekalian supaya kita ni nampak dengan mata hati dan akal bahawa sebenar benarnya, kalau kita nak tahu bukti kewujudan Tuhan yakni Allah, kita perlu lihat di sekeliling kita. di kiri dan kanan. di luar kotak pemikiran biasa kita. dan kalau kita benar benar amati apa yang kita lihat dan perhati itu. pasti kita nampak apa yang Allah cuba sampaikan kepada kita. yes, for sure! cuba bayangkan macam mana sebenarnya satu kuasa itu mampu untuk mencipta gunung yang giler takai dan seterusnya, kat atas gunung itu pulak, macam macam hidupan ada. pemandangan pulak hush, memang terbaek la! Subhanallah! nilah yang membuktikan kewujudan Tuhan yang satu, yang mencipta sesuatu itu dengan begitu kuwashiku sekali. dan pada yang sama perkara tersebut membuat kita terfikir, betapa besarnya kuasa yang satu itu, jika hendak dibandingkan dengan kita yang kecik, tiada satu kuasa pun. kan?

semadd kan view dia? wush
baiklah, sebenarnya, pada 16 november 2013 yang lepas, alhamdulillah, atas berkat dan izin Allah, beberapa orang daripada pelajar JAD telah bersama-sama menawan puncak bukit yang tertinggi di area kajang! haa, bukit Broga, bukit yang sangat famous dengan kecantikan panorama nyer yang super osem dan high-class, berpagarkan rumput rumput yang meng hijau. chewah. 

dan lebih penting lagi, ekspedisi cuti cuti ini bukan hanya untuk suka suka, tapi membawa hajat yang besar, nak membawa satu kesedaran antara kita, bahawa dengan berseronok jugaklah, kita boleh merasai betapa bestnya ukhwah yang terbina atas nama Allah dan ingin menyedarkan satu sama lain. aktiviti mendaki broga hill kali ini, disertai oleh beberapa orang students. nama nama mereka? seperti berikut. harap di masa akan datang, ramai lagi yang berkesempatan untuk join aktiviti seperti ini. 

  • AHMAD SYUKRI BIN IBRAHIM
  • AMAL AZRAAI BIN CHE AZUHA
  • DANI EZZUDDIN BIN ABD RAZAK
  • MOHD SYAHMI BIN MOHD AZAMAN
  • MUHAMMAD AMIRUL AKMAL BIN MOHD HEZLEN
  • MUHAMMAD NORFAKHRI BIN RAZALI
  • MUHAMMAD AMIR DAWAN BIN MOHAMAD AZMAN
  • MUHAMMAD FAKIHIN BIN ABDULLAH
  • MUHAMMAD WAFIYUDDIN AMIN BIN SENIN
  • NAZIRUL MUBIN BIN MUHAMAD SHARIF
  • AHMAD KUSHAIRI BIN MOHD SHALADDIN
  • MOHAMMAD SAFWAN BIN MOHAMMAD SAYUTI
  • MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD YUSUF
  • AFIF NAZMI BIN AZMI
  • MOHAMAD FADZLI BIN MOHD DESA
  • MUHAMMAD AMINURUL HELMY BIN MOHAMAD
  • MUHAMMAD NAQIB AKMAL BIN SALEHUDDIN
  • IRFAN DANIAL BIN MOHD RAHDI (U1)
aktiviti pada hari tersebut dimulakan dengan solat subuh berjemaah di surau MJII dan seterusnya pada pukul 6.00 pagi, mereka bertolak ke bukit broga. ada yang kata penat, ada yang kata senang je nak daki bukit broga ni. walau apa pun yang mereka rasakan tentang moment mendaki bukit broga tu, semua nya terdiam tatkala kagum melihat betapa cantik nya keindahan melihat fenomena matahari terbit.


alang alang duduk di atas broga hill yang tu, satu sesi halaqah diadakan bagi menjadikan konsep aktiviti pada hari itu lebih tertumpu kepada pendekatan diri kepada Allah swt. Alhamdulillah, pelbagai perkara dibincangkan dan sesi halaqah tersebut membuka minda mereka untuk cuba mengaitkan apakah yang mereka lihat dengan mata mereka sendiri itu dengan kehidupan student yang memang sibuk di jad ni.

hidup umpama mendaki bukit. manusia mendaki untuk ke syurga. tinggalkan beban dosa untuk cuba sampai dengan mudah dan cepat. analogi rumah terbakar: selamatkan rakan rakan anda, ajak buat kebaikan. -irfan
hadis arbain imam nawawi: tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (bukhari dan muslim). konsep dakwah adalah "ubah dirimu dan ajak orang lain" bukan "ubah dirimu baru ajak orang lain. -fakihin
hati gelap kerana perbuatan kita. elakkan mengguna tangan kiri untuk membuat sesuatu. sebagai contoh, minum dengan tangan kiri, mestilah meletak tangan kanan di bawah gelas atau botol supaya perbuatan kita itu menyerupai dengan minum air dengan tangan kanan. -nazirul
 sekurang kurangnya, walaupun masa yang kita luangkan untuk perkara sebegini sangat singkat, masih memberi efek kepada kita kerana secara tak langsung, membuat kita berfikir balik dalam dalam. tujuan hidup  kita ni bukanlah hanya mahu dapat manten setiap kuiz yang ada, ataupun dapat pergi jepun, dapat degree, then kerja sampai gaji ribu ribu. bukan. itu salah. yup, memang perkara tersebut jadi lumrah lah kat kita ada pemikiran macam tu, namun kita try jadikan dy satu alat atau wadah untuk kita sampaikan kat dunia ini bahawa sesungguhnya dunia ini adalah milik Allah dan seharusnya cara kita menggunakan nikmat dunia, mestilah berlandaskan cara yang Allah dah kata baik untuk kita ikut. betul tak?

baiklah, selepas sesi halaqah dan sarapan di atas bukit broga, mereka seterusnya bergerak ke sungai tenkala untuk berehat rehat. dan selepas lunch di restoran nasi ayam gemas, mereka pulang semula ke MJII.

sesungguhnya, kita perlu untuk faham, dakwah bukanlah satu bentuk mengajak ke arah kebaikan yang begitu konvensional dan konservartif sehingga kita hukum benda seperti ini seolah olah ketinggalan zaman dan tidak menarik. cara bagaimana kita mahu tunjukkan bagaimanakah sifat peribadi muslim yang sebenar itu, perlu untuk kita mulakan dengan diri kita sendiri. dekiru dake, cuba untuk kita jadi muslim yang mengamalkan nilai nilai islami secara total dan kehidupan seharian kita, kita kaitkan dengan cara hidup muslim yang sebaiknya. barulah kita boleh ajak dengan menarik, dan at the same time, kita sendiri terkena bahana transformasi tersebut. chewah.



orang cakap, a picture tells many stories. so, sini, ada beberapa gambar aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi halaqah jalan jalan pada hari tersebut.



setiap manusia itu ada kelebihan nya masing masing, cuba cari kelebihan tersebut yang dapat kita gunakan untuk bantu agama Allah. osem, ingat benda tu dalam dalam.



~kaku maruO




Sunday 17 November 2013

sayonara jahiliyyah

Tutup mata kejap. Fikir dalam dalam. Apa yang kita dah buat selama ni?

Dengan nama Allah yang super Pengasih dan Maha Penyayang, yang bagi kita macam macam kelebihan, dari hujung rambut hingga ke tumit kaki sekalipun, kita masih lagi boleh bernafas dengan selesa di bumi beranang nan indah ini. Syukur seribu kali syukur.


Alhamdulillah, berkat ilham daripada Allah jua lah, telah memberi idea dan master plan kepada hambaNya untuk cuba memperbaiki dirinya dan mengingati sahabat sahabat terchenta yang ada di sekelilingnya. Dalam kesibukan diri yang bergelumang dengan macam macam shukudai yang seakan-akan tidak berpenghujung, hari hari yang penuh dengan kebingungan dalam memahami segala karakter kanji yang bermacam macam rupa, harus difahami dan dihayati oleh setiap daripada kita bahawa sesungguhnya setiap daripada kita masih perlu untuk melakukan satu kerja yang wajib. Kerja yang akan membawa kepada keadaan hidup yang lebih teratur dan berada di atas landasan yang betul. Dakwah.


“Ha? Dakwah? Erk, aku ni bukanlah baik sangat pun, sekolah pun bukan sekolah agama, semua benda main langgar je.. tak perlu kot..”


Ayat ayat cliché seperti ini memang kebanyakan orang akan cakap. Termasuklah diri orang yang menulis ini juga. Saya juga seperti anda, sama. Rambut sama hitam, bermata dua dan bermulut satu, masih sah dikategorikan sebagai manusia yang normal. Saya juga seperti anda juga dahulu, memikirkan kerja dakwah itu satu benda yang berat. Sangat berat. Dan kita juga memang tak berminat  nak buat kerja kerja macam ni. Well, fikirkanlah, hidup kita memang sibuk. Shukudai lagi, nak hadam benda yang baru study tu lagi, memang tak lah kalau kita nak buat kan? Tapi, rasanya ada yang tertinggal di situ. Tak banyak pun, mungkin satu . sebenarnya, daripada pemahaman kita lah kan, konsep dakwah itu macam mana rupanya? Kena pakai serban jubbah bagai baru boleh dakwah? Mesti duduk kat surau 24 jam baru boleh join benda benda macam ni? Ish, tak lah. Tak. Memang menyimpang daripada maksud dia yang sebenar. Jauh gila beza dengan maksud sebenar.


Mari lihat situasi ini. Kita fikir kejap. Kejap je, tak sampai sejam pun.

“Abu merupakan seorang pelajar jurusan engineering yang sedang belajar di sebuah kolej. Dia dalam program persediaan untuk sambung study di bumi sakura, Jepun. Hari-hari, Abu akan buat benda yang sama. Pagi Abu pergi kuliah, petang Abu main bola, kadang kadang Abu jogging satu kolej. Malam pulak, Abu akan buat kerja rumah yang senseitachi berikan. Abu terus buat benda ni hari-hari. Satu hari, Abu terasa bosan. Kalau hari minggu, bolehlah Abu gerak gi mid ke t.s. ke apa, tapi hari ni hari isnin. Abu rasa kosong, rasa something tak kena. Tapi, Abu biar je. Hidup Abu berlalu macam biasa”


Secara realitinya, mesti setiap daripada kita pernah rasa benda macam ni kan, kadang kadang rasa kosong. Rasa macam bosan buat benda sama hari-hari. Tapi tak tau kenapa, kita biar je perasaan tu pergi, kita just continue buat kerja biasa kita. Buat shukudai, tengok anime, movie. But at the same time, kita dapat rasa yang kita tak sepatutnya buat benda tu. Eh jap, bukan maksud nya kita tak boleh tengok langsung, tapi situasi yang nak dikatakan ni adalah apabila kita terlalu banyak buat benda tu walhal dah ada naluri yang berbisik, cakap benda itu kita tak patut buat. Ada kan kan??


Apa pendapat anda anda semua, wahai pelajar yang akan fly ke Jepun sama seperti Abu, kalau saya katakan itu adalah satu bentuk hidayah daripada Allah, boleh diterima akal atau tidak? Atau kita rasakan istilah hidayah ini hanya boleh kita guna sekiranya kita tiba-tiba jadi baik perfectly 360 degree. Wush, memang muri la kan. So, betul tak cakap saya kalau saya cakap itu satu bentuk hidayah? Allah nak bagi petunjuk kepada hambanya dari macam macam salur. Kadang kadang tengah duduk termenung pun boleh  Allah bagi. Bila bila masa. Sebab ini kerja Tuhan. Kerja Allah. Allah yang berkuasa bagi kita itu semua. Tapi kita semua kena ingat, kalau kita pernah melalui situasi yang sama seperti Abu, kita kena cepat cepat tangkap peringatan daripada Allah tu. Jangan kita jadi macam Abu, hanya biar dan kita tak tahu bila lagi Allah nak bagi kita hidayah. Kan kan kan?


Sayonara jahiliyyah. Patut kita mula daripada sekarang. Patut. Sebab apa, kita tak tahu bila masa kita mati, sebaiknya kita mula sikit sikit. Penulis ni pun sama, banyak lagi yang perlu dibetulkan, banyak lagi perlu dibimbing oleh member member sekeliling. Kita ni dalam zaman yang sangat bahaya, perang pemikiran. Salah ikut, lain pulak jadinya. Sebab itulah, kita kena mula cari cara untuk bantu rohani kita, bantu ubatkan balik jiwa yang dah jauh tersasar daripada cara yang sepatutnya. Kita kena hidup dalam satu Jemaah, supaya ada orang yang saling ingatkan kita, supaya ada kawan yang akan tegur kalau kita ada buat salah, supaya ukhwah yang terbina antara kita akan terasa seperti dengan ahli keluarga sendiri. Sehinggakan dengan insan-insan inilah kita percaya untuk kongsi masalah dan kekeliruan diri kita ni, yang akhirnya, akan menenangkan kembali diri kita ni. Best. Osem kan?


Usrah. Pendekatan usrah sangat penting untuk kita semua. Dalam usrah, kita akan selalu diingatkan semula tentang apa yang sepatutnya kita lakukan, tentang cerita sirah yang kita tak pernah ambil peduli sebelum ini, tentang ayat ayat Allah yang Allah bagi direct kepada kita untuk hidup aman damai kat dunia ini. Dalam usrah ada naqib naqibah yang akan bagi tahu apa yang sebaiknya untuk kita semua. Libatkan diri dalam usrah, insyaAllah, kita akan beroleh keberkatan dariNya.



Baiklah, dalam post yang agak simple dan pendek ini, tujuan asal penulis untuk mempromosikan kepada semua tentang blog yang baru kita hasilkan untuk tujuan yang mudah. Tujuan yang satu. Memperingati antara satu sama lain. Hidup berjemaah itu lebih baik daripada hidup sorang sorang. So, nak dipendekkan cerita, penulis berbesar hati untuk memberi laluan kepada anda semua untuk sama sama dalam usaha murni kita ini, maknanya  daripada kita untuk diri kita sendiri. Berminat? jangan segan, jangan malu.

hantarkan karya, artikel, atau apa-apa bahan yang anda rasa osem, bagus untuk perkongsian bersama pelajar pelajar JAD sekalian, ke jepunakudatang@gmail.com

sekian, terima kasih. =)