Tuesday 30 December 2014

aku peduli

dipenghujung tahun 2014, negara kita sekali lagi ditimpa musibah banjir yang dikatakan terburuk sejak tahun 1971. bermacam-macam berita yang boleh kita lihat dan dengar. dipelusuk kampung sana ada yang tinggal sehelai sepinggang, rumah-rumah habis dihanyutkan air bah. cuma tinggal jari sepuluh, terpaksa memulakan hidup semula, bermula dari awal. ada yang terus hilang tanah, lantaran tempat yang didiami selama ini terus menjadi sungai. begitu sekali Allah menguji mereka. ada juga pelajar2 JAD yang terlibat dengan banjir. berat mata memandang, berat lagi, bahu yang memikul. 


“allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” [al-baqarah : 286].

dalam situasi beginilah, kita sebagai rakyat 1malaysia, seharusnya bersatu hati menolong meringankan beban mereka. kalau bukan kita yang nak ambil peduli, siapa lagi? banyak persatuan-persatuan yang telah melancarkan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, ada yang terlibat dengan sukarelawannya, ada yang membantu mengutip dana dan pelbagai lagi jenis bantuan yang dapat dihulurkan. begitulah yang membuatkan kita bangga menjadi rakyat malaysia, sifat pemurah dan prihatin rakyatnya ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa, yang semestinya dicemburui oleh rakyat negara lain, orang jepun misalnya.

langkah seterusnya hanyalah di tangan kita, apakah kita mahu turut sama menyumbang, ataupun menganggap bantuan yang telah dihulurkan orang lain sudahpun cukup. ya, semuanya terletak di tangan kita sekarang. sejauh mana kita mengambil peduli masalah-masalah disekeliling kita, sejauh itulah kita perlu menunjukkan keprihatinan kita. jangan biarkan hidup kita ini sia-sia tidak bermanfaat untuk ummah. bantulah, walau dengan secebis doa.







kenshin

Monday 25 August 2014

Cerita Tepi Tasik.

credit
Azri melihat sahaja tingkah adik usrah nya itu. Mata Khairi jauh memandang ke tasik seberang sana. Dalam kotak akalnya, sudah tiada apa  yang menarik. Segalanya tampak menyukarkan pada kaca matanya. Sedang Azri asyik membaca tafsir al-Quran,

“Aku rasa kau macam tahu something je kan? Tetiba rajin semacam nak bawak aku jalan jalan hujung minggu macam ni. Bukannya aku tak tahu, kau sekarang pun bukan main sibuk lagi dengan hal study tu. internship itu lah, final korang pun nak dekat. Ni kenapa tiba tiba rajin nak bawak aku cuti cuti Malaysia tak seberapa ni?” acuh tak acuh Khairi bertanya.

Tafsir ditutup, dan senyum terukir di wajah Azri. Nampaknya, misi pertama sudah dapat dihidu mutarabbi nya itu. Bagus, sah ni ada benda tak kena ni. Monolog sendiri.

“Haha, aku sibuk belajar takde lah susah mana. Benda macam tu aku tak risau. Yang aku risau ni, kau. Kenapa sejak dua menjak liqa macam tak semangat je ni ha? Muka pun hari hari kusut. Ada masalah apa ni? Exam? Family? Story mory lah sikit bro dengan aku. Settle masalah.”

Tangan yang mahu membaling batu leper ke arah tasik itu cepat cepat ditarik balik. Ada riak lega di muka Khairi. Mungkin memang sudah lama dia mahu sembang face-to-face dengan naqibnya itu. Langkahnya dimatikan tatkala duduk menghadap Azri yang masih bermuka innocent, benar benar mahu mencari apa yang mencelarukan sahabatnya itu.

“Erk. Macam mana aku nak cakap dengan kau ni? Nak cakap cover cover ni memang aku tak reti. Macam ni sebenarnya. Aku ada beberapa soalan nak tanya kau. Tak banyak pun. Nak tanya dalam liqa, segan pulak aku dengan Bean, Pelam semua tu. Tanya sekarang boleh dok?”

“Hah, tak boleh! Memang aku bawa kau datang sini sia je. Haish Khairi, tanya je. Insha Allah mana aku boleh jawab, aku jawab. Tak boleh jawab, aku usaha lah sikit nak cari jawapan dia. Gapo dio?”

Khairi menarik nafas.

“Aku ni dah dekat setahun jugak lah join semua ni. Tapi lah kan, aku rasa macam takde apa apa perubahan yang besar dalam hidup aku. Jap jap! Maksud aku bukan lah tetiba aku nak jadi warak jalan tunduk memanjang depan orang, but, faham lah kan maksud aku. Macam takde apa langsung yang masuk dalam hati ni. Dalam liqa, bukan main dentum lagi cakap itu ini. Tapi akhirnya, habuk pun tarak. Sama je macam dulu, before kenal kau semua. So encik panel, macam mana tu ha?” muka agak sedih ditunjukkan main main Khairi. Mungkin nak pastikan abang nya itu tak terasa begitu awkward mahu menjawab soalan serius pertamanya itu. Matanya kemudian terkebil kebil mahukan penjelasan.

“Khairi, proses pembentukan jiwa manusia ni kan, tak mudah macam buat roti sosej. Tambah itu tambah ini, siap. Sekejap masa, itu bukan namanya proses pembentukan jiwa jiwa yang kuat tahu? Hidup kita ni, serius tak tipu banyak cabang nak attack kau tinggalkan benda benda dakwah ni. Kadang kadang untuk pastikan kita benar2 qawiy dalam jalan ni, bukan hanya memerlukan setahun dua, atau pun saki baki masa sebelum fly ni, tapi kau perlukan your entire life kot! Sebab faktor kita ada di jalan ini berubah ubah. Kadang kadang sebab member, kadang kadang kau tengok senior macam aku yang hensem, baik ni yang buat kau rasa nak ikut kitorang. Haha, statement last tu abaikan.”

Khairi tersenyum. Melihatkan itu, Azri menyambung lagi.

“Nak confirmkan kita benar benar basah dalam usrah, liqa semua ni tak boleh nak harapkan naqib semata. Naqib pun manusia bro. banyak cacat cela. Untuk tambahkan lagi ilmu kita tentang Islam ni, nak tak nak kau kena cuba feeling2 sikit. Usaha sikit untuk baca buku fikrah, seerah nabi semua itu. Barulah kau nampak sedikit sebanyak apa yang Allah mahukan daripada kita. Ingat, sejarah pasti berulang. Itu sunnatullah. Sama ada kau mahu bersama sejarah yang ukir kejayaan, ataupun mahu jadi salah seorang yang jadi kekalahan buat umat Islam. Choice semua ada kat tangan kau.”
“Tapi, boleh komen tak, sebelum ini, kau tengok aku rajin jugak kan cakap berapi-api waktu bincang isu, tadabbur ayat semua. Bukan aku nak bangga atau apa, tapi realitinya sekarang bro, aku rasa aku tak buat apa yang cakap. Over je lah senang citer. Cakap meletup letup, tapi hasilnya, kosong.” Jarinya membentuk kosong. Tunduk lagi dia ke tanah.

“Jihad kita kan, aku boleh cakap paling besar sekarang dengan diri sendiri. Kat Malaysia sekarang, mungkin jihad perang semua takde, tapi jihad dengan diri sendiri ni sampai bila-bila ada. Khairi, dalam liqa kita dididik untuk ada pemikiran yang sepatutnya kita ada tentang sedar atau tidaknya kita dengan keadaan masyarakat. Keadaan Islam sekarang yang seolah-olah dipermainkan. Diletakkan pada tempat di mana kita suka sahaja. Tindakan kau sebelum ini, takde salahnya. Kau dah asah minda kau untuk melihat dunia ni dengan perspektif yang berbeza. Dalam menyuarakan pendapat, tiada apa yang salah. Sebab kita semua dalam proses belajar. Yang membezakan usaha kita ini antara cakap kosong atau berisi, dilhat dari segi macam mana kau cuba cari jawapan kepada pendapat pendapat yang kau utarakan. Adakah hanya cukup dengan bacaan dari Facebook, blog sebagainya ataupun kau rasa, kita boleh confirm semua tu dengan lebih yakin lagi bila kita turun kepada masyarakat? Lihat sendiri keadaan masyarakat kita macam mana. Ingat tak ayat 41, Surah Al-Rum yang kita bincang minggu lepas?”

Khairi menggeleng laju laju.

“aku baca translate dia. ‘Telah lahir kerosakan di darat dan di laut, kerana perbuatan tangan manusia.’ Manusia ni asalnya, hakikatnya memang semua hamba Allah. Bezanya dilihat atas faktor keluarga, ataupun macam mana Allah beri hidayah untuk seseorang itu sehingga dia masuk Islam. Masalahnya sekarang, ramai kat luar sana yang tak buat apa yang Allah suruh. Ramai yang status dia Islam tapi kadang kadang perangai lagi teruk. Macam macam benda tak elok dibuat atas bumi ni. Sebab itu, untuk kau pastikan bahan bahan yang kau terima sebelum ini terkesan kat hati, tak keluar keluar dah, cuba kau dekati masyarakat. buat sikit sikit pun tak pe. kisah burung waktu Nabi Ibrahim dibakar dahulu pun dah beri banyak ibrah pada kita kan? Usaha kecil jangan pernah kecilkan. Insha Allah, dengan usaha kecil kita itulah, jadi jawapan bila disoal oleh Allah nanti.”
Ada muka puas dipamerkan Khairi. Mulutnya bertanya lagi,

“Masalahnya, walaupun aku ada keinginan nak buat semua tu, rasa susah sangat nak buat. Kenapa ha?”

Azri betulkan letak kaca mata di hidung. Matanya lari sekejap pada seorang budak kecil yang tiba tiba berlari ke arahnya. Tangannya dipegang, budak itu tersenyum memandangnya. Cepat cepat bapanya datang dan memohon maaf. Dua beranak itu berlalu pergi.

“Beza sangat kan kita dengan budak budak. Tengok mata dorang pun kita tahu, mereka tak buat dosa. Mudah betul kalau zaman budak budak kecik macam ni dah dimulakan dengan mengenal Allah. Bukan lambat lambat macam kita. Hah, berbalik kepada soalan kau, mungkin kau kena post mortem sikit mutabaah amal dengan apa kau buat hari hari. Seriously, those jahilyyah akan jadi penarik , pencengkam dari kau bergerak laju dalam dunia dakwah ni. Ingat, target kita bukan biasa biasa, kita nak Islam ini tertegak dengan cara yang sepatutnya. Bro, bab solat jemaah, couple semua ada lagi ke?”

“Aaa… insha Allah akan disingkirkan serta merta! Hehe. Aku buat perlahan lahan. Itulah, dah dekat setahun, benda benda macam ni still aku susah nak buang lagi kot. Mutabaah amal? Ada juga lompongnya. Yosh! Kena usaha banyak lagi ni kot.”

“Allah bagi bantuan kat kita berdasarkan apa yang kita usaha. Ingat tu sampai mati. Kalau usaha main main, dakwah pun kejap nak kejap tak, memang Allah pun gi target dekat hamba Dia yang ada kesungguhan nak buat. Yang pasti, kita perlukan dakwah Islam untuk berjaya, walhal dakwah Islam itu kalau tak ada kita pun masih boleh gerak. Ingat, pengharapan kita diletakkan kepada Allah. Belajar semua itu, tajdid niat kena betul. Mindset kena bijak. Ok?”

Khairi tersenyum. Azri dapat mengagak main objektif dia membawa adik usrahnya ke tasik petang itu berhasil dengan jawapan Khairi. Dalam diam, dia sibuk mendoakan agar Khairi terus kuat dalam jalan ini. Hati hati remaja, rijal rijal dan nisa nisa di luar sana perlu diperbetulkan daripada memandang apa yang tidak sepatutnya. Keyakinan perlu dilandaskan atas keupayaan Islam untuk mentadbir dunia, dan sehingga matlamat itu tercapai, usaha usaha untuk membentuk masyarakat yang faham dengan Islam perlu digiatkan. Azri mengambil tafsir al-Qurannya dan surah at-Taubah ayat ke 41 tiba-tiba diselak tanpa sengaja.

Ayat itu benar-benar menjawab persoalan di mindanya.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Keyakinannya bertambah. Insha Allah, usaha untuk menyelamatkan masyarakat perlu diteruskan. Pemuda seperti Khairi perlu terus dicari.

-encik buyo

Friday 4 July 2014

Fatimah part I

aku, fatimah. dulu aku belajar dekat sekolah agama. lepas tu masuk JAD. aku sendiri tak tahu, kenapa aku masuk JAD. padahal waktu SPM dulu, dalam hati dah terbayang nanti aku nak fly pergi mesir, tak pun jordan, madinah ke, negara2 timur tengah saje lah mokuteki(matlamat) aku. tapi tetiba tercampak untuk ke jepun. memang tak sangka aku buat pilihan ni.

sejak dari awal masuk lagi, aku sendiri tak tahu apa tujuannya nak belajar sampai ke jepun. pasal j-pop? ohh maaflah, artis jepun yang aku kenal cuma ikimono gakari dengan SMAP ja, tu pun sebab menyanyi lagu tu waktu special sem haritu, kalau tak sampai ke sudah aku tak kenal sapa pun artis jepun. yang aku tahu pasal jepun, hanyalah dari abah aku, sebab abah aku selalu compare kan budaya jepun dengan budaya aku adik beradik. yang paling aku ingat is, bila semua buku2 SPM aku bawa balik rumah lepas tu tak susun atas rak, sebab aku memang tak nak guna dah buku tu, yelah, dah conteng2 pon, nak bagi dekat orang lain pun rasanya takde sape dah nak ambik, abah pun tegur, dia cakap kalau dekat jepun, berbaris2 rak buku diorang susun, tak guna sekali pun, itu semua ilmu. macamtu lah lebih kurang ceritanya, bagaimana abah aku bagi tahu yang jepun bukan sebuah negara islam, tapi budaya nya lebih tinggi daripada orang islam. nak compare dengan Malaysia? maaflah, ada yang baik macam orang jepun, tapi susah nak jumpa.

so, dari awal2 tanpa tujuan, aku melangkah ke beranang, bertemu kawan2 dari pelbagai latar belakang. ye, aku bawa imej budak sekolah agama. awal2, masuk kelas, tudung paling labuh. bak kata orang tak penah tgk tudung labuh, telekung. then, bila tanya kenapa pilih masuk JAD, aku yang awal2 lagi mmg tak tahu hala tuju nie cakaplah, saya nak ke jepun sebab nak tengok budaya islam yang pesat di jepun. perghh awal2 tu tenganga classmate, ustazah nie nak pi jepun sbb tu ja?

bersambung...

AKRIMI MATHWA

Saturday 21 June 2014

sesetia pantai dibadai ombak

"aku dah fedapppp"
"lantak lah kau nak jadi apa pun"
"mad'u ana tu keras hati sikit"
"aku dah penat buat baik, asyik2 kena pijak kepala"

dll.

banyak. banyak lagi ayat2 gratik dramatik tik tik tik yang selalu sangat keluar dari mulut kita.
tak pecaya? tanya laa sahabat kita, tanya macam nie, 

"apa yang aku dan mengeluh/merungut hari nie arr bro? "

dan sila sediakan sebatang pen dan buku nota 888 utk catit. tanya setiap hari. tak sampai sebulan lingkup buku tu kau kerjakan. SERIUS. cuba lah try. 

tapi itu lah manusia. yang pelupa. lupa dengan nikmat yang Allah dah bagi selama nie. cepat sangat mengeluh. padahal Allah, tak penah hentikan pemberian oksigen kat kita. kita nie, setakat kawan ejek muka tak hensem ja pon, dah tak nak pi surau solat jemaah. kamonn laa !!

apa sebenarnya tujuan hidup kita? 

[2:30] dengan [51:56]
a'ah pandai jawab!
tapi apa benda tu? soalan matrices? yeah sila cari rankA ! 
haha. okay2

back to the topic, mari sama2 kita renungkan, sejauh mana kita patuh pada suruhan Allah. sejauh mana juga, gerak kerja harian kita itu berlandaskan syariat dari Allah. tatkala markah exam jatuh merudum, tatkala kena marah dengan sensei, tatkala stress buat report, kemana kita hamburkan segala penat lelah stress urat selirat kita? twiter? fesbuk? haha, berat nanang kata orang kampung. memang laa kata orang, kita berkongsi, tak salah berkongsi suka dan duka, yang pentingnya adalah tindakan sebelum, SEBELUM kongsi tu, dah minta tolong dari Allah belum? dan muhasabah balik ke kat mana salah kita? dah usaha sungguh2 ke belum? ke, main hambur ja kat mana boleh ikut rasa maggi cukup rasa ? 

"ni bukan salah aku!"

*jadi nak salahkan Allah laa? *
jangan macam tu kawan2, kita muslim, insyaAllah mukmin.
kita ada Allah, kita bergantung pada Allah, kita mengadu pada Allah,
kita kuat kerana Allah. 

buat salah, mengaku, kawan salah kita tegur, kena tegur, kita terima, ambik, hadam, baiki. macam tu baru gaya mukmin . bukan main hambur sana sini lepas tu tak selesai jugak masalah. 


remember, 
“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

mari, sama2 kita gantungkan sepenuh harapan dalam gerak kerja kita seharian kepada Allah taa'la. kerana pantai tetap disitu, walau ombak tak henti membadai. kerana Allah tetap mendengar, walau manusia tak selalu bersyukur.

AKRIMI MATHWA

Sunday 15 June 2014

dilema Hamid: oh ikhwah ikhwah ku sayang!

grrr...

Pipinya ditampar-tampar. Hadap cermin di hadapannya tidak diendahkan. Mukanya ditenung. Dilihat dalam dalam. Kecil besar matanya ‘menonton’ wajahnya yang tak seberapa itu di cermin muka. Tanpa sedar, monolog diamnya ligat bermain di kepala.

Hamid, Hamid. Aku konpiuuss dengan kau ni sebenarnya. Apa nak jadi? Budak usrah kan? Daurah dah gi kan? Tu, yang mutabaah amal kau tu, ni pehal dah terkontang kanting. Apa kau nak jawab dengan naqib? Takkan lah tiap minggu cakap ‘terlepas’ situ ‘terlepas’ sini. Mana Hamid yang aku kenal dulu tu? kat mana? Banjaran Titiwangsa?”

Kepalanya runsing memikirkan. Ya. Mungkin runsingnya itu datangnya dari diri dia. Cepat benar kecewa. Cepat sangat mengalah dengan bapak-bapak nafsu yang hasut diri hari-hari. Dengan bantuan syaiton syaiton, lagilah. Hamid kini merasakan dirinya mula lemah. Bukan fizikal, tapi dalam. Ya. Dalamnya rasa ditekan tekan. Rasa sakit yang tidak menyerang secara langsung, namun menyakitkan hati kalau terfikir sendiri. Yalah. Selaku budak usrah, yang awalnya gila semangat untuk menyebarkan kalimah syahadatul haq ini kepada sekalian teman teman dan keluarga, bila ada masalah sebegini, tiada apa yang boleh dia fikirkan selain merasakan.

“Aku sudah futur. Habis. Mampuslah aku!”

Bukan sekali dua dia merasakan sebegini. Berkali kali. Namun asakan kali ini benar benar menggusarkan jiwanya. Hamid ini bukan lah pelajar Bandar. Meronggeng foya foya sampai tengah malam? Memang jauh sekali. Namun, anak muda, sah sah ada jahilahnya tersendiri. Sukar nak dibendung. Susah nak dibuang. Sejujurnya, sebelum ini, bila ada bisik bisik yang mula menyuruh dia berbuat jahat, berperangai luar tabiat, mudah jua untuk ditepis. Haissh. Ini Hamid. Budak lulusan sekolah agama dari tadika. Memang banyak jua ilmu di dadanya. Namun, lama kelamaan. Hatinya berbalam balam. Rasa mahu hilang dari dunia ini. Mahu lari dari perangai perangai manusia yang kadangkala membuatkan dirinya sendiri sakit. Virus yang menyebabkan dirinya jua hilang dimamah kejahilan yang tiada noktah.

cop! Hamid. Kau bukan buat apa sangat pun. Alahai. Movie sekali dua. Sedua tiga. Bukannya kau tak solat. Bukan kau tak ingat Allah. Kau masih lagi join usrah kan? Masih pegang prinsip hidup sebenar kan? Kan? Kannn?”

Tapi. Cuba fikir sekejap. Kalaulah aku ni kata movie dua tiga kali tu takpe, kalau aku sanggup cakap aku bisa hafal lagu panjang panjang walhal Quran yang terhafal sebelum ini hilang, itu kau cakap ok? Erk. Tak kot. Macam tak. Eh, memang tak. Bukan apalah Hamid. Cuba hadam sekejap. Apa kau nak bezakan Antara diri kau yang insha Allah ada fikrah Islam dengan masyarakat luar sana yang masih belum berpeluang mendapat perkara yang sama? Apa kau boleh fikir, bila kau masih ikut dengan perkara biasa, amal cliché masyarakat sebaya kau, kau mampuu ubah pemikiran diorang? Come on laa. Susah kot. Nak tak nak memang kena stop buat benda tu Hamid. Ini racun. Ini penghalang nak jadi daie ninja alaf maju kat Malaysia nan aman ni haa.

alahai. Hamid. Tengok sekeliling kau tu haa. Tak rasa kusut? Ada je budak budak usrah yang gaya entah macam hape je. Cakap lepas. Ikhtilat macam harom. Tu yang jenis ‘baik baik” tu. tweet, post fb sume nak yang indah indah je. Sume nak yang tunjuk dorang alim. Dorang baik. Aku tahu lah apa kau rasa. Diorang tak buat pun apa diorang buat kan? Cakap je lebih. So, chill lah Hamid oiii”

Memang kat dunia ni macam ni lah Hamid. Ikhwah akhwat kau fikir takde ujian? Kau fikir hidup terpelihara? Sedang para sahabat dulu pun ada sikit sikit tersalah, ni kau nak cakap member member lain penyalah. Memang tak lah. To be honest, memang ada lah orang macam itu. Kita tak boleh nak elak. Mereka memang suka lihat salah orang. Salah sendiri entah buang mana. Sedih juga kan, kawan kita yang kita harap boleh sama sama bimbing, sama sama seronok join usrah, berubah semua jadi macam tu? diorang mungkin tak sedar. Kau doakan elok elok. Insha Allah, bila kau doa sungguh sungguh, Allah bagi kau kekuatan nak tegar dalam laluan liku nak jadi manusia sebenar di sisi Allah. Mungkin diorang rasa cara diorang betul. Kau buat rileks je. Itu cara dakwah tu. husnudzon sikit. Senyum sikit!

kan Hamid. Kau ni calon pilihan Allah kot. Keluar ajak ramai lagi sama sama berubah. Sama sama transform jadi manusia lebih ‘manusia’. Dari dorang ni terus lalai. Terus hilang pedoman macam kau dulu? Kau suka diri kau yang dulu? Suka tengok diri kau terlampau obsess dengan benda dunia sampai berabis duit bagai?”

Kepalanya digeleng geleng. Lantas istighfar keluar dari mulut pelajar kejuruteraan itu. Dirinya bersyukur dek kerana Allah masih sudi memberi peluang untuk dirinya kembali fikir, kembali kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

Dia sedar. Jalan dakwah pilihannya ini bukan main main. Bukan jalan yang menjanjikan keseronokan tanpa ujian. Walhal, jika mahu lebih kuat, bersedialah untuk menerima ujian yang Allah kurnia. Khusus untuk kita, pendosa yang kerap lupa tujuan asal kita di sini.

aduhh. Oh ikhwah akhwat sekeliann. Hamid sangat berharap. Kalian dapat bantu Hamid dari terus merasakan jalan ini jalan yang membosankan. Jalan orang orang yang hanya pandai bercakap, mudah bangga dengan kelebihan diri untuk dilihat orang. Sebetulnya, Hamid rasa sebegitu sekarang. Sebab itu, Hamid makin rimas dengan scenario scenario yang dilihat hari hari. Jom lah geng. Alhamdulillah Allah dah bagi kita peluang nak hilang dari jahil dahulu, takkan kita nak rosakkan semula? Tolong Hamid geng. Hoi, hoi ya hoi!”


Senyum terukir di wajah Hamid. Di mindanya, terbayang imej imej indah bersama rakan rakan ‘agen perubahan’ nya. Jiwanya tenang. Lantas, cermin itu tadi ditinggalkan. Kaki melangkah menuju masjid, untuk pertemuan liqa’nya minggu ini. Hati berbunga bunga.

encik buyo

Saturday 31 May 2014

Sebelum Terlambat...

Aku sayang Allah, aku takutkan Allah.
Tapi, masih mampu melanggar perintahNya, melakukan sambil lewa suruhanNya,
Huh! Itukah buktinya kau sayangkan Dia?

Aku cintakan Rasulullah SAW, aku rindukan baginda, aku ingin sekali menatapnya.
Tapi, kau tinggalkan sunnahnya, kau utamakan yang lain dari Rasulullah SAW dalam hatimu, kau hina dan kau sebarkan serta kau percaya akan cerita-cerita tidak benar tentang sahabat-sahabatnya yang mulia, tanpa sedikit pun menyelidik kesahihannya,
Huh! Itukah bukti kau cintakan Rasulullah SAW?

Aku tidak akan sekali-sekali mahu menjejak kaki ke neraka, ya Allah!
Tapi, kau masih bermaksiat, melakukan dosa, kala keseorangan, lagi dahsyat, kau berbangga pula dengan dosa yang kau lakukan, tanpa rasa malu apatah lagi segan padaNya,
Huh! Itukah bukti kau tidak ingin sekalipun ke nerakaNya?

Aku ingin sekali ke syurga, penuh kenikmatan.
Tapi, amal kebaikanmu masih sikit, masih statik, tidak pula berusaha ingin menambahnya dengan amalan-amalan sunat, malah amal sedia ada, dikerjakan sekadarnya sahaja, tanpa khusyuk, mungkin riak pula yang timbul,
Huh! Itukah bukti keinginanmu ke syurga?

Aku kasihkan al-Quran, panduan hidupku,
Tapi, berapa kalikah kau buka halaman al-Quran itu dalam kehidupan sehari-harimu, pernahkah kau terdetik untuk memahami maknanya, adakah kau cuba untuk memahatnya dalam hati dengan menghafaznya, 
Atau sekadar menjadi penghias semata dalam kamarmu,
Huh! Itukah bukti kasihmu pada al-Quran?

Aku kasihkan saudara-saudara seIslamku.
Tapi, tidak sekali pun kau terasa apabila mendengar penderitaan mereka, berkira pula apabila diminta untuk menderma, malah dengan seronoknya kau menyokong tanpa sedar ataupun tidak, musuh-musuh yang telah mencipta serangan penderitaan sesetengah umat Islam kini yang masih berterusan,
Dengan orang-orang terdekatmu, kau masih mampu menutup mata, memandang sebelah mata sahaja, apabila melihat mereka tersasar dari jalanNya yang lurus, tidak kau ajak dirinya melakukan kebaikan, meninggalkan kejahatan, lagi parah, kau menyokong, menggalakkan lagi,
Huh! Itukah bukti kau kasihkan saudara-saudaramu?

Aku ingin membantu menyebarkan dakwah, mengIslamkan mereka yang masih belum melihat cahaya Islam, menegakkan syiar agamaku yang mulia,
Tapi, kau masih malu dengan Islammu, kau masih tidak izzah dengan agamamu, kau masih berkelakuan tidak sepatutnya, tidak mencerminkan peribadi Islam dalam dirimu, Islam sekadar nama, tanpa cuba memahami erti sebenarnya, menyempitkan agamamu sekadar dalam ruangan lingkup ibadah dan masjid semata,
Huh, itukah bukti kau ingin menegakkan syiar Islam yang tercinta?

Aku ingin berubah, ya Allah!
Tapi, mujahadahmu tidak kau kuatkan, tekad tidak kau bulatkan,  benteng keimanan tidak kau dirikan dengan amal-amal, kau cepat mengalah apabila godaan syaitan yang direjam dan hawa nafsu datang menyerang,
Malah, kau ragu-ragu dengan sifat ar-Rahim Allah, kau kurang teguh akan sifat ar-RahmanNya, kau berputus asa akan rahmatNya, kau berburuk sangka padaNya, kau rasa dirimu tidak akan pernah diampunkan, kau rasa dirimu ditakdirkan untuk menjadi sang pendosa tegar, kau tidak yakin dengan maghfirah keampunannya yang maha luas tidak terkira,

Ingatlah kisah si pembunuh 100 orang diterima taubatnya, ingatlah kisah sang pelacur pemberi minum si anjing diampun dosanya, ingatlah ayatNya yang mulia!
‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Surah al-Baqarah ayat 186
Lihatlah, betapa penyayangnya Pencipta kita. Lihatlah! Saksikanlah bagaimana Quranul Karim menjadi saksi dan bukti betapa Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Malah, ketahuilah, Rasulullah SAW pernah bersabda,
 Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik di antara mereka adalah yang bertaubat
Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah
Kembalilah, kembalilah, kembalilah kepada Tuhanmu yang Maha Mencipta, perbaikilah, perelokkanlah dan berubahlah wahai diri. Jangan kau leka, jangan kau terus hanyut, jangan…

-kredit-
 Bersegeralah!

Sebelum terlambat…

i.j.
Sai. 

Sunday 25 May 2014

Salju Putih

Akibat cemburu akan kecantikan anak tirinya, Sang Permaisuri mengarahkan seorang pemburu untuk membunuh Salju Putih. Namun, dek kerana kasihan, si pemburu tidak sampai hati untuk membunuh, lalu mengarahkan Salju Putih untuk melarikan diri. Salju Putih, yang kebingungan, tanpa segan, terus memasuki rumah tujuh Orang Kerdil (Odel), lalu tidur dalam rumah itu. Salju Putih pun terus tinggal di rumah itu, bersama tujuh orang Odel sehinggalah dia diracuni dan akhirnya diselamatkan oleh sang putera kota yang kacak, mereka pun hidup bahagia selama-lamanya…”
Che Snow White dan Odel2 -kredit-
Kita semua pasti pernah mendengar kisah ini. Salju Putih atau Englishnya, Snow White. Tahukah anda, kisah ini, adalah salah satu contoh mudah dalam banyak-banyak contoh serangan pemikiran atau ghuzwatul fikr yang sedang melanda umat Islam kini, 24/7!

“Ishh… Betul ke?”

“Ekstrem betul mamat sorang ni… Cerita fairy tales pun boleh jadi serangan pemikiran atau apa nama lainnya tu, ghuzz… ghuzz.. ghuzwatul fikr..?”

“……….”

Itulah mungkin antara dialog-dialog yang sedang bermain di benak minda kita, bukan? Jika dinilai dari satu sudut, mungkin cerita Snow White and the Seven Dwarfs hanyalah sekadar picisan, satu kisah yang sekadar menjadi bahan bacaan bedtime stories buat anak-anak.

Tapi, jika dilihat dari sudut lain pula, tidakkah kita sedar, bagaimana  cerita ini, secara halusnya (saya ulang, halusnya) mengajar si anak untuk boleh saja duduk serumah dengan bukan mahram kita. It’s fine for a girl to be with other boys as long as we know the limits and etc… Persolannya, betulkah boleh? Sedangkan Islam sangat menitikberatkan isu pergaulan lelaki dan perempuan ini, atau istilah Arabnya, ikhtilat.

Alhasilnya, lihatlah sekarang. Couple-mouple, bersentuh-sentuhan boboy and gegurls, duduk serumah laki pompuan, pergaulan terlampau bebas, dan banyak lagi isu-isu sosial yang melanda masyarakat kita sekarang.

Asbab: kealpaan umat Islam akan serangan pemikiran bertubi-tubi daripada musuh-musuhnya.

Nah, terdiam seketika.

Bangkit pula persoalan yang lain, apakah ghuzwatul fikr? Bila pula serangan pemikiran ini mula dirancangkan. Siapa yang merancang?

Ghuzwatul fikr atau nama lainnya, serangan pemikiran adalah satu bentuk serangan yang bertujuan untuk meracuni minda manusia, khususnya umat Islam tanpa mereka sedari. Dek kerana halusnya sifat serangan ini, terkadang abam-kakak-sekolah-agama pun boleh menjadi mangsa. Apatah lagi, orang-orang biasa. Ini kerana, serangan ini, targetnya sememangnya universal, meluas dari baby-baby yang baru nak bertatih, sampailah pak-cik-mak-cik sebelah rumah kita. 

Dahsyat, bukan?

Pihak yang mengisytiharkan serangan ini, siapa lagi kalau tidak musuh tradisi kita, iblis syaitan dibantu musuhnya, manusia-manusia dan jin-jin yang bertopengkan syaitan. Mereka ini, sememangnya tidak akan sesekali pernah berputus asa dalam misi menyesatkan umat Islam dari terus beribadah, sehingga dirakamkan dalam Quran.

(Syaitan) yang dilaknati Allah, dan dia (syaitan) berkata, “Aku pasti akan mengambil bahagian-bahagian tertentu daripada hamba-hambaMu.
Dan pasti akan aku sesatkan mereka, dan aku akan suruh mereka potong telinga-telinga binatang ternakan (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya)”, Barang siapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menanggung kerugian yang nyata.

Surah an-Nisaa ayat 118-119

Malah, jika kita menyemak kembali intipati isi surah an-Nas, terbuktilah juga manusia dan jin yang memusuhi Islam turut menjadi rakan kongsi Syaitan and Co. untuk menyerang umat Islam.
Syaitan and Co! -kredit-
Jika ditelusuri, sebenarnya, serangan pemikiran sudah pun direncana sejak dari zaman Nabi Adam AS lagi. Bagaimana Nabi Adam dan isterinya, Hawa telah digoda oleh iblis sehingga akhirnya kedua-duanya gugur dalam medan ini, di mana mereka akhirnya telah memakan buah dari pohon Khuldi yang menjadi larangan Allah ke atas kedua-duanya.

Kemudian, syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon Khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?”Maka, keduanya memakan daripada buah pohon itu, lalu terdedahlah aurat masing-masing dan mereka menutupnya dengan daun-daun(yang ada di) syurga dan derhakalah kepada Tuhan dan sesatlah dia

Surah Taha ayat 120-121

Inilah antara first trial syaitan kepada manusia, and the mission was accomplished! Bermula dari sinilah, keyakinan syaitan untuk menyesatkan umat manusia mula bertambah dan sehingga kini, betapa ramai manusia yang berjaya diperdayakan oleh Syaitan and Co.

                Seiring dengan perubahan generasi, Syaitan and Co. turut mengambil transformasi dalam pendekatannya untuk menyerang umat Islam. Jika dahulu, bisikan-bisikan jahat, peperangan fizikal menjadi alat, kini dengan menggunakan 5S dan 4F, tambahan kepada strategi yang sedia ada, umat Islam bisa ditakluk. Kita bisa dijajah. Kita terus diperalat.

  •           Songs
  •      Screen 
  •           Smoke
  •           Sports
  •           Sex
  •          Fun
  •           Female
  •           Fashions
  •          Food

Lihatlah, betapa mudahnya Syaitan and Co. mampu menyerang kita dari setiap sudut kehidupan. Manakan tidaknya, segala aspek kehidupan sudah dikuasai mereka. Sememangnya agak sukar untuk kita terus bermujahadah, namun tidak mustahil. Sedangkan Mission Impossible I, II, III pun Enche Tom Cruise boleh selesaikan, *ehhh* apatah lagi kita dalam menumbangkan puak-puak yang dimurkai Allah ini.

Accept it, bro, sis, fight Islam's enemies! -kredit-
Pertama sekali, untuk kita melawan ghuzwatul fikr, perlunya kita untuk membina satu defense system dalam diri. Seperti mana program antivirus system yang ada dalam computer untuk men‘detect’,mem‘filter’ dan men‘delete’ mana virus yang berpotensi dan sudah sedia menjadi ‘threat’ yang berbahaya, begitulah system yang perlu ada dalam diri kita untuk menapis mana-mana virus ‘ghizwatul fikr’ yang berpotensi  dan semestinya akan menjadi ‘threat’ yang boleh menggugah iman kita.

Bagaimana? Jagalah amalan fardu seperti solat fardu, puasa dan sebagainya serta kerjakanlah amalan fardu dengan sebaiknya. Tambahkan lagi dengan amalan membaca al-Quran dan tadabbur sekali maknanya agar kita lebih faham kandungan al-Quran yang menjadi panduan hidup umat Islam. Untuk meng‘upgrade’ defense system kita menjadi Premium Version, tambahkan lagi amalan kita dengan amalan-amalan sunat, in shaa Allah kita mampu menangkis mana-mana serangan pemikiran yang datang menyerang!

Sekadar bertahan, saya kira tidak mencukupi. Islam sentiasa menggalakkan kita untuk menjadi baik dan mengajak orang lain sekali untuk menjadi baik. Ajaklah kawan-kawan kita, keluarga kita serta orang-orang yang rapat dengan kita, untuk mereka sedar akan bahayanya bahana ghuzwatul fikr yang melanda umat Islam kini. Gunakanlah cara yang paling berhikmah dan terbaik untuk menasihati mereka. Hanya kita sahaja yang tahu metode terbaik untuk mendekati, memandangkan kitalah insan yang rapat dengan mereka.

Use the technology, bro! Di era millennium, semuanya di hujung jari. Not asking you guys to be the keyboard warriors, but just nak ajak kita untuk menggunakan teknologi yang ada sebaiknya untuk menyedarkan semua untuk berhati-berhati dengan serangan pemikiran yang begitu licik sifatnya. Gunakan kepakaran kita dalam teknologi untuk men ‘counter attack’ ghuzwatul fikr. Dan mulalah untuk menyokong mana-mana alternatif hiburan yang tersedia agar kita tidak mudah terdedah kepada serangan pemikiran kini, yang boleh menarik kita untuk terus hanyut di dalamnya. Lagipun, cerita-ceritanya pun, best apa!

Akhir kalam, cintanya Rasulullah SAW kepada umatnya, sehinggakan sanggup bergadai tenaga dan nyawa untuk menyebarkan Islam agar sampai kepada semua orang. Agar tidak ada insan yang akan merasai azab neraka akibat tidak sampainya nur Islam pada dirinya. Cinta inilah yang perlu kita terapkan dalam diri dalam membantu memperjuangkan Islam yang tercinta. Dalam menangkis mana-mana ghuzwatul fikr yang datang menyerang. Dalam mencantas mana-mana serangan pemikiran yang sudah sedia bersarang. Dalam hati. Dalam jiwa. Diri sendiri dan semua orang.

Orang Yahudi dan Nasrani sekali-sekali tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kepadamu.

Surah al-Baqarah, ayat 120



Sai.

Sunday 18 May 2014

ilmu aku cari kau!


Salam, kali ni ana ingin berkongsi tentang sebuah hadis yang dapat membuka mata antum semua tentang kepentingan untuk menjadi seorang yang berilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Maklumlah kita semua tahu bahawa berpengetahuan luas merupakan salah satu daripada 10 muwasofat tarbiyyah yang perlu dilaksanakan oleh ikhwah ataupun akhwat yang sudah menerima kesan pentransformasian kuasa mega.

 Hadisnya berbunyi:

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi bersabda:
“Ulama itu ada tiga jenis. Pertama , orang yang alim, hidup dengan ilmunya (yang mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya.
Kedua, orang yang alim, manakala masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya).Ketiga, orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat daripada iimunya.”                                                                                                                                                             (Riwayat ad-Dailami)

Keterangan:

Orang yang alim itu ada pelbagai kategori. Ada di kalangan mereka yang  lebih berperanan daripada yang lain. Masyarakat sangat merasakan peranannya dan dia juga mempunyai kepakaran dalam menyantuni semua lapisan masyarakat, maka kehadirannya ibarat di tengah-tengah masyarakat laksana lampu yang menyinari kawasan di sekelilingnya. (jenis pertama)

Ada pula orang alim yang berperanan di tengan masyarakat , lalu orang lain dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, tetapi dia sendiri jauh daripada mengamalkan ilmu yang ada di dalam dadanya, seperti sebatang lilin yang membinasakan dirinya sendiri walaupun ia dapat menerangi kawasan yang ada di sekelilingnya. (jenis kedua)

Terdapat juga orang alim yang hanya mengambil manfaat daripada ilmunya, tetapi dia tidak dapat menyampaikan ilmunya kepada orang lain, mungkin dia tidak mempunyai kemampuan untuk menyampaikan ilmu dan orang lain sukar memahami apa yang disampikannya. Memang orang alim itu tidak sama peranannya, namun mereka tetap tidak merosakkan masyarakat.

        (sumber dari buku 40 Hadis Ilmu dan Ulama oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam)



Jadi, sekarang cuba kita singkap hadis dan keterangan di atas dalam aspek kita sebagai seorang pelajar. 

Cuba fikirkan sejenak berapa banyak ilmu yang kita pelajari namun adakah kita beramal dengan imu-ilmu tersebut?  Adakah kita sekadar datang ke kuliah or kelas hanya sekadar niat untuk penuhkan “credit hour” sahaja tanpa cuba memahami apa yang diajar sensei or pensyarah? Dan bagi yang terlibat dalam bulatan gembira pula, sejauh manakah pula kita benar-benar mengamalkan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh abang-abang kita. Mestipun kita mengamalkannya, adakah kita menyampaikan perkara tersebut kepada masyarakat atau lebih mudah teman-teman antum semua?

Kalau kita lihat daripada hadis, sebenarnya orang yang alim ialah sentiasa mempunyai ilmu di dadanya tidak kiralah ilmu apapun kerana setiap ilmu itu datangnya daripada kalam Allah dan tidak hanya terbatas kepada para ulama semata-semata. Doktor, jurutera mahupun guru juga boleh diungkapkan sebagai orang alim kerana mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang masing-masing.  Namun persoalanya sekarang, kita boleh dianggap sebagai orang yang alim kerana kita ialah insan yang terpilih untuk memasuki program ini untuk menuntut bukan sahaja ilmu kejuruteraan namun pelbagai cabang ilmu lagi. Jadi, kita boleh tergolong dalam golongan yang mana sebenarnya? Pertama? Kedua atau ketiga? Hanya antum yang mengerti tentang diri masing-masing dan marilah kita berusaha untuk menjadi golongan pertama yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat dan khususnya kepada agama kita sendiri setelah mendapat segulung ijazah nanti.



p/s  Jikalau kita tidak tergolong dalam ketiga-tiga golongan dalam hadis, siapa dan apa kita sebenarnya dalam hidup di dunia yang fana ini? Wallahualam…

zan

Wednesday 7 May 2014

saya Ali- (bukan nama sebenar)

credit

Tutup buku. Duduk atas katil. Diam.

Nama aku Ali. Sensei Jepun panggil aku Ari san. Aku tensi.

Sejujurnya, aku dalam keliru sekarang. Tapi keliru aku bukan keliru yang jelas, tapi keliru susah nampak. Sempit. Yang tahu kelirunya aku, sebab benda tu just bermain dalam pemikiran aku je sekarang.

Runsing aku ini rasanya serang semua orang. Tak kira siapa pun kau, makhluk syaitan tu memang akan serang kau dengan gigih. Nak tarik masuk neraka sekali. Jadi manusia biasa ini senangnya tiada, susahnya di mana-mana. Nak pinta syurga, amal nya masih jauh. Tapi nak hadap seksa neraka, memang tak sanggup. Memang kena fikir banyak kali. Tulis aku kali ini bukan tulisan bajet-suci-tak-berdosa tapi tulis-tulis biasa yang harapnya dapat sama-sama kita berfikir semula, sejauh mana arah tuju kita sebenarnya, selaku pendosa.

Kata kita,
  aku nak hidup atas landasan syariat yang sebenar. Yang bawa hidup aku sebetul betulnya. Yang pandu aku jadi hamba lebih baik.

Itu lah kita canang hari hari. Dalam doa. Dalam kata kosong. Dalam list-to-do hidup. Sama ada kau manusia marhaen suka bersuka suka, mahupun ikhwah akhwat yang sudah ikrar diri mahu ikut tuntutan Islam. Tapi. Faham tak? Apa masalah besar kita sekarang. Masalah aku. Masalah umat yang kalau biar bercambah, akar nya rosak, pucuknya layu. Kita tahu apa yang kita buat itu salah, dan kita tahu amal baik yang kita buat belum cukup, tapi dah kalau memanjang hidup senang. Tak ada masalah. Memang kita pun hanyut. Mustahil lah korang pun tak terfikir benda yang sama. Allah bagi kita hint. Kita yang buat buat tak nampak. Andai kata Allah dah taknak kasi, mau kita yang frust menonggeng.

Namun, ironinya, kita still buat benda yang sama kan. Aku pun sama. Ke mana hilang semangat itu pun, aku tak tahu. Kita tenat sebenarnya. Ya, biah soleh itu memang baik untuk hidupkan hati hati Islam. Namun, salah nya kat kita bila buat amal sedikit, tapi gayanya dah macam menggunung. Kadang-kadang tak cakap pun. Tapi syok sendiri. Kita nazak dah sekarang. Aku cuak. Aku risau. Macam mana gaya hidup aku, kalau penyakit berjangkit bawaan syaitan ini terus bercambah? Habis kita.

Semua orang suka berseronok. Semua suka nak hepi-hepi. Dalam status mengejar ganjaran syurga dan dalam proses tarbiah nak cekalkan pegangan ni, memang payah. Lagi lagi kalau kita ni dah memang terkunci atau selesa dengan tengok wayang tiap minggu, lagu entah-apa-maksud pun tak tahu kita gigih nak hafal, dan bangga bila up-to-date dengan isu semasa, walau sia nya dah tahu. Aku pun sama.

Tapi nak expect jadi budak baik seratus peratus memang tak lah kan?

Kata naqib usrah, cengginilah. Andai kau runsing, kalau kau sedih dengan benda jahat yang kau buat, kau patut syukur sebab Allah still bagi kesedaran kat kau untuk fikir benda tu jahat. Sedangkan zaman nabi dahulu pun, (s.a.w.) ada sahabat yang menangis di hadapan baginda sebab mereka rasakan mereka seperti berpura pura, hadapan rasulullah buat baik, di belakang baginda, mereka buat salah (walaupun salah para sahabat dahulu jauh lebih baik daripada kita zaman sekarang). Kita tak boleh nak expect kita jadi baik tip-top, tapi kita boleh cuba kurangkan kalau nak. Dah habit wayang tiap minggu, cubalah tengok sebulan sekali. Tak pernah pernah nak buka Al-Quran, bacalah sehelai sehari paling koman pun. Kita nak berubah boleh. Yang dah berubah pun kena pandai jaga diri. Takut nanti kita hilang, tak jumpa jalan pulang.

Kata naqib usrah itu lagi, agak sama macam apa yang tertulis kat angel pakai Gucci baru baru ni,

Kita bukan malaikat. Jangan down sangat kalau dah buat salah. Pentingnya taubat. Taubat nasuha. Jangan kita ulang lagi benda sama. Nama nya manusia memang macam tu. Stay dalam Jemaah. Ukhwah dengan member kasi kuat. Baru lah kita rasa segan kalau nak buat salah, sebab fikir “adik dan abang” yang kita ada dalam usrah.

Betul jugak kan?


Pergi meja studi. Buka buku kanji. Hafal.

-encik buyo

Sunday 20 April 2014

: tanggungjawab Lelaki #supperRohani April 2014

ho yeah!
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya hanya orang kafir yang berputus asa. - surah Yusuf;87


Assalamualaikum wbt, dan semoga kita semua sentiasa berada dalam landasan yang Allah redha insha Allah. Oyeah!

Alhamdulillah, pada jumaat yang lepas bertarikh 18 April, biro kerohanian MJHEP telah pun berjaya sejaya jayanya mengadakan acara bulanan, yakni #supperRohani dengan tajuk osem, “tanggungjawab lelaki”. Dengan panel yang hebat seperti Ustaz Iskandar, iaitu penyarah di Mara Japan Industrial Institute (MJII) serta Puan Amy Sofea, pengacara rancangan Assalamualaikum di Al-Hijrah yang juga juara rancangan Solehah pada tahun 2011, rata-rata ramai juga pelajar dari MJHEP dan MJII sendiri khususnya lelaki yang berkobar kobar mau jadi lelaki yang lebih qawiy dan sentiasa ikut suruhan Allah swt. Waa!

Kata Thaqif, pelajar U1 MJHEP, antara yang paling terkesan di hatinya ialah seorang lelaki yang macho itu bukan lah yang ada six packs dan badan tegap sasa, tapi lelaki yang gigih hidup di jalan Allah se simple menarik gebor di kala sejuk pagi nak solat subuh. Member nya, Adli pula mengatakan, dia sangat suka sampai terlompat lompat apabila input pengisian tersebut memberi penjelasan tentang mengapa wanita lebih banyak di universiti serta titik persamaan yang boleh dicerna antara lelaki dan perempuan. Hasilnya, dia tidur dengan lebih aman pada malam itu!


Rata rata pengisian pada malam tersebut berkisar secara umum, namun ustad dan ustajah memberi input baharu yang sangat berguna. Persoalan mudah yang suka untuk ditekankan, bagaimana si wanita pada hari ini terlalu berkeras dengan menetapkan macam macam kriteria untuk dijadikan bakal suami. Seolah olah mahukan suami yang tip top, suci yang tiada kesalahan walau satu pun. Frasa daripada puan amy yang sangat perlu difahami oleh akhwat di luar sana, Allah akan bagi apa yang perlu, bukan apa yang mahu. Kalau laki gegurl nya bising, mungkin Allah bg laki yang pendiam, supaya dapat bg seimbang antara kedua duanya. Yang penting, cara yang bagaimana lelaki itu mampu buat untuk melayarkan bahtera perkahwinan itu berada dia atas jalan keredhaan Allah yang nyata. Ish, isu kahwin? Awal lagi, tapi perlu untuk difikirkan. Hehe

Perlu ada keredhaan ALLAH dalam amalan kalian. Sekiranya ALLAH redha sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak akan memberi apa-apa kesan pun. Kerana itulah, sepatutnya hanya redha ALLAH semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini. - quote daripada Ammar, dipetik daripada buku Cerita Cinta Ahmad Ammar
Lelaki lelaki zaman ini juga perlu menjadikan tokoh tokoh osem Islam yang telah Berjaya membawa kehidupan mereka dengan cara sebaik nya. Lihat sahaja Saidina Abu Bakar, walau bertubuh kurus, beliaulah antara yang benar benar semangat tatkala era awal perkembangan ajaran Islam. Sultan Muhammad Al Fateh sendiri, dalam usia semuda 21 tahun, sudah mampu menakluk Kota Konstantinopel berkat amalan baik serta tenteranya yang suci pekerti nya. Role model kini, As-Syahid Ammar yang telah dikebumikan di perkuburan sahabat seperti Ayub Al-Ansari di Turki, tidak kah membuatkan kita terfikir mampu kah kita menjadi seperti diri nya?



Seperti kata Ustaz Iskandar sendiri, memang mahu jadi lelaki yang sempurna tidak mudah, namun kita boleh lakukan nya. Mungkin kita tidak hidup dalam biah yang soleh sejak kecil, namun yakinlah, hidayah Allah itu milik Allah, tak kira bagaimana latar belakang hidup anda, Allah pasti memberi hidayah bagi insan insan terpilih. Namun, bagi yang sudah ada ilmu, sudah terpelihara hidup sejak kecil gayanya, jangan lah di keruhkan kelebihan kamu itu dengan gaya cakap serta perbuatan yang bertentangan. Takut dek kerana anda, ramai yang mahu lari dari sedar akan kepentingan menyampaikan kalimah Allah ini kepada semua. Jaga jaga!

Jika anda sedar, sebenar nya di Malaysia ini, aura rakyat yang mahukan hidup Islam yang betul semakin mendapat perhatian. Lihat sahaja ustad selebriti atau rancangan ilmiah islamik yang semakin banyak di tv. Ramai yang mula ingin hidup dalam keadaan yang terbaik, yang Allah mahukan. Buat para lelaki dan perempuan, mahu pasangan yang sempurna? Tidak semudah membeli keropok lekor di gerai. Hadiah yang berharga, seharusnya ada ‘pengeras’ nya yang tersendiri. Namun, pengeras nya di sini bukan lah perkara yang sesat atau duit jutaan ringgit, namun pengeras yang susah jika tidak rela, yakni perubahan yang perlu dimula dari diri kita sendiri. Contoh mudah, jika yang lelakinya, solat fardhu berjemaah perlu jaga, perlu ke masjid atau surau. Yang perempuannya, tudung atau hijab itu perlu dipakai, walau alasan panas sekalipun. Syariat Islam itu perlu dilakukan. Barulah Allah nak bagi apa kita mahukan ye dok?

Wahai lelaki lelaki macho sekalian, ingat juga, tanggungjawab anda itu besar, walau masih bujang dan duit diberi si father mother. Ingat! Akak, adik perempuan, mak kamu sendiri akan dipersoalkan Allah di hadapan kamu jika kamu gagal bawa mereka di jalan yang sepatutnya. Ya. Benar. Usia muda lela ini mestilah kita nak enjoy dan bersenang senang. Tapi, ingat enjoy enjoy jugak, tanggungjawab pun kena lah buat. Betul tak?

Akhir kata, to lads and gents, ingat, tiada guna jika antara kita berbalah, kalau kedua dua menegakkan benang yang basah. Tiada guna ikhwan bertekak atau bergurau kasar atas kekurangan sahabat nya, jika diri sendiri tidak mula memberi tangan menganjurkan pertolongan. Matilah akhwat jika kini sibuk berbuat perkara sia sia maksiat, kerana kamu perlu sedar, apa yang kamu buat, ada kesan nya terhadap ayah, abang, adik lelaki atau future nya, untuk suami terchenta.


Semoga bermanfaat. Shitsureishimas

-encik buyo

Saturday 19 April 2014

keistimewaan lelaki


bismillahirahman arrahim, alhamdulillah supper rohani mjhep bagi bulan ini telah berlangsung dgn jaya nya semalam dengan membawakan tajuk tanggungjawab lelaki. tapi di sini penulis bukanlah ingin berkongsi tentang tanggungjwab lelaki, kerana semua orang tahu, tanggungjawab lelaki ini berat, mengalahkan superman katanya. tapi bukankah itu hakikatnya? 

maka ingatlah rijal-rijal di luar sana, tidaklah Allah bebankan tanggungjawab yg berat itu melainkan ianya sesuai dengan kemampuanmu. [2:286]. maka sedarkah juga, syabab juga mempunyai kelebihan, yang mana dengan kelebihan itulah kita dapat meyakini bahawa kita lah yang mampu, kitalah yang kuat itu, yang mampu memikul tanggungjawab itu.

justeru, yang dibawah ini adalah keistimewaan yang sepatutnya seorang rijal tahu, bahawa kitalah orang-orang itu, kitalah yang bakal memimpin dunia kalau bukan esok lusa, yakinlah akan perancangan Allah, bahawa Dia tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia.



  • Lelaki sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap ujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindungi.
  • Bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.
  • Diberikan kemauan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari tetes keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya.
  • Keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya terkuras demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.
  • Diberikan kesabaran, ketekunan serta keuletan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya.
  • Diberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam kondisi dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.
  • Diberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesadaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dilecehkan oleh anak-anaknya.
  • Diberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyadarkan, bahwa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap Suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani, dan bersama- sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi.
  • Diberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahwa Laki-laki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya bisa hidup didalam keluarga sakinah dan badannya yang terbungkuk agar dapat membuktikan, bahwa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, keuletannya demi Kelangsungan hidup keluarganya.
  • Diberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga,agar dapat dipergunakan dengan sebaik- baiknya. Dan inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggung-jawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.
setiap kali bangun pagi, cakaplah pada diri sendiri, "today, i'll be a better man." maan najah fi dunya, wal akhirah. 

Wallahua'lam.

-AKRIMI MATHWA

Sunday 6 April 2014

Jom Masuk Gerabak Tarbiyah !

Gerabak tarbiyah dah sampai ! Mohlah kite yob ! -kredit-
Gerabak Tarbiyah. Mesti ada yang tak pernah dengar dua perkataan nie. Kalau ada pun, mungkin rasa dua perkataan tu tak berapa penting pun dalam kehidupan hari-hari. Tapi, siapa yang pernah dengar and sudah pun menaiki gerabak nie, mesti tengah tersenyum manis je. Iyelah, mana idoknya, seronok gumbira tak terkatalah kalau sudah menikmati bestnya perjalanan dalam gerabak ni.
Ada yang akan bertanya, apa tu ‘Gerabak Tarbiyah’ ? Penting ke naik gerabak nie? Kalau perlu, kena bayar ke, kot-kot ada yuran keahlian ke, duit tiket ke? Susah tak kalau nak naik gerabak tarbiyah? Nak ke mana gerabak nie? Ke mana ye kita akan dibawa? Ataupun, soalan yang paling femes, boleh and layakkah untuk saya naik gerabak nie?
In shaa Allah, segala pertanyaan itu akan cuba dijawab sebaik mungkin, mengikut perspektif saya lah. Setiap orang ada pandangan yang tersendiri, dan saya pula akan cuba berkongsi pandangan yang sudah lama ku pendam dalam mr.brain saya yang tak seberapa nie. J
Sebenarnya,gerabak tarbiyah, senang cakapnya adalah mana-mana perjumpaan oleh sekelompok indidividu Muslim, yang diadakan secara berkala untuk tujuan utamanya, DAKWAH (tanggungjawab penting umat Islam nie), membincangkan mengenai Islam, mengecheck iman kita (ye lah, iman ni, naik turun sifatnya), memperbaiki diri di samping mengeratkan hubungan sesama Muslim yang ibarat kalau dicubit peha kiri, yang kanan pun akan terasa jua. Kalau buat equation tu, lebih kurang camni la

GERABAK TARBIYAH = USRAH (LIQA/BULATAN GEMBIRA/etc)

Haa, terkejut sikit la tu. Bila sebut pasal usrah, mungkin ada segelintir (tak semua la) yang mula timbul perasaan sedikit skeptikal and mungkin agak negatif sikit. Well, honestly, ada juga saya terfikir macam tu, tapi kita tak boleh menilai buku dari kulit bukunya, so, saya cuba beranikan diri untuk naik gerabak ini, and it was so different compared to what I have imagined before. Really, really different.
Jadi, penting lagi perlu ke untuk join gerabak nie. My answer, yes, yes and very yes. Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam seperti yang pernah dicapai dahulu, nilai-nilai dan kefahaman Islam itu sendiri perlu ditanam ke dalam setiap diri setiap Muslim yang kini sudah pun mencecah 1.5 bilion seantero dunia. Tiada guna sebarang tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa untuk menguatkuasakan nilai-nilai Islam jika masyarakatnya masih longgar pegangannya, masih kurang kefahamannya, masih sedikit jati dirinya akan Islam yang sebenarnya. Tapi, perkara nie, sendiri-sendiri pun boleh buat, kata orang sana. Lone Ranger pun boleh survive apa?
Diorang pun berdua kot. mana boleh hidup sorang-sorang *tetiba* -kredit-
 Pergi je la surau ke, masjid ke, dengar ceramah sikit, OK apa? Again, menurut pandangan saya, gerabak tarbiyah ni adalah platform yang terbaik untuk kita menerapkan kefahaman yang sebenarnya mengenai Islam itu sendiri. Dalam gerabak tarbiyah, kita dibantu oleh naqib (orang yang lebih arif dalam gerabak ni), dan kita ada kawan-kawan yang turut berkongsi impian, semangat dan cita-cita yang sama dalam usaha memperbaiki diri dan berdakwah kepada orang lain. Ini menyediakan kita satu support system yang begitu power buat diri kita. Jadi, tak adalah tetiba kita jem and akhirnya shut down macam tu je. Kita sedang bertarung dengan syaitanirrojim dan cik hawa nafsu. Jika sekadar berseorangan melawan dua partner BFF ni, tunggu masa je untuk bendera putih itu diangkat akibat kalah dengan strategi BFF ni yang bisa menggegar iman kita.
Semestinya, tidak pernah pula saya dengar ada bayaran untuk masuk gerabak ni. Percuma ! (sekarang, masuk tandas pun kena caj, tau). Tak ada bayaran keahlian seumur hidup ke, ataupun duit tiket ke (gerabak la katakan). Memang tak ada. Habis, mana sumber kewangannya? Pertama, rezeki itu milik Allah, dan kita kena percaya itu. jika kita buat benda baik, perkara yang Allah suka, in shaa Allah akan membantu. Kedua, dari pemerhatian saya, kebanyakan ahli –ahli senior gerabak dakwah ini akan sendirinya dan ikhlasnya (in shaa Allah) mengeluarkan fulus untuk gerabak ini. Inilah yang dinamakan membelanjakan harta ke jalan Allah. Kefahaman mereka yang lebih mendalam mengenai Islam menjadikan mereka ini, (juga tidak ketinggalan ahli-ahli baru) untuk tidak segan-segan mengeluarkan duitnya demi usaha dakwah dan tarbiyah. Indah sekali, bukan. Dan tidak susah pun untuk masuk gerabak tarbiyah. Tak perlu tunggu mana-mana stesen pun. Kita cuma perlu memanggil kawan kita yang sudah naik gerabak ni untuk join, dengan senang hatinya mereka akan menghulurkan tangan, lantas mengajak anda sekali. Dan, jika anda ternampak gerabak tarbiyah ini, naik sahaja dan layanan lima bintang tanpa diskriminasi akan diberikan. Jika anda dijemput pula, jangan segan-segan untuk menerima jemputan tersebut, in shaa Allah, tiada syarat, masalah atau kontrak pun yang perlu ditandatangani.
In shaa Allah, gerabak tarbiyah akan membawa kita untuk memahami tujuan hidup sebenar, mengajak orang lain melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran, memahami Islam dari erti kata yang sebenarnya, di mana akhirnya kita akan ke Jannah, taman-taman syurgalah destinasi terakhir. Sepanjang perjalanan, reda dan kemuliaan serta rahmat Allah akan sentiasa berlimpah-ruah. Percayalah, jika kita berada dalam gerabak tarbiyah, insya Allah, kita akan sentiasa terpelihara.
Islam itu tidak pernah mengenal darjat, pangkat dan kekayaan yang dimiliki. Semua orang sama, hanya takwalah yang menjadi KPI atau penanda aras darjat seseorang di sisi Allah. ‘Boleh atau layakkah saya menyertai gerabak tarbiyah ini’ tidak pernah menjadi persoalan. Jika seseorang itu merasakan dia tidak cukup baik untuk menyertai gerabak tarbiyah, inilah masa terbaik untuk anda menyertainya. Segala pertolongan akan diberikan dalam usaha untuk menjadi baik. Tidak akan ada pandangan mata yang sinis, tidak akan ada ejekan-ejekan pedih. Dalam Islam, peluang untuk bertaubat dan berubah sentiasa terbuka, selagi mana matahari itu terbit dari timur, jangan pernah berputus asa dengan Allah. Jangan pernah sesekali. Bagi mereka yang sudah baik, ini juga masa untuk anda menjadi lebih baik dari sebelumnya, meningkatkan kefahaman yang sudah sedia ada, in shaa Allah, tidak akan rugi walau sedikit pun.
jom repair mr.heart ni :) -kredit-

Tidak kisahlah gerabak tarbiyah mana pun yang menjadi pilihan hati, tepuk dada tanyalah iman. Sheikh al-Maududiyy (salah seorang tokoh penting gerabak tarbiyah nie) juga pernah berkata, “Marilah menyertai kami dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini, jika anda rasa tidak sesuai dengan Jemaah (gerabak tarbiyah) kami, pilihlah Jemaah lain. Jika tidak sesuai juga, maka tubuhkanlah yang baru”. Ini tidak pernah menjadi penghalang untuk gerabak terbiyah untuk terus berjalan. Biarpun berlainan gerabak, namun akhirnya, pasti akan bersatu jua, kerana kita berjuang atas satu tujuan yang sama, kerana Islam, in shaa Allah. Yang penting, jangan bergerak sendiri, bimbang-bimbang kita akan terjerumus dan menyertai anasir-anasir untuk menjatuhkan Islam, sama ada kita sedar ataupun tidak. Akhir sekali, perbaiki niat, ikhlaskan diri dalam menaiki gerabak tarbiyah ini. Jika tidak, mungkin kita tidak mampu mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dalam gerabak ini sebaiknya dan penamatnya, akan keluar begitu sahaja dari gerabak tarbiyah akibat kurangnya ikhlas, dan salahnya niat. Nauzubillah.

‘You’ll Never Walk Alone’. Jom Masuk Gerabak Tarbiyah !

i.j.