About JAD




Jepun Aku Datang

Jepun Aku Datang (JAD) adalah suatu organisasi yang terbina hasil perkongsian fikrah antara beberapa orang anak muda yang ingin memberikan sesuatu yang berharga kepada masyarakat. Dengan menggunakan medium Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan insha Allah Bahasa Jepun sebagai perantaraan, kami berhasrat untuk mewujudkan hubungan yang terbina atas nama Islam antara Malaysia dan Jepun supaya sama-sama menuju syurga Allah inshaAllah.

Visi:

Menjadi sumber penyampai maklumat tentang keadaan Islam di Jepun serta penghubung kepada badan Islam sedia ada berkenaan rakyat Malaysia di Jepun. Selain itu, JAD juga akan menjadi rujukan rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Jepun serta membantu dalam memberi bahan-bahan fikrah kepada pendakwah yang ingin menyampaikan fikrah kepada masyarakat Jepun.

Moto:

Menuju Satu Destinasi


Misi:

-          Menjadi rujukan bagi sesiapa yang mahu ke Jepun mengikut landas dan batas syariah

-          Mewujudkan rasa pentingnya Islam disampaikan secara umum kepada semua manusia

-          Menjadi antara organisasi yang dikenali apabila mereka ingin merujuk kepada hubungan Malaysia dan Jepun

-          Menjadi sumber penyampaian fikrah yang benar

-          Menjadi pencetus pemikiran yang kritis berkenaan dakwah secara kreatif




Dasar Organisasi:


i.  Unit Kandungan

Dalam unit ini, ditekankan mengenai isi atau fikrah yang hendak diberikan kepada masyarakat Malaysia dan Jepun. Selari dengan pentingnya sumber kandungan, kami merujuk kepada al-Quran dan hadis serta kisah para sahabat bagi berkongsi fikrah Islam yang sebenar. Selain itu, kami sudah melancarkan blog jepunakudatang.blogspot.com bagi memberi ruang dan peluang kepada para penulis kami berkongsi apa yang mereka inginkan bagi sama-sama memberi peringatan kepada masyarakat. Setakat ini, pos- pos yang kami tulis berkisar tentang isu semasa, tadabbur surah atau hadis, kegiatan yang kami lakukan serta cerpen terbuka buat masyarakat. Dan kami mempunyai visi untuk menulis pos-pos yang menerangkan tentang Islam dalam bahasa Jepun sendiri agar menjadi rujukan secara langsung buat rakyat Jepun yang berminat untuk mendalami Islam.


Moga redha Allah bersama kita semua.

日本に来るよ!

No comments: