Saturday 31 May 2014

Sebelum Terlambat...

Aku sayang Allah, aku takutkan Allah.
Tapi, masih mampu melanggar perintahNya, melakukan sambil lewa suruhanNya,
Huh! Itukah buktinya kau sayangkan Dia?

Aku cintakan Rasulullah SAW, aku rindukan baginda, aku ingin sekali menatapnya.
Tapi, kau tinggalkan sunnahnya, kau utamakan yang lain dari Rasulullah SAW dalam hatimu, kau hina dan kau sebarkan serta kau percaya akan cerita-cerita tidak benar tentang sahabat-sahabatnya yang mulia, tanpa sedikit pun menyelidik kesahihannya,
Huh! Itukah bukti kau cintakan Rasulullah SAW?

Aku tidak akan sekali-sekali mahu menjejak kaki ke neraka, ya Allah!
Tapi, kau masih bermaksiat, melakukan dosa, kala keseorangan, lagi dahsyat, kau berbangga pula dengan dosa yang kau lakukan, tanpa rasa malu apatah lagi segan padaNya,
Huh! Itukah bukti kau tidak ingin sekalipun ke nerakaNya?

Aku ingin sekali ke syurga, penuh kenikmatan.
Tapi, amal kebaikanmu masih sikit, masih statik, tidak pula berusaha ingin menambahnya dengan amalan-amalan sunat, malah amal sedia ada, dikerjakan sekadarnya sahaja, tanpa khusyuk, mungkin riak pula yang timbul,
Huh! Itukah bukti keinginanmu ke syurga?

Aku kasihkan al-Quran, panduan hidupku,
Tapi, berapa kalikah kau buka halaman al-Quran itu dalam kehidupan sehari-harimu, pernahkah kau terdetik untuk memahami maknanya, adakah kau cuba untuk memahatnya dalam hati dengan menghafaznya, 
Atau sekadar menjadi penghias semata dalam kamarmu,
Huh! Itukah bukti kasihmu pada al-Quran?

Aku kasihkan saudara-saudara seIslamku.
Tapi, tidak sekali pun kau terasa apabila mendengar penderitaan mereka, berkira pula apabila diminta untuk menderma, malah dengan seronoknya kau menyokong tanpa sedar ataupun tidak, musuh-musuh yang telah mencipta serangan penderitaan sesetengah umat Islam kini yang masih berterusan,
Dengan orang-orang terdekatmu, kau masih mampu menutup mata, memandang sebelah mata sahaja, apabila melihat mereka tersasar dari jalanNya yang lurus, tidak kau ajak dirinya melakukan kebaikan, meninggalkan kejahatan, lagi parah, kau menyokong, menggalakkan lagi,
Huh! Itukah bukti kau kasihkan saudara-saudaramu?

Aku ingin membantu menyebarkan dakwah, mengIslamkan mereka yang masih belum melihat cahaya Islam, menegakkan syiar agamaku yang mulia,
Tapi, kau masih malu dengan Islammu, kau masih tidak izzah dengan agamamu, kau masih berkelakuan tidak sepatutnya, tidak mencerminkan peribadi Islam dalam dirimu, Islam sekadar nama, tanpa cuba memahami erti sebenarnya, menyempitkan agamamu sekadar dalam ruangan lingkup ibadah dan masjid semata,
Huh, itukah bukti kau ingin menegakkan syiar Islam yang tercinta?

Aku ingin berubah, ya Allah!
Tapi, mujahadahmu tidak kau kuatkan, tekad tidak kau bulatkan,  benteng keimanan tidak kau dirikan dengan amal-amal, kau cepat mengalah apabila godaan syaitan yang direjam dan hawa nafsu datang menyerang,
Malah, kau ragu-ragu dengan sifat ar-Rahim Allah, kau kurang teguh akan sifat ar-RahmanNya, kau berputus asa akan rahmatNya, kau berburuk sangka padaNya, kau rasa dirimu tidak akan pernah diampunkan, kau rasa dirimu ditakdirkan untuk menjadi sang pendosa tegar, kau tidak yakin dengan maghfirah keampunannya yang maha luas tidak terkira,

Ingatlah kisah si pembunuh 100 orang diterima taubatnya, ingatlah kisah sang pelacur pemberi minum si anjing diampun dosanya, ingatlah ayatNya yang mulia!
‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Surah al-Baqarah ayat 186
Lihatlah, betapa penyayangnya Pencipta kita. Lihatlah! Saksikanlah bagaimana Quranul Karim menjadi saksi dan bukti betapa Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Malah, ketahuilah, Rasulullah SAW pernah bersabda,
 Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik di antara mereka adalah yang bertaubat
Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah
Kembalilah, kembalilah, kembalilah kepada Tuhanmu yang Maha Mencipta, perbaikilah, perelokkanlah dan berubahlah wahai diri. Jangan kau leka, jangan kau terus hanyut, jangan…

-kredit-
 Bersegeralah!

Sebelum terlambat…

i.j.
Sai. 

Sunday 25 May 2014

Salju Putih

Akibat cemburu akan kecantikan anak tirinya, Sang Permaisuri mengarahkan seorang pemburu untuk membunuh Salju Putih. Namun, dek kerana kasihan, si pemburu tidak sampai hati untuk membunuh, lalu mengarahkan Salju Putih untuk melarikan diri. Salju Putih, yang kebingungan, tanpa segan, terus memasuki rumah tujuh Orang Kerdil (Odel), lalu tidur dalam rumah itu. Salju Putih pun terus tinggal di rumah itu, bersama tujuh orang Odel sehinggalah dia diracuni dan akhirnya diselamatkan oleh sang putera kota yang kacak, mereka pun hidup bahagia selama-lamanya…”
Che Snow White dan Odel2 -kredit-
Kita semua pasti pernah mendengar kisah ini. Salju Putih atau Englishnya, Snow White. Tahukah anda, kisah ini, adalah salah satu contoh mudah dalam banyak-banyak contoh serangan pemikiran atau ghuzwatul fikr yang sedang melanda umat Islam kini, 24/7!

“Ishh… Betul ke?”

“Ekstrem betul mamat sorang ni… Cerita fairy tales pun boleh jadi serangan pemikiran atau apa nama lainnya tu, ghuzz… ghuzz.. ghuzwatul fikr..?”

“……….”

Itulah mungkin antara dialog-dialog yang sedang bermain di benak minda kita, bukan? Jika dinilai dari satu sudut, mungkin cerita Snow White and the Seven Dwarfs hanyalah sekadar picisan, satu kisah yang sekadar menjadi bahan bacaan bedtime stories buat anak-anak.

Tapi, jika dilihat dari sudut lain pula, tidakkah kita sedar, bagaimana  cerita ini, secara halusnya (saya ulang, halusnya) mengajar si anak untuk boleh saja duduk serumah dengan bukan mahram kita. It’s fine for a girl to be with other boys as long as we know the limits and etc… Persolannya, betulkah boleh? Sedangkan Islam sangat menitikberatkan isu pergaulan lelaki dan perempuan ini, atau istilah Arabnya, ikhtilat.

Alhasilnya, lihatlah sekarang. Couple-mouple, bersentuh-sentuhan boboy and gegurls, duduk serumah laki pompuan, pergaulan terlampau bebas, dan banyak lagi isu-isu sosial yang melanda masyarakat kita sekarang.

Asbab: kealpaan umat Islam akan serangan pemikiran bertubi-tubi daripada musuh-musuhnya.

Nah, terdiam seketika.

Bangkit pula persoalan yang lain, apakah ghuzwatul fikr? Bila pula serangan pemikiran ini mula dirancangkan. Siapa yang merancang?

Ghuzwatul fikr atau nama lainnya, serangan pemikiran adalah satu bentuk serangan yang bertujuan untuk meracuni minda manusia, khususnya umat Islam tanpa mereka sedari. Dek kerana halusnya sifat serangan ini, terkadang abam-kakak-sekolah-agama pun boleh menjadi mangsa. Apatah lagi, orang-orang biasa. Ini kerana, serangan ini, targetnya sememangnya universal, meluas dari baby-baby yang baru nak bertatih, sampailah pak-cik-mak-cik sebelah rumah kita. 

Dahsyat, bukan?

Pihak yang mengisytiharkan serangan ini, siapa lagi kalau tidak musuh tradisi kita, iblis syaitan dibantu musuhnya, manusia-manusia dan jin-jin yang bertopengkan syaitan. Mereka ini, sememangnya tidak akan sesekali pernah berputus asa dalam misi menyesatkan umat Islam dari terus beribadah, sehingga dirakamkan dalam Quran.

(Syaitan) yang dilaknati Allah, dan dia (syaitan) berkata, “Aku pasti akan mengambil bahagian-bahagian tertentu daripada hamba-hambaMu.
Dan pasti akan aku sesatkan mereka, dan aku akan suruh mereka potong telinga-telinga binatang ternakan (lalu mereka benar-benar memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, (lalu mereka benar-benar mengubahnya)”, Barang siapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menanggung kerugian yang nyata.

Surah an-Nisaa ayat 118-119

Malah, jika kita menyemak kembali intipati isi surah an-Nas, terbuktilah juga manusia dan jin yang memusuhi Islam turut menjadi rakan kongsi Syaitan and Co. untuk menyerang umat Islam.
Syaitan and Co! -kredit-
Jika ditelusuri, sebenarnya, serangan pemikiran sudah pun direncana sejak dari zaman Nabi Adam AS lagi. Bagaimana Nabi Adam dan isterinya, Hawa telah digoda oleh iblis sehingga akhirnya kedua-duanya gugur dalam medan ini, di mana mereka akhirnya telah memakan buah dari pohon Khuldi yang menjadi larangan Allah ke atas kedua-duanya.

Kemudian, syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata “Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon Khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?”Maka, keduanya memakan daripada buah pohon itu, lalu terdedahlah aurat masing-masing dan mereka menutupnya dengan daun-daun(yang ada di) syurga dan derhakalah kepada Tuhan dan sesatlah dia

Surah Taha ayat 120-121

Inilah antara first trial syaitan kepada manusia, and the mission was accomplished! Bermula dari sinilah, keyakinan syaitan untuk menyesatkan umat manusia mula bertambah dan sehingga kini, betapa ramai manusia yang berjaya diperdayakan oleh Syaitan and Co.

                Seiring dengan perubahan generasi, Syaitan and Co. turut mengambil transformasi dalam pendekatannya untuk menyerang umat Islam. Jika dahulu, bisikan-bisikan jahat, peperangan fizikal menjadi alat, kini dengan menggunakan 5S dan 4F, tambahan kepada strategi yang sedia ada, umat Islam bisa ditakluk. Kita bisa dijajah. Kita terus diperalat.

  •           Songs
  •      Screen 
  •           Smoke
  •           Sports
  •           Sex
  •          Fun
  •           Female
  •           Fashions
  •          Food

Lihatlah, betapa mudahnya Syaitan and Co. mampu menyerang kita dari setiap sudut kehidupan. Manakan tidaknya, segala aspek kehidupan sudah dikuasai mereka. Sememangnya agak sukar untuk kita terus bermujahadah, namun tidak mustahil. Sedangkan Mission Impossible I, II, III pun Enche Tom Cruise boleh selesaikan, *ehhh* apatah lagi kita dalam menumbangkan puak-puak yang dimurkai Allah ini.

Accept it, bro, sis, fight Islam's enemies! -kredit-
Pertama sekali, untuk kita melawan ghuzwatul fikr, perlunya kita untuk membina satu defense system dalam diri. Seperti mana program antivirus system yang ada dalam computer untuk men‘detect’,mem‘filter’ dan men‘delete’ mana virus yang berpotensi dan sudah sedia menjadi ‘threat’ yang berbahaya, begitulah system yang perlu ada dalam diri kita untuk menapis mana-mana virus ‘ghizwatul fikr’ yang berpotensi  dan semestinya akan menjadi ‘threat’ yang boleh menggugah iman kita.

Bagaimana? Jagalah amalan fardu seperti solat fardu, puasa dan sebagainya serta kerjakanlah amalan fardu dengan sebaiknya. Tambahkan lagi dengan amalan membaca al-Quran dan tadabbur sekali maknanya agar kita lebih faham kandungan al-Quran yang menjadi panduan hidup umat Islam. Untuk meng‘upgrade’ defense system kita menjadi Premium Version, tambahkan lagi amalan kita dengan amalan-amalan sunat, in shaa Allah kita mampu menangkis mana-mana serangan pemikiran yang datang menyerang!

Sekadar bertahan, saya kira tidak mencukupi. Islam sentiasa menggalakkan kita untuk menjadi baik dan mengajak orang lain sekali untuk menjadi baik. Ajaklah kawan-kawan kita, keluarga kita serta orang-orang yang rapat dengan kita, untuk mereka sedar akan bahayanya bahana ghuzwatul fikr yang melanda umat Islam kini. Gunakanlah cara yang paling berhikmah dan terbaik untuk menasihati mereka. Hanya kita sahaja yang tahu metode terbaik untuk mendekati, memandangkan kitalah insan yang rapat dengan mereka.

Use the technology, bro! Di era millennium, semuanya di hujung jari. Not asking you guys to be the keyboard warriors, but just nak ajak kita untuk menggunakan teknologi yang ada sebaiknya untuk menyedarkan semua untuk berhati-berhati dengan serangan pemikiran yang begitu licik sifatnya. Gunakan kepakaran kita dalam teknologi untuk men ‘counter attack’ ghuzwatul fikr. Dan mulalah untuk menyokong mana-mana alternatif hiburan yang tersedia agar kita tidak mudah terdedah kepada serangan pemikiran kini, yang boleh menarik kita untuk terus hanyut di dalamnya. Lagipun, cerita-ceritanya pun, best apa!

Akhir kalam, cintanya Rasulullah SAW kepada umatnya, sehinggakan sanggup bergadai tenaga dan nyawa untuk menyebarkan Islam agar sampai kepada semua orang. Agar tidak ada insan yang akan merasai azab neraka akibat tidak sampainya nur Islam pada dirinya. Cinta inilah yang perlu kita terapkan dalam diri dalam membantu memperjuangkan Islam yang tercinta. Dalam menangkis mana-mana ghuzwatul fikr yang datang menyerang. Dalam mencantas mana-mana serangan pemikiran yang sudah sedia bersarang. Dalam hati. Dalam jiwa. Diri sendiri dan semua orang.

Orang Yahudi dan Nasrani sekali-sekali tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kepadamu.

Surah al-Baqarah, ayat 120



Sai.

Sunday 18 May 2014

ilmu aku cari kau!


Salam, kali ni ana ingin berkongsi tentang sebuah hadis yang dapat membuka mata antum semua tentang kepentingan untuk menjadi seorang yang berilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Maklumlah kita semua tahu bahawa berpengetahuan luas merupakan salah satu daripada 10 muwasofat tarbiyyah yang perlu dilaksanakan oleh ikhwah ataupun akhwat yang sudah menerima kesan pentransformasian kuasa mega.

 Hadisnya berbunyi:

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi bersabda:
“Ulama itu ada tiga jenis. Pertama , orang yang alim, hidup dengan ilmunya (yang mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya.
Kedua, orang yang alim, manakala masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya).Ketiga, orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat daripada iimunya.”                                                                                                                                                             (Riwayat ad-Dailami)

Keterangan:

Orang yang alim itu ada pelbagai kategori. Ada di kalangan mereka yang  lebih berperanan daripada yang lain. Masyarakat sangat merasakan peranannya dan dia juga mempunyai kepakaran dalam menyantuni semua lapisan masyarakat, maka kehadirannya ibarat di tengah-tengah masyarakat laksana lampu yang menyinari kawasan di sekelilingnya. (jenis pertama)

Ada pula orang alim yang berperanan di tengan masyarakat , lalu orang lain dapat mengambil manfaat daripada ilmunya, tetapi dia sendiri jauh daripada mengamalkan ilmu yang ada di dalam dadanya, seperti sebatang lilin yang membinasakan dirinya sendiri walaupun ia dapat menerangi kawasan yang ada di sekelilingnya. (jenis kedua)

Terdapat juga orang alim yang hanya mengambil manfaat daripada ilmunya, tetapi dia tidak dapat menyampaikan ilmunya kepada orang lain, mungkin dia tidak mempunyai kemampuan untuk menyampaikan ilmu dan orang lain sukar memahami apa yang disampikannya. Memang orang alim itu tidak sama peranannya, namun mereka tetap tidak merosakkan masyarakat.

        (sumber dari buku 40 Hadis Ilmu dan Ulama oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam)



Jadi, sekarang cuba kita singkap hadis dan keterangan di atas dalam aspek kita sebagai seorang pelajar. 

Cuba fikirkan sejenak berapa banyak ilmu yang kita pelajari namun adakah kita beramal dengan imu-ilmu tersebut?  Adakah kita sekadar datang ke kuliah or kelas hanya sekadar niat untuk penuhkan “credit hour” sahaja tanpa cuba memahami apa yang diajar sensei or pensyarah? Dan bagi yang terlibat dalam bulatan gembira pula, sejauh manakah pula kita benar-benar mengamalkan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh abang-abang kita. Mestipun kita mengamalkannya, adakah kita menyampaikan perkara tersebut kepada masyarakat atau lebih mudah teman-teman antum semua?

Kalau kita lihat daripada hadis, sebenarnya orang yang alim ialah sentiasa mempunyai ilmu di dadanya tidak kiralah ilmu apapun kerana setiap ilmu itu datangnya daripada kalam Allah dan tidak hanya terbatas kepada para ulama semata-semata. Doktor, jurutera mahupun guru juga boleh diungkapkan sebagai orang alim kerana mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang masing-masing.  Namun persoalanya sekarang, kita boleh dianggap sebagai orang yang alim kerana kita ialah insan yang terpilih untuk memasuki program ini untuk menuntut bukan sahaja ilmu kejuruteraan namun pelbagai cabang ilmu lagi. Jadi, kita boleh tergolong dalam golongan yang mana sebenarnya? Pertama? Kedua atau ketiga? Hanya antum yang mengerti tentang diri masing-masing dan marilah kita berusaha untuk menjadi golongan pertama yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat dan khususnya kepada agama kita sendiri setelah mendapat segulung ijazah nanti.



p/s  Jikalau kita tidak tergolong dalam ketiga-tiga golongan dalam hadis, siapa dan apa kita sebenarnya dalam hidup di dunia yang fana ini? Wallahualam…

zan

Wednesday 7 May 2014

saya Ali- (bukan nama sebenar)

credit

Tutup buku. Duduk atas katil. Diam.

Nama aku Ali. Sensei Jepun panggil aku Ari san. Aku tensi.

Sejujurnya, aku dalam keliru sekarang. Tapi keliru aku bukan keliru yang jelas, tapi keliru susah nampak. Sempit. Yang tahu kelirunya aku, sebab benda tu just bermain dalam pemikiran aku je sekarang.

Runsing aku ini rasanya serang semua orang. Tak kira siapa pun kau, makhluk syaitan tu memang akan serang kau dengan gigih. Nak tarik masuk neraka sekali. Jadi manusia biasa ini senangnya tiada, susahnya di mana-mana. Nak pinta syurga, amal nya masih jauh. Tapi nak hadap seksa neraka, memang tak sanggup. Memang kena fikir banyak kali. Tulis aku kali ini bukan tulisan bajet-suci-tak-berdosa tapi tulis-tulis biasa yang harapnya dapat sama-sama kita berfikir semula, sejauh mana arah tuju kita sebenarnya, selaku pendosa.

Kata kita,
  aku nak hidup atas landasan syariat yang sebenar. Yang bawa hidup aku sebetul betulnya. Yang pandu aku jadi hamba lebih baik.

Itu lah kita canang hari hari. Dalam doa. Dalam kata kosong. Dalam list-to-do hidup. Sama ada kau manusia marhaen suka bersuka suka, mahupun ikhwah akhwat yang sudah ikrar diri mahu ikut tuntutan Islam. Tapi. Faham tak? Apa masalah besar kita sekarang. Masalah aku. Masalah umat yang kalau biar bercambah, akar nya rosak, pucuknya layu. Kita tahu apa yang kita buat itu salah, dan kita tahu amal baik yang kita buat belum cukup, tapi dah kalau memanjang hidup senang. Tak ada masalah. Memang kita pun hanyut. Mustahil lah korang pun tak terfikir benda yang sama. Allah bagi kita hint. Kita yang buat buat tak nampak. Andai kata Allah dah taknak kasi, mau kita yang frust menonggeng.

Namun, ironinya, kita still buat benda yang sama kan. Aku pun sama. Ke mana hilang semangat itu pun, aku tak tahu. Kita tenat sebenarnya. Ya, biah soleh itu memang baik untuk hidupkan hati hati Islam. Namun, salah nya kat kita bila buat amal sedikit, tapi gayanya dah macam menggunung. Kadang-kadang tak cakap pun. Tapi syok sendiri. Kita nazak dah sekarang. Aku cuak. Aku risau. Macam mana gaya hidup aku, kalau penyakit berjangkit bawaan syaitan ini terus bercambah? Habis kita.

Semua orang suka berseronok. Semua suka nak hepi-hepi. Dalam status mengejar ganjaran syurga dan dalam proses tarbiah nak cekalkan pegangan ni, memang payah. Lagi lagi kalau kita ni dah memang terkunci atau selesa dengan tengok wayang tiap minggu, lagu entah-apa-maksud pun tak tahu kita gigih nak hafal, dan bangga bila up-to-date dengan isu semasa, walau sia nya dah tahu. Aku pun sama.

Tapi nak expect jadi budak baik seratus peratus memang tak lah kan?

Kata naqib usrah, cengginilah. Andai kau runsing, kalau kau sedih dengan benda jahat yang kau buat, kau patut syukur sebab Allah still bagi kesedaran kat kau untuk fikir benda tu jahat. Sedangkan zaman nabi dahulu pun, (s.a.w.) ada sahabat yang menangis di hadapan baginda sebab mereka rasakan mereka seperti berpura pura, hadapan rasulullah buat baik, di belakang baginda, mereka buat salah (walaupun salah para sahabat dahulu jauh lebih baik daripada kita zaman sekarang). Kita tak boleh nak expect kita jadi baik tip-top, tapi kita boleh cuba kurangkan kalau nak. Dah habit wayang tiap minggu, cubalah tengok sebulan sekali. Tak pernah pernah nak buka Al-Quran, bacalah sehelai sehari paling koman pun. Kita nak berubah boleh. Yang dah berubah pun kena pandai jaga diri. Takut nanti kita hilang, tak jumpa jalan pulang.

Kata naqib usrah itu lagi, agak sama macam apa yang tertulis kat angel pakai Gucci baru baru ni,

Kita bukan malaikat. Jangan down sangat kalau dah buat salah. Pentingnya taubat. Taubat nasuha. Jangan kita ulang lagi benda sama. Nama nya manusia memang macam tu. Stay dalam Jemaah. Ukhwah dengan member kasi kuat. Baru lah kita rasa segan kalau nak buat salah, sebab fikir “adik dan abang” yang kita ada dalam usrah.

Betul jugak kan?


Pergi meja studi. Buka buku kanji. Hafal.

-encik buyo